Tuesday, April 16, 2013

Penjelasan Tentang Status Halal Shaklee oleh Abd Rahman Baco

Shaklee halal atau tidak??

Saya pasti ramai di antara readers yang pernah membaca tentang keraguan status halal Shaklee, iaitu dari satu laman blog yang bercerita tentangnya. Namun, saya berharap anda terus yakin dengan kehalalan Shaklee. Produk Shaklee yang dibawa masuk ke Malaysia kesemuanya telah mendapat pengiktirafan halal dari ISA, Islamic Services of America; iaitu sebuah badan Islam di US yang diiktiraf oleh JAKIM.

Mari kita baca jawapan daripada Saudara Abd. Rahman Baco kepada soalan yang diajukan kepadanya melalui email berkenaan dengan status halal beberapa produk Shaklee. Diharapkan selepas pembacaan, status halal Shaklee yang menjadi keraguan akan terjawab.

*********************
*********************

Assalamualaikum,

Apa khabar ? Ramai pembaca yang menghantar email
pada saya bercerita tentang percutian mereka. Jadi saya ucapkan
selamat bercuti untuk semua guru-guru Malaysia dan selamat
berkerja terutama pembaca-pembaca email saya yang berada di luar
negara. Ada yang di German, Sudan dan juga di Arab Saudi.

Saya doakan semoga anda semua sihat dan dimurahkan rezeki oleh
Allah s.w.t

Ok, kali ini saya ingin kongsikan tentang pertanyaan pembaca buku
"Halalkah Ubat Anda?" tentang status halal produk-produk keluaran
Syarikat Shaklee.

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.


Soalan 1 :

Assalamualaikum,,
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee
adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu

Terima kasih

Ainul- Amar Dhiya


Soalan 2:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk
"Shaklee" iaitu
"Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik".

Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?

Terima kasih

Cikgu Umi Kalsom.
---------------------------------------------------------------------'

JAWAPAN:


Wa alaikum salam

Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang
status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan
di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya
Produk Soy Lecithin - Dietary Supplement.

Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul
apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog
beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk
Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada
campuran lembu dan babi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih
di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status
halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.

Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,
beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22
Februari 2011
untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.

Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas email
beliau dan menjelaskan bahawa:

"Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin
yang
digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran
gelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin
tidak dijamin bebas kandungan babi".

Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang
pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee
Malaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia
dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal
daripada Islamic Services of America (ISA).

Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK).

Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995
dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.

Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012
dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang
sama mengeluarkan
produk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang
mempunyai
persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional
Council of America).

Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada
tahun 2007
juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika
Syarikat.

Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar
pertanyaan
melalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untuk
mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.

Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal
Produk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus
mengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklah
Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E.

Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal
di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan
pengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk
produk Shaklee pasaran Malaysia.

ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat
di pasaran Malaysia.


Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com



P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan
pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.
Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkan
oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk "Halalkah Ubat
Anda?".

Buku "Halalkah Ubat Anda?" mendedahkan lebih 90 jenis
ubat-ubatan yang mengandungi unsur daripada babi.
Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com


******************************
******************************

Semoga keraguan anda dihapuskan dan gunakan produk Shaklee tanpa was-was, insyaAllah.


Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor ID 868610
019-6336341 / 016-5519641

Sijil Halal Shaklee


Sijil Halal Shaklee 2013


Hidup Sihat Dengan Diabetes

Sehingga kini, bilangan kes diabetes di Malaysia telah meningkat sehingga 80% dalam tempoh 10 tahun (1996-2006) iaitu 1.4 juta kes telah dilaporkan. Punca utama terjadinya diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia adalah kerana gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Apa itu Diabetes?

Diabetes atau lebih dikenali dengan nama kencing manis ialah satu penyakit metabolisme yang menyebabkan paras gula dalam darah meningkat, sama ada disebabkan oleh:
  • kekurangan penghasilan insulin oleh badan (Diabetes Jenis 1) secara semulajadi. 
  • sel badan yang tidak bertindak balas dengan insulin (Diabetes Jenis 2)
Apa itu insulin?
Insulin ialah hormon yang diperlukan untuk penyerapan glukosa oleh sel untuk menghasilkan tenaga.

Pesakit Diabetes Jenis 1 terpaksa bergantung kepada suntikan insulin seumur hidupnya kerana ketidakmampuan badan untuk menghasilkan insulin secara semulajadi.

Pesakit Diabetes Jenis 2 memerlukan pemantauan rapi dan perlu pengawalan yang ketat terhadap kandungan glukosa (gula) dalam darah supaya sentiasa dalam paras yang normal dan terkawal. Pesakit perlu bergantung kepada ubat-ubatan untuk membantu mengawal kandungan gula di samping menjaga pemakanan yang sihat.

Punca Diabetes

Penyakit diabetes atau kencing manis diakibatkan oleh gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. 

Makanan yang tinggi kandungan karbohidrat (gula) seperti nasi, roti putih, minuman berkarbonat, kopi, dan mee boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah yang tinggi. Diet yang tidak terkawal terhadap semua makanan tersebut boleh menyebabkan diabetes.

Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti stress, kurang bersenam, rehat yang tidak cukup dan merokok akan meningkatkan risiko mendapat diabetes.

Kesan Diabetes

Diabetes adalah penyakit yang kronik yang memerlukan kepada pemantauan yang teliti. Ini kerana, tanpa pengawalan dan pemantauan terhadap penyakit, ia boleh mengakibatkan komplikasi penyakit yang lain seperti:
  • penyakit kardiovaskular
  • penyakit mata
  • ulser
  • kehilangan anggota badan

Nutrisi untuk Pesakit Diabetes

Sekiranya anda didiagnosis mempunyai penyakit diabetes atau kencing manis, janganlah berasa sedih dan gundah gulana. Ini kerana ia bukanlah suatu pengakhiran dalam hidup anda. Teruskan kehidupan seperti biasa dan jalani hidup yang lebih sihat dengan mengamalkan diet pemakanan yang disyorkan oleh doktor dan amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam. Penyakit diabetes boleh dikawal dengan baik dan pesakit boleh menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain.

Pesakit diabetes juga boleh mengambil makanan tambahan yang sesuai dan terbaik untuk menampung keperluan badan. Shaklee mempunyai rangkaian produk terbaik khas untuk anda mengekalkan paras gula dalam darah yang sihat.

  1. Resveratrol - Resveratrol ialah polifenol tumbuhan yang kaya dengan antioksidan. Kajian membuktikan bahawa resveratrol membantu dalam mengurangkan resistan insulin (penentangan insulin) bagi pesakit diabetes.
  2. Protein soya - Kandungan isoflavon di dalam protein membantu mengurangkan risiko diabetes. Protein soya adalah makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah dan tidak mengandungi kanji. Ini dapat membantu pesakit diabetes mengawal kandungan gula di dalam darah.
  3. Alfalfa - Alfalfa mengandungi kandungan mineral yang tinggi, yang boleh membantu menstabilkan paras gula dalam darah.
  4. Gamma Linolenic Acid (GLA) - GLA merupakan asid lemak perlu dan agen anti radang. Ia membantu mengurangkan simptom sakit saraf bagi pesakit.
  5. Vitamin dan mineral - Vitamin C dan Zink adalah nutrisi yang penting untuk penyembuhan luka terutama bagi pesakit diabetes yang menghadapi ulser atau kehilangan anggota badan. Kromium pula penting dalam mengekalkan kandungan gula dalam darah yang sihat.

Supplement Shaklee Untuk Pesakit Diabetes

  1. Vivix - Tinggi kandungan resveratrol
  2. Sugar Control Set yang mengandungi:
  • ESP Soy Protein Isolate Powder - tinggi kandungan protein soya dan makanan GI yang rendah
  • Vita-Lea Iron Formula - membekalkan 28 vitamin dan mineral penting termasuk kromium
  • GLA Complex - menstabilkan tubuh badan
  • Alfalfa Complex - sumber alfalfa semulajadi
  • Sustain Release Vita-C Plus
  • Zinc Complex

Kenapa MESTI Shaklee?

Salam semua...

Apabila ditanya kepada saya, kenapa yang saya beria-ia promosi supplement Shaklee...jawapannya bagi saya Shaklee adalah produk makanan tambahan TERBAIK dan saya mahu orang lain juga mendapat KEBAIKAN yang sama. Ini kerana Shaklee berbeza dengan yang lain...Shaklee begitu telus dalam menghasilkan kajian dan berusaha meningkatkan kesihatan masyarakat dengan komited...

Shaklee...dengan tagline "Always Safe, Always Works, Always Green" sangat komited memberikan yang terbaik, berusaha meningkatkan kesihatan penduduk dan sangat teliti dalam menjamin kualiti dan keberkesanan kesemua rangkaian produk..

Buktinya, semua kajian dan penyelidikan yang dijalankan ke atas semua produk boleh didapati secara online melalui sebuah laman web yang direka khas untuk ahli kesihatan profesional dan farmasi, supaya dapat mengenali produk Shaklee dengan lebih dekat. Segalanya ada di situ, malah anda juga boleh membaca semua hasil kajian, laporan dan jurnal yang ditulis selepas kajian dan penyelidikan dibuat. Tiada rahsia antara anda dan Shaklee..

Anda boleh rujuk di physicians.shaklee.com

Apa Bezanya Shaklee?

Seperti yang telah saya nyatakan di atas, Shaklee sentiasa menekankan "The Shaklee Difference - Always Safe, Always Works, Always Green".

Setiap produk Shaklee yang dikeluarkan sama ada dari rangkaian supplement, produk isi rumah dan produk kecantikan, semuanya selamat digunakan kerana bersumberkan bahan semula jadi yang mesra alam dan sangat sesuai dengan tubuh manusia.

Semua ini dikukuhkan lagi dengan uji kaji dan penyelidikan yang dijalankan, serta mempunyai bukti sains yang kukuh yang boleh diakses secara online melalui jurnal-jurnal perubatan yang diterbitkan.

Rujuk di sini untuk melihat  Jaminan dan Keistimewaan Shaklee

Sunday, April 14, 2013

Power Pumping

Apa itu power pumping?

Power pumping adalah salah satu kaedah meningkatkan pengeluaran susu ibu. Kaedah ini sangat berkesan dilakukan di saat ibu menghadapi masalah kemeruduman pengeluaran susu ibu dan juga untuk memastikan pengeluaran susu ibu dapat dikekalkan di tahap yang dikehendaki..

Bila masa yang sesuai untuk melakukan power pumping?

Power pumping boleh dilakukan pada bila-bila masa sekiranya ibu mempunyai kelapangan waktu..namun, sangat disarankan juga untuk dilakukan dari tempoh waktu tengah malam hingga subuh (12.00am - 6.00am)..ini kerana dalam tempoh tersebut hormon oksitoksin dihasilkan pada kadar paling tinggi dan ibu-ibu pasti sangat teruja kerana mendapat let down reflex yang kerap...wow, bestnya!!

Apa itu let down reflex?

Let down reflex ialah satu keadaan bila susu ibu memancut keluar dengan laju untuk jangka masa tertentu..tempoh waktu ia terjadi berbeza mengikut individu..namun melihat dan merasa susu ibu yang memancut keluar itu membuatkan perasaan menjadi sangat membahagiakan..

Teknik Power Pumping

A. Menggunakan Double Pump
Jika anda menggunakan double pump,
1. Pam kedua-dua belah cik b serentak selama 10 minit..
2. Rehat selama 10 minit..
3. Ulang langkah di atas selama satu jam..
Ini bermakna, untuk setiap cik b, ibu dapat mengepam selama 30 minit..

B. Menggunakan Single Pump
Jika anda menggunakan single pump,
1. Pam sebelah kanan cik b selama 10 minit..
2. Kemudian, pam sebelah kiri cik b untuk 10 minit juga..
3. Ulang langkah di atas selama 1 jam..
Ini bermakna, ibu dapat mengepam setiap cik b untuk 30 minit..

Tetapi..untuk mendapatkan hasil yang diidamkan, ibu perlu konsisten melakukan teknik power pumping..hasilnya tidak akan dapat dilihat sehari dua..namun, dalam masa dua minggu, insyaAllah ibu pasti dapat melihat peningkatan kuantiti susu ibu dan ia pasti sangat menggembirakan!

Jangan lupa, sambil ber'power pumping', ibu-ibu teruskan berzikir dan berdoa kepada Allah SWT untuk menambahkan susu ibu dan melapangkan rezeki untuk si comel kesayangan..
Dengan usaha dan doa yang istiqamah, insyaAllah ibu-ibu akan berjaya..

Happy power pumping, mommies!! ^^


Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor ID 868610
016-5519641 / 019-6336341

Saturday, April 13, 2013

Vitamin Untuk Anak

Sebagai ibu bapa, kesihatan anak-anak menjadi perkara paling penting dalam kehidupan..mak sakit takpe, jangan anak yang sakit..hati ibu mana yang tahan melihat anak yang sering sakit dan mudah sangat terkena jangkitan virus seperti virus demam dan selsema..

Atas kesedaran tu, ramai ibu bapa yang memberikan vitamin untuk anak, terutama vitamin c..pelbagai jenama ada di pasaran, pilih saja yang paling baik..

Di sini saya ingin berkongsi vitamin untuk anak pilihan saya..sudah tentu Shaklee..terdapat beberapa vitamin yang sangat bagus diberikan kepada anak anda untuk memastikan kesihatannya..

NutriFeron
- sangat disarankan untuk memperbaiki tahap imun anak
- dos yang dicadangkan adalah 1/3 daripada dos orang dewasa


Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor ID 868610
016-5519641 / 019-6336341