Sunday, April 13, 2008

Dariku untukmu....

Salam semua....salam sayang penuh ukhuwwah...

Sahabatku...

pertama-tamanya ingin ku ucapkan sekalung tahniah buat semua sahabat yang telah berkonvokesyen pada musim konvokesyen yang lalu...seronok dan bangga rasanya melihat kejayaan sahabat-sahabat semua...semoga gelaran graduan yang disandang di bahu sahabat Images semua dapat memimpin diri sahabat-sahabat semua ke jalan yang lebih cemerlang, gemilang, terbilang dan yang paling penting di jalan yang diredhaiNya...semoga sahabat semua mampu menjadi arus perubahan dalam menongkah onak dan cabaran di dunia yang sementara ini...semoga segulung ijazah yang dibanggakan tidak hanya segulung kertas kosong yang tiada isinya...semoga ianya turut disulami dan dibajai dengan ilmu duniawi dan ukhrawi yang tidak ternilai harganya di dunia ini...


Sahabatku yang dikasihi....

sedih rasanya hati melihat masyarakat kini yang terus hanyut dan dilalaikan dengan pelbagai bentuk dan macam jenis budaya dan hiburan yang sememangnya merosakkan minda dan akhlak...mahasiswa, generasi muda, kanak-kanak dan remaja sekolah khususnya lebih gemar mengagungkan budaya barat yang kononnya lebih bertamadun dan 'up-to-date'....dengan pakaian yang tidak mencirikan adat dan budaya timur; khususnya budaya Islam...dengan artis-artis yang diagung-agung dan dipuja-puja...dengan pelbagai budaya kuning yang sememangnya bertentangan dengan norma-norma dan adat-adat Islam...astaghfirullah lihat saja di kanan dan kiri sahabat-sahabat semua....semuanya seolah-olah menjadi perkara biasa dan tidak dipedulikan oleh kita semua...'alah,biasa la tu....' perkataan yang biasa kita dengar bila terpandang akan perkara-perkara maksiat yang berlaku di depan mata...

Apakah semuanya adalah perkara biasa di dalam diri kita?jika ya, fikir dan renung-renungkanlah kembali,sahabat-sahabatku...apa tujuan kita dihantar oleh Allah SWT ke dunia ini melalui perantaraan ibu yang melahirkan kita? tugas kita yang paling utama dan paling penting adalah SEBAGAI KHALIFAH DAN HAMBA ALLAH YANG MENGABDIKAN DIRI HANYA KEPADA-NYA...

Firman Allah SWT dalam surah al-Asr, ayat 1-5...yang bermaksud:

Jendela"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu sememangnya dalam kerugian. Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh (baik), dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Apakah kita tergolong dalam kalangan manusia yang rugi? rugi kerana kita tidak memanfaatkan usia di dunia ini dengan perkara-perkara yang diredhainya...rugi kerana kita tidak menggunakan kesempatan yang diberi Allah dalam usia yang singkat ini dengan perkara-perkara amar makruf dan nahi mungkar....rugi kerana kita tidak menjadi insan yang soleh wa musleh yang mampu berubah dan mengubah masyarakat di hadapan mata kita...


Sahabat-sahabatku sayang...,

kita adalah pewaris yang bakal menerajui negara kita Malaysia...kita adalah bakal pemimpin yang bakal menjadi tunjang dan tunggak pemerintahan negara....kita juga bakal menjadi ibu bapa kepada pewaris generasi berikutnya...apakah contoh teladan yang mampu kita zahirkan kepada bakal anak-anak kita nanti? apakah kita mahu anak-anak itu melihat kisah zaman remaja kita yang gemar berpeleseran, dan melakukan pelbagai aktiviti kemaksiatan di bumi Allah yang hanya dipinjamkan sementara ini?

Sedarlah sahabat sekalian...kita kini berada di akhir zaman...zaman di mana umat Islam diibaratkan seperti buih-buih di lautan....ramai sekali dan bertebaran di muka bumi, tapi tidak bersatu dan tiada jati diri Islam yang kental...tidak mempunyai semangat seperti semangat Bilal bin Rabah yang teguh mempertahankan Islam biar diseksa di panas mentari...yang banyak tetapi tidak berisi....terbang apabila dihembus angin, pecah apabila badai memukul pantai...


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah...

maafkan diriku yang kerdil ini seandainya terlalu beremosi dan mengguris perasaan dan hati semua...sekadar mahu berkongsi rasa hati dan berharap sahabat-sahabat semua dapat memahami apa yang cuba kusampaikan...bukan bersikap 'pepoyo', jauh sekali merasa bangga...tetapi diri yang banyak kekurangan dan kelemahan ini sentiasa mahu menerima teguran dan kritikan daripada sahabat semua...semoga Allah mangampuni dosa-dosaku yang tidak kusedari ketika menulis catatan ini...maaf andainya tersilap bahasa, tersalah kata, menyinggung rasa sahabat semua...

Semua yang baik itu datang dari Allah SWT, dan yang buruk datang dari kesilapan dan kelemahan hambaNya ini...tetapi hakikatnya dari Allah jua untuk menunjukkan kelemahan hambaNya...

Farm DariNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali.....

p/s:maaf jika penat membaca.... salam sayang....


Ni post from my friendsters' blog..hehe quite long time ago, but since the content might relevent, so i cut n paste it here...semoga bermanfaat..insyaAllah..

Kenangan akhawat MISI '07

Hmmm...mengimbau kenangan di MISI '07...
tengok balik gambar2 lama, teringat kenangan bersama akhawat semua...
apa khabar agaknya diri antum...harap-harap semuanya sihat...
rindu sangat2 pada semua...especially pada Kak Nofi...

diharap video yang tak seberapa ni dapat mengingatkan kita akan memori indah bersama...


Thursday, April 10, 2008

"Yang penting, jangan amik kuasa Allah!"

hmm~~

itulah kata-kata seorang akhawat yang sangat-sangat saya sayang....jazakillahu khairan kathira...semoga Allah membalasmu dengan balasan syurga Firdaus, insyaAllah...

nak tau tak nape dia cakap kat kita camtu?
hmm~~ sebab kita fikir sesuatu yang tak sepatutnya kita fikir...
actually bukan nak fikir, tapi tibe2 plak terpikir....
sebelum ni takde pun terfikir...manusia~~

but that's not the point..

kalau nak diikutkan la...manusia ni memang selalu camtu kan?
bukan kepada Allah je, tapi sesama manusia pun macam tu jugak...
cuba kita bayangkan sama2...
kadang-kadang tu, kerja kita sendiri dah melambak bertimbun-timbun sampai leh lemas jadinya...tapi kita tak buat...dok la sibuk nak tolong orang lain konon..hmm~~

kadang-kadang kita pun meluat n menyampah ngn orang yg sibuk-sibuk la nak tolong kita, tp kerja sendiri tak buat...memang la bagus tolong menolong n bantu membantu, tp biar pada tempatnya...betul tak? ni cuma kiasan je la, takde kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau yang telah tiada...hmm tp, tak salah pun kalau nak bantu kawan2 yang dalam kesusahan, insyaAllah...hehe

macam tu la jugak Allah...kalau nak difikirkan la kan...betapa sayangnya Allah kat kita ni...dia jadikan kita pastu cuma bagi 2 tugas je (biarpun sebenarnya tugas tu adalah amanah yang besar tanggungjawabnya~~)... cuma jadi HAMBANYA yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran, dan jugak sebagai KHALIFAH di muka bumi...betul tak? dua tugas je yang Allah bagi pada kita....

hmm....dah tu, buat je la apa yang Allah suruh tu...jangan dok sibuk-sibuk nak fikir tentang perkara yang jadi tugas Allah...contohnya...rezeki...bukan kita yang cari, tapi Allah yang beri...kerja siapa tu? ALLAH...jodoh....pun sama juga...Allah yang tentukan..kita tak perlu sibuk-sibuk pecah kepala nak fikir takut tak de sape nak kat kita...huh~ insyaAllah, Allah knows what is the best for us....apa yang tersurat untuk kita, adalah yang terbaik untuk kita...sebagai hamba, usaha untuk jadi hamba yang redha dengan setiap ketentuanNya...insyaAllah hidup kita akan lebih tenang, damai dan ceria... ^_^

dan tips berguna untuk hidup yang lebih bermakna, insyaAllah...
"...Yang penting, jangan amik kuasa Allah...!!"

^_^ insyaAllah...
wallahu'alam...


Wednesday, March 26, 2008

T_T


Tuhanku...
Aku tidak layak untuk syurgamu...
tetapi tidak sanggup untuk ku menanggung seksa nerakamu...
dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai....
dengan rahmatmu ampunkan daku oh Tuhanku....


Ya Allah....
Dari itu kurniakanlah....
keampunan kepadaku....
ampunkanlah dosaku....
sesungguhnya Engkaulah pengampun...
dosa-dosa besar....

Ya Allah...betapa banyaknya dosa-dosa yang hambaMu ini lakukan sehari-hari...ampunkanlah aku Ya Allah...terimalah taubatku Ya Allah...

Tuesday, March 25, 2008

Hari Memperingati Kekasih.....

Artikel ni saya petik dari laman web iluvislam.com..sempena menyambut hari kelahiran junjungan besar dan sepatutnya menjadi kekasih hati setiap umatnya, Rasulullah SAW tercinta...jadikan cinta Allah dan Rasul sebagai sandaran dan yang pasti kekal, bukanlah cinta manusia yang tidak diketahui kesudahannya...

Saidina Bilal r.a dan Cinta Rasul s.a.w.

www.iLuvislam.com
oleh: Ulama' Ummah*



Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah berada di bulan Rabi’ul Awal. Bulan penuh keberkatan yang mencatatkan sejarah kelahiran seorang insan istimewa, pembawa panduan hidup untuk seluruh alam.

Tanggal pada 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah mengikut pendapat yang masyhur, atau 9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi berpandukan kepada pendapat yang rajih, lahirlah Nabi Muhammad bin Abdullah s.a.w ke dunia.


Door of Masjid Al-Nabawi

Kelahiran Rasulullah saw merupakan kelahiran yang ditunggu-tunggu. Bahkan ketibaan nabi akhir zaman ini sangat dinantikan oleh kaum yahudi. Namun dek kerana taasubkan kepada entiti perkauman, nabi utusan terakhir penyempurna kepada agama ini ditolak mentah-mentah oleh mereka bila mana nasabnya bukan daripada keturunan Bani Israil.

Sekarang kita ditinggakan baginda saw lebih daripada 1400 tahun yang lalu, terasa sangat jauh sekali jaraknya, hinggakan segala ajaran Islam kembali menjadi asing dalam bentuk pengamalan yang sebenar. Dagang di bumi sendiri.

Pernah menguasai dua pertiga dunia, kini Islam kembali kepada zaman fitnah. Namanya sahaja sudah dipalitkan dengan pelbagai tomahan hinggalah kepada penghinaan kepada jasad yang nabi saw yang mulia. Semuanya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk menghilangkan nur Islam di bumi ini.

Atas alasan kebebasan bersuara, baginda saw dihina lagi. Ulang cetak karikatur penghinaan kepada rasul saw oleh akhbar Denmark merupakan satu bukti. Bahkan lambakan filem yang menghina agama ditonton tanpa perasaan oleh umat Islam sendiri.

Di manakan kita bila baginda saw dihina?




Saidina Bilal r.a dan cinta Rasul s.a.w.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, saidina Bilal r.a antara sahabat yang tidak mampu lagi bermukim di bumi Madinah. Segala-galanya di kiri dan kanannya mengingatkan kembali kepada nostalgia bersama nabi s.a.w. Lantas beliau membawa diri ke Badariaan – sebuah tempat berdekatan Syam – untuk mengurangkan kesedihan hati.

Satu hari saidina Bilal r.a didatangi oleh baginda s.a.w dalam mimpi. Baginda s.a.w berkata: “Mengapa kamu menyepi wahai Bilal? Tidakkah kamu teringin menziarahiku ketika ini?”.

Tersedar daripada tidur dengan dalam keadaan sedih dan takut, beliau dengan segera menunggang kenderaan menuju ke Madinah dan terus mendatangi kuburan nabi s.a.w. Kesedihan menyelubungi diri, kisah pahit manis perjuangan bersama nabi s.a.w telah meletakkan cintanya kepada rasulullah s.a.w melebihi daripada segala-galanya. Kini semuanya tinggal kenangan dalam memori.

Sesuai melepas rindunya kepada baginda s.a.w di perkuburan tersebut, dia mencari-cari cucu kesayangan nabi s.a.w, Hasan dan Husin r.a. Mereka dipeluk cium tanda cinta yang tidak berbelah bahagi. Pinta mereka kepada saidina Bilal r.a; “kami berharap sangat untuk mendengar kembali azanmu yang telah dikumandangkan kepada Rasulullah s.a.w di masjid.”

Bagi tidak menghampakan harapan tersebut, bumbung masjid tempat yang selalu dia berdiri mengalungkan azan dipijaknya kembali. Azan pertama dalam sejarah Islam dari mulut bekas seorang hamba ini merupakan satu penghargaan nabi s.a.w kepadanya.

Nafas ditarik…..azan dilaungkan dengan penuh syahdu. Bila kalimah ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ dialunkan, bergegarlah seisi Madinah.

‘Asyahadu an la ilaha ila Allah’, jiwa penghuni Madinah makin bergetar. Suara yang pernah didengari pada waktu dan ketika nabi s.a.w masih hidup kembali memenuhi ceruk-ceruk Madinah.

Takkala laungan ‘Ashadu an na Muhammadan Rasulullah’ kedengaran, keluarlah para wanita daripada rumah-rumah mereka seraya berkata ; ‘Adakah Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan?’.

Seisi Madinah diselubungi hiba, azan saidina Bilal r.a mengingatkan kembali kepada nostalgia manis bersama baginda s.a.w. Tidaklah dilihat satu hari pun yang paling banyak manusia menangis di Madinah selepas kewafatan nabi s.a.w selain daripada hari tersebut, dek kerana rindu dan teringatkan nabi s.a.w.

Inilah tanda cinta para sahabat kepada Rasulullah s.a.w, yang sukar untuk kita temui sekarang.

(Adaptasi daripada riwayat ibnu asakir daripada sanad junaid)

Pesan Hassan al-Banna

“Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah s.a.w datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah s.a.w, patut sekali datang mendengarnya daripada kami.”

‘Baginda Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’

Muhasabahlah cinta kita kepada Rasulullah.




Ajarlah anak cintakan Rasul.

Friday, March 21, 2008

Tak malukah kita??


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...hanya dengan nikmat dan rahmat dariNya tangan dan minda ini dapat bergerak dan menerobos setiap ruang dan inci fikiran...Maha Suci Allah...hanya kepadaMu hamba kembali.

Sesungguhnya nikmat yang telah dikurnia Allah kepada kita tak mampu kita hitung banyaknya..setiap zarah oksigen yang meresap ke paru-paru kita setiap detik cukup untuk menggambarkan betapa sayangnya Allah pada kita..betapa kasihnya Allah pada setiap hambaNya...pernah tak kita terfikir, kalaulah Allah hentikan penghasilan oksigen dalam udara, yang ada cuma nitrogen, karbon dioksida dan gas nadir, bermakna putuslah segala nikmat yang Allah berikan....tapi sesungguhnya dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Allah tak pernah buat begitu...walaupun setiap hari manusia berbuat perkara mungkar yang boleh membangkitkan kemurkaan Allah...manusia memang tak pernah puas...

Manusia memang tak pernah puas...lepas satu demi satu nikmat yang dikurnia Allah, manusia tetap tak bersyukur...banyak yang Allah dah bagi pada kita...bulan, bintang, haiwan, tumbuhan, sungai, laut, rezeki yang melimpah ruah...banyaknya...semua untuk kita...sayangnya Allah pada kita kan? tapi kita....??? Cuba kita check dalam Surah Ar-Rahman...dari mula ayat sampai habis semua Allah cerita balik kat kita nikmat-nikmat yang Dia bagi kat kita...MasyaAllah banyaknya.....pastu Allah tanya balik kat kita

فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Maka nikmat TuhanMu yang manakah kamu dustakan?"

Hmmm...tak malu ke kita ni?