Saturday, October 25, 2014

Tips Rawat Selsema Bayi

Assalamualaikum semua...

Salam Maal Hijrah..semoga permulaan tahun baru Hijrah ni membawa permulaan yang baik dan perubahan yang positif dalam diri kita..insyaAllah

Semoga anda semua berada dalam keadaan kesihatan paling terbaik dan sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah..

Yang dah jadi ibu tu mesti susah hati kalau anak tak sihat kan..demam,selsema dan batuk tu yang merisaukan ibu-ibu..sebab jika dibiarkan berlarutan dan tidak diberi rawatan segera yang sewajarnya, boleh menyebabkan penyakit lain yang lebih teruk..

Untuk anak-anak yang masih kecil berusia 2 tahun ke bawah, kita tidak digalakkan untuk memberi ubat selsema tau..jangan ibu-ibu sesekali bagi ubat selsema pada anak-anak yang usianya bawah 2 tahun, terutama sekali bayi..

Aritu masa Mai bawa Muna pergi klinik untuk cucuk setahun, Muna adalah selsema sikit, macam tersumbat sikit hidung dia..doktor cuma beri ubat titik untuk bantu keringkan hingus je..sebab doktor kata ubat makan boleh beri kesan kepada otak baby kalau diberi pada baby bawah umur 2 tahun...huhuhu ngeri sey...alat sedut hingus tu pun doktor tak bagi guna, sebab katanya risau boleh lukakan hidung baby...ok, maknanya penyedut hingus yang Babah baru beli tu kena simpan dalam lemari ye..hehe

Ok..kat sini Mai nak kongsi tips sikit camne nak atasi dan rawat selsema yang Mai dah cuba..ibu-ibu boleh la cuba ye..memang lambat sikit tapi insyaAllah membantu untuk keringkan hingus dan legakan hidung tersumbat..

1. Ambil kunyit hidup dan gosok2 sikit pada anak lesung batu..ambil minyak sikit (sebaiknya minyak zaitun, kalo takde minyak masak pun boleh)..campurkan kunyit yang dah hancur pada anak batu tadi dengan minyak.. sapukan pada hidung baby sambil berselawat ke atas Nabi..

2. Ibu-ibu juga boleh cuba letakkan bawang dalan stokin baby..kalau risau panas, pakaikan stokin kemudian lapiskan sepasang lagi stokin yang diletakkan bawang.. (tips yang ni Mai belum cuba lagi, dikongsi oleh seorang rakan)

3. Sapukan Vicks di tapak kaki baby..yang ni Mai memang selalu buat..insyaAllah membantu..

4. Teknik percussion.. boleh cuba tepuk belakang baby secara cupping.. ni untuk bantu kahak turun serta elakkan kahak berkumpul di paru-paru dan seterusnya keluar melalui najis..

5. Mai juga amalkan Vitamin C untuk kuatkan imun baby..masa baby Muna selsema ni, memang kerap la Mai telan Vitamin C Shaklee tu..sehari 5-6 biji..ye la,apa yang ibu makan insyaAllah dapat juga pada baby melalui susu ibu..

Ok itu saja tips yang Mai tahu..kalau ibu-ibu ada tips lain yang Mai tak tahu, boleh la kongsi sama-sama ye..

Semoga Allah sentiasa beri kesihatan yang baik untuk anak-anak kita, insyaAllah..

Ok...semoga jumpa lagi!

Monday, October 20, 2014

Pengedar Shaklee Siputeh dan Batu Gajah Terhebat

Assalamualaikum semua..
.
semoga semuanya berada dalam tahap kesihatan paling mantap..
insyaAllah bi iznillah!
.
Haaa sekiranya anda orang Perak dan berada di kawasan berdekatan Siputeh, Batu Gajah, Bemban dan yang sewaktu dengannya, boleh la contact Mai untuk dapatkan produk Shaklee yang best dan superb ni.. 
.
Mai adalah pengedar bebas Shaklee untuk kawasan Siputeh, Batu Gajah dan yang berdekatan.
.
Boleh hubungi Mai melalui talian 016-5519641, menggunakan medium sms atau aplikasi Whatsapp..atau boleh datang terus ke teratak comel Mai di Taman Siputeh Permai, Siputeh, Perak..
.
Haa kalau nak datang sembang2 tentang produk Shaklee pun boleh..nak daftar jadi ahli Shaklee pun boleh..tapi hubungi Mai dulu ye untuk pastikan Mai ada di rumah dan produk Shaklee yang anda nak tu ada dalam stok simpanan Mai..Mai taknak la nanti anda kecewa, dah sampai tapi stok habis..kalau tetiba jadi camtu, kita sembang2 minum teh cicah biskut cream crackers la nampaknya..hehe ^_^
.
Ok..semoga bertemu lagi!

Mai
Shaklee Independent Distributor
ID 868610
016-5519641

Friday, October 17, 2014

30 Days and Counting...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah hari ni genap Muna Khadeejah 30 hari...
Tadi gi timbang dan cucuk Hep B 2nd dose di klinik...alhamdulillah sihat anak mama dengan berat 3.67kg...lahir aritu Muna Khadeejah 3.01kg...

Sebelum keluar rumah tadi, ofkos la kena breakfast dulu kan...breakfast ni sangat2 penting untuk kita ye..sebab perut dah kosong lama semasa kita tidur..jadi nak mulakan hari kita yang hectic ni, kena mulakan dengan breakfast k..

Pagi ni Mai breakfast bihun goreng, 3 biji kurma dan minum Tamar Cocoa..mmmm yummylicious la..alhamdulillah dah 30 hari berpantang secara sihat di bawah jagaan mak Mai yang tersayang...tengkiu mak! ♥♥

Lepas tu ofkos juga 3 vitamin terpenting untuk ibu berpantang iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C Plus..memang bertenaga sepanjang hari..alhamdulillah!

Semoga terus ceria ye!
Jumpa lagi..!

**Catatan 14 Oktober 2014

Saturday, October 11, 2014

Susah Hati Bila Anak Tak Sihat...

Assalamualaikum semua..

Harapnya semua baik2 dan sihat belaka dalam rahmat dan lindungan Allah SWT..InsyaAllah...

Tengok tajuk mesti semua tahu yang anak Mai tak sihat kan...huhu susah hati sangat bila anak tak sihat..Muaz dan Maisarah selsema dan batuk..Muna pun terjangkit juga..mana taknya, dalam sehari berpuluh kali kena cium dengan abang dan kakak..bangun tidur pun mesti cari baby dulu, nak cium...hehe anak....anak... ^_^

Penawar dan penghibur hati mama dan babah...


Doakan anak-anak Mai cepat sembuh ye...

~ Mai ~



Alhamdulillah atas kurniaan Allah

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah Mai dah selamat melahirkan seorang baby girl pada 14 September yang lepas..alhamdulillah hari ni dah 23 hari usianya..

Nama yang Allah ilhamkan pada kami ialah Muna Khadeejah..

Doakan Muna Khadeejah membesar dengan sihat dan kuat, menjadi seorang muslimah yang solehah dan musleh..insyaAllah..

Salam AidilAdha buat semua!

** Sebenarnya post ni Mai tulis pada Isnin, 6 Oktober 2014 bersamaan 11 Zulhijjah...agaknya Mai edit kat draf guna handphone tu dia update guna tarikh draf lama tu..huhu tak terpikir langsung...

Haih...! -_-"

~ Mak tang ~
Mai