Monday, June 9, 2014

Orang Gastrik Boleh Makan Vitamin C Shaklee??

Kebaikan dan keistimewaan menggunakan Vitamin C Shaklee

  1. time released..semulajadi tanpa bahan pengawet..sesuai utk org yg gastrik.
  2. Bio flavonoid dlm vitamin C membantu vit c jd lg aktif..klau vit e kena ade selenium...vit c perlukan Bio flavonoid...
  3. klu demam atau selsema x perlu mkn ubat doktor. Patahkan 2 bj VITC dan telan...
  4. Maksud Sustained release tu,vit c tu akan di 'release' utk bdn scr berperingkat..let say vit tu 500mg,so,stiap 1 jam,100mg vit c akan direlease utk kegunaan bdn...
  5. Knp susah2 je shaklee cipta time release?

    Sbb vitamin c dapat diserap dgn baik oleh badan pada dos yang rendah. Semakin tinggi dos semakin sedikit yang dapat diserap.

  6. Vitamin C ini dihasilkan bersama-sama bioflavonoids complex! Bioflavonoid ini adalah antioksidan yang sangat superb yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Jadi, tak ade dalam vitamin C sintetik. Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik untuk meningkatkan kesihatan badan dari pelbagai sudut. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik, untuk kesihatan jantung, dan juga untuk alzheimer.
  7. Pelepasan dalam masa 5 jam tp maintain vit c dalam darah for 12 jam. Walaupun ia larut air tp bkn masuk terus keluar, dia akan bekerja dulu dgn sel badan sebelum dia keluar. Satu fakta ttg vit C ialah badan kita xboleh simpan vit C tapi ia digunapakai dlu sblm dibuang, in this case bersamaan kita makan orn selama 5 jam, tp bkn masa tu je kita ada bekalan vit C sbb td dia kuar perlahan2
Info kredit: group LadyBoss

Rumaizah Zalkornain
ID 868610

Tuesday, June 3, 2014

Kisah Doa Termakbul

KISAH DOA TERMAKBUL.

KISAH SEORANG ABANG DAN ADIK.

KEDUA-DUANYA ANAK YATIM MISKIN.

MEREKA MENGINAP DI RUMAH PUSAKA PENINGGALAN. KEDUA IBU BAPA MEREKA ADALAH HAMBA ALLAH YANG SOLEH.

SI ABANG, SABAN HARI BERDOA AGAR ALLAH MENGUBAH NASIB HIDUPNYA.

DIA MEMINTA DIPERTEMUKAN DENGAN ISTERI YANG CANTIK LAGI KAYA.

DAN MEMINTA KEPADA ALLAH AGAR DIRINYA KAYA RAYA HIDUP MEWAH.

SI ADIK PULA,

BUTA HURUF. TIDAK SEPERTI ABANGNYA,

DIA MEMBACA DOA PUN DENGAN MELIHAT KERTAS TERINSUT-INSUT MEMBACA.

SEBELUM BAPANYA MATI, DIA PERNAH MEMINTA BAPANYA MENULIS SESUATU DI ATAS KERTAS,

DAN KERTAS ITU SERING DIPEGANGNYA SETIAP KALI BERDOA.

DIPENDEKKAN CERITA, AKHIRNYA,

ALLAH MEMPERTEMUKAN SEORANG PEREMPUAN YANG CANTIK LAGI KAYA DENGAN ABANGNYA,

LANTAS BERKAHWIN.

SI ABANG SEPERTI MENDAPAT DURIAN RUNTUH DAN KEHIDUPANNYA TERUS BERUBAH.

DIA KELUAR DARI RUMAH PUSAKA,

DAN MENINGGALKAN ADIKNYA.

SI ABANG AKHIRNYA KAYA RAYA, MALAH TERUS KAYA APABILA DIA MEMASUKI MEDAN BISNES.

DIA SUDAH MULA ALPA DENGAN ALLAH,

MELEWAT-LEWATKAN SOLAH, JARANG MEMBACA AL-QURAN, TAPI TIDAK PERNAH LALAI UNTUK MEMINTA KEKAYAAN DARIPADA ALLAH.

KALAU MASUK DALAM BAB PERNIAGAAN, KEKAYAAN DUNIA, MAKA BERBONDONG-BONDONG DOANYA KEPADA ALLAH.

DAN AJAIBNYA, ALLAH BERI APA YANG DIA MINTA.

SI ABANG RASA DIA ISTIMEWA.

SI ADIK PULA, HIDUPNYA TIDAK BERUBAH.

DIA MASIH SEORANG SEDERHANA,

DENGAN KELEMAHANNYA SEBAGAI SEORANG BUTA HURUF,

DIA HANYA MENDAPAT KERJAYA SEDERHANA,

TERUS MENJAGA RUMAH PUSAKA.

SI ADIK, JUGA RAJIN BERDOA.

SI ABANG TAHU, SI ADIK RAJIN BERDOA.

TAPI SI ABANG MELIHAT, HIDUP ADIKNYA TIDAK BERUBAH-UBAH.

LANTAS SATU HARI, KETIKA SI ABANG MENZIARAHI ADIKNYA,

SI ABANG BERKATA DENGAN RIAK:

“KAU KENA BERDOA KUAT LAGI.
TENGOK AKU, BERDOA JE ALLAH MAKBULKAN.
KAU NI TAK CUKUP HAMPIR DENGAN ALLAH NI.
BERDOA PUN MASIH TENGOK-TENGOK KERTAS. TAK CUKUP HEBAT.”

SI ADIK TERSENYUM SAHAJA.

SUKA ABANGNYA MENEGUR KERANA PADANYA,

TEGURAN ABANG AMAT BERMAKNA.

SI ADIK TERUS HIDUP SEDERHANA,

DI DALAM RUMAH PUSAKA, DENGAN DOA MELIHAT KERTAS SABAN HARI,

DAN KEHIDUPANNYA TETAP TIDAK BERUBAH.

TIDAK MENJADI KAYA SEPERTI ABANG.

DITAKDIRKAN,

SI ADIK MENINGGAL DUNIA. KETIKA SI ABANG MENGEMAS-KEMAS RUMAH PUSAKA,

DIA BERJUMPA SATU KERTAS. KERTAS ITU ADALAH KERTAS YANG ADIKNYA SERING PEGANG KETIKA BERDOA.

SI ABANG MENANGIS TERESAK-ESAK APABILA MEMBACA KERTAS KECIL ITU.

KERTAS ITU TERTULIS:

“YA ALLAH, MAKBULKAN LAH SEGALA DOA ABANG AKU”

MASYAALLAH… KEBESARAN ILLAHI.

SI ABANG MULA MEMBANDINGKAN DIRINYA DENGAN ADIKNYA.

ADIKNYA KEKAL TAAT KEPADA ALLAH DAN TIDAK MERINGAN-RINGANKAN URUSANNYA DENGAN ALLAH SWT.

ADIKNYA, SEDIKIT PUN TIDAK MEMINTA DUNIA KEPADA ALLAH,

MALAH TIDAK MEMINTA APA-APA UNTUK DIRINYA.

TETAPI ADIKNYA MEMINTA AGAR SEGALA DOA SI ABANG DIMAKBULKAN.

SI ABANG, TIDAK PERNAH SEDIKIT PUN MENDOAKAN SI ADIK.

SI ABANG MULA TERSEDAR,

RUPANYA,

BUKAN DOA DIA YANG MAKBUL. TETAPI DOA ADIKNYA TELAH DITERIMA DAN DI MAKBUL OLEH ALLAH SWT.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
CERITA INI MERUNTUN HATI SAYA,

DAN BUAT SAYA SENTIASA BERFIKIR PANJANG.

KADANG-KADANG KITA, BILA ALLAH REALISASIKAN HAJAT KITA,

KITA SUKA MENGIMBAU USAHA-USAHA KITA.

"AKU BUAT BEGINILAH YANG JADI BEGINI."

"DOA AKU MAKBUL!"

"AKU NI MEMANG ALLAH SAYANG. TENGOK, SEMUA BENDA ALLAH BAGI. AKU MINTA APA2 PUN."

TANPA SEDAR KITA BONGKAK. TAKABBUR.

SEDANGKAN,

KITA TAK TAHU, MUNGKIN YANG MAKBUL ITU ADALAH DOA IBU BAPA KITA, DOA ISTERI ATAU SUAMI KITA,

DOA ADIK BERADIK KITA,

DOA SAHABAT-SAHABAT KITA.

BUKANNYA DOA KITA.

CERITA ITU SANGAT MENYENTUH HATI SAYA.

MEMBUATKAN SETIAP KALI SAYA BERDOA,

SAYA TIDAK LUPA MENDOAKAN IBU BAPA SAYA, ISTERI ATAU SUAMI SAYA,

GURU-GURU SAYA, KELUARGA SAYA,

ADIK BERADIK SAYA, SAHABAT-SAHABAT KARIB SAYA,

YANG TERAMAT AKRAB.

SAYA SEBUTKAN NAMANYA AGAR LEBIH MERASAI BAHAWA SAYA MEMERLUKAN MEREKA MENDOAKAN SAYA JUGA.

KITA INI BANYAK DOSA. TERHIJAB.

MUNGKIN DOA ORANG LAIN YANG LEBIH BERSIH HATINYA,

LEBIH SUCI JIWANYA YANG MAKBUL,

MENYEBABKAN RAHMAT ALLAH TUMPAH PADA DIRI KITA.

SEBAB ITU JANGANLAH BERLAGAK.

JANGAN TINGGI DIRI.

JANGAN RASA DOA KITALAH YANG MAKBUL.

PULANGKAN SEMUANYA KEPADA ALLAH.

Hadis Terunggul Rasulullah

- HADIS TERUNGGUL -

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Maka tugas anta sekelian yang seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi SAW ini dengan orang lain, moga ianya memberikan manfaat kepada semua. Insyallah...

Syukran Jazilan.
Wassalammualaik.