Tuesday, January 29, 2013

Tips Jika Susu Badan Tiba-tiba Merudum

Susu badan merudum.....??!!
Argh...camane ni....esok nak kerja..baru dapat 3oz je ni..huhu nak nanges.....huhuhu
Dah la stok beku pun dah habis...
Nak nanges....

Pernah mengalami situasi di atas?

Jika ya..jangan risau, Allah sentiasa ada dengan kita...kita kena percaya yang Allah akan bantu kita..teruskan berdoa..teruskan percaya...letakkan keyakinan hanya pada Allah...dan pada masa tu miracles will happen...
Tapi doa dan tawakkal perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh...apa yang boleh anda buat jika tiba-tiba susu merudum?

Jom saya kongsikan tips untuk tingkatkan semula penghasilan susu ibu tatkala mengalami kemuruduman pengeluaran susu ibu..

1. Senyum dan bertenang menghadapi situasi ini. Percaya dan yakin bahawa Allah sentiasa ada di sisi kita dan akan sentiasa membantu kita.

2. Teruskan sesi mengepam dan kerapkan penyusuan bayi secara terus. Ikut jadual mengepam yang konsisten setiap hari. Boleh tambah sesi pengepaman sekiranya ada waktu terluang. Sela masa 2-3 jam tempoh antara satu sesi adalah yang terbaik.

3. Elakkan beri bayi susu perahan sekiranya ibu ada di sisi bayi. Teruskan penyusuan secara terus walaupun bayi mahu menyusu selepas sesi pengepaman. INGAT!! Semakin kerap susu dikeluarkan, lebih banyak susu akan terhasil!

4. Cuba kaedah untuk memperbanyak pengeluaran susu ibu, seperti power pumping.

5. Mengepam di antara waktu 12.00 pagi - 6.00 pagi. MENGAPA? Ini kerana hormon oksitoksin yang meransang pengeluaran susu ibu paling banyak dirembeskan pada waktu ini. Cuba bangun sekurang-kurangnya sekali untuk mengepam susu. Jika ibu bersungguh-sungguh, ibu boleh dapat 3 sesi mengepam sepanjang waktu ini, iaitu pada 12am, 3am dan 6am. Ibu akan dapat lihat perubahan pada kuantiti susu ibu yang diperah.

6. Mengamalkan ayat al-Quran dan zikir semasa sesi mengepam dan penyusuan bayi. Amalkan ayat 60 surah Al-Baqarah serta zikir Ya Matiin, Ya Wahhab. Berdoalah supaya Allah membantu niat murni kita untuk menyusukan bayi sehingga usianya 2 tahun.

7. Makan makanan yang berkhasiat dan makanan yang boleh menambah kualiti dan kuantiti susu ibu. Jika ibu merasakan diet seharian tidak mencukupi, ibu bolehlah mengambil vitamin untuk ibu menyusu agar ibu kekal sihat dan bertenaga.

Namun...ingat...kita hanya mampu berusaha sedaya upaya, mintalah pada Yang Maha Memberi..insyaAllah pengalaman penyusuan adalah sesuatu yang indah dan kenangan terhebat yang dianugerahkan oleh Allah kepada insan yang bergelar ibu. Sabar dan senyumlah, sentiasa berprasangka baik terhadap Allah, insyaAllah ada kemanisan selepas segala kepayahan.

Enjoy the moments!!


Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor ID 868610
019-6336341 / 016-5519641

Tuesday, January 8, 2013

Rahsia Banyakkan Susu Badan

Nak banyakkan susu badan?
Susah hati kerana susu tiba-tiba merudum?
Nak kerja esok tapi stok susu tak cukup!!
Dah makan macam-macam milk booster tapi susu badan macam tu jugak, tak banyak pun macam orang lain!?

Saya pasti...ni adalah antara dilema seorang ibu yang memang berhasrat sepenuh jiwa dan raga mahu memberikan susu yang terbaik dan termahal di dunia..namu adakalanya semuanya tak seindah dan semudah yang diimpikan dan dibayangkan di fikiran..dah macam-macam cara yang dibuat, masih lagi tiada perubahan...ada yang mudah mengalah, perjalanan penyusuan terhenti setelah berhabis membeli segala peralatan mengepam dan sebagainya...saya faham perasaan itu kerana saya juga begitu semasa anak pertama!

Jangan gundah..riangkan hati...hilangkan stress kerana stress juga boleh menyebabkan susu 'malu-malu' nak keluar.. senyum selalu...


