Saturday, June 15, 2013

Keistimewaan Alfalfa Complex Shaklee

Apa PERBEZAAN dan KEISTIMEWAAN Alfalfa Complex Shaklee?

Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Signature Shaklee yang mula diformulasikan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an..


  • Ditanam secara organik - tanpa pestisid, herbasid - menggunakan baja kompos tanpa  bahan kimia
  • Medicago Sativa memiliki gred paling tinggi dalam kalangan tumbuhan alfalfa - alfalfa dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan"
  • Mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi


Proses Penghasilan Alfalfa Complex Shaklee


  • Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila benar-benar telah matang - daun yang matang kaya dengan klorofil
  • Daun alfalfa dikeringkan dalam udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi di dalamnya
  • Bahagian lain yang tidak penting dilupuskan
  • Daun alfalfa yang telah kering akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompress menjadi tablet...pergh memang ORI!
  • Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa


Semua proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan kualiti Shaklee yang sangat ketat dan teliti.

Manfaat Utama:

Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi.
Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia - membekalkan nutrisi yang kebanyakannya tiada pada buah dan sayuran.
Alfalfa telah digunakan sejak lebih 2500 tahun dahulu.


  • Mencuci hati, darah dan usus - bersifat alkali, mampu meneutralkan keasidan tubuh, menyahkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot
  • Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol - kajian klinikal membuktikan bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
  • Melawan tumor - mengalkalikan badan, memperbaiki sel dan membuang tumor
  • Melegakan keletihan
  • Mencegah dan merawat athritis


**Pesakit SLE tidak dibenarkan mengambil alfalfa


Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

Thursday, June 6, 2013

Tips Penyusuan Untuk Ibu Baru dan Bakal Ibu

Hmmm musim cuti sekolah ni banyak sungguh jemputan kenduri kahwin dan ramai juga yang baru dapat permata hati si comel kesayangan. Seronok tengok gelagat ibu dan si comel berposing di muka buku. Tak ketinggalan ayah pun sama, teruja dengan kelahiran permata hati yang ditunggu-tunggu. Subhanallah Maha Suci Allah yang memberikan perasaan kasih sayang... ^^




Jadi, terasa hari ni Mai nak kongsikan sikit tentang tips penyusuan bagi ibu-ibu yang baru je jadi ibu ni atau yang akan bakal bergelar ibu..ibu lama pun boleh jugak baca..hihi perkongsian tips ni berdasarkan pengalaman sendiri je, pengalaman dengan dua orang anak yang super dooper aktif ni..insyaAllah..

Tips Penyusuan Susu Ibu - Jom Realisasikan Impian dan Amalkan Sunnah! ^^


# Tips 1

♥ Lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Penyusuan susu ibu ni sangat mudah dan nampak mudah, tetapi mempunyai cabaran yang sangat sangat sangat besar. Baca, gali dan faham konsep penyusuan dan cabarannya. Nanti Mai kongsikan tentang cabaran penyusuan ni di entry yang lain..

# Tips 2

♥ Mulakan penyusuan seawalnya selepas kelahiran. Kalau boleh dalam masa sejam selepas bayi lahir terus susukan dia. Bayi ni Allah dah ciptakan naluri dan terus pandai menyusu sendiri.

 TIPS jika ibu-ibu bersalin di hospital swasta, maklumkan DENGAN TEGAS pada bidan, nurse atau doktor yang membantu ibu bersalin bahawa anda MAHU menyusukan bayi anda dengan susu ibu SAHAJA, dan jangan benarkan mereka bagi susu formula tanpa kebenaran anda! Sebab kadang2 hospital bersalin swasta ni tak sokong penyusuan susu ibu sangat dan dia akan kata risau baby hypo jadi kena bagi susu formula..NO! NO! NO! Baby takkan hypo, ibu jangan risau..kecuali kalau dalam situasi yang serius dan perlukan baby menerima rawatan..other than that, don't worry..so take note ok..

# Tips 3

Kapasiti perut bayi baru lahir
♥ Tanam dalam fikiran bahawa susu ibu cukup untuk bayi. Tahu tak, saiz perut bayi yang baru lahir hanya sebesar kacang je..perut dia hanya boleh muat 5 - 7 mililiter cecair..sebab tu susu awal ibu (cecair emas kolostrum) tu dalam kuantiti yang sikit je sebab memang perut bayi boleh tampung banyak tu..kesian kat baby kalau awal-awal lagi kita dah sumbat susu formula sampai 30 mililiter!! Huhu nanges!! Jadi, tanam dalam fikiran, "Susu saya cukup untuk bayi saya!"

# Tips 4

Bayi menyusu ibu adalah bayi yang ceria.. :)


♥ Ibu kena ingat, bayi menangis bukan sebab tak cukup susu..banyak faktor yang menyebabkan bayi menangis, bukan sebab lapar je..yang PALING UTAMA bayi selalu dan kerap menangis di awal kelahiran ialah dia sangat perlukan PELUKAN dan KASIH SAYANG ibu..pelukan dan kehangatan badan ibu yang membuatkan dia rasa selesa dan tenang..cuba bayangkan perpindahan dari alam rahim ke dunia, ke alam baru yang asing dan dia masih belum kenal sesiapa, sudah pasti bayi memerlukan seseorang untuk dia menaruh kepercayaan dan tempat perlindungan..dalam rahim yang selesa, sempit dan gelap, lalu lahir ke dunia yang luas, lapang dan terang bercahaya..sudah pasti ia sesuatu yang janggal dan asing bagi bayi..

Penyusuan susu ibu mengeratkan hubungan ibu dan anak


Tempoh penyusuan adalah tempoh membina ikatan antara ibu dan anak, tempoh membina emosi ibu dan bayi yang tenang dan stabil, tempoh membina kepercayaan dan kasih sayang bayi kepada ibunya serta tempoh yang Allah kurniakan khusus untuk insan bergelar ibu.. nikmatilah dan bersyukur..subhanallah Alhamdulillah.. ^^

# Tips 5


♥ INGAT!! Konsep penyusuan yang paling penting - semakin kerap payudara dikosongkan, semakin cepat susu ibu akan terhasil. Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu ibu  akan terhasil. Semakin kerap susu dikeluarkan dari payudara sama ada guna pam susu atau bayi menyusu, semakin kerap susu akan dihasilkan..  Ini kerana berdasarkan konsep DEMAND VS SUPPLY..

Pam susu boleh membantu ibu mengosongkan payudara sekiranya bayi sedang tidur.
Gambar hiasan: Pam Medela Freestyle


Susu ibu akan terhasil dengan banyak dan kerap jika payudara dikosongkan sekerapnya. Susukan bayi anda dengan susu ibu sekurang-kurangnya dua jam sekali. Jika bayi tidur, kosongkan payudara dengan mengepam keluar semua susu sehingga benar-benar kosong. Ini supaya payudara tidak bengkak dan bekalan susu ibu akan terus dihasilkan oleh kilang susu ibu. Apabila payudara kosong, otak akan menerima signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan oleh bayi. Maka, kilang susu akan beroperasi dan menghasilkan lebih banyak susu ibu.

AMARAN!!

Jangan tunggu dan biarkan sehingga payudara ibu bengkak baru dikosongkan. Ini untuk mengelakkan berlakunya bengkak susu atau saluran susu tersumbat yang boleh membahayakan ibu.


Rasanya tu dulu buat masa ni..nanti kalau ada masa Mai akan tambah ye.. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua..

Happy Breastfeeding, mommies!!


Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

Ibu Puas Hati MEAL SHAKES Bantu Selesaikan Masalah Anak

Assalamualaikum semua... ^^

Meh meh dok dekat sikit...hari ni Mai nak kongsi beberapa testimonial dari ibu2 yang puas hati dengan Meal Shakes sebab dah bantu selesaikan masalah yang diorang hadapi dengan anak2, alhamdulillah..

Kalau ibu2 kat luar sana pun memang ada alami pengalaman yang sama, tapi dah buntu idea tak tau nak buat apa, mungkin apa yang Mai nak kongsikan ni boleh membantu sedikit sebanyak, insyaAllah..

Masalah yang biasa ibu2 hadapi:

  • Anak susah nak makan..makan pun memilih je..sayur pun tak nak..padahal masa baby dah ajar, suka sangat makan sayur...tapi...bila dah besar ni, ada je alasan tak nak makan sayur...kalau dulu,mak Mai selalu pujuk, "kalau nak kuat macam Popeye kena makan sayur"...^^ hehe...tapi budak sekarang mana tengok Popeye dah! Hmmmm....
  • Anak sembelit...susah nor nak keluar poo poo dia tu...meneran bagai nak rak, tapi tak keluar pun...kesian sangat tengok, kadang tu sampai berpeluh-peluh meneran..keluar peluh jantan..hihi
  • Anak kerap je demam dan selsema..lebih-lebih lagi kalau hantar anak di nurseri..memang tahan sabar je la...imun badan tak kuat, mudah sangat kena jangkitan...

Jom kita baca beberapa testimonial Meal Shakes ni...




Sembelit dah pulih lepas amalkan Meal Shakes...setiap hari poo poo...alhamdulillah...makan pun dah berselera... ^^


Selera makan anak semakin ok dan imun badan meningkat...dah jarang kena demam dan selsema...alhamdulillah....


Apa yang ada dalam Meal Shakes yang membantu ibu-ibu ni?


Dalam Meal Shakes ada multivitamin, protein dan serat yg secara tak langsung bantu atasi masalah kanak-kanak ni, menguatkan imun dan bantu tumbesaran..

Serat : kadang2 anak2 tak nak makan sebab fobia untuk berak kerana poo poo yang keras. Tak nak makan sayur atau buah mengeruhkan lagi keadaan. Jadi ibu-ibu perlu tambah serat dalam pemakanan anak-anak. Kalau anak tak nak makan, hanya minum susu je, tiada sumber serat. Jadi serat dalam Meal Shakes membantu atasi masalah sembelit.

Zink, B Complex, Zat Besi, Lysine: membantu dalam menghasilkan tenaga dan memperbaiki selera makan. Lysine memang terkenal dapat mengembalikan selera makan anak. Bila anak mahu makan, itu sudah cukup melegakan hati ibu.

Protein, kalsium : Bantu tumbesaran dan pembinaan sel & tulang yg sihat. Sel badan kita dibina dari asid amino dari sumber protein. Meal Shakes mengandungi kesemua 9 jenis asid amino perlu dan asid amino tak perlu yang sangat diperlukan oleh tubuh.

Multivitamin: Membekalkan keperluan nutrisi bagi kanak-kanak membesar dengan sihat. Ini cukup penting untuk memastikan anak-anak mendapat semua khasiat penting untuk tubuh.


Sumber: mysupervitamin.com

Pengalaman Mai Menghadapi Sembelit Anak


Anak Mai yang sulung, Muaz memang ada masalah sembelit sejak dari dia baby lagi...dah macam-macam susu kami guna untuk dia..kesian dia, Muaz cuma dapat menyusu dengan Mai 11 bulan je, lepas tu Mai mengandungkan Maisarah..Muaz kalau sembelit memang sangat kesian, sampai dia fobia nak meneran..Kalau teruk sangat, kami terpaksa beli ubat yang masuk ikut dubur tu..untuk bagi dia poopoo dengan mudah..

Sampaila Mai terasa nak bagi dia Mealshakes ni...masa tu Mai baru jadi ahli je, takdela meniaga sangat pun..beli la Mealshakes ni untuk dia...Alhamdulillah sangat, sembelit dia berkurangan...tiap-tiap pagi masukkan satu sudu kecik je dalam susu dia...dah mula mudah nak poopoo...takdela sembelit lagi, Alhamdulillah...

Selain sembelit, Muaz ni pun jenis susah sangat nak makan...macam-macam masak untuk dia, tapi sikit je yang dia jamah...tapi Alhamdulillah lepas bagi Mealshakes, selera makan pun dah ada...kadang-kadang sampai minta nak makan..walaupun dia makan tak banyak, tapi at least nampak perubahan positif..takdela bergantung dengan susu je..

Maisarah? Anak dara Mai sorang nisetakat ni takde masalah la sebab dia menyusu badan sampai sekarang (2 tahun) dan masih lagi menyusu...makan memang takde masalah...semua dia makan, alhamdulillah...tapi Mai bagi juga Mealshakes, saja sebagai vitamin tambahan untuk dia...

Berminat nak cuba Mealshakes untuk anak anda?
Boleh hubungi Mai ye... ^_^


Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

Tuesday, June 4, 2013

MEAL SHAKES Yang Sedap dan Berkhasiat untuk Seisi Keluarga

Jika anda semua perasan, setiap bulan Shaklee akan buat promosi Beli 6 percuma 1 kan..dan bulan Jun yang bertuah ni, adalah giliran untuk Meal Shakes ni...pilihan ibu-ibu di Malaysia...




Banyak sangat kelebihan Meal Shakes ni untuk seisi keluarga terutama sekali kalau ada anak yang memilih makan...kita sebagai mak ni risau jugak la, kalau dah makan pun memilih, zat dan nutrisi pun mestila masuk pun terpilih jugak..jadi dengan Meal Shakes ni, ibu-ibu dah tak perlu risau..kalau anak memilih makan pun, anak tetap dapat khasiatnya, insyaAllah...

Meal Shakes juga sangat membantu jika ibu-ibu ada masalah...:
  • anak memilih makan
  • anak kerap sembelit dan susah nak buang air besar
  • anak kerap demam, selsema atau batuk
  • anak susah nak telan pil vitamin...bancuh Meal Shakes sekali sehari dan khasiatnya cukup untuk anak menempuh hari aktifnya..
  • penyusuan susu ibu...Meal Shakes juga dapat membantu ibu dalam menjayakan penyusuan..mengandungi protein, kalsium dan khasiat seimbang untuk ibu dan bayi...
  • ketika hamil...kaya dengan rasa vanilla yang harum dan enak..

Nak dapatkan Meal Shakes?
Jom hubungi saya...


Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/Whatsapp: 016-5519641


Kelebihan Penyusuan Susu Ibu

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni Mai nak sembang2 tentang kelebihan penyusuan susu ibu, sama ada kepada ibu ataupun kepada bayi...dua2 dapat khasiat, insyaAllah...khasiat yang tak mungkin dapat ditandingi oleh mana2 jenama susu di dunia ini.. Subhanallah sangat istimewa dan ajaibnya susu ibu yang Allah kurniakan hanya kepada insan bertuah bergelar ibu sahaja..

Jom-jom kita tengok kat sini apa kelebihan menyusukan sendiri bayi kita..

Kelebihan kepada ibu

  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya secara eksklusif dapat melewatkan kedatangan haid dan ini boleh mengelakkan dari mengandung...namun, jika rezeki anda telah tertulis untuk mengandung lagi terimalah dengan hati terbuka hadiah daripada Allah..
  • Penyusuan susu ibu boleh melangsingkan badan..lebih cepat nampak kesan jika senaman turut dilakukan..senaman ringkas je dalam 15-30 minit sehari sudah memadai..
  • Penyusuan susu ibu dapat membantu rahim kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan berlebihan..
  • Penyusuan susu ibu juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari..dua jenis kanser ni memang sangat2 ditakuti oleh mana2 wanita di seluruh dunia..semoga Allah memberi ibu-ibu kesihatan yang baik dan berpanjangan..insyaAllah..


  • dan yang paling best, penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa pun..senang kalau nak berjalan mana-mana tak perlu runsing lagi nak bancuh susu, nak bawak flusk air panas, bersih, selamat dan mudah..

Kelebihan kepada anak




  • Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang kian membesar..malah susu ibu juga mampu berubah mengikut keadaan cuaca..sekiranya cuaca panas, susu ibu akan kelihatan cair kerana mengandungi lebih susu awal (foremilk) yang berfungsi untuk menghilangkan dahaga bayi...jika cuaca sejuk, susu ibu akan kelihatan pekat, kerana mengandungi susu akhir (hindmilk) yang mengenyangkan bayi...Ajaib kan? Subhanallah..
  • Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang mampu melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru..
  • Susu ibu mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi..
  • Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak..sebab itulah bayi yang menyusu dengan susu ibu akan lebih bijak dan cerdik, serta perkembangan fizikal dan minda yang berbeza dengan bayi yang tidak menyusu dengan susu ibu..
  • Susu ibu mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan yang lain..malah puting payudara ibu bersifat antibiotik secara semulajadi, menjadi pelindung pertama bayi dari sebarang jangkitan kuman dan virus...MasyaAllah..Subhanallah...
  • Susu ibu boleh diperoleh dengan mudah diperolehi pada bila-bila masa...kalau tengah malam bayi bangun untuk menyusu, tak perlu bangun untuk membancuh susu...ayah juga boleh tidur dengan lenanya.. 


  • Menyusukan bayi dengan susu ibu dapat memberikan ketenangan dan keselesaan kepada bayi...bayi memperoleh ketenangan emosi saat didakap dan dipeluk oleh ibu semasa disusukan..bayi merasa lebih selamat dan dilindungi...ikatan antara ibu dan anak juga akan bertambah rapat dan erat...



Haaa....banyak kan kelebihan susu ibu ni...bukan pada anak je, mak pun dapat sekali...semua ibu mampu menyusukan bayi dengan susu ibu, rezeki setiap anak yang lahir ke dunia ini telah Allah tentukan...ibu-ibu perlu cekal dan berusaha untuk memberikan bayi dengan susu yang terbaik di dunia, iaitu susu ibu...tiada alasan lagi untuk tidak menyusukan bayi..

Berikan anak anda yang terbaik...
Semoga Allah ganjari dengan balasan syurga tertinggi..amin..


Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Tel: 016-5519641 (sms/whatsapp)