Showing posts with label Vitamin Ibu Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Vitamin Ibu Menyusu. Show all posts

Wednesday, August 23, 2017

Cara Ibu Menyusu Kuruskan Badan Dengan Selamat

Satu perkara yang pasti ada dalam perancangan seorang wanita lepas bersalin ialah nak turunkan berat badan! Betul kan? Haha..pastinya itu impian setiap wanita selepas bersalin.

Namun begitu, lepas bersalin tu impian yang lebih besar, semestinya nak menyusukan bayi sepenuhnya selama 2 tahun penuh. Impian nak kurus tu tiba-tiba jadi misi mustahil.

Haha..sebabnya ibu menyusu tak boleh nak berdiet sakan, kalau diet nanti effect pulak susu badan..huhu itu lebih mengerikan daripada menjadi gemuk!

So, macamana ibu menyusu nak kurus dengan selamat, tanpa jejaskan penghasilan susu ibu?

Petua Untuk Ibu Menyusu Kuruskan Badan Dengan Selamat


  1. Susukan anak sekerapnya mengikut permintaan. Bila anak menyusu, ia turut bantu bakar kalori dalam badan.
  2. Makan makanan seimbang, kurangkan lemak dalam pemakanan. Lebihkan protein dan sayur serta buah yang boleh menggalakkan penghasilan susu. Boleh tambah multivitamin yang lengkap seperti Shaklee VitaLea Iron, B Complex dan Vitamin C serta protein ESP yang menyokong nutrisi ibu menyusu. 
  3. Minum air kosong secukupnya. Kurangkan minuman yang manis dan berlemak. Pastikan cukup 3 liter air sehari, ini supaya dapat mengekalkan penghasilan susu ibu. Jangan minum berdiri, ini akan menyebabkan perut buncit! Lagipun tak manis orang perempuan minum berdiri..hehe anak Mai kata, sape minum berdiri kawan dengan setan hihi 😅
  4. Makan snek berkhasiat antara waktu makan utama. Contohnya makan buah atau salad segar. Buah dan sayur ni makam banyak-banyak-banyak pun takpe!
  5. Untuk pastikan lemak-lemak kita dikeluarkan dari badan dengan lebih efisien, pengambilan Lecithin dan OmegaGuard sangat membantu. Lecithin bertindak sebagai penggumpal lemak dan dapat mengelakkan pengumpulan lemak. OmegaGuard pula dapat membantu mencairkan lemak yang termendap di dinding salur darah. Plus, anak juga akan jadi bijak seperti ibunya kerana kandungan kolina dalam Lecithin serta OmegaGuard mampu membantu merangsang perkembangan otak bayi, hebat kan!
  6. Senaman ringan juga boleh diamalkan oleh ibu menyusu seperti brisk walk, jogging atau berenang. Terpulang mengikut keselesaan ibu.

Ok itu saja sharing Mai kali ni ye.
Jangan lupa share ye jika rasakan bermanfaat!
Happy breastfeeding mommies!

Salam sayang,
Mai

Monday, August 21, 2017

Testimonial Set Menyusu Shaklee..Bukti Bantu Ibu Jadi SuperMom!

Assalamualaikum..
Hai semua ibu-ibu gojes 😘

Hari ni Mai nak share testimonial Set Menyusu Shaklee yang boleh buat ibu rasa best, rasa hebat, rasa awesome!

Umum dah tahu dah bagaimana Set Menyusu Shaklee dah membantu ribuan ibu-ibu untuk menyusukan bayi mereka sepenuhnya secara eksklusif. Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah. Satu rahmat daripada Allah bila kita berjaya menyusukan anak sepenuhnya sepanjang 2 tahun. Dan alhamdulillah, Set Menyusu Shaklee sangat-sangat membantu!

Testimonial Ibu Hebat Bersama Set Menyusu Shaklee









Cara Nak Order Set Menyusu Shaklee


Hubungi Mai untuk membuat pesanan anda hari ini ya!

Salam sayang,
Mai
016-5519641



Saturday, February 18, 2017

Bahaya Meroyan : Ibu Boleh Hilang Kewarasanv

Baru-baru ni negara dikejutkan dengan berita baby umur 3 bulan dikelar sehingga mati oleh ibunya sendiri... Allahuu sedihnya...
.
Bagaimana tergamaknya hati si ibu sanggup membunuh anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari?
Kejamnya maknya!
Memang kejam!
Takde hati perut ke...
.
Itu kata-kata lemparan masyarakat bila baca berita tu..sangat cepat masyarakat melatah bila kejadian itu berlaku sehingga sanggup melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati...
.
Si ibu mengalami postpartum depression yang agak teruk sehingga menyebabkan dia tidak waras dan membunuh si anak..kalau orang melayu kata meroyan la..
.
Punca meroyan ni banyak..yang paling utama adalah kerana stress...
Stress sebab apa?
.
Stress anak asyik menangis..
Stress anak yang besar dok buat adik baby yang kecik..
Stress rumah huru hara macam tongkang pecah..
Stress suami tak bantu..
Stress susu merudum..
Stress sebab penampilan diri dah tak menarik, asyik hanyir bau susu je 😟..
Stress..stress...stress...
Sehingga si ibu menjadi tidak waras..
.
Aduhai rahmatilah si ibu Ya Allah..
.
Sepanjang berpantang dan lepas berpantang, ibu-ibu kena kawal emosi jangan terlalu sedih..suami kena bantu isteri semasa berpantang supaya emosi isteri sentiasa ceria dan stabil..isteri ni bukan minta intan berlian segunung harta, cukup dengan perhatian dari suami..bantu urus anak yang dah besar..bantu urusan rumah dan sebagainya..
.
Ibu berpantang pun boleh stabilkan mood sendiri dengan makan makanan seimbang..ambil supplement seperti Vitalea Multivitamin supaya badan cepat pulih dan rasa sihat sepanjang tempoh tersebut, sebab kadang-kadang makanan kita tak cukup nutrisi yang diperlukan oleh badan, jadi supplement sangat penting nak tampung kerongakan vitamin tu..
.
B complex sangat sangat penting untuk bantu kawal emosi ibu yang swing swang sentiasa tu..amalkan b complex supaya kita lebih tenang dan tak cepat rasa nak marah..
.
Vitamin C, ESP dan Vivix untuk bantu pulihkan badan dengan cepat serta rawat luka dari dalam..
.
Sayangi diri kita dan keluarga kita..elakkan dari mengalami tekanan selepas bersalin..banyakkan zikrullah dan pasangkan ayat-ayat suci alQuran di dalam bilik tidur sepanjang berpantang supaya kita lebih tenang..
.
.
Salam sayang,
Mai

#tsunamishaklee
#shakleewarrior
#shakleeclans

Wednesday, January 25, 2017

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Berpantang

Ramai kawan Mai yang baru melahirkan anak baru-baru ni...bestnya bau baby..doakan Mai pulak lepas ni ye..hikss
.
Ok..untuk ibu berpantang ni, Shaklee ada produk yang super best yang memang sangat membantu memulih, memperbaiki dan memberi tenaga kepada ibu yang baru melahirkan ni..
.
Dalam set berpantang untuk ibu baru bersalin ni, ada:
1) Vivix
- memulih tenaga dan mempercepat baik pulih tenaga dan dalaman ibu

2) Vitalea
- multivitamin lengkap dengan semua vitamin dan mineral

3) B complex
- berfungsi sebagai penenang bila mood swing..ibu lepas bersalin ni kan ada mood swing kan, jadi memang b complex sangat membantu

4) Vita-C
- membantu baik pulih luka ibu, dalaman, kulit nampak segar dan berseri walaupun berpantang

5) Alfalfa
- membantu banyakkan susu ibu, memperbaik dalaman ibu umpama jamu awww

6) Ostematrix
- paling best..kalsium yang lengkap dengan magnesium dan mineral yang boleh membantu pelawasan..elakkan sembelit dan tidur lebih lena

7) ESP
- protein terbaik untuk ibu, memberi tenaga berpanjangan, memekatkan susu ibu dan mencantikkan kulit



Waahh best kan..nak konsultasi terbaik, contact Mai tau!
Bulan Januari ni promosi Vivix ada lagi, jangan lambat, nanti rugi offer dah abis..

Mai
016.551.9641

#tsunamishaklee
#shakleewarrior
#shakleeclans

Saturday, January 14, 2017

Bantu Penyusuan Susu Ibu Dengan Shaklee

Tetiba teringat masa lepas bersalinkan Muaz dulu..gigih nak fully bf tapi takde ilmu..beli pam Spectra3 tapi tak dapat fully bf..
.
Masa mengandungkan Maisarah gigih gali ilmu tentang bf, berdoa semoga Allah mudahkan usaha nak fully bf,..
.
Lepas bersalin Sarah, beli produk Shaklee nak bantu banyakkan susu..ingatkan susu jadi melimpah ruah lepas makan Shaklee, tapi rupanya cam tu jugak..tapi alhamdulillah badan rasa bertenaga, cepat rasa pulih, susu pekat walaupun tak banyak..
.
Apa yang Mai nak cerita ni sebenarnya?
Hehe
.
Set menyusu Shaklee mungkin membantu banyakkan susu bagi sesetengah orang, tapi bukan Mai..produk ni membantu meningkatkan kesihatan Mai selaku ibu menyusu, meningkatkan kualiti susu sebab kadang-kadang ibu makan tak cukup zat nutrisi, serta membantu memberikan tenaga ibu menyusu..
.
Perjalanan penyusuan Mai tak mudah..alhamdulillah Allah bantu dengan produk Shaklee untuk mengiringi Mai sepanjang tempoh penyusuan Maisarah dan Muna..
.
Jika ada ibu menyusu yang hampir putus asa untuk menyusukan bayi, boleh berikhtiar dengan set menyusu Shaklee..insyaAllah Mai boleh bantu 😊
.
.
Mai
016.551.9641

Wednesday, November 19, 2014

Shaklee & Saya : Saat Jatuh Cinta

Assalamualaikum....hai semua...

Dah lama rasanya Mai tak sharing sharing..huhu sejak beranak 3 ni hidup Mai memang agak kelam kabut...sekarang masih lagi dalam proses nak menyesuaikan diri dan meng'adjust' balik rutin harian dan aktiviti dengan anak-anak..alhamdulillah Abang Muaz dan Kakak Sarah sangat membantu Mai dalam menjalankan aktiviti seharian, terutama kalau nak minta tolong tengokkan adik Muna yang tidur..tapi bila datang angin tak nak, buat deeekkkk juga...hihihi anak-anak syurga Mai.. ^_^

Ok la..dalam entry kali ni, Mai nak kongsi pengalaman Mai menggunakan produk Shaklee..ala-ala review produk la gitu..hehe

Sebenarnya dah lama nak sharing, tapi tak ter'share2'..hehe kali ni Mai share macamana Mai boleh jatuh cinta dengan produk Shaklee dan sampai sekarang masih menggunakannya..

Saat Aku Jatuh Cinta

Heading tak tahan...hahaha sabor je la...

Mai mula menggunakan produk Shaklee ni pada April 2011..masa tu Mai baru lepas bersalin Maisarah..masa dalam pantang tu, Mai rasa Mai perlu cari supplement untuk bantu Mai...azam masa tu nak susukan Maisarah secara ekslusif selama 2 tahun..jadi kena tambah ilmu penyusuan dan cari sesuatu untuk bantu Mai tambahkan susu badan yang berkualiti..

Mai pun godek2 la facebook, google semua..ingat lagi masa tu Mai ada join group Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan di facebook..Mai jadi silent reader je, hehe tak aktif pun..so ada la ibu-ibu yang share tentang review produk Shaklee untuk tambah susu..

Sebenarnya Shaklee ni memang familiar dalam hidup Mai sebab arwah Opah Mai dulu memang pengguna Shaklee juga..so Mai pun macam berminat la nak cuba..jadi Mai mula google, cari pengedar produk Shaklee..kan nak order ni..hehe

Alhamdulillah Mai dipertemukan dengan Kak Ida Khairani Ahmad (www.mysupervitamins.com)..Mai pun tanya la dia tentang produk Shaklee untuk tambah susu, dia pun explain dengan bersabarnya dengan soalan2 Mai..hehe dipendekkan cerita, Mai pun setuju nak cuba try test kehebatan Shaklee ni..masa tu Mai mula dengan trial pack (sekarang dah tak dibenarkan jual trial pack ye)..Mai mula consume masa tu yang pakej basic, Set B - Vitalea, B Complex, Vita-C dan Alfalfa..

Set yang buat Mai jatuh cinta dengan Shaklee


Jadi bermulalah perjalanan penyusuan Mai bersama Shaklee..

Susu Tak Meriah...huhu sedih

Wahhh tengok heading tu...kenapa tak meriah pulak susu? Kata boleh tambah susu...tipu ni!!

Sungguh tak sangka...susu Mai masih macam tu juga, tak de la bila makan Shaklee, Mai perah dari 2 oz tetiba terus jadi 10 oz sekali pam..orang lain mungkin ada, tapi tidak pada Mai..tapi Mai dapat side effect yang lain yang mana membuatkan Mai lebih suka dan gembira dan bahagia dan sewaktu dengannya..hehe

Mai jadi bertenaga!
Mai bersemnagat!
Mai dah tak cepat letih, walaupun penat urus rumahtangga dan anak-anak!
Mai pulih cepat semasa berpantang!
Mai dah bebas dari keputihan yang gatal! sikit-sikit tu adala..
Mai RASA SIHAT!!

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..

Mai yakin side effect yang Mai dapat ni lebih hebat dari dapat susu meriah dan banyak sebab bila ibu sihat, keluarga dapat diuruskan dengan baik...nak pam susu pun rasa happy..tak stress dan rasa gembira..alhamdulillah syukur pada Allah..

Mai dapat simpulkan, supplement Shaklee bukan untuk tambah susu je..tapi ia bantu beri nilai tambah dalam kehidupan kita..badan rasa sihat dan segar sepanjang hari..kalau badan sihat, barula susu yang keluar berkualiti..jika ibu tak sihat, nak pam susu pun letih..nak urus keluarga pun tak larat..kan kan?

Sharing is Caring

So bila kawan-kawan di tempat kerja lihat perubahan positif Mai - nampak bertenga, sihat dan aktif - dengan aktiviti di rumah dan sekolah, ada yang mula bertanya apa yang Mai amalkan..jadi bila bercerita mengenai kebaikan yang Mai dapat hasil dari produk Shaklee, ada dalam kalangan kawan-kawan yang nak cuba dan alhamdulillah mereka juga rasa apa yang Mai dah rasakan..ia beri satu kepuasan!

Dari situlah bermulanya Mai menjadi pengedar dan berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan ibu-ibu dan kawan-kawan semua..alhamdulillah ramai yang menerima manfaat dan semoga Allah berkati setiap usaha yang kita lakukan untuk menjaga amanah pinjaman dari Allah ni..

Ini Shaklee Effect Mai dan raaaaaaaaamai lagi...Anda?

 Ini antara kesan hebat yang Mai dapat sepanjang mengamalkan produk Shaklee..Alhamdulillah syukur pada Allah...dan bukan Mai saja, ramai lagi yang telah merasa kesan hebat produk Shaklee dalam memberi kesihatan yang optimum..

meh Mai kongsikan satu video...



Anda nak jadi sebahagian dari #ShakleeEffect?

Jangan lupa hubungi Mai ye...

Ok..sampai sini je dulu Mai share ye..
Nanti kita story mory lagi k!

Daa....


Salam sayang,
Mai

Shaklee Independent Distributor
ID 868610
016-5519641

Saturday, January 5, 2013

Nutrisi Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusu

Saya gembira kerana secara rasminya Shaklee telah menyokong keperluan nutrisi untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Kini para ibu dah tak perlu bimbang dan ragu dengan produk Shaklee lagi.


