Tuesday, October 29, 2013

Shaklee Collagen Powder...Bukan Sekadar Untuk Cantik!

Setengah orang tak tau yang kolagen ni bukan setakat nak dapat kulit cantik vavavoom je, tapi untuk kesihatan keseluruhan..

Sebab badan kita ni penuh dengan kolagen..kat mana-mana bahagian pun ada kolagen..







Jadi, LELAKI ke PEREMPUAN ke, memang boleh makan kolagen tau..sebab bila dah lepas umur 25 tahun, masa tu kolagen semulajadi dalam badan pun mula merosot..


Anda perasan tak, sebenarnya kehilangan kolagen sering membawa kepada pelbagai jenis masalah kulit dan tubuh badan. Shaklee Collagen Powder TERBUKTI mampu menyelesaikan masalah-masalah berikut:

1. Kulit gelap dan tidak berseri
2. Rona kulit yang pucat kuning
3. Parut jerawat jelas kelihatan
4. Liang roma yang besar
5. Kedutan yang mendalam
6. Kedut bawah mata/ beg mata
7. Lingkaran gelap mata
8. Kulit longgar
9. Kulit kering dan mengelupas
10. Pigmentasi kulit
11. Alahan kulit
12. Warna kulit tidak sekata
13. Rambut kusam dan kering
14. Payudara kendur
15. Sakit sendi

 
Mai fokus kat Shaklee Collagen Powder(SCP) la..yang lain Mai tak pasti..haa ni antara kegunaan dan kelebihan SCP:

  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf

Kenapa Shaklee Collagen Powder patut jadi pilihan anda?

Ada baaaaaaanyak jenis kolagen di pasaran sekarang ni..yang murah, yang mahal, ada campuran buah-buah beri...macam-macam jenis..pilih je yang mana nak...

Tapi...anda mesti hati-hati dengan sumber kolagen yang digunakan..ada banyak sumber...

Untuk pengetahuan anda, hanya haiwan yang mengandungi kolagen, tumbuhan tiada kolagen..haiwan yang biasa digunakan untuk diambil kolagennya ialah dari sumber marine (ikan), bovine (lembu) dan porcine (babi). Sebab itu, kita perlu tahu dan kenalpasti sumber kolagen apa yang digunakan oleh pihak pengeluar barangan kecantikan.

Sebagai orang Islam, halal dan haramnya sesuatu bahan itu sangat penting. Hatta cuma setitik bahan yang diharamkan berada dalam barang kegunaan/ makanan, ia akan menyebabkan keseluruhan bahan itu menjadi haram. