Thursday, September 26, 2013

Tips Pengurusan Susu Ibu ke Nurseri

Assalamualaikum semua...apa khabar?

Ok...Kali ni Mai nak cerita dan kongsikan sedikit pengalaman sepanjang Mai menyusukan anak dan menguruskan susu ibu (EBM) ke rumah pengasuh..

Ramai yang bertanya, bagaimana nak urus EBM untuk nak hantar ke nursery @ rumah pengasuh?

Sebolehnya kita cuba untuk memudahkan urusan pengasuh anak kita atau cikgu di taska...insyaAllah jika kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita pula..beri arahan yang jelas kepada pengasuh dan mudahkan..sebab kadang-kadang ada pengasuh yang tak nak bagi kerjasama dan bagi lebih teruk jika diberinya anak kita susu formula tanpa kita sedar..alasannya: anak kita dah menangis lapar nak susu, lambat nak panaskan dan sebagainya...tu akan jadi sesuatu yang sangat sedih la untuk kita sebagai ibu...rasa nak berhenti kerja je, dok umah jaga anak kan?

Jadi, untuk memastikan bayi kita dapat khasiat susu ibu terbaik sepenuhnya dan eksklusif, apabila tempoh cuti bersalin nak habis, siapkan diri untuk menghadapi cabaran ibu menyusu berkerjaya...mental dan fizikal kena ready tau, jangan ambil mudah k!

Cara Urus EBM ke Nursery @ Rumah Pengasuh


1. Pastikan ibu-ibu dah cuba berikan susu ibu perahan kepada bayi dengan menggunakan botol susu (sebenarnya tak berapa bagus, tapi lebih mudah diuruskan) atau cawan atau picagari atau apa saja kaedah penyusuan EBM pilihan ibu...ajar bayi menyusu EBM sejak dari dalam pantang...

Jika bayi tak nak menyusu EBM sebab ibu yang beri,cuba minta bantuan ahli keluarga seperti suami, adik beradik atau mak ayah untuk beri bayi EBM..ni supaya bayi biasa dengan persekitaran yang tiada ibunya...jadi diharapkan bayi mahu menyusu dengan baik..

Memang banyak kes bayi tidak mahu menyusu EBM dengan botol atau apa-apa cara,hanya mahukan penyusuan terus dari ibu. Namun, ibu perlu banyak berdoa kepada Allah semoga niat untuk menyusukan bayi secara eksklusif mudah dan lancar..cari alternatif untuk memudahkan pengasuh menguruskan bayi kita dan menyenangkan hati kita semasa bekerja...


2. Pastikan ibu telah mengetahui corak penyusuan bayi, contohnya seperti tahu berapa amaun bayi menyusu setiap kali penyusuan (untuk elak pembaziran EBM, sayang oo nak buang), berapa kerap bayi menyusu dan sebagainya.. Ibu-ibu lebih kenal bayi sendiri kan?

Bayi berusia 2 bulan biasanya minum 2 oz susu setiap kali penyusuan.
Bayi berusia 3 bulan, 3 oz untuk setiap kali penyusuan.
Bayi berusia 4 bulan dan ke atas, 4 -5 oz untuk setiap kali penyusuan.

Biasanya bayi akan menyusu susu ibu secara puratanya 4 -5 oz sahaja setiap kali sesi penyusuan, dalam sela masa 2-3 jam..bayi akan menyusu sedikit tetapi kerap..

Berdasarkan pengalaman Mai, anak Mai yang kedua yang menyusu sepenuhnya dengan susu ibu...dia minum 4-5 oz susu ibu perahan setiap kali menyusu di rumah pengasuh sehingga umur 2 tahun...sehari Mai akan tinggalkan 5 botol EBM untuk bekalannya sepanjang hari di rumah pengasuh..alhamdulillah cukup dan kadangkala berlebih pula..

Jadi, ibu-ibu boleh simpan susu perahan mengikut amaun bayi anda menyusu..simpan cukup-cukup untuk satu sesi penyusuan..jika anak minum 3 oz setiap kali, simpan 3 oz sahaja ye..nanti membazir dan terpaksa dibuang..ini kerana EBM yang telah dipanaskan hanya tahan 1-2 jam sahaja dalam suhu bilik.. biasanya Mai pastikan susu perahan yang dipanaskan akan dihabiskan dalam masa sejam je..kalau lebih, Mai akan buang dengan sedihnya...huhu

3. Untuk menyediakan bekalan EBM ke rumah pengasuh atau nurseri, ibu kena pastikan nak bawak EBM beku atau fresh (yang baru diperah atau masih dalam chiller).. untuk penyimpanan EBM, Mai dah kongsikan dalam entry yang lepas tentang pengurusan EBM (klik sini), boleh baca ye..

Apabila EBM telah disejukkan dalm peti ais, ibu-ibu akan dapat lihat dua lapisan akan terbentuk pada EBM tersebut..haaa ni bukan sebab dah basi ye...ni sebab susu ibu terdiri dari dua komponen - susu cair (foremilk) dan susu pekat (hindmilk)...bila disejukkan, foremilk dan hindmilk akan terpisah menjadi dua lapisan..