Berminat...sila hubungi saya.
^_^

Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms@whatsapp 016-5519641
nur.rumaizah@gmail.com
Fb page: My Health Store

Tuesday, December 4, 2012

Set B - Vitamin Ibu Menyusu

Ibu menyusu sangat memerlukan nutrisi tambahan untuk turut diberikan kepada bayi. Jika ibu tidak makan makanan yang berkhasiat, bayi turut akan mendapat kesannya.
Ibu menyusu perlu sihat dan bertenaga untuk menempuh aktiviti seharian yang memenatkan. 

Set penyusuan Shaklee Set B amat membantu ibu menyusu memperoleh kesihatan yang optimum dan bertenaga.

Set Vitamin Untuk Ibu Menyusu yang paling optimum mengandungi:
1. Vitalea @ multivitamin dengan formula zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah dan juga sel sendiri. Vitalea juga sangat membantu untuk mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari akar ke hujung, membantu mencegah penyakit tiroid@beguk yang terjadi akibat kekurangan iodin dalam badan. Vitalea juga mampu memberikan rasa bertenaga, mengilangkan kelesuan badan dan menjadikan kulit sentiasa tegang. Ibu-ibu menyusu tak perlu lagi mengambil obimin jika mengamalkan Vitalea. Vitalea mengandungi 30 nutrisi lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral pentig yang lengkap dan terbaik di pasaran.

 2. Shaklee B complex dilengkapi dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh tetapi sukar diperoleh dari makanan secara lengkap. Ia membantu tubuh badan lebih bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan menampilkan wajah yang lebih berseri. Ia juga membantu menukarkan gula dalam darah kepada tenaga, mengelakkan stress, membantu mengurangkan sembelit dan membantu melancarkan urat saraf...rahsia kulit cantik juga ada pada B Complex...'B for Beauty'

3. Sustained Release Vita-C sebagai antioksidan tubuh yang sangat berkesan untuk meningkatkan imunisasi tubuh, mencantikkan kulit, membantu penyerapan zat besi, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan dan menstabilkan bahan kimia dalam badan. Sangat bagus sekiranya ibu-ibu mengalami selsema atau bayi selsema, SR Vita-C dapat meningkatkan ketahanan tubuh melawan virus selsema.

4. Alfalfa Complex - Alfalfa adalah raja segala tumbuhan, telah digunakan secara tradisional berkurun lamanya untuk meningkatkan kualiti kesihatan. Dilengkapi dengan 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan kaya dengan protein. Alfalfa mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya untuk membantu pencernaan bagi kesemua kelas makanan. Ia juga dapat membantu mengatasi sakit sendi, gout dan Alfalfa sangat membantu meningkatkan imunisasi tubuh. Ia juga mengandungi kalsium dan sangat membantu ibu menyusu kerana Alfalfa dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu dan membanyakkan susu badan.

5. Ostematrix  membekalkan keperluan kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusu. Kalsium merupakan komponen yang penting dalam susu ibu. Kalsium penting untuk pembinaan darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Pengambilan kalsium dalam kalangan ibu menyusu tidak boleh dipandang remeh. Sekiranya keperluan kalsium bagi ibu menyusu tidak mencukupi untuk disalurkan kepada bayi, kalsium akan diserap dari tubuh ibu untuk disalurkan kepada bayi. Ini menyebabkan ibu sering letih dan lesu, gigi cepat rosak, kerap sakit belakang serta lenguh dan kebas badan. Ia juga membantu mencegah osteoporosis yang sangat mudah menyerang wanita terutama apabila berusia 40 tahun ke atas. Ini kerana ibu-ibu tidak mengambil kalsium yang secukupnya semasa menyusu. Ostematrix mampu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan menambah komposisi kalsiumnya. Susu merudim ketika datang bulan? ini kerana kalsium berkurangan secara kritikal untuk mengeluarkan darah kotor dari tubuh.

6. ESP

7. OmegaGuard


Terdapat beberapa variasi set vitamin ibu menyusu yang boleh dipilih mengikut budget.

1. Set B
Vitamin Ibu Menyusu (SET B)

2. Set E
Vitamin Ibu Menyusu (SET E)

3. Set 3 M
Vitamin Ibu Menyusu (SET 3M)

4. Set 3M Plus
Vitamin Ibu Menyusu (SET 3M Plus)

5. Eu Four Pack
Vitamin Ibu Menyusu (SET EU FOUR PACK)

HUBUNGI:
Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
SMS/ Whatsapp: 016-5519641
Like saya di Fb: My Health Store

Thursday, October 25, 2012

Kepentingan Vitamin bagi Ibu Menyusu Bekerjaya

Ibu bekerjaya sememangnya mempunyai gaya hidup yang pantas dan memenatkan..lebih-lebih lagi jika tinggal di bandar atau kota metropolitan seperti Kuala Lumpur...walau penat macamana pun,tanggungjawab ibu di rumah tetap yang paling utama dan tidak pernah diabaikan...saya memang salute habis kepada mak-mak bekerjaya tapi pengurusan rumahtangga tip top meletop gitew..

Tidak kurang juga bagi ibu yang bekerja di rumah...sememangnya kerja di rumah tidak pernah habis,huhu...siapa kata suri rumah relaks dok umah tak kerja??cer try jadi fulltime housewife ni..mau flat you...penat toksah citer la,lepas satu-satu kerja dibuat...

Tak kira la anda ibu bekerjaya atau bekerja di rumah,mak-mak semua memang SUPERB, semua ni SUPERMAK!!

Menjadi ibu, isteri dan pengurus rumah tangga adalah tanggungjawab utama yang sentiasa berada di minda..tak kira la jawatan setinggi mana, dalam fikiran 'balik ni nak masak apa', 'anak dah makan ke belum','hujan lebat,habisla kain kat ampaian kena basuh balik' hehe biasa kan? tanya la siapa pun..kalau sembang, topik PALING HOT mesti citer nak masak apa, karenah anak-anak, kongsi resepi la, haih macam2 la...sume kisah yang paling dekat di hati mak-mak sume kan? hehe

SUPERMAK kena SIHAT!


Jadi, SANGATlah penting mak-mak semua jaga kesihatan diri...kalau mak yang sakit,demam tak larat buat kerja, alamatnya huru-hara satu rumah terutama kalau suami memang semua serah kat isteri sume benda,semua perkara isteri yang buat...sebab tu suami pun kena bantu isteri, rumahtangga adalah perkongsian hidup, bukan perhambaan...

Camne nak maintain kesihatan supaya sentiasa bertenaga? kadangkala ibu terlalu penat sampai makan pun ala kadar cuma mengalas perut..hmmm camne nak sihat ni?

Apa yang perlu ibu buat untuk kekal sihat?


1. Makan makanan yang seimbang - jangan skip makan ye terutama bagi ibu yang menyusu..badan kita perlukan nutrien yang cukup untuk berfungsi secara optimum..kalau badan dapat nutrien lengkap untuk berfungsi dengan baik.
2. Menjalani gaya hidup sihat. Bersenam sekurang-kurangnya 15minit sehari. Buat kerja rumah pun boleh jadi senaman yang bagus untuk ibu. Tak lupa solat 5 waktu :D
3. Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti supaya dapat bangun pagi dengan segar dan bersedia menjalani rutin yang hectic!
4. Makan supplement supaya kesihatan ibu di tahap yang optimum.

Supplement Shaklee yang dicadangkan untuk ibu-ibu terutama menyusu dan bekerjaya..the BEST of the BEST Set Tripple M iaitu mengandungi....


1. Family Wellness Set yang mengandungi ESP, Vita Lea, Sustained Release Vita C 500mg dan Vitamin B Complex - gabungan yang hebat untuk kesihatan badan yang baik untuk ibu terutama ibu menyusu..membekalkan nutrien yang lengkap untuk manfaat ibu dan bayi.

2. Ostematrix - kombinasi kalsium, magnesium, vitamin D, boron, mangan dll untuk kesihatan tulang yang baik..membantu ibu tidur lebih baik..sebagai milk booster yang bagus.

3. Alfalfa - berfungsi sebagai agen detoksifikasi, membantu pengeluaran susu ibu, membantu mengurangkan masalah keputihan wanita

Jika berminat, boleh hubungi saya untuk konsultasi percuma..

Rumaizah Zalkornain
ID 868610
019-6336341
Whatsapp: 016-5519641