Rahsia Banyakkan Susu Badan


Tiada rahsia yang khusus dalam usaha kita nak banyakkan susu badan ni...di sini saya nak kongsikan tips yang berguna untuk anda mencapai impian menyusukan permata hati dengan mutiara berharga ini...jika anda istiqamah dan sabar, insyaAllah tips ni mampu membanyakkan susu badan.

1. Banyakkan susu dengan mengepam atau mengosongkan payudara secara konsisten setiap hari.      

Banyakkan sesi mengosongkan payudara dengan kerapkan direct feeding atau sesi pengepaman. Ibu-ibu perlu tau, kunci banyakkan susu badan ialah kekerapan breast dikosongkan., lebih kerap susu akan dihasilkan. Apabila permintaan tinggi, otak akan menghantar isyarat kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk menampung keperluan bayi.

Sebab itulah sekiranya ibu-ibu berhasrat untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ibu-ibu perlu mula menyimpan stok seawal 2 minggu selepas kelahiran bayi! Ini supaya, keperluan bayi akan dapat dipenuhi sekiranya ibu pergi bekerja atau terpaksa outstation beberapa hari atau sekiranya bekalan susu merudum akibat ibu sakit.

Persediaan rapi sangat penting supaya hasrat ibu menyusukan tidah terkubur begitu sahaja. Dengan disiplin dan azam yang tinggi, ibu-ibu pasti boleh berjaya. Peningkatan sesi pengepaman boleh membantu membanyakkan susu badan.

2. Banyakkan susu dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat setiap hari tanpa gagal

Ibu-ibu perlu mengamalkan diet yang seimbang dan makan hanya makanan yang sihat. Pastikan diet ibu-ibu mengandungi semua jenis zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Badan yang sihat dapat membantu menampung keperluan bayi dan ibu tidak mudah merasa letih dan lesu terutamanya setiap kali bayi habis menyusu atau sesi mengepam selesai.

Sekiranya ibu-ibu tidak pasti makanan yang diambil mencukupi zat dan nutrisi, ibu-ibu boleh mengambil vitamin khas untuk ibu menyusu. Ini supaya susu badan yang diberikan kepada bayi benar-benar berkualiti dan mencukupi zat dan nutrien untuk tumbesaran minda dan fizikal bayi yang sihat. Ibu sihat, anak ceria!

3. Banyakkan susu dengan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari

Ibu-ibu kena banyak minum air supaya dapat menggantikan air yang keluar dari tubuh. Jika tidak, badan akan mudah rasa letih dan lesu.

Berapa banyak yang ibu kena minum?

Ibu-ibu menyusu perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Cari cara bagaimana untuk memastikan air yang ibu-ibu minum benar-benar cukup. Memadai sekiranya mempunyai beberapa bekas air yang patut dihabiskan setiap hari. Sekiranya tak habis, maknanya air yang diminum belum cukup!

4. Banyakkan susu dengan berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT

Jika anda seorang Muslim, tentu sangat pasti percaya bahawa rezeki di tangan Allah...percaya dan yakin bahawa Allah akan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk bati anda. Jangan berputus asa dan teruskan berdoa dan bertawakkal kepadaNya.

Jika anda bukan seorang Muslim, anda juga patut percaya begitu..

Kunci kejayaan penyusuan = DOA + USAHA + ISTIQAMAH + TAWAKKAL

Berdoalah dengan sabar dan solat..mohonlah kepada Allah agar dipermudahkan perjalanan penyusuan anda. Setiap anak berbeza rezekinya...mintalah kepada Yang Maha Memberi Rezeki, insyaAllah anda pasti berjaya.


Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms@whatsapp             016-5519641      
nur.rumaizah@gmail.com
Fb page: My Health Store



Sunday, January 6, 2013

Kalau Hebat Sangat, Kenapa Takde Jual di Farmasi, Tesco, Giant Sume?

Kenapa Produk Shaklee tiada dijual di farmasi dan kedai ubat?


Sebab produk Shaklee TERLALU EKSKLUSIF dan sangat BERKUALITI...
hanya boleh didapati melalui pengedar berdaftar dan cawangan Shaklee sahaja!!



Anda memang takkan jumpa di mana-mana toko jamu ke, kedai ubat ke, farmasi ke melainkan jika tauke kedai atau farmasi tu adalah pengedar Shaklee...haa baru boleh beli...tak seperti jenama vitamin tambahan yang anda boleh jumpa di pasaran, anda boleh beli dengan mudah...hanya pilih di rak-rak dan bayar...senang!

Tetapi...mudahkah anda membuat pilihan terBAIK?
Adakah sekiranya sesuatu jenama vitamin tambahan itu mahal, maka produknya juga berkualiti?

Sama sekali TIDAK!!

Mengapa saya katakan begitu??

Cuba anda fikirkan...sebelum sesuatu produk itu berada di pasaran sama ada di kedai atau farmasi atau pasaraya, dah berapa kali ia berpindah tangan?

              Pengeluar > Pengedar > Pemborong > Peruncit > Pengguna

4 KALI menyebabkan harga kos juga naik 4 kali ganda!
Mungkin harga sebenar produk cuma separuh atau suku daripada harga yang telah anda bayar...
Sangat merugikan, bukan?
Kenapa bayar lebih jika sebenarnya anda boleh dapat vitamin tambahan yang berkualiti pada harga yang sangat berpatutan?

Tiada Kos Tersembunyi

Chewah...macam iklan kad kredit pulak...hehe

Jika anda memilih produk Shaklee, tiada kos tersembunyi...produk dijual terus kepada anda..BEST kan?

               Pengeluar (Shaklee) > Pengedar Shaklee > Pengguna (ANDA!!)

Tiada sebarang kos tambahan seperti pengangkutan, pengiklanan, pemasaran dan lain-lain lagi yang boleh membuatkan harga produk meningkat berkali-kali ganda berbanding harga kos sebenar. Sebab itulah anda takkan pernah nampak sebarang iklan Shaklee sama ada di tepi jalan, tepi highway, tepi flyover malah iklan di media massa seperti pesaing-pesaing rapatnya..

Bukankan kos pengiklanan semua tu memakan kos yang sangat tinggi, yang sebenarnya dibayar oleh anda!

Kenapa anda perlu bayar lebih untuk semua tu?
Jangan menzalimi diri sendiri...
Anda layak menerima yang terbaik...

Sekiranya produk Shaklee terpaksa melalui pelan pemasaran sebegitu, saya jamin hanya golongan kelas atasan yang mampu membelinya..

Kualiti sangat penting...bukan jenama..

Biar namanya diharumkan kerana kualitinya, bukan kerana harganya...



Shaklee...Sentiasa Selamat, Berkesan dan Mesra Alam...
Dijamin halal dan gunakan tanpa was-was..
InsyaAllah...

Jadi, cepat hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee idaman anda..semua hanya di hujung jari saja!!

Meh isi je borang order.. KLIK SINI

Hubungi saya k..

Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms@whatsapp 016-5519641
nur.rumaizah@gmail.com
Fb page: My Health Store

Anak Bijak..Ibu Percaya Khasiat Omega-3 dan DHA

Jadi bijak dengan DHA

Kalau kita tengok kat iklan tv hari-hari mesti ada keluar iklan susu untuk membesar kanak-kanak kan?pastu setiap brand susu tu mesti sebut ada DHA..EPA..

Kenapa?

Sebab ibu-ibu percaya,kalau minum susu ada tinggi DHA, nanti anak jadi bijak pandai..

Memang betul...DHA sangat menggalakkan perkembangan minda yang cerdas yang membuatkan anak sentiasa aktif dan kreatif..DHA dan EPA sangat membantu dalam perkembangan memori anak-anak..Kandungannya menyebabkan anak tidak mudah lupa dalam pembelajaran selain dari meningkatkan kesihatan supaya anak cerdas dan cergas belajar.

Shaklee OmegaGuard...bukan sekadar DHA

FAKTA TENTANG SHAKLEE OMEGA GUARD YANG ANDA PERLU TAHU


  • Shaklee OmegaGuard diekstrak daripada ikan laut air sejuk di perairan laut negara Jepun. 
  • Mempunyai 3 kali lebih ketumpatan dari ketumpatan minyak hati ikan.
  • Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia (berbanding produk di pasaran)
  • Mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
  • Satu sajian Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.
  • Dihasilkan menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini - melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi
  • Bebas bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) iaitu bahan kimia industri yang paling toksik.


Memang sangat banyak suplemen Omega-3 yang dijual di pasaran, tetapi para ibu perlu memastikan ianya bebas dari bahan kimia berbahaya dan bertoksik. Adakalanya pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, di mana boleh memusnahkan sesetengah nutrien namun tidak mampu menapis kandungan logam berbahaya yang mengancam kesihatan.



Jangan hanya mencari suplemen murah, tetapi berbahaya kepada kesihatan!

Manfaat Utama Omega Guard

  • Asid lemak Omega-3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, oleh itu kita perlu mengambilnya melalui makanan
  • Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly
  • Membantu tumbesaran dan dan perkembangan otak janin
  • Membantu perkembangan memori
  • Meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
  • Mencegah penyakit Alzheimer (nyanyuk)
  • Memelihara penglihatan dan pendengaran
  • Mencegah migrain
  • Mengimbangi perubahan dalam hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah
  • Melincirkan saluran darah supaya peredaran darah lebih lancar
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Membantu mengurangkan ketegangan di leher atau sakit kepala
  • Merendahkan kolesterol
  • Menghindarkan pembekuan darah dalam badan
  • membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mencegah arteriosclerosis dan myocardial infarction
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menyihatkan paru-paru
  • Menentang kanser seperti kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon
  • Merangsang kesihatan hati selepas pembedahan
  • Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih efektif
  • Memelihara fungsi sendi (athritis) - mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan
  • Mencegah insomnia
  • Membantu mengurangkan tekanan


Waaahhh...banyak betul manfaat yang anda boleh dapat dari Omega Guard...dah ada yang terbaik, kenapa tidak pilih je?

Nak anak bijak pandai? Ibu kena mulakan dari dalam kandungan lagi. Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega-3 dalam trimester ketiga kandungan dapat meningkatkan kemampuan dan perkembangan otak bayi dengan berkesan.

Kalau ibu hamil, makan OmegaGuard masa kandungan 6 bulan ke atas..
Kalau ibu menyusu, makan OmegaGuard supaya khasiat Omega-3 disalurkan melalui susu ibu...
Kalau anak 1 tahun ke atas, boleh pecahkan minyaknya dan campur dalam susu..
Kalau anak 4 tahun, bagi sebiji sehari...
Hasilnya...anak bijak, cerdas dan cergas belajar!!

Harga pun berpatutan...sangat2 berbaloi...

Kalau ibu-ibu nak berikan pada anak OmegaGuard ni, jangan segan-segan hubungi Mai k...untuk pengetahuan semua, Mai pun memang bagi pada anak-anak Mai..hasilnya memang best, Alhamdulillah...boleh baca dalam entry Mai yang ni...

Ok, semoga bertemu lagi!!

Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms@whatsapp 016-5519641
nur.rumaizah@gmail.com
Fb page: My Health Store

Saturday, January 5, 2013

Nak Jadi Ahli Shaklee? Meh, saya tunjukkan caranya!!

Nak jadi ahli Shaklee?

Kenali latar belakang Shaklee Malaysia...tak kenal maka tak cinta kan?banyak maklumat yang anda boleh perolehi mengenai syarikat.

Berbalik kepada soalan anda tadi kan...camno den nak jadi ahli Shaklee yang famous dan tersohor ni?hehe

Sonang ajo jang...meh den cerito...

Anda boleh menjadi ahli dengan dua cara..

Cara 1:
Keahlian dengan pendaftaran.

Anda boleh mendaftar jadi ahli Shaklee dengan hanya membayar yuran keahlian sebanyak RM65. Kos pengeposan kit ahli, semenanjung Malaysia RM10 dan Sabah Sarawak RM20..dengan ini anda secara rasminya bergelar Shaklee Independent Distributor!!

Bermakna....
Jika anda di Semenanjung Malaysia, anda bayar RM75, anda dah layak menjadi ahli Shaklee.
Jika anda di Sabah atau Sarawak, anda bayar RM85, dan layak menjadi ahli Shaklee.

Taknak bayar yuran ahli?
Orang Parit kata...never mind...hihi

Cara 2:
Keahlian PERCUMA dengan pembelian

Anda layak mendaftar sebagai ahli Shaklee secara percuma sekiranya anda...

~ membuat pembelian bernilai 200uv (sekitar RM650 Semenanjung atau RM700 Sabah/Sarawak)
ATAU
~ membeli 2 botol Vivix
ATAU
~ membeli 3 kotak Collagen Powder

Dah beli? Anda berhak mendapat keahlian PERCUMA dari Shaklee...

Berita baik!!!!
Kini, anda tak perlu lagi memperbaharui keahlian anda setiap tahun...
Bermula Januari 2013, tiada lagi yuran pembaharuan akan dikenanakan...ini kerana majalah Shaklee Today yang terbit setiap 2 bulan, akan berada di atas talian di website Shaklee...
Weee...maknanya yuran keahlian Shaklee sekarang adalah untuk seumur hidup!!
Best..best...best!!

Nak jadi ahli Shaklee?
Hubungi saya...
Anda akan dibimbing untuk menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan!!
Tak percaya?
Percayalah...!!

Anda juga boleh mengisi maklumat anda di sini untuk Pendaftaran Ahli Baru Shaklee dan bersama-sama kita menuju puncak kejayaan..insyaAllah..

Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms@whatsapp 016-5519641
nur.rumaizah@gmail.com
Fb page: My Health Store

Nutrisi Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusu

Saya gembira kerana secara rasminya Shaklee telah menyokong keperluan nutrisi untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Kini para ibu dah tak perlu bimbang dan ragu dengan produk Shaklee lagi.


Berminat...sila hubungi saya.
^_^

Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms@whatsapp 016-5519641
nur.rumaizah@gmail.com
Fb page: My Health Store

Mengimpikan Anak Cerdik dan Pintar

Setiap ibu bapa memang teringin anak yang cerdik dan pintar. Kalau boleh, lahir-lahir celik mata dah boleh panggil mama..hihi....

Kecerdikan dan kepintaran anak perlu diransang sejak dari anak dalam kandungan lagi. macam-macam cara yang boleh dilakukan untuk meransang perkembangan minda anak. Meransang anak sejak dari dalam kandungan sangat2 memerlukan kesungguhan bagi setiap ibu bapa. Nak anak cerdik? Kena buat sungguh-sungguh ye...bukan hari ni buat, lepas tu seminggu tak buat, sambung pulak...kena berterusan dan konsisten.

Fahami Perkembangan Saraf Anak

Sistem saraf pusat di peringkat janin bermula dari minggu ke-4 kandungan dan terus berkembang selaras dengan perkembangan deria-deria lain seperti deria pendengaran, penglihatan, bau dan juga perkembangan motor dan fizikal.

Sebab tu...selepas melepasi trimester pertama, ada ibu yang sudah mula merasakan pergerakan bayi (biasanya minggu ke-20 dan ke atas)..bayi dah boleh respon terhadap cahaya, bunyi dan sentuhan dari ibu...wah...sangat teruja bila bayi bergerak dan berpusing dalam dunianya...

Kajian mendapati bayi yang terdedah kepada sesuatu irama, contohnya muzik klasik, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan sebagainya secara berulang-ulang semasa dalam kandungan, mereka boleh mengingati bunyi dan irama tersebut sekiranya dimainkan ketika usia mereka 12 bulan!! Subhanallah Maha Suci Allah...

Jadi...kalau ibu-ibu nak anak jadi hafiz hafizah kena selalu bacakan dan perdengarkan ayat-ayat cinta dari Allah supaya tersimpan di memori anak sejak dari dalam kandungan

Adalah sangat digalakkan agar ibu bapa berinteraksi dengan bayi dalam kandungan sekurang-kurangnya 5 hingga 10 minit setiap hari untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dengan bayi.

Elak Stress Sepanjang Tempoh Kehamilan

Tahukah anda, ketidakstabilan atau gangguan emosi boleh mempengaruhi perkembangan minda bayi dan boleh menyebabkan impian mendapat anak cerdik dan pintar semakin nipis..

Kajian menunjukkan tekanan di kalangan ibu hamil, boleh mengurangkan IQ anak dan meningkatkan risiko anak untuk mengalami masalah tekanan seperti kemurungan, anxiety dan Attention Deficit Hyperactive Disorder(ADHD).

Ibu-ibu perlu bijak mengawal emosi dan cuba meringankan emosi dengan melakukan aktiviti yang menghiburkan. Antara aktiviti yang menenangkan ialah berzikir, senaman, berenang atau berbual dengan ibu.. Kajian menunjukkan berbual-bual dengan ibu boleh menurunkan stress! Jadi, jika stress, hubungi ibu anda ok..?

Kesihatan Ibu Menyumbang Kepada Anak Cerdik dan Pintar

Nak anak cerdik dan pintar...bermakna ibu mengandung sangat perlu menjaga kesihatan. Ini kerana sekiranya tidak, kemungkinan mendapat anak yang tidak cerdas lebih tinggi. Ibu perlu meningkatkan daya ketahanan tubuh supaya bayi tidak mudah dijangkiti penyakit. Pemakanan yang seimbang perlu diambil kira supaya mengandungi kesemua zat dan vitamin yang mencukupi.

Asid folik adalah amat penting pada trimester pertama untuk memastikan pembentukan sistem saraf bayi. Kekurangan asid folik terutamanya pada peringkat awal kandungan boleh menyebabkan masalah neural tube seperti spina bifida atau yang lebih serius anencephaly.

Pastikan zat pemakanan anda mempunyai asid folik. Sekiranya anda ragu-ragu, sangat digalakkan untuk mengambil sebarang supplement yang mengandungi asid folik. Vitamin untuk ibu mengandung sangat perlu supaya dapat menampung keperluan ibu dan bayi.

Dipetik dan diubahsuai dari Majalah Pa&Ma.


RUMAIZAH ZALKORNAIN
ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641