Lapisan atas (foremilk) - nampak cair, berair..ini kerana foremilk untuk menghilangkan dahaga bayi
Lapisan bawah (hindmilk) - pekat dan berkrim..ini kerana hindmilk mengenyangkan bayi..

Dua lapisan pada susu ibu perahan yang disejukkan
Credit


Unik kan susu ibu?

Jadi, ibu-ibu perlu gabungkan kembali kedua-dua lapisan ni.. caranya? cuma goyang-goyangkan botol susu berisi EBM gaya hawaii...hehe ala-ala hula hoop gitew...

Ok balik pada nak bawa ke rumah pengasuh atau nurseri..

Jadi, ibu-ibu kena merancang berapa botol yang mahu dibawa ke rumah pengasuh atau nurseri..

Perkara penting yang perlu diingat:
(i)  Berapa botol yang bayi minum setiap hari?
(ii) Berapa oz bayi minum setiap kali menyusu?
(iii) Berapa botol fresh EBM, berapa botol yang beku..
(iv) Label pada botol, yang mana nak beri pada bayi dulu

4. Jika ibu-ibu mahu memberikan EBM beku kepada pengasuh, PASTIKAN EBM itu sudah cair..elakkan bagi EBM beku kepada pengasuh dan berharap pengasuh tahu bagaimana nak handle dan kita perlu ingat, bila bayi nak susu, dia bukan boleh tunggu2...jadi pastikan bagi EBM yang dah cair ye..

Cara mencairkan EBM beku:

(i)  Sebelum tidur, turunkan EBM beku ke peti sejuk bahagian bawah..ibu-ibu boleh rendam EBM dalam bekas berisi air dan letakkan di bahagian bawah
(ii) INGAT!! EBM beku yang telah dicairkan TIDAK BOLEH dibekukan semula..jadi, rancang dengan betul supaya tiada pembaziran EBM k..

Cara nak cairkan EBM


5.  LABELkan pada botol EBM yang mana dulu patut pengasuh berikan kepada bayi, mengikut aturan nombor.. Ini untuk memudahkan pengasuh dan mengelakkan pembaziran EBM..terutama sekali yang beku...sebab macam yang Mai dah terangkan tadi, EBM beku yang dah cair, tak boleh dibekukan semula, dan perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam selepas dicairkan..

Jadi rancang dengan elok ye..

Ok, jom kita tengok contoh ni:

Katalah baby kita minum 6 botol sehari, 4 oz setiap kali penyusuan.
Kita boleh bekalkan 3 EBM fresh dan 3 EBM beku.

Jadi, kita pastikan dalam setiap botol yang dihantar kepada pengasuh mengandungi 4 oz susu EBM. Oleh sebab kita ada EBM beku (boleh tahan dalam freezer selama 3 bulan, deep freezer 6 bulan) dan EBM fresh (yang baru perah atau dalam tempoh 4 hari lepas perahan, letak dalam chiller), maka kita perlu beri pada bayi kedua-duanya untuk dihabiskan.

------> Ibu-ibu perlu juga bagi fresh EBM kepada bayi ye, jangan beri semua EBM beku kepada pengasuh..ini kerana kandungan enzim, khasiat dan antibodi dalam EBM beku ada yang dah termusnah akibat pembekuan, jadi EBM yang fresh perlu diberi kepada bayi untuk pastikan bayi dapat cukup khasiat sepenuhnya, insyaAllah..

Untuk 6 botol yang dihantar kepada pengasuh, labelkan menggunakan nombor 1 - 6 (sukahati nak bagi nombor apa ye, A - F ke...)

1  -  EBM fresh  (mulakan hari bayi anda dengan sesuatu yang berkhasiat)
2  -  EBM beku
3  -  EBM fresh
4  -  EBM beku
5  -  EBM beku
6  -  EBM fresh (ini kalau tak habis, boleh simpan beku atau guna untuk kegunaan esok harinya)

Contoh label pada botol untuk dihantar kepada pengasuh
Label bernomber pada botol susu


Pastikan ibu-ibu terangkan pada pengasuh ye cara nak beri EBM kepada bayi..kalau pengasuh susah nak faham atau mudah lupa, tinggalkan sedikit nota untuk dia tengok caranya..

Kita nak beri yang terbaik untuk anak, kena make sure persediaan kita mantap k!!

Ok..sampai sini je dulu ye..semoga bermanfaat untuk ibu-ibu semua..

******************
Ada masalah penyusuan?
Mungkin video ini boleh membantu..


******************
Set Penyusuan Shaklee telah membantu ribuan ibu-ibu untuk melengkapkan 2 tahun penyusuan secara eksklusif bayi mereka, dan terbukti selamat dan berkesan secara klinikal dan kajian.

Dapatkan Set Penyusuan Shaklee di sini..


Maidoakan semua ibu dapat menyusukan bayi anda secara eksklusif selama dua tahun penuh..yang penting jangan sesekali give up dan putus asa ye! Banyakkan berdoa dan mohon pada Yang Maha Memberi Rezeki ye..

*******************

Salam sayang,
Rumaizah Zalkornain
Sms/whatsapp: 016-5519641

No comments: