Saturday, January 5, 2013

Mengimpikan Anak Cerdik dan Pintar

Setiap ibu bapa memang teringin anak yang cerdik dan pintar. Kalau boleh, lahir-lahir celik mata dah boleh panggil mama..hihi....

Kecerdikan dan kepintaran anak perlu diransang sejak dari anak dalam kandungan lagi. macam-macam cara yang boleh dilakukan untuk meransang perkembangan minda anak. Meransang anak sejak dari dalam kandungan sangat2 memerlukan kesungguhan bagi setiap ibu bapa. Nak anak cerdik? Kena buat sungguh-sungguh ye...bukan hari ni buat, lepas tu seminggu tak buat, sambung pulak...kena berterusan dan konsisten.

Fahami Perkembangan Saraf Anak

Sistem saraf pusat di peringkat janin bermula dari minggu ke-4 kandungan dan terus berkembang selaras dengan perkembangan deria-deria lain seperti deria pendengaran, penglihatan, bau dan juga perkembangan motor dan fizikal.

Sebab tu...selepas melepasi trimester pertama, ada ibu yang sudah mula merasakan pergerakan bayi (biasanya minggu ke-20 dan ke atas)..bayi dah boleh respon terhadap cahaya, bunyi dan sentuhan dari ibu...wah...sangat teruja bila bayi bergerak dan berpusing dalam dunianya...

Kajian mendapati bayi yang terdedah kepada sesuatu irama, contohnya muzik klasik, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan sebagainya secara berulang-ulang semasa dalam kandungan, mereka boleh mengingati bunyi dan irama tersebut sekiranya dimainkan ketika usia mereka 12 bulan!! Subhanallah Maha Suci Allah...

Jadi...kalau ibu-ibu nak anak jadi hafiz hafizah kena selalu bacakan dan perdengarkan ayat-ayat cinta dari Allah supaya tersimpan di memori anak sejak dari dalam kandungan

Adalah sangat digalakkan agar ibu bapa berinteraksi dengan bayi dalam kandungan sekurang-kurangnya 5 hingga 10 minit setiap hari untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dengan bayi.

Elak Stress Sepanjang Tempoh Kehamilan

Tahukah anda, ketidakstabilan atau gangguan emosi boleh mempengaruhi perkembangan minda bayi dan boleh menyebabkan impian mendapat anak cerdik dan pintar semakin nipis..

Kajian menunjukkan tekanan di kalangan ibu hamil, boleh mengurangkan IQ anak dan meningkatkan risiko anak untuk mengalami masalah tekanan seperti kemurungan, anxiety dan Attention Deficit Hyperactive Disorder(ADHD).

Ibu-ibu perlu bijak mengawal emosi dan cuba meringankan emosi dengan melakukan aktiviti yang menghiburkan. Antara aktiviti yang menenangkan ialah berzikir, senaman, berenang atau berbual dengan ibu.. Kajian menunjukkan berbual-bual dengan ibu boleh menurunkan stress! Jadi, jika stress, hubungi ibu anda ok..?

Kesihatan Ibu Menyumbang Kepada Anak Cerdik dan Pintar

Nak anak cerdik dan pintar...bermakna ibu mengandung sangat perlu menjaga kesihatan. Ini kerana sekiranya tidak, kemungkinan mendapat anak yang tidak cerdas lebih tinggi. Ibu perlu meningkatkan daya ketahanan tubuh supaya bayi tidak mudah dijangkiti penyakit. Pemakanan yang seimbang perlu diambil kira supaya mengandungi kesemua zat dan vitamin yang mencukupi.

Asid folik adalah amat penting pada trimester pertama untuk memastikan pembentukan sistem saraf bayi. Kekurangan asid folik terutamanya pada peringkat awal kandungan boleh menyebabkan masalah neural tube seperti spina bifida atau yang lebih serius anencephaly.

Pastikan zat pemakanan anda mempunyai asid folik. Sekiranya anda ragu-ragu, sangat digalakkan untuk mengambil sebarang supplement yang mengandungi asid folik. Vitamin untuk ibu mengandung sangat perlu supaya dapat menampung keperluan ibu dan bayi.

Dipetik dan diubahsuai dari Majalah Pa&Ma.


RUMAIZAH ZALKORNAIN
ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

No comments: