Sunday, December 28, 2014

Susu Formula Paling Terbaik Untuk Bayi di Waktu Bencana

Assalamualaikum dan hai mummies semua..

Sekarang seluruh Malaysia sedang bersatu padu menghadapi bencana banjir yang teruk melanda di beberapa negeri di pantai timur dan barat Malaysia..rakyat negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan ada lagi negeri yang terjejas kerana banjir..

Mai doakan semoga semua mangsa dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi ujian dari Allah ini..semoga musibah yang melanda ni terselit hikmah yang besar buat kita insyaAllah..

Lebih sedih dan pilu hati melihat kanak-kanak dan warga emas..tak kurang juga ibu hamil, ibu menyusu, ibu berpantang dan juga yang bersalin serta menunggu hari untuk menyambut kehadiran permata hati dalam keadaan begitu..moga Allah beri ganjaran besar untuk mereka yang bersabar..insyaAllah

Entry kali ni Mai nak kongsikan poster Fakta & Mitos Penyusuan Ibu semasa bencana..

Haa tengok tajuk entry ni...susu formula terbaik???

Erk...

Yeke?

Sebenarnya, susu ibu la yang paling selamat untuk bayi terutama ketika waktu kritikal dan bencana seperti banjir ni..penyusuan ibu paling selamat dan hampir tiada risiko langsung walaupun ketika anak sakit..ketika ini, penyusuan ibu yang terrrrbaik!

Meh meh dekat sikit...kita baca poster kt bawah ni..untuk panduan ibu-ibu menyusu sekiranya kita berada dalam situasi bencana..

Positifkan minda dan bertenang..penyusuan ibu adalah pilihan terbaik yang kita ada..


Ok mommies..sampai sini dulu ye..nanti kita sharing lagi ye..

Salam sayang,
Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor 
ID 868610
Hp: 016-5519641

Wednesday, November 19, 2014

Shaklee & Saya : Saat Jatuh Cinta

Assalamualaikum....hai semua...

Dah lama rasanya Mai tak sharing sharing..huhu sejak beranak 3 ni hidup Mai memang agak kelam kabut...sekarang masih lagi dalam proses nak menyesuaikan diri dan meng'adjust' balik rutin harian dan aktiviti dengan anak-anak..alhamdulillah Abang Muaz dan Kakak Sarah sangat membantu Mai dalam menjalankan aktiviti seharian, terutama kalau nak minta tolong tengokkan adik Muna yang tidur..tapi bila datang angin tak nak, buat deeekkkk juga...hihihi anak-anak syurga Mai.. ^_^

Ok la..dalam entry kali ni, Mai nak kongsi pengalaman Mai menggunakan produk Shaklee..ala-ala review produk la gitu..hehe

Sebenarnya dah lama nak sharing, tapi tak ter'share2'..hehe kali ni Mai share macamana Mai boleh jatuh cinta dengan produk Shaklee dan sampai sekarang masih menggunakannya..

Saat Aku Jatuh Cinta

Heading tak tahan...hahaha sabor je la...

Mai mula menggunakan produk Shaklee ni pada April 2011..masa tu Mai baru lepas bersalin Maisarah..masa dalam pantang tu, Mai rasa Mai perlu cari supplement untuk bantu Mai...azam masa tu nak susukan Maisarah secara ekslusif selama 2 tahun..jadi kena tambah ilmu penyusuan dan cari sesuatu untuk bantu Mai tambahkan susu badan yang berkualiti..

Mai pun godek2 la facebook, google semua..ingat lagi masa tu Mai ada join group Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan di facebook..Mai jadi silent reader je, hehe tak aktif pun..so ada la ibu-ibu yang share tentang review produk Shaklee untuk tambah susu..

Sebenarnya Shaklee ni memang familiar dalam hidup Mai sebab arwah Opah Mai dulu memang pengguna Shaklee juga..so Mai pun macam berminat la nak cuba..jadi Mai mula google, cari pengedar produk Shaklee..kan nak order ni..hehe

Alhamdulillah Mai dipertemukan dengan Kak Ida Khairani Ahmad (www.mysupervitamins.com)..Mai pun tanya la dia tentang produk Shaklee untuk tambah susu, dia pun explain dengan bersabarnya dengan soalan2 Mai..hehe dipendekkan cerita, Mai pun setuju nak cuba try test kehebatan Shaklee ni..masa tu Mai mula dengan trial pack (sekarang dah tak dibenarkan jual trial pack ye)..Mai mula consume masa tu yang pakej basic, Set B - Vitalea, B Complex, Vita-C dan Alfalfa..

Set yang buat Mai jatuh cinta dengan Shaklee


Jadi bermulalah perjalanan penyusuan Mai bersama Shaklee..

Susu Tak Meriah...huhu sedih

Wahhh tengok heading tu...kenapa tak meriah pulak susu? Kata boleh tambah susu...tipu ni!!

Sungguh tak sangka...susu Mai masih macam tu juga, tak de la bila makan Shaklee, Mai perah dari 2 oz tetiba terus jadi 10 oz sekali pam..orang lain mungkin ada, tapi tidak pada Mai..tapi Mai dapat side effect yang lain yang mana membuatkan Mai lebih suka dan gembira dan bahagia dan sewaktu dengannya..hehe

Mai jadi bertenaga!
Mai bersemnagat!
Mai dah tak cepat letih, walaupun penat urus rumahtangga dan anak-anak!
Mai pulih cepat semasa berpantang!
Mai dah bebas dari keputihan yang gatal! sikit-sikit tu adala..
Mai RASA SIHAT!!

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..

Mai yakin side effect yang Mai dapat ni lebih hebat dari dapat susu meriah dan banyak sebab bila ibu sihat, keluarga dapat diuruskan dengan baik...nak pam susu pun rasa happy..tak stress dan rasa gembira..alhamdulillah syukur pada Allah..

Mai dapat simpulkan, supplement Shaklee bukan untuk tambah susu je..tapi ia bantu beri nilai tambah dalam kehidupan kita..badan rasa sihat dan segar sepanjang hari..kalau badan sihat, barula susu yang keluar berkualiti..jika ibu tak sihat, nak pam susu pun letih..nak urus keluarga pun tak larat..kan kan?

Sharing is Caring

So bila kawan-kawan di tempat kerja lihat perubahan positif Mai - nampak bertenga, sihat dan aktif - dengan aktiviti di rumah dan sekolah, ada yang mula bertanya apa yang Mai amalkan..jadi bila bercerita mengenai kebaikan yang Mai dapat hasil dari produk Shaklee, ada dalam kalangan kawan-kawan yang nak cuba dan alhamdulillah mereka juga rasa apa yang Mai dah rasakan..ia beri satu kepuasan!

Dari situlah bermulanya Mai menjadi pengedar dan berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan ibu-ibu dan kawan-kawan semua..alhamdulillah ramai yang menerima manfaat dan semoga Allah berkati setiap usaha yang kita lakukan untuk menjaga amanah pinjaman dari Allah ni..

Ini Shaklee Effect Mai dan raaaaaaaaamai lagi...Anda?

 Ini antara kesan hebat yang Mai dapat sepanjang mengamalkan produk Shaklee..Alhamdulillah syukur pada Allah...dan bukan Mai saja, ramai lagi yang telah merasa kesan hebat produk Shaklee dalam memberi kesihatan yang optimum..

meh Mai kongsikan satu video...



Anda nak jadi sebahagian dari #ShakleeEffect?

Jangan lupa hubungi Mai ye...

Ok..sampai sini je dulu Mai share ye..
Nanti kita story mory lagi k!

Daa....


Salam sayang,
Mai

Shaklee Independent Distributor
ID 868610
016-5519641

Saturday, October 25, 2014

Tips Rawat Selsema Bayi

Assalamualaikum semua...

Salam Maal Hijrah..semoga permulaan tahun baru Hijrah ni membawa permulaan yang baik dan perubahan yang positif dalam diri kita..insyaAllah

Semoga anda semua berada dalam keadaan kesihatan paling terbaik dan sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah..

Yang dah jadi ibu tu mesti susah hati kalau anak tak sihat kan..demam,selsema dan batuk tu yang merisaukan ibu-ibu..sebab jika dibiarkan berlarutan dan tidak diberi rawatan segera yang sewajarnya, boleh menyebabkan penyakit lain yang lebih teruk..

Untuk anak-anak yang masih kecil berusia 2 tahun ke bawah, kita tidak digalakkan untuk memberi ubat selsema tau..jangan ibu-ibu sesekali bagi ubat selsema pada anak-anak yang usianya bawah 2 tahun, terutama sekali bayi..

Aritu masa Mai bawa Muna pergi klinik untuk cucuk setahun, Muna adalah selsema sikit, macam tersumbat sikit hidung dia..doktor cuma beri ubat titik untuk bantu keringkan hingus je..sebab doktor kata ubat makan boleh beri kesan kepada otak baby kalau diberi pada baby bawah umur 2 tahun...huhuhu ngeri sey...alat sedut hingus tu pun doktor tak bagi guna, sebab katanya risau boleh lukakan hidung baby...ok, maknanya penyedut hingus yang Babah baru beli tu kena simpan dalam lemari ye..hehe

Ok..kat sini Mai nak kongsi tips sikit camne nak atasi dan rawat selsema yang Mai dah cuba..ibu-ibu boleh la cuba ye..memang lambat sikit tapi insyaAllah membantu untuk keringkan hingus dan legakan hidung tersumbat..

1. Ambil kunyit hidup dan gosok2 sikit pada anak lesung batu..ambil minyak sikit (sebaiknya minyak zaitun, kalo takde minyak masak pun boleh)..campurkan kunyit yang dah hancur pada anak batu tadi dengan minyak.. sapukan pada hidung baby sambil berselawat ke atas Nabi..

2. Ibu-ibu juga boleh cuba letakkan bawang dalan stokin baby..kalau risau panas, pakaikan stokin kemudian lapiskan sepasang lagi stokin yang diletakkan bawang.. (tips yang ni Mai belum cuba lagi, dikongsi oleh seorang rakan)

3. Sapukan Vicks di tapak kaki baby..yang ni Mai memang selalu buat..insyaAllah membantu..

4. Teknik percussion.. boleh cuba tepuk belakang baby secara cupping.. ni untuk bantu kahak turun serta elakkan kahak berkumpul di paru-paru dan seterusnya keluar melalui najis..

5. Mai juga amalkan Vitamin C untuk kuatkan imun baby..masa baby Muna selsema ni, memang kerap la Mai telan Vitamin C Shaklee tu..sehari 5-6 biji..ye la,apa yang ibu makan insyaAllah dapat juga pada baby melalui susu ibu..

Ok itu saja tips yang Mai tahu..kalau ibu-ibu ada tips lain yang Mai tak tahu, boleh la kongsi sama-sama ye..

Semoga Allah sentiasa beri kesihatan yang baik untuk anak-anak kita, insyaAllah..

Ok...semoga jumpa lagi!

Monday, October 20, 2014

Pengedar Shaklee Siputeh dan Batu Gajah Terhebat

Assalamualaikum semua..
.
semoga semuanya berada dalam tahap kesihatan paling mantap..
insyaAllah bi iznillah!
.
Haaa sekiranya anda orang Perak dan berada di kawasan berdekatan Siputeh, Batu Gajah, Bemban dan yang sewaktu dengannya, boleh la contact Mai untuk dapatkan produk Shaklee yang best dan superb ni.. 
.
Mai adalah pengedar bebas Shaklee untuk kawasan Siputeh, Batu Gajah dan yang berdekatan.
.
Boleh hubungi Mai melalui talian 016-5519641, menggunakan medium sms atau aplikasi Whatsapp..atau boleh datang terus ke teratak comel Mai di Taman Siputeh Permai, Siputeh, Perak..
.
Haa kalau nak datang sembang2 tentang produk Shaklee pun boleh..nak daftar jadi ahli Shaklee pun boleh..tapi hubungi Mai dulu ye untuk pastikan Mai ada di rumah dan produk Shaklee yang anda nak tu ada dalam stok simpanan Mai..Mai taknak la nanti anda kecewa, dah sampai tapi stok habis..kalau tetiba jadi camtu, kita sembang2 minum teh cicah biskut cream crackers la nampaknya..hehe ^_^
.
Ok..semoga bertemu lagi!

Mai
Shaklee Independent Distributor
ID 868610
016-5519641

Friday, October 17, 2014

30 Days and Counting...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah hari ni genap Muna Khadeejah 30 hari...
Tadi gi timbang dan cucuk Hep B 2nd dose di klinik...alhamdulillah sihat anak mama dengan berat 3.67kg...lahir aritu Muna Khadeejah 3.01kg...

Sebelum keluar rumah tadi, ofkos la kena breakfast dulu kan...breakfast ni sangat2 penting untuk kita ye..sebab perut dah kosong lama semasa kita tidur..jadi nak mulakan hari kita yang hectic ni, kena mulakan dengan breakfast k..

Pagi ni Mai breakfast bihun goreng, 3 biji kurma dan minum Tamar Cocoa..mmmm yummylicious la..alhamdulillah dah 30 hari berpantang secara sihat di bawah jagaan mak Mai yang tersayang...tengkiu mak! ♥♥

Lepas tu ofkos juga 3 vitamin terpenting untuk ibu berpantang iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C Plus..memang bertenaga sepanjang hari..alhamdulillah!

Semoga terus ceria ye!
Jumpa lagi..!

**Catatan 14 Oktober 2014

Saturday, October 11, 2014

Susah Hati Bila Anak Tak Sihat...

Assalamualaikum semua..

Harapnya semua baik2 dan sihat belaka dalam rahmat dan lindungan Allah SWT..InsyaAllah...

Tengok tajuk mesti semua tahu yang anak Mai tak sihat kan...huhu susah hati sangat bila anak tak sihat..Muaz dan Maisarah selsema dan batuk..Muna pun terjangkit juga..mana taknya, dalam sehari berpuluh kali kena cium dengan abang dan kakak..bangun tidur pun mesti cari baby dulu, nak cium...hehe anak....anak... ^_^

Penawar dan penghibur hati mama dan babah...


Doakan anak-anak Mai cepat sembuh ye...

~ Mai ~



Alhamdulillah atas kurniaan Allah

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah Mai dah selamat melahirkan seorang baby girl pada 14 September yang lepas..alhamdulillah hari ni dah 23 hari usianya..

Nama yang Allah ilhamkan pada kami ialah Muna Khadeejah..

Doakan Muna Khadeejah membesar dengan sihat dan kuat, menjadi seorang muslimah yang solehah dan musleh..insyaAllah..

Salam AidilAdha buat semua!

** Sebenarnya post ni Mai tulis pada Isnin, 6 Oktober 2014 bersamaan 11 Zulhijjah...agaknya Mai edit kat draf guna handphone tu dia update guna tarikh draf lama tu..huhu tak terpikir langsung...

Haih...! -_-"

~ Mak tang ~
Mai

Monday, June 9, 2014

Orang Gastrik Boleh Makan Vitamin C Shaklee??

Kebaikan dan keistimewaan menggunakan Vitamin C Shaklee

  1. time released..semulajadi tanpa bahan pengawet..sesuai utk org yg gastrik.
  2. Bio flavonoid dlm vitamin C membantu vit c jd lg aktif..klau vit e kena ade selenium...vit c perlukan Bio flavonoid...
  3. klu demam atau selsema x perlu mkn ubat doktor. Patahkan 2 bj VITC dan telan...
  4. Maksud Sustained release tu,vit c tu akan di 'release' utk bdn scr berperingkat..let say vit tu 500mg,so,stiap 1 jam,100mg vit c akan direlease utk kegunaan bdn...
  5. Knp susah2 je shaklee cipta time release?

    Sbb vitamin c dapat diserap dgn baik oleh badan pada dos yang rendah. Semakin tinggi dos semakin sedikit yang dapat diserap.

  6. Vitamin C ini dihasilkan bersama-sama bioflavonoids complex! Bioflavonoid ini adalah antioksidan yang sangat superb yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Jadi, tak ade dalam vitamin C sintetik. Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik untuk meningkatkan kesihatan badan dari pelbagai sudut. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik, untuk kesihatan jantung, dan juga untuk alzheimer.
  7. Pelepasan dalam masa 5 jam tp maintain vit c dalam darah for 12 jam. Walaupun ia larut air tp bkn masuk terus keluar, dia akan bekerja dulu dgn sel badan sebelum dia keluar. Satu fakta ttg vit C ialah badan kita xboleh simpan vit C tapi ia digunapakai dlu sblm dibuang, in this case bersamaan kita makan orn selama 5 jam, tp bkn masa tu je kita ada bekalan vit C sbb td dia kuar perlahan2
Info kredit: group LadyBoss

Rumaizah Zalkornain
ID 868610

Tuesday, June 3, 2014

Kisah Doa Termakbul

KISAH DOA TERMAKBUL.

KISAH SEORANG ABANG DAN ADIK.

KEDUA-DUANYA ANAK YATIM MISKIN.

MEREKA MENGINAP DI RUMAH PUSAKA PENINGGALAN. KEDUA IBU BAPA MEREKA ADALAH HAMBA ALLAH YANG SOLEH.

SI ABANG, SABAN HARI BERDOA AGAR ALLAH MENGUBAH NASIB HIDUPNYA.

DIA MEMINTA DIPERTEMUKAN DENGAN ISTERI YANG CANTIK LAGI KAYA.

DAN MEMINTA KEPADA ALLAH AGAR DIRINYA KAYA RAYA HIDUP MEWAH.

SI ADIK PULA,

BUTA HURUF. TIDAK SEPERTI ABANGNYA,

DIA MEMBACA DOA PUN DENGAN MELIHAT KERTAS TERINSUT-INSUT MEMBACA.

SEBELUM BAPANYA MATI, DIA PERNAH MEMINTA BAPANYA MENULIS SESUATU DI ATAS KERTAS,

DAN KERTAS ITU SERING DIPEGANGNYA SETIAP KALI BERDOA.

DIPENDEKKAN CERITA, AKHIRNYA,

ALLAH MEMPERTEMUKAN SEORANG PEREMPUAN YANG CANTIK LAGI KAYA DENGAN ABANGNYA,

LANTAS BERKAHWIN.

SI ABANG SEPERTI MENDAPAT DURIAN RUNTUH DAN KEHIDUPANNYA TERUS BERUBAH.

DIA KELUAR DARI RUMAH PUSAKA,

DAN MENINGGALKAN ADIKNYA.

SI ABANG AKHIRNYA KAYA RAYA, MALAH TERUS KAYA APABILA DIA MEMASUKI MEDAN BISNES.

DIA SUDAH MULA ALPA DENGAN ALLAH,

MELEWAT-LEWATKAN SOLAH, JARANG MEMBACA AL-QURAN, TAPI TIDAK PERNAH LALAI UNTUK MEMINTA KEKAYAAN DARIPADA ALLAH.

KALAU MASUK DALAM BAB PERNIAGAAN, KEKAYAAN DUNIA, MAKA BERBONDONG-BONDONG DOANYA KEPADA ALLAH.

DAN AJAIBNYA, ALLAH BERI APA YANG DIA MINTA.

SI ABANG RASA DIA ISTIMEWA.

SI ADIK PULA, HIDUPNYA TIDAK BERUBAH.

DIA MASIH SEORANG SEDERHANA,

DENGAN KELEMAHANNYA SEBAGAI SEORANG BUTA HURUF,

DIA HANYA MENDAPAT KERJAYA SEDERHANA,

TERUS MENJAGA RUMAH PUSAKA.

SI ADIK, JUGA RAJIN BERDOA.

SI ABANG TAHU, SI ADIK RAJIN BERDOA.

TAPI SI ABANG MELIHAT, HIDUP ADIKNYA TIDAK BERUBAH-UBAH.

LANTAS SATU HARI, KETIKA SI ABANG MENZIARAHI ADIKNYA,

SI ABANG BERKATA DENGAN RIAK:

“KAU KENA BERDOA KUAT LAGI.
TENGOK AKU, BERDOA JE ALLAH MAKBULKAN.
KAU NI TAK CUKUP HAMPIR DENGAN ALLAH NI.
BERDOA PUN MASIH TENGOK-TENGOK KERTAS. TAK CUKUP HEBAT.”

SI ADIK TERSENYUM SAHAJA.

SUKA ABANGNYA MENEGUR KERANA PADANYA,

TEGURAN ABANG AMAT BERMAKNA.

SI ADIK TERUS HIDUP SEDERHANA,

DI DALAM RUMAH PUSAKA, DENGAN DOA MELIHAT KERTAS SABAN HARI,

DAN KEHIDUPANNYA TETAP TIDAK BERUBAH.

TIDAK MENJADI KAYA SEPERTI ABANG.

DITAKDIRKAN,

SI ADIK MENINGGAL DUNIA. KETIKA SI ABANG MENGEMAS-KEMAS RUMAH PUSAKA,

DIA BERJUMPA SATU KERTAS. KERTAS ITU ADALAH KERTAS YANG ADIKNYA SERING PEGANG KETIKA BERDOA.

SI ABANG MENANGIS TERESAK-ESAK APABILA MEMBACA KERTAS KECIL ITU.

KERTAS ITU TERTULIS:

“YA ALLAH, MAKBULKAN LAH SEGALA DOA ABANG AKU”

MASYAALLAH… KEBESARAN ILLAHI.

SI ABANG MULA MEMBANDINGKAN DIRINYA DENGAN ADIKNYA.

ADIKNYA KEKAL TAAT KEPADA ALLAH DAN TIDAK MERINGAN-RINGANKAN URUSANNYA DENGAN ALLAH SWT.

ADIKNYA, SEDIKIT PUN TIDAK MEMINTA DUNIA KEPADA ALLAH,

MALAH TIDAK MEMINTA APA-APA UNTUK DIRINYA.

TETAPI ADIKNYA MEMINTA AGAR SEGALA DOA SI ABANG DIMAKBULKAN.

SI ABANG, TIDAK PERNAH SEDIKIT PUN MENDOAKAN SI ADIK.

SI ABANG MULA TERSEDAR,

RUPANYA,

BUKAN DOA DIA YANG MAKBUL. TETAPI DOA ADIKNYA TELAH DITERIMA DAN DI MAKBUL OLEH ALLAH SWT.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
CERITA INI MERUNTUN HATI SAYA,

DAN BUAT SAYA SENTIASA BERFIKIR PANJANG.

KADANG-KADANG KITA, BILA ALLAH REALISASIKAN HAJAT KITA,

KITA SUKA MENGIMBAU USAHA-USAHA KITA.

"AKU BUAT BEGINILAH YANG JADI BEGINI."

"DOA AKU MAKBUL!"

"AKU NI MEMANG ALLAH SAYANG. TENGOK, SEMUA BENDA ALLAH BAGI. AKU MINTA APA2 PUN."

TANPA SEDAR KITA BONGKAK. TAKABBUR.

SEDANGKAN,

KITA TAK TAHU, MUNGKIN YANG MAKBUL ITU ADALAH DOA IBU BAPA KITA, DOA ISTERI ATAU SUAMI KITA,

DOA ADIK BERADIK KITA,

DOA SAHABAT-SAHABAT KITA.

BUKANNYA DOA KITA.

CERITA ITU SANGAT MENYENTUH HATI SAYA.

MEMBUATKAN SETIAP KALI SAYA BERDOA,

SAYA TIDAK LUPA MENDOAKAN IBU BAPA SAYA, ISTERI ATAU SUAMI SAYA,

GURU-GURU SAYA, KELUARGA SAYA,

ADIK BERADIK SAYA, SAHABAT-SAHABAT KARIB SAYA,

YANG TERAMAT AKRAB.

SAYA SEBUTKAN NAMANYA AGAR LEBIH MERASAI BAHAWA SAYA MEMERLUKAN MEREKA MENDOAKAN SAYA JUGA.

KITA INI BANYAK DOSA. TERHIJAB.

MUNGKIN DOA ORANG LAIN YANG LEBIH BERSIH HATINYA,

LEBIH SUCI JIWANYA YANG MAKBUL,

MENYEBABKAN RAHMAT ALLAH TUMPAH PADA DIRI KITA.

SEBAB ITU JANGANLAH BERLAGAK.

JANGAN TINGGI DIRI.

JANGAN RASA DOA KITALAH YANG MAKBUL.

PULANGKAN SEMUANYA KEPADA ALLAH.

Hadis Terunggul Rasulullah

- HADIS TERUNGGUL -

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Maka tugas anta sekelian yang seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi SAW ini dengan orang lain, moga ianya memberikan manfaat kepada semua. Insyallah...

Syukran Jazilan.
Wassalammualaik.

Saturday, May 17, 2014

Meal Shakes Bekal Nutrisi Lengkap Buat Si Manja

Hai semua...sihat ke hari ni?
Alhamdulillah...masih lagi sihat dan bernafas di bumi Allah..

Hari ni Mai nak cerita sikit tentang Meal Shakes..

Mai memang suka dengan produk Shaklee yang satu ni...memang tak pernah putus kat rumah tu, supplement wajib untuk anak-anak Mai..

Kenapa Meal Shakes Bagus Untuk Si Manja?

Meal Shakes ni lengkap dengan kesemua vitamin yang diperlukan oleh tubuh..ye la, kadang-kadang anak-anak ni memilih makan, makan ikut suka dan tak nak makan sayur...hmm susah hati sebab bila anak tak nak makan sayur, kita tau dia takkan dapat vitamin-vitamin dan mineral penting yang terdapat dalam sayur-sayuran..

Tapi, dengan Meal Shakes, insyaAllah ia mampu bekalkan kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan..so kalau anak tak berapa nak makan, kita tau at least badan dia dah dapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan tu..alhamdulillah memang melegakan..

Selain tu, Meal Shakes juga mengandungi lysine yang boleh menambah selera makan anak-anak...alhamdulillah lepas Mai amalkan Meal Shakes untuk anak-anak Mai memang selera makan mereka, terutama sekali Muaz..Muaz memang cerewet makan..tapi sekarang, alhamdulillah bukan je bertambah selera makan, malah kadang-kadang kalau Mai lambat, siap minta nak makan..seronok!

Maisarah pulak, memang berselera bila makan..alhamdulillah...dan selepas amalkan Meal Shakes juga, anak-anak Mai dah tak sembelit lagi..tak de la susah hati bila masa nak membuang air besar tu..alhamdulillah..

Disebabkan Meal Shakes lengkap dengan kesemua vitamin dan mineral, ia juga membuatkan anak-anak cergas dan sihat..sekaligus meningkatkan imun tubuh mereka..alhamdulillah..

Meal Shakes Penyelesaian Terbaik Untuk Ibu

Kenapa Mai kata Meal Shakes ni penyelesaian terbaik?

Sebab....Meal Shakes ni membantu:

1. Membekalkan semua vitamin dan mineral untuk si manja
2. Menambah selera makan anak
3. Meningkatkan imun tubuh anak
4. Menyelesaikan masalah sembelit

Hanya satu sudu kecil sekali sehari, membantu ibu-ibu dalam pelbagai sudut..insyaAllah..

Jom ibu-ibu, dapatkan Meal Shakes untuk si manja anda hari ini juga!

Hubungi Mai cepat-cepat ye..!

Rumaizah Zalkornain
iReach SID 868610
016-5519641
nur.rumaizah@gmail.com

Monday, May 5, 2014

OSTEMATRIX Yang Hebat Untuk Anda Yang Hebat!!

Penting ke Kalsium??

Kalau ditanya soalan tu, Mai akan jawab....pentiiiiiiiiing sangat kalsium ni..sebab tubuh badan kita disokong oleh tulang temulang yang mana majoriti komposisi tulang kita adalah daripada kalsium..

Pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan sihat sangat memerlukan kalsium..sekiranya kita tidak mengambil apa-apa makanan, minuman atau suplemen sebagai sumber kalsium, maka kita akan menghadapi pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan gigi dan tulang.

Antara masalah kesihatan yang berkait rapat akibat dari kekurangan kalsium dalam tubuh ialah:

1. Osteoporosis atau gejala reput tulang
2. Kerosakan gigi
3. Kebas-kebas
4. Sakit di bahagian pinggang dan belakang
5. Bisa-bisa di bahagian kaki
6. Sakit tumit

dan sebagainya..

Jadi, pastikan anda mengambil cukup kalsiumuntuk keperluan harian tubuh anda ye..

Seorang dewasa memerlukan kira-kira 1000mg kalsium setiap hari..

Ibu menyusu dan hamil memerlukan sekitar 1300mg kalsium setiap hari..

Kanak-kanak membesar dan remaja juga memerlukan sekitar 800-1000mg kalsium setiap hari untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan sihat..





Kenapa MESTI Ostematrix??

Pengambilan 4 biji Ostematrix setiap hari membekalkan 1000mg untuk keperluan kalsium harian anda..setiap orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium setiap hari.

Magnesium diperlukan untuk meningkatkan penyerapan kalsium ke dalam badan..tanpa magnesium, kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya dengan sempurna oleh badan kita. Maka, jika anda sememangnya mengambil supplement kalsium setiap hari, pastikan terdapat juga kandungan magnesium di dalamnya..jika tidak, ternyata wang anda telah dibazirkan..jadi bertukarlah kepada Shaklee Ostematrix!

Vitamin D dan mineral seperti  boron juga sangat penting bagi proses penyerapan dan pembentukan kalsium di dalam tulang dan gigi..kekurangan setiap daripadanya aksn menjejaskan proses pengikatan dan penyerapan kalsium ke dalam tubuh..

Jadi, tunggu apa lagi? 

Bertukarlah ke Shaklee Ostematrix sebelum anda menghadapi masalah tulang seperti osteoporosis!

Hubungi saya untuk pertanyaan dan konsultasi..


Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor
ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641



Sunday, May 4, 2014

Promosi Meal Shakes Datang Lagi!!

Assalamualaikum...
Hai semua...

Wah...bulan Mei ni bulan paling best buat ibu-ibu terhebat sebab promosi Meal Shakes datang lagi..!! Produk ni antara produk favourite Mai juga..especially untuk dua orang permata hati Mai tu...

Meal Shakes memang supplement wajib anak-anak Mai setiap pagi..alhamdulillah Muaz sejak umur 3 tahun dan Maisarah sejak umur 1 tahun setengah Mai dah berikan Meal Shakes untuk mereka..

Ingat ye ibu-ibu...Meal Shakes ni hanya boleh diberi pada bayi umur setahun ke atas je ye..itupun pada kuantiti satu sudu teh @ separuh scoop susu sahaja, sekali sehari...insyaAllah anak sihat dan cergas..

Permulaan Mai bagi Meal Shakes untuk Muaz sebab Muaz hadapi sembelit yang teruk..kalau tak sumbat ubat bontot tu memang dia takkan poopoo sebab fobia tahi keras..dan dia sangat susah nak makan...

Alhamdulillah lepas introduce Meal Shakes, masalah sembelit dia beransur hilang dan selera makan pun bertambah..seronok tengok dia makan, walaupun kadang-kadang dia memang cerewet..!

Maisarah pulak, mungkin sebab menyusu secara eksklusif dengan Mai, dan juga mula diberi Meal Shakes lebih awal (1 tahun setengah), alhamdulillah memang jarang demam dan selera makan dia memang takde masalah...

Ibu-ibu nak cuba Meal Shakes untuk anak-anak?

Jom grab Promosi #Beli6FREE1 #MealShakes!

Boleh hubungi Mai k..

Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor
ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

Monday, April 28, 2014

Ada Apa di Padang Besar??

Hai semua... ^_^

Hari ni saja nak kongsi aktiviti Mai Ahad lepas..

Ahad lepas Mai dan keluarga ikut mak mertua ke jenguk adik ipar yang tengah seronok berPLKN di Kem Guar Chenderai, Padang Besar, Perlis..

Dah alang-alang ke Padang Besar, kami pun shopping la sikit-sikit kat bazaar Padang Besar tu..beli beras pulut, bawang dan macam2 lagi lah..

Lepas dah shopping2, kami pun bertolak ke kem PLKN tu..sesat jugak lah sebab semua belum pernah sampai..hehe dalam perjalanan ke kem PLKN tu, Mai nampak ada pusat penternakan burung unta milik Jabatan Penternakan Haiwan Negeri Perlis..

So kami decide nak singgah lepas jenguk adik ipar Mai tu..best jugak la tempat tu sebab boleh tengok dari dekat burung unta tu..

Muaz dan Irfan seronok, Maisarah biasalah penakut..jerit2 bila burung unta tu datang dekat..hehehe

Jom la..kita layan gambar ni..sikit je Mai dapat amik gambar diorang kt tempat burung unta tu..

Maisarah penakut..hihi

Muaz dan sepupunya, Irfan..

Posing..

Excited nampak burung unta kat belakang tu..

Happy...

Teruja bila burung unta tu datang dekat..

Smile...belakang tu ayah mertua Mai..

Muaz dan Irfan..

Muaz dan Irfan lagi...Maisarah nak amik gambar pun penakut..kuikui

Burung unta yang friendly..mengepak2 bila kami dekat..

Irfan, Maisarah, Tokwan dan Muaz


Ok..jumpa lagi nanti!


Rumaizah Zalkornain
Sms/whatsapp: 016-5519641
SID 868610

Pergh.....berhabuknya....!!

Hai semua....!!

Lamanya rasa tak menulis...gian jugak jari ni nak menaip entry kat Seindah Senyuman ni...
Apa khabar semua?
Semoga terus tersenyum menghadapi liku-liku dan cabaran kehidupan..

Mai sibuk sangat dengan aktiviti sekolah dua tiga bulan ni sampai idea beku tak tahu nak create entry apa...hehe dengan keadaan diri yang agak kurang sihat dua tiga bulan ni..

Alhamdulillah mai pregnant anak ketiga..now dah nak masuk 20 minggu..alhamdulillah syukur pada Allah...

Mengandung kali ketiga ni memang rasa sedikit perbezaan berbanding dua yang lepas...alhamdulillah Allah izinkan kesihatan yang baik sekarang walaupun memang alah yang agak teruk di awal mengandung aritu...nanti mai sharing2 ye panduan untuk ibu2 mengandung yang teruja nak guna supplement hebat dan semulajadi dari Shaklee..

Sekarang mai konsisten dengan supplementation dari Shaklee je...yang essential untuk ibu mengandung - Vitalea, B Complex, Vita-C, Ostematrix dan ESP..

Alhamdulillah lepas tempoh alah, mai rasa cergas, bacaan hb pun cantik tak macam dua yang lepas - hb low...ramai kawan2 tegur mai cergas..ye lah dengan ke hulu ke hilir menguruskan aktiviti kokurikulum pelajar...bulan 4 ni je ada 2 pertandingan pelajar yang perlu mai urus..

Pertandingan Puisi dan Lagu - 9 April lepas

Next - minggu ni 30 April...Pertandingan Kawad Kaki Formasi Unit Beruniform..perlu urus 34 pelajar Kadet Polis ke pertandingan tu...semoga Allah bagi kemenangan buat anak didik mai...mohon doakan ye.. ^_^

Ok semua..jumpa lagi di next entry ya!!


Lovely Mai

Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor
iReach
868610
Hubungi saya: 016-5519641
Email saya: nur.rumaizah@gmail.com


Thursday, February 27, 2014

Kebaikan Lecithin Shaklee..Bukan Hanya Untuk Kurus!

"Eh.....kau kan dah kurus, nape nak amik lecithin pulak?"

Lecithin ni memang sinonim dengan orang yang nak kurus..dalam Set Slimming Shaklee memang wajib ada Lecithin Shaklee...

Tapi sebenarnya, banyak lagi kebaikan Lecithin Shaklee ni selain dari untuk kuruskan badan...

Ikuti 13 kelebihan Lecithin yang saya petik dari artikel Kak Cery:

Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan .. contoh buat kek…yg basic tu mcm tepung gula telur..kalo dak..tak jadi kek tu..haa gitulah.Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, soybeans …dan tahukah anda ~ Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin…dan yang menariknya..Lecitin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean… i likeee…Dan tgh2 mlm ni saya nak share 13 kelebihan tentang Lecitin yang anda perlu tahu.,.

1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak2 yg lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini

2. Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,

4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.… Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin

5. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida

6. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) .

7. Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…

8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema

10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

13. Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

*Sebiji lecithin Shaklee mengandungi 530mg of Lecithin..jadi kiralah sendiri yer brapa biji anda perlu mkn sehari..

Sumber
http://vitaminsemulajadi.com/13-kebaikan-lechitin-bukan-sekadar-kuruskan-badan/
http://www.mamafaiz.com

Haaaaa...tengok...Lecithin Shaklee ni bukan bermanfaat untuk orang yang nak kurus je, tapi juga kepada semua...bagus untuk otak, daya ingatan, hormon, kesihatan jantung dan juga kecantikan....


Teruja nak dapatkan sebotol Lecithin hari ini?
Jom hubungi saya sekarang!!


Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor
ID 868610
016-5519641
nur.rumaizah@gmail.com