Sunday, September 29, 2013

Perkara Penting Untuk Ibu Hamil

Salam manis semua...


Semoga sihat selalu sambil beristirehat di hujung minggu bersama-sama keluarga..masa berkualiti sangat penting untuk mewujudkan keluarga bahagia, insyaAllah.

Ok..hari ni Mai nak kongsikan beberapa perkara penting yang perlu dibuat sekiranya kita atau isteri anda telah disahkan hamil..ye la, kadang-kadang ibu mengandung ni cam blur dan tak tau apa nak buat bila disahkan mengandung..especially kalau ni adalah pengalaman hamil kali pertama..pasti teruja dan gembira .jadi, ni cuma membantu saja..

Senarai semak ibu hamil ni Mai ambil dari majalah Pa&Ma..nak kongsikan dengan anda semua..jika nak baca terus dari website Pa&Ma KLIK SINI.

Senarai Semak Ibu Hamil


1.    Pastikan anda benar-benar hamil
Buat ujian kehamilan sendiri sebaik lewat datang bulan berbanding biasa.

2.    Buat temu janji pemeriksaan
Berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan khidmat nasihat ibu hamil.

3.    Pastikan semua aktiviti anda selamat
Jangan abaikan keselamatan diri anda dan bayi yang dikandung kerana anda tidak tahu tahap kekuatan diri di awal kehamilan.

Mai: Ya..ni betul..kita tak tahu kekuatan kita semasa hamil..mungkin kita rasa sihat dan kuat, tapi baby dan rahim kita tak kuat..sangat-sangat penting bagi ibu yang baru hamil..di peringkat awal kehamilan, rahim dan kandungan sangat fragile dan sangat berisiko tinggi untuk gugur jika ibu teruskan dengan aktiviti lasak dan abaikan keselamatan diri dan kandungan.

Produk Shaklee untuk menguatkan rahim : 
- ESP - soya nonGMO yang kaya dengan protein berkualiti tinggi dan lengkap dengan 9 asid amino yang penting untuk tubuh.

4.    Amalkan pemakanan sihat
Loya di awal trimester memang agak sukar tetapi pastikan anda sentiasa pilih makanan yang terbaik.

Mai: Jika ibu menghadapi alahan yang teruk, pastikan ambil snek berkhasiat secara kerap untuk elakkan perut masuk angin..minum jus buah atau makan buah yang boleh membantu melegakan loya.

Produk Shaklee yang membantu melegakan loya dan alahan: Peppermint-Ginger Plus
- sangat berkesan melegakan angin dan loya, pedih ulu hati akibat angin, tak sedap perut dan sakit urat akibat angin..bertindak secara lembut dan anda tak sedar yang angin dah tiada dan rasa sangat selesa..

5.    Minum air
Ketika hamil, anda memerlukan enam hingga lapan gelas cecair setiap hari.

Mai: Air sangat penting..ni untuk memastikan khasiat nutrisi dapat diserap sepenuhnya dan diangkut dengan baik ke seluruh badan.

6.    Tidur awal
Anda mungkin berasa cepat letih berbanding biasa. Jadi, lebih baik tidur awal.

7.    Pilih masa sesuai untuk umumkan kehamilan
Ada wanita yang teruja untuk berkongsi kegembiraan tetapi ada juga yang hendak melepaskan trimester pertama sebelum berkongsi berita gembira. Semuanya terpulang kepada anda.

8.    Jangan lupa vitamin prenatal
Suplemen asid folik sangat penting pada trimester pertama. Ia mengurangkan risiko kecacatan tiub neural.

Mai: Yang ni sangat penting..vitamin prenatal yang lengkap perlu menyokong keperluan nutrisi untuk ibu dan kandungan..kini nutrisi perlu diambil dua kali ganda..

Produk Shaklee untuk ibu hamil:
- Set Vitamin untuk ibu hamil - menyediakan rangkaian vitamin lengkap yang menyokong keperluan ibu hamil..vitamin semulajadi yang tiada pengawet, perisa atau pewarna tiruan..tiada kesan sampingan yang buruk kepada ibu, insyaAllah..

- KLIK SINI untuk maklumat lanjut tentang Set Vitamin untuk Ibu Hamil


9.    Pilih doktor
Bertanyalah dengan kawan-kawan, saudara mengenai pemilihan doktor sakit puan anda.

10.Pastikan ubat anda selamat
Jangan sembarangan memakan ubat tanpa nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.

11.Penuhkan dapur dengan makanan sihat
Pastikan pantry, kabinet dapur dan peti ais anda dipenuhi makanan mesra kehamilan.

12.Pelajari tanda-tanda komplikasi kehamilan
Rajin-rajinlah membaca buku, majalah dan laman web mengenai kehamilan.

13.Beli coli dan seluar dalam baru
Coli dan seluar dalam khas ibu hamil memang lebih selesa ketika ini.

14.Buat bajet bayi
Anda sudah boleh mula mencongak perbelanjaan menyambut kelahiran bayi.

15.Teruskan hubungan seks jika berkeinginan
Anda mungkin berasa terlalu penat, moody atau letih untuk melakukan hubungan intim dengan suami. Tetapi jika anda berkeinginan, teruskan kerana seks ketika hamil adalah selamat.

*******************

Boleh hubungi Mai untuk konsultasi percuma dan maklumat k..


Salam sayang,

Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor
ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

No comments: