Friday, November 22, 2013

Makan Vitamin C Selepas Makan Udang Boleh Membawa Maut

Hai semua...

Mai pasti ramai yang biasa atau pernah dengan tentang bahaya makan Vitamin C selepas makan udang kerana gabungan keduanya boleh mengakibatkan keracunan arsenik. Ada kawan Mai di tempat kerja juga ada bercerita tentang perkara ini. Tapi Mai rasa macam pelik je, BETUL KE? Jadi Mai pun cari maklumat di internet dan semuanya menyangkal kenyataan tersebut.

Kita digemparkan dengan gambar seorang wanita yang berlumuran darah di muka, dengan darah keluar dari hidung, mata dan telinganya. Dikatakan wanita itu mati akibat keracunan arsenik iaitu selepas makan udang dan vitamin C. Sebenarnya wanita tu telah mati akibat ditembak, bukan akibat makan udang dan vitamin C tu.... Huh....buat suspen je...

Jika anda menerima email berangkai tu, tolong jangan sebarkan ye..kerana ia sesuatu yang tidak benar.

Tiada Bukti Khusus


Tiada bukti pun yang menunjukkan Vitamin C boleh mengubah kandungan di dalam udang menjadi bertoksin malah bertukar menjadi racun arsenik. Malah, tiada laporan langsung yang melaporkan kematian akibat dari keracunan arsenik selepas makan udang dan Vitamin C

Ya, tidak dinafikan terdapatnya kandungan arsenik yang wujud secara semulajadi dalam tanah dan mineral di sekitar kita. Ia boleh masuk ke badan manusia melalui makanan, dan makanan laut adalah antara penyumbang utama arsenik. Namun ia wujud secara semulajadi, di mana ia tidak mendatangkan sebarang keburukan kepada manusia yang memakannya.

Kebanyakan arsenik yang wujud dalam makanan adalah selamat dan tidak memudaratkan berbanding arsenik yang dihasilkan oleh manusia melalui tindak balas kimia. Back-to-Basic - yang Allah buat tu lebih selamat sebab ia diadun dalam kuantiti yang betul dan sesuai untuk manusia.. SubhanAllah hebat kan Allah?

TAPI diingatkan, arsenik memang MERBAHAYA kepada manusia. Pendedahan yang sedikit boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, jika banyak ia boleh membawa maut. Namun begitu, Vitamin C TIDAK AKAN SAMA SEKALI menyebabkan pertukaran kandungan unsur tak organik kepada racun arsenik.

Rujukan KLIK SINI dan SINI

Takut Makan Udang dan Vitamin C


Haaaaa lepas ni jangan la risau nak makan Vitamin C selepas makan udang.. Vitamin C ni wujud dalam makanan kita - dalam sayur hijau dan buah-buahan sangat banyak Vitamin C..kalau merbahaya, mesti kalau kita makan sayur campur dan udang dan banyak akibat buruk kan? Jangan risau k..

Kalau nak sumber Vitamin C terbaik, boleh cuba Shaklee Susteined-Released Vita-C Plus yang hebat dan tersohor tu, boleh hubungi Mai k..memang TERBAIK, insyaAllah...




Ni pulak jika kita kekurangan Vitamin C dalam badan..jika anda mengalami tanda-tanda berikut, boleh la dapatkan Vita-C Plus Shaklee..memang terbaik, insyaAllah.



Oh ya...lupa nak bagitau..
Kalau nak dapatkan kulit yang cantik dan menawan, makanlah vitamin C dengan konsisten..
InsyaAllah anda takkan menyesal..

Meh meh Mai belanja satu video best..




Jangan segan-segan hubungi Mai k...Mai sedia membantu.. ^_^



Ikhlas,
Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor
016-5519641





No comments: