Friday, July 26, 2013

Shaklee Vitalea - Multivitamin dan Multimineral TERBAIK Untuk Anda




Assalamualaikum...hai semua...apa khabar hari ni?
Sibuk dengan persiapan Syawal?
Alhamdulillah...dengan kedatangan Syawal yang dinanti akan menjadikan kita 'abid Allah yang sentiasa bersyukur dan bertaqwa..insyaAllah..

Ok...hari ni Mai nak citer sikit tentang produk evergreen Shaklee ni iaitu VITA-LEA...dipercayai sebagai produk terulung Shaklee yang mula-mula diformulasikan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1913...waaaa dah 100 tahun tetap unggul di pasaran...

Untuk pengetahuan semua, Vita-Lea ni dulu mula dikenali dengan nama 'Vitalised Minerals'..yang mana disingkatkan jadi VITAMIN.. Jadi, sebenarnya perkataan vitamin tu wujud lepas Dr. Shaklee formulasikan Vitalised Minerals tu ataupun Vita-Lea ni..ada macam-macam formula untuk Vita-Lea yang dikeluarkan oleh Shaklee, tapi yang ada di Malaysia ialah Vita-Lea Iron Formula...lengkap dengan kandungan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan darah..

Vita-Lea diformulasikan dengan lengkap dan komprehensif iaitu mengandungi 24 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh..dengan teknologi salutan mikro pada setiap tablet Vita-Lea, menjadikan ia sangat mudah diserap oleh tubuh. Kadar serapan yang tinggi dapat meningkatkan kesihatan dengan optimum..

Vita-Lea Shaklee dihasilkan dengan kawalan mutu yang tinggi dan ketat. Ia perlu menjalani pelbagai proses kawalan mutu supaya produk yang dihasilkan benar-benar berkualiti tinggi. Vita-Lea telah menjalani 7 ujian klinikal dan 340 ujian kawalan mutu, yang mana setiap hasil kajian boleh diakses melalui internet..hebat kan? MasyaAllah..

Jika anda sememangnya 'sahabat setia' mana-mana multivitamin, dan terasa nak cuba kehebatan Shaklee VitaLea, meh la order...mana tau sesuai dengan tagline Shaklee tu, "Changing Brands can Change Your Life!"

Jadi, sekiranya anda berura-ura untuk menukar jenama pil multivitamin anda, saya cadangkan Multivitamin Shaklee Vitalea with Iron Formula. InsyaAllah pasti berbaloi,,,insyaAllah...

Jom-jom pakat ISI BORANG ORDER!!

Hubungi saya k..:
Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641


Saturday, July 20, 2013

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 2013

Haa bagi yang belum ada jadual waktu imsak dan berbuka tu, korang boleh tengok kat website JAKIM ni haa...

Senang...seluruh Malaysia ada..

Ni link ke website tu:
https://apps.islam.gov.my/efalak/?q=en/takwim-fenomena


Jom...selamat beramal!!





Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

Jom Tambahkan Amal Ibadah Sepanjang Ramadhan

Cerita bulan Ramadhan lagi...

Seronok nak sharing dengan semua tentang bulan Ramadhan ni sebab dalam bulan ni Allah janjikan macam-macam hadiah untuk hambaNya yang bertaqwa...buat amal sedikit pun dah dapat pahala berlipat kali ganda..bulan-bulan biasa Allah tak janji macam tu pun..betapa Allah sayang pada kita...bulan Ramadhan ni macam Year End Sale tu...kalau YES sale tu berduyun-duyun manusia serbu shopping complex..yang YES sale pahala yang tak perlu bayar dan Allah janji syurga ni tak nak grab...huuuuuuu betapa ruginya kita... T_T

Amalan di bulan Ramadhan ni macam-macam yang kita boleh buat sepanjang 24 jam sehari tu..malah tidur di bulan Ramadhan pun dikira ibadah..eiii best giler...tapi bukan tidur sepanjang hari  ye...kang ada yang tidur dari sahur sampai buka pulak, bangun nak solat je, alasan sebab tidur pun ibadah...toing!!

Jom kita buat checklist untuk amalan kita sepanjang Ramadhan ni..:

1. Banyakkan baca Al-Quran dan maknanya...kalau dapat khatam lagi bagus, Subhanallah...kalau tak sempat sangat baca la sikit pun takpe...TAPI kalau kita luangkan masa untuk Allah, Allah akan gantikan dan berkati masa yang kita ada..insyaAllah...janji Allah itu pasti...

2. Banyakkan solat-solat sunat...tambah solat rawatib sebelum dan selepas solat...solat rawatib yang afdhal kita buat:
- sebelum solat Subuh
- sebelum dan selepas solat Zuhur
- selepas solat Maghrib
- selepas solat Isyak
Bukan banyak..2 rakaat je untuk permulaan..nak tambah lagi, MasyaAllah laaaaagi boleh...

3. Banyakkan berzikir mengingati Allah..jadikan setiap saat dalam kehidupan kita ni ingat kepada Allah..rindu pada Allah..sebab bila kita dekat dengan Allah, Allah akan lebih dekat dengan kita..rezeki kita dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayangNya MasyaAllah...jadikan tiap detik Ramadhan ni berharga dengan ungkapan-ungkapan cinta kepada Allah..rebut dan raih cinta Allah dengan berzikir mengingatiNya...

4. Banyakkan bersedekah...Allah akan ganjaran pahala yang banyak dan kembalikan semula rezeki kita dengan berlipat kali ganda, insyaAllah..

5. Banyakkan solat malam dan qiamullail..Allah offer pahala banyak, jom kita grab! Alangkah ruginya kita kalau tak rebut peluang yang setahun sekali ni..dan kita tak tahu adakah kita berpeluang bertemu dengan Ramadhan yang akan datang... T_T  Niat dan doa sebelum tidur, minta Allah kejutkan kita untuk bangun qiam...kita buat solat tahajjud, solat taubat, solat hajat dan witir...zikrullah sebanyaknya...baca al-Quran...

6. Masak dan beri orang berpuasa makan untuk berbuka....masyaAllah masak pun dapat pahala..masaklah dengan niat kerana Allah, insyaAllah berkat apa yang kita masak..sebab tu masa bulan Ramadhan banyak moreh...waa sana sini moreh..kalau ada peluang nak menyumbang untuk moreh, lakukan..insyaAllah besar ganjaran yang Allah bagi..

7. Banyakkan senyum..senyum kan sedeksh paling mudah...dan sebarkan salam..

Ada lagi...tapi nanti kita sambung ye..teruskan amal ibadah di bulan berkat ni ye..kini Ramadhan dah masuk fasa kedua..malam ni dah malam ke-12...

Ya Allah...cepatnya Ramadhan berlalu...jangan Kau biarkan kami lalai dan leka..ampunkan dosa-dosa kami, rahmatilah seluruh kehidupan kami..kami tak layak untuk syurgaMu ya Allah..tapi kami tak sanggup untuk ke nerakaMu..... T_T




Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/ whatsapp: 016-5519641

Wednesday, July 17, 2013

Sihat Semasa Berpantang Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat

Proses berpantang kadangkala menjadi tempoh yang sangat menyeksakan bagi sesetengah ibu terutama ibu baru yang pertama kali melalui proses pemulihan ini. Kehadiran ahli baru dalam keluarga sekaligus mengubah gaya hidup dan kehidupan kedua suami isteri. Emosi yang stabil dan sokongan suami yang kuat sangat penting bagi ibu untuk menguruskan kehadiran permata hati dan juga menguruskan kehidupan berumah tangga.

Pemakanan....kesihatan bermula dari perut!


Penjagaan kesihatan untuk ibu sangat penting sewaktu berpantang. Paling penting adalah dari segi pemakanan ibu berpantang. Elakkan memakan makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kesan jangka panjang yang tidak baik untuk ibu. Orang tua-tua selalu pesan supaya ibu-ibu berpantang ni jaga makan..jangan makan makanan yang sejuk-sejuk, kalau sayang badan la...

Memang sangat betul...tapi kalau ikut doktor, makan je semua..hehe sebab semua pun ada khasiat..ya betul juga...ibu-ibu moden sekarang ni memang susah nak dengar cakap orang tua-tua, renyah! Tapi kena ingat, kalau kita sayangkan suami dan keluarga, ikutlah pesanan orang-orang lama dan berpengalaman ni..kalau tak, terima la akibatnya nanti.. Mai yang baru anak dua ni pun dah terasa, itu yang ikut pantang orang tua..kalau tak ikut rasanya lagi teruk kot..

Macamana kita nak tahu yang sesuatu makanan tu kita boleh makan ke tak?

Prinsip Mai senang....kalau kita makan, lepas tu badan rasa bisa-bisa, seram sejuk macam nak demam, pening ke camtu..haaaa tu maknanya makanan tu kita takleh makan la..tunggu la sampai anak umur setahun ke, baru cuba makan...kalau tak...huuu merana kome...

Cuma....kalau kita tengok menu ibu berpantang biasanya sangat kurang sayur dan buah...sebab kebanyakan sayur dan buah ni sejuk-sejuk belaka...haa cari la sayur dan buah yang boleh dimakan, yang tak sejuk supaya badan kita sihat dan bertenaga, cukup nutrisi untuk jalani hidup dalam suasana yang baru.. kalau rasa nak lengkapkan nutrisi masa berpantang tu, boleh cuba vitamin Shaklee yang sesuai untuk ibu berpantang..

Kat dalam Set Berpantang ni, insyaAllah cukup lengkap dengan semua vitamin dan mineral di samping membantu ibu melancarkan perjalanan darah dan membantu melawaskan sembelit. Pendek kata, insyaAllah memang sangat best dan dalam masa yang sama juga boleh bantu membanyakkan susu ibu..

Penjagaan Diri 


Hmmmm dah banyak dah yang Mai tengok sekarang ni, dalam kalangan ibu-ibu muda la terutamanya (i pun muda jugak...hihi), langsung dah tak jaga diri sendiri semasa berpantang.. Biarkan diri tidak terurus, biarkan badan mudah masuk angin dan banyak lagi..

Kalau boleh ibu-ibu berpantang ni, jaga la diri ye..antara yang penting sangat untuk kita buat:
  • Pakai stokin....ni untuk mengelakkan badan mudah dimasuki angin..lagipun kita jalan-jalan dalam rumah, lantai kan sejuk..boleh buat bisa-bisa badan nanti..nanti badan berangin, sakit sana sini, pening sana sini..
  • Pakai la baju lengan panjang..elakkan liang-liang roma terdedah dengan persekitaran...juga untuk menghindarkan dari badan masuk angin.
  • Pakai bengkung...sekarang ni dah moden ramai yang tak nak pakai bengkung tradisional...takpe, pakai je bengkung moden macam Premium Beautiful ke, Elken ke....dah macam-macam dah sekarang ni...nak yang murah ke, yang mahal ke...semua ada..pilih je mana pilihan kalbu...
  • Pakai la bedak param, pilis semua..boleh didapati di toko-toko jamu..ni untuk buang angin dan membantu memanaskan badan.
  • Makan jamu...haa tapi jamu ni makan lepas anak dah bebas jaundice ye..supplement Shaklee untuk ibu berpantang je boleh makan dari hari pertama kelahiran..
  • Elakkan minum ais...kalau boleh biar sampai anak dah setahun ke...

Bukan apa, masa berpantang ni la kita nak jaga...nanti dah habis pantang, makan semua kita bedal...badan pun tak sempat nak jaga...

Jangan sampai nanti cik abang sayang komplen dah la...
Kalau setakat komplen je takpe jugak, boleh la buat apa-apa yang patut...
Kalau dia cari lain??? Hehehe tunggu payung emas la di syurga nanti... ^_^


Selamat berpantang ibu-ibu!


Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

Tuesday, July 16, 2013

Pulihkan Kesihatan Selepas Melahirkan Dengan Set Berpantang Shaklee

Alhamdulillah...seronok sangat bila tengok testimoni yang diberikan oleh ibu-ibu yang berpuas hati dengan Shaklee...Shaklee ni memang BEST sangat...100% semulajadi tanpa pengawet, perisa atau pewarna tiruan..

Set Berpantang Shaklee memang boleh diambil oleh ibu-ibu seawalnya sejurus selepas kelahiran..jangan risau, vitamin takkan menyebabkan jaundice pada baby..tidah seperti jamu yang ibu-ibu perlu tunggu dulu sehingga jaundice bayi menurun dan pulih. 




Vitamin dalam Set Berpantang ni sangat membantu untuk:
  • memulihkan tenaga ibu, 
  • membantu mengecutkan rahim, 
  • membantu memulihkan luka selepas bersalin
  • mengawal emosi dan stress
  • meningkatkan imunisasi ibu dan anak
  • memberikan tenaga berpanjangan
  • membantu memberikan nutrien yang cukup untuk ibu menyusu
  • membantu membanyakkan susu (sekiranya ibu mengambil bersama ESP dan Vitamin untuk ibu menyusu)
Haaaa...di bawah ni semua testimoni ibu-ibu yang berpuas hati...insyaAllah dijamin selamat dan berkesan.







Alhamdulillah.....



Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

Kekal Cergas Berpuasa Dengan Set Mighty Tripple Gems



Ahlan wa sahlan ya Ramadhan kareem...

Seronok kan dah tiba bulan Ramadhan...banyak amalan dan pahala berlipat kali ganda yang Allah dah janjikan buat hamba-hambaNya yang beriman dan bertaqwa...dan ada satu malam di dalam bulan Ramadhan ni yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu malan Lailatul Qadar...jom buru Lailatul Qadar...semoga tahun ini kita dapat melipatgandakan amalan dan berharap keampunan serta keredhaan Allah untuk seluruh kehidupan kita, insyaAllah amin..

Sebut tentang berpuasa ni, Mai nak tanya sikit....

Adakah anda..
♡ ibu menyusu?
♡ ibu hamil?
♡ ada anak baru belajar puasa?
♡ suami yang risaukan kesihatan isteri?
♡ bekerja di bawah terik mentari?

Kalau YA....,

Apa yang penting bagi anda untuk berpuasa sepanjang Ramadhan?
Ya....TENAGA...mahu KEKAL BERTENAGA hingga berbuka..!

Jom kita tengok testimoni dari seorang suami yang sangat menyayangi dan prihatin terhadap isterinya... Alhamdulillah Shaklee telah banyak membantu meningkatkan kesihatan ramai orang di seluruh dunia.. insyaAllah anda juga!

****************
TESTIMONI PENGGUNA SET BERPUASA

✎✎ KISAH IBU MENYUSU YANG BERPUASA

Tahun lepas, first time isteri saya puasa sambil menyusukan anak sulung kami.
Sangat mencabar!
Jam 4 petang dah tak larat nak buat apa². Ada beberapa kali tu, saya balik kerja, isteri dah terbaring atas lantai depan pintu.

Memang kesian sangat...9 hari tak dapat nak puasa sebab memang tak larat!

Itu kisah tahun lepas...

Tahun nih isteri kena ganti puasa. 9 hari tu!
Masa mengandung aritu lupa nak ganti puasa. Terpaksa lah ganti puasa walaupun tengah menyusukan anak kedua. Sambil² tu kena layan anak sulung kami yang suka main kat luar.

Alhamdulillah tahun nih isteri saya mengamalkan Shaklee untuk berpuasa. Sahur simple jer. Performance Drink + Energizing Soy Protein + Kurma.

Hari pertama puasa ganti, saya terkejut tengok isteri saya!

Jam 7 petang masih mampu dukung anak jalan² depan rumah padahal waktu siang teman anak sulung main di luar. Kadang² main tengah panas terik.

Terima kasih Shaklee!

Alhamdulillah isteri saya boleh berpuasa sambil terus bertenaga dari sahur sampai ke berbuka!
- Firdaus Azizi, Terengganu

*******************

Set Mighty Tripple Gems insyaAllah juga boleh membantu anda..

Set Mighty Tripple Gems mengandungi:

(1) ESP
  membekalkan kesemua 9 asid amino yang penting tapi tidak dapat dihasilkan oleh tubuh
  membantu membekalkan tenaga sehingga berjam-jam lamanya (kerana setin ESP dihasilkan daripada 30kg soya bukan GMO!)
 membantu kesihatan jantung dan prostat
  membantu mengekalkan paras gula normal
  menyokong sistem imun
 mengekalkan tahap kolesterol normal
  membantu meningkatkan penghasilan susu ibu bagi ibu menyusu dan ibu hamil
  membantu membekalkan protein terbaik kepada tubuh

(2) Meal Shakes
  membekalkan 19 vitamin dan mineral yang lengkap untuk tubuh
  sesuai untuk individu yang sukar menelan pil multivitamin
  mengandungi lysine yang membantu meningkatkan selera makan
  kaya dengan kalsium
  indeks glisemik yang rendah

(3) Performance drink
 
 minuman isotonik yang unggul
 mengandungi elektrolit yang membantu mengekalkan bendalir di dalam tubuh
  memberikan tenaga dan menyegarkan badan berpanjangan
  mengelakkan dehidrasi pada tubuh
 memberikan kecergasan berpanjangan
  terbukti secara klinikal dapat mengekalkan paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot



Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.. 

RUMAIZAH ZALKORNAIN
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

TESTIMONIAL Ibu Mengandung, Berpantang dan Menyusu Dengan Shaklee

Puan Azlinda :
"Alhamdulillah.... selama mkn nie x de masalah lgsn... malah rasa lebih cergas berbanding bersalin 3 org yg lps2... nurse pun heran peranakan cepat kecut... dlm masa seminggu je... dah kecil betul... akak pun x de sakit2 pinggang... siap boleh mengemas n memasak ag..."

Alhamdulillah..best kan kalau dengan hanya amalkan vitamin Shaklee semasa berpantang..

Jom kita layan gambar testimoni ibu-ibu ya..


Testimoni Pn Azlinda

Luka lekas baik

Bayi cepat kenyang dengan ESP


Berpantang dengan Shaklee


Set Berpantang Shaklee

Shaklee menyediakan rangkaian produk terbaik dari hamil sehingga berpantang.


Haaa best kan semua testimoni ni...ada banyak lagi testimoni ibu-ibu yang berpuas hati...alhamdulillah...

Bukan sahaja ibu sihat, malah anak pun turut sama sihat, insyaAllah..

Jika anda mahu mencuba supplement untuk berpantang, menyusu ataupun hamil, boleh hubungi saya ye. ^^



Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/ whatsapp: 016-5519641

Sunday, July 7, 2013

Membantu Ibu Menyusu, Ibu Hamil dan Seluruh Keluarga Berpuasa Dengan Set MIGHTY TRIPPLE GEMS

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..

InsyaAllah dengan izin Allah seluruh umat Islam akan bertemu dengan bulan yang dirindui, bulan yang ada satu malam di dalamnya yang lebih baik dari seribu bulan, bulan di mana Allah hadiahkan pelbagai hadiah untuk insan-insan kesayanganNya..jom kita rebut dan ambil hadiah pemberian Allah dengan ikhlas dan semoga Allah nilai puasa kita sepertimana puasa golobgan mukhlisin, insyaAllah..

Namun, di sebalik kegembiraan menyambut bulan penuh barokah ini, pasti ada sedikit kegusaran dalam hati si ibu menyusu, ibu hamil atau ibu-ibu yang ada anak baru mahu belajar berpuasa.

Bagi ibu menyusu, pasti merisaukan stok susu buat si anak..
Bagi ibu hamil, pasti merisaukan si anak yang sedang membesar di dalam rahimnya..
Bagi ibu yang anak baru nak belajar puasa, pasti risau anak tak dapat tahan puasa..

Biarpun ada rukhsah (keringanan) dalam Islam yang membolehkan ibu menyusu dan ibu hamil untuk berbuka puasa jika risaukan si anak, namun sebolehnya ibu-ibu pasti mahu meneruskan puasa sebulan di bulan Ramadhan..pastinya pengorbanan dan kesukaran yang ibu-ibu hadapi akan Allah beri ganjaran yang terbaik..

Untuk membantu ibu-ibu menghadapi bulan Ramadhan ini, set Mighty Tripple Gems sangat membantu ibu hamil dan ibu menyusu yang berpuasa dan juga membantu ibu-ibu melayan karenah si kecil yang baru belajar berpuasa. InsyaAllah ia dapat membekalkan nutrisi lengkap yang membantu seisi keluarga kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari berpuasa.

Set Mighty Tripple Gems mengandungi:

(1) ESP
♥ membekalkan kesemua 9 asid amino yang penting tapi tidak dapat dihasilkan oleh tubuh
♥ membantu membekalkan tenaga sehingga berjam-jam lamanya (kerana setin ESP dihasilkan daripada 30kg soya bukan GMO!)
♥ membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
♥ membantu membekalkan protein terbaik kepada tubuh

(2) Meal Shakes
♥ membekalkan vitamin dan mineral yang lengkap untuk tubuh
♥ sesuai untuk individu yang sukar menelan pil multivitamin
♥ mengandungi lysine yang membantu meningkatkan selera makan

(3) Performance
♥ minuman isotonik yang unggul
♥ membantu mengekalkan bendalir di dalam tubuh
♥ memberikan tenaga dan menyegarkan badan

RUMAIZAH ZALKORNAIN
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

Saturday, July 6, 2013

Merawat Kesuburan Perlukan Kerjasama Suami dan Isteri

♥ CAHAYA MATA PENGIKAT KASIH SAYANG SUAMI ISTERI ♥


Impian menimang cahaya mata adalah impian setiap pasangan yang berkahwin. Sememangnya menjadi tujuan utama perkahwinan adalah untuk mendapatkan zuriat penyambung keturunan.

Namun, selepas pelbagai usaha dilakukan untuk menimang cahaya mata sendiri, rezeki masih belum ada..

Untuk melahirkan zuriat, kesuburan bukan terletak kepada isteri semata-mata, ia juga sangat bergantung kepada tahap kesuburan suami. Sebab itu, di dalam Set Kesuburan Shaklee memfokuskan untuk meningkatkan kesuburan suami dan juga isteri.


Bagaimana Set Kesuburan Shaklee dapat membantu meningkatkan kesuburan?

Di dalam Set Kesuburan Shaklee ini, secara asasnya dicadangkan kepada suami isteri untuk mengamalkan:


Untuk isteri :
GLA Complex
♥ mengawal selia perjalanan hormon dalam tubuh kita..
♥ membantu kitar haid menjadi normal..
♥ meredakan sakit senggugut


Untuk suami:
Zinc Complex
♥ Meningkatkan kualiti sperma yang terhasil dengan tiga cara:
- meningkatkan bilangan sperma
- memperbaiki bentuk sperma supaya lurus dan tidak bengkok
- meningkatkan keupayaan untuk sperma berenang dengan laju menghala ke depan


Untuk suami dan isteri:
Vitamin E
♥ Membantu menguatkan rahim
♥ Membantu merembeskan hormon 'cinta' ^^
♥ Meningkatkan 'mood' untuk bersama



Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

Friday, July 5, 2013

GLA Complex Shaklee...bukan sekadar EPO!

Apa khabar semua? Diharap sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah sentiasa.

Mai nak cerita sikit promosi untuk bulan ni...bulan ni promosi GLA..jom kita kenal sikit dengan GLA Complex Shaklee yang best ni..

Apa itu GLA?

GLA ialah singkatan bagi Gamma-Linoleneik Acid iaitu merupakan komponen utama dalam hormon tubuh manusia..ia mengawal selia fungsi hormon bagi tubuh..

Keistimewaan GLA Complex Shaklee

GLA Complex Shaklee diekstrak dari borage seed mengandungi dua kali lebih kandungan GLA berbanding yang terkandung dalam EPO (English Primrose Oil)..borage seed juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO...!

Jika anda pengamal tegar EPO, anda pasti sangat sukakan khasiat GLA Complex..

GLA Complex Shaklee digabungkan bersama minyak bunga matahari dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Manfaat utama GLA Complex Shaklee:

1) Herba tradisi yang dipercayai - borage seed dapat merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
2) Mengawal selia estrogen dan testosteron - membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti mood swing, sakit payudara dan kesakitan
3) Melambatkan menopause - memperbaiki simptom PMS seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman dan depresi. Turut melambatkan penuaan dan mengetatkan uterus
4) Memperbaiki prostatomegaly - memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
5) Menentang kanser - GLA adalah antioksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
6) Memperbaiki inflamasi kulit - GLA mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. GLA mengurangkan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan athritis.
7) Menghalang komplikasi diabetes - GLA merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. GLA juga dapat meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi
8) Pelangsingan dan menghalang penambahan berat badan - GLA membantu merendahkan kolesterol LDL, menghalang pensmbahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik
9) Menghalang tekanan darah tinggi - GLA dapat menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction
10) Memperbaiki tekstur rambut - memperbaiki rambut kering dan rambut gugur
11) Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD) - GLA terbukti dapat memperbaiki keadaan kanak-kanak autisma, sukar memberi tumpuan belajar dan hiperaktif

#NOTE: GLA bukan hanya untuk wanita. GLA sama penting seperti asid amino yang diperlukan tubuh tapi tak dapat dihasilkan oleh badan. SESUAI untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga selepas menopause dan andropause.