Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Thursday, August 17, 2017

Resepi Daging Masak Asam Yang Cepat dan Mudah

Hai semua...hari ni Mai nak kongsikan satu resepi yang Mai belajar daripada ibu mertua Mai..resepi ni orang utara pandai dah, tapi kalau korang bukan orang utara, memang wajib cuba resepi ni..sangat mudah dan cepat terutama sekali bila anak dah kelaparan nak makan! Haha

Tapi resepi ni Mai ada modified sikit, iaitu ada tumis bawang sebelum masuk daging..kalau resepi asal, terus masukkan daging ke dalam minyak.

Jom check it out!!

Daging Masak Asam Ibu Mertuaku

Bahan-bahan:

1/2 kg daging dihiris nipis
2 biji kentang sederhana besar
2 ulas bawang besar dipotong bulat
1 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah dihiris serong nipis
1/2 inci halia dihiris nipis
Air asam jawa secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Air sesukupnya
Garam, gula dan kicap secukup rasa

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan kuali dan tuangkan minyak masak untuk menumis. Apabila minyak dah panas, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. (ni Mai tambah, mak mertua Mai tak tumis hihi)
  2. Bila dah naik bau, masukkan daging yang telah dihiris nipis. Biarkan sampai keluar air daging, masukkan air asam jawa dan tambahkan air sehingga separas daging. Biarkan daging masak hingga empuk.
  3. Selepas beberapa minit, masukkan kicap ke dalam kuah daging.
  4. Bila daging dah nak empuk, masukkan kentang yang dihiris.
  5. Apabila paras air dah sampai ke tahap yang dimahukan (ada orang suka kuah banyak, ada yang tak suka kuah), masukkan potongan bawang besar dan cili. Biarkan seketika. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.

Nota Mai:

Resepi ni boleh juga nak gantikan daging dengan ayam, udang, sotong ataupun ketam. Memang sedap, anak-anak Mai memang suka. Nak sediakan pun tak ambil banyak masa. Memang cepat dan mudah!

Kuah pulak, kalau Mai memang buat berkuah, sebab anak-anak dan suami nak makan kuah. Kalau suka kering je, masak sampai kering baru masukkan potongan bawang besar dan cili ye.

Nanti Mai ada kesempatan, Mai share gambar ye.

Ok selamat mencuba!

Sunday, August 6, 2017

Warung Sate Paling Best di Batu Gajah

Anak-anak Mai sangat suka makan sate..suami pun suka makan sate..kalau pegi Kajang atau area Selangor, memang wajib makan Sate Kajang Hj Samuri tu..perghh sedap kan sate Hj Samuri tu kan.. 😊

Cuma...kat Perak ni takde tempat makan sate yang sedap macam sate Hj Samuri ni..so kena la cari tempat makan sate paling best..

Alhamdulillah Mai jumpa dah warung sate best kat Batu Gajah ni..suami suka, anak-anak pun suka! Mungkin ada yang lagi best, tapi yang ni paling best bagi kami sekeluarga 😊

Sate Seri Jaya!
Best. Awesome. Sedap. dan Murah!

Sate Seri Jaya

 Lokasi


Sate Seri Jaya ni kedai dia di Medan Selera Taman Orkid berhadapan dengan Pasar Batu Gajah..kalau dari arah jam besar Batu Gajah, medan selera ni sebelah kiri..warungnya di hujung sekali.

Keistimewaan Sate Seri Jaya


Satenya dimasak sempurna, masih kekal jus daging ayam @ lembu..lembut dan ramuannya terasa sebati dengan daging sate.. sedap sangat, kalau tengah makan ni, mak mertua lalu pun tak perasan..haha LOL

Hidangan sate dah sampai tunggu di ngap!

Muna menikmati sate..mmmm dapnya!
Anak-anak Mai memang suka sangat.. biasanya kami order sate ayam je, sate daging untuk Mai dan suami je.. Anak-anak makan memang bersungguh, Muna boleh habiskan 5 - 10 cucuk sate! Banyak la bagi Mai untuk budak umur 2 tahun 9 bulan..

Ada sekali tu, suami Mai terpaksa tambah order sebab kesian anak-anak tak puas makan..hihi

Maisarah dan mama

 Harga Sate di Sate Seri Jaya


Alhamdulillah sangat berpatutan.. 
Sate ayam dan daging RM0.60 secucuk!

Boleh makan sampai puas dan kenyang..alhamdulillah

Waktu Operasi


Warung Sate Seri Jaya ni beroperasi setiap hari kecuali hari Selasa..sebab hari Selasa ada pasar malam kat pekan Batu Gajah ni..

Waktu operasinya dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam.

Boleh call dulu untuk tempahan tau, senang..nanti tinggal makan je, haha..
Boleh call no telefon ni untuk tempahan ye
013-4658533

Cumanya nak kena beringat la sebelum makan sate ni..tak boleh juga makan berlebihan..kalau nak ambil langkah berjaga- jaga untuk elak badan dapat mudarat..jangan lupa makan sekali timun dan bawang besar potong tu ye!

Macam Mai memang amalkan Lecithin, Omega Guard, VitaC Plus, Alfalfa untuk pastikan badan kekal sihat dan bertenaga!

Lecithin dan OmegaGuard nak make sure semua lemak dan kolesterol tak melekat pada dinding salur darah dan terus keluar melalui perkumuhan..
 Vitamin C bertindak sebagai antioksidan..
Alfalfa untuk detoks badan supaya semua toksin juga dikeluarkan dari badan..

Kalau nak cuba supplement Shaklee, terus whatsapp Mai je nanti k!

Salam sayang,
Mai si peminat Sate

Saturday, February 7, 2015

Kursus VLE Frog SMK Pusing...LET'S HOP IN!!

Assalamualaikum semua..

Haih...lama sungguh tak ngupdate belog ni...berabuk sakan aih...hehe takdan bebenor nak online ye..

Tahun 2015 dah masuk ke Februari..
Cepat betul masa berlalu..

Tahun ni anak2 Mai, Muaz teruskan ke tadika, 6 tahun...Maisarah pulak baru mulakan sesi persekolahan di tadika yang sama dengan Muaz...hehe macam2 hal si Maisarah...nanti2 la Mai crita kisah Maisarah ye..

Hari ni, LADAP kedua sekolah Mai...kursus VLE Frog...hop in hop out la..
hahaha VLE Frog ni setahun sekali je bukak...hehe takleh nak fully utilize penggunaan VLE Frog yang sangat bermanfaat ni..

Anak2 semua tinggal rumah pengasuh..

Oklah...Mai berkursus dulu..
Jumpa lagi...

Daaa.....!!!

Friday, October 17, 2014

30 Days and Counting...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah hari ni genap Muna Khadeejah 30 hari...
Tadi gi timbang dan cucuk Hep B 2nd dose di klinik...alhamdulillah sihat anak mama dengan berat 3.67kg...lahir aritu Muna Khadeejah 3.01kg...

Sebelum keluar rumah tadi, ofkos la kena breakfast dulu kan...breakfast ni sangat2 penting untuk kita ye..sebab perut dah kosong lama semasa kita tidur..jadi nak mulakan hari kita yang hectic ni, kena mulakan dengan breakfast k..

Pagi ni Mai breakfast bihun goreng, 3 biji kurma dan minum Tamar Cocoa..mmmm yummylicious la..alhamdulillah dah 30 hari berpantang secara sihat di bawah jagaan mak Mai yang tersayang...tengkiu mak! ♥♥

Lepas tu ofkos juga 3 vitamin terpenting untuk ibu berpantang iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C Plus..memang bertenaga sepanjang hari..alhamdulillah!

Semoga terus ceria ye!
Jumpa lagi..!

**Catatan 14 Oktober 2014

Saturday, October 11, 2014

Susah Hati Bila Anak Tak Sihat...

Assalamualaikum semua..

Harapnya semua baik2 dan sihat belaka dalam rahmat dan lindungan Allah SWT..InsyaAllah...

Tengok tajuk mesti semua tahu yang anak Mai tak sihat kan...huhu susah hati sangat bila anak tak sihat..Muaz dan Maisarah selsema dan batuk..Muna pun terjangkit juga..mana taknya, dalam sehari berpuluh kali kena cium dengan abang dan kakak..bangun tidur pun mesti cari baby dulu, nak cium...hehe anak....anak... ^_^

Penawar dan penghibur hati mama dan babah...


Doakan anak-anak Mai cepat sembuh ye...

~ Mai ~



Alhamdulillah atas kurniaan Allah

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah Mai dah selamat melahirkan seorang baby girl pada 14 September yang lepas..alhamdulillah hari ni dah 23 hari usianya..

Nama yang Allah ilhamkan pada kami ialah Muna Khadeejah..

Doakan Muna Khadeejah membesar dengan sihat dan kuat, menjadi seorang muslimah yang solehah dan musleh..insyaAllah..

Salam AidilAdha buat semua!

** Sebenarnya post ni Mai tulis pada Isnin, 6 Oktober 2014 bersamaan 11 Zulhijjah...agaknya Mai edit kat draf guna handphone tu dia update guna tarikh draf lama tu..huhu tak terpikir langsung...

Haih...! -_-"

~ Mak tang ~
Mai

Monday, April 28, 2014

Pergh.....berhabuknya....!!

Hai semua....!!

Lamanya rasa tak menulis...gian jugak jari ni nak menaip entry kat Seindah Senyuman ni...
Apa khabar semua?
Semoga terus tersenyum menghadapi liku-liku dan cabaran kehidupan..

Mai sibuk sangat dengan aktiviti sekolah dua tiga bulan ni sampai idea beku tak tahu nak create entry apa...hehe dengan keadaan diri yang agak kurang sihat dua tiga bulan ni..

Alhamdulillah mai pregnant anak ketiga..now dah nak masuk 20 minggu..alhamdulillah syukur pada Allah...

Mengandung kali ketiga ni memang rasa sedikit perbezaan berbanding dua yang lepas...alhamdulillah Allah izinkan kesihatan yang baik sekarang walaupun memang alah yang agak teruk di awal mengandung aritu...nanti mai sharing2 ye panduan untuk ibu2 mengandung yang teruja nak guna supplement hebat dan semulajadi dari Shaklee..

Sekarang mai konsisten dengan supplementation dari Shaklee je...yang essential untuk ibu mengandung - Vitalea, B Complex, Vita-C, Ostematrix dan ESP..

Alhamdulillah lepas tempoh alah, mai rasa cergas, bacaan hb pun cantik tak macam dua yang lepas - hb low...ramai kawan2 tegur mai cergas..ye lah dengan ke hulu ke hilir menguruskan aktiviti kokurikulum pelajar...bulan 4 ni je ada 2 pertandingan pelajar yang perlu mai urus..

Pertandingan Puisi dan Lagu - 9 April lepas

Next - minggu ni 30 April...Pertandingan Kawad Kaki Formasi Unit Beruniform..perlu urus 34 pelajar Kadet Polis ke pertandingan tu...semoga Allah bagi kemenangan buat anak didik mai...mohon doakan ye.. ^_^

Ok semua..jumpa lagi di next entry ya!!


Lovely Mai

Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor
iReach
868610
Hubungi saya: 016-5519641
Email saya: nur.rumaizah@gmail.com