Sunday, December 9, 2012

Keperluan Nutrien Ibu Menyusu

Menjadi seorang ibu adalah impian setiap wanita yang telah berkahwin. Anak adalah lambang cinta sejati dan murni hasil perkongsian hidup suami isteri. Dan pastinya ibu-ibu hanya yang terbaik buat si permata hati. Makanan yang terbaik bagi bayi adalah susu ibu.

Susu ibu dapat memberikan khasiat pemakanan paling seimbang untuk tumbesaran bayi. Ia mempunyai antibodi semulajadi yang mampu melindungi bayi dari sebarang serangan dan jangkitan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya mempunyai daya tahan penyakit dan antibodi yang lebih kuat berbanding bayi yang menyusu susu formula.

Penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah bayi hanya diberikan susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berusia 6 bulan tanpa air masak atau makanan pejal lain. Penyusuan perlu diteruskan sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Bayi perlu diperkenalkan dengan makanan pejal selepas usia 6 bulan secara beransur-ansur.

Ibu menyusu juga mendapat banyak manfaat dari penyusuan susu ibu secara eksklusif, antaranya
> mengurangkan risiko penyakit kanser seperti kanser payudara dan ovari
> membantu ibu mengurangkan berat badan
> membantu menjarakkan kehamilan
> merapatkan hubungan antara ibu dan anak

Apakah persediaan ibu menyusu untuk menyusukan bayi? Ibu menyusu perlu memastikan diet yang seimbang menjadi keutamaan bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu ibu di samping mengekalkan kesihatan ibu menyusu.

Berikut adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh ibu menyusu bagi memastikan kesihatan bayi dan ibu menyusu itu sendiri.

1. MULTIVITAMIN
> Menyediakan vitamin dan mineral penting yang tidak boleh diperoleh daripada diet harian
> Membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat
> Menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh

2. PROTEIN
> Penting untuk tumbesaran bayi yang sempurna
> Sumber protein yang baik seperti protein soya amat penting untuk pengeluaran susu ibu
> Membantu membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh
> Ibu menyusu disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein setiap hari

3. VITAMIN C
> Kajian menunjukkan ibu menyusu yang mengambil vitamin C,  khasiat vitamin C tersebut tertumpu kepada bayi
> Membantu melindungi bayi daripada kekurangan vitamin C
> Penting untuk menguatkan sistem imun ibu menyusu dan bayi
> Membantu membina kulit, gigi dan gusi yang sihat

4. VITAMIN B KOMPLEKS
> Menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat
> Membantu pengeluaran hormon
> Membantu pembentukan sel-sel darah merah
> Membantu penghasilan tenaga untuk sel
> Membantu mengekalkan saraf serta kulit yang sihat
> Penting untuk ibu menyusu agar khasiat vitamin B kompleks dapat disalurkan kepada bayi melalui susu ibu

5. KALSIUM
> 40% komposisi susu ibu adalah kalsium
> Penting untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi bagi bayi
> Ibu menyusu disarankan mengambil 1300mg kalsium setiap hari

6. ASID LEMAK OMEGA 3
> Menggalakkan perkembangan otak dan mata anak
> Menggalakkan perhubungan neuron apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak
> Menggalakkan kesihatan jantung
> Membantu mengurangkan kolesterol dan lemak tepu

7. ALFALFA
> Mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, Kalsium, Zink dan Zat besi.
> Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang sihat
> Membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu


RUMAIZAH ZALKORNAIN
SHAKLEE ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641 || 019-6336341

No comments: