Sunday, December 28, 2014

Susu Formula Paling Terbaik Untuk Bayi di Waktu Bencana

Assalamualaikum dan hai mummies semua..

Sekarang seluruh Malaysia sedang bersatu padu menghadapi bencana banjir yang teruk melanda di beberapa negeri di pantai timur dan barat Malaysia..rakyat negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan ada lagi negeri yang terjejas kerana banjir..

Mai doakan semoga semua mangsa dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi ujian dari Allah ini..semoga musibah yang melanda ni terselit hikmah yang besar buat kita insyaAllah..

Lebih sedih dan pilu hati melihat kanak-kanak dan warga emas..tak kurang juga ibu hamil, ibu menyusu, ibu berpantang dan juga yang bersalin serta menunggu hari untuk menyambut kehadiran permata hati dalam keadaan begitu..moga Allah beri ganjaran besar untuk mereka yang bersabar..insyaAllah

Entry kali ni Mai nak kongsikan poster Fakta & Mitos Penyusuan Ibu semasa bencana..

Haa tengok tajuk entry ni...susu formula terbaik???

Erk...

Yeke?

Sebenarnya, susu ibu la yang paling selamat untuk bayi terutama ketika waktu kritikal dan bencana seperti banjir ni..penyusuan ibu paling selamat dan hampir tiada risiko langsung walaupun ketika anak sakit..ketika ini, penyusuan ibu yang terrrrbaik!

Meh meh dekat sikit...kita baca poster kt bawah ni..untuk panduan ibu-ibu menyusu sekiranya kita berada dalam situasi bencana..

Positifkan minda dan bertenang..penyusuan ibu adalah pilihan terbaik yang kita ada..


Ok mommies..sampai sini dulu ye..nanti kita sharing lagi ye..

Salam sayang,
Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor 
ID 868610
Hp: 016-5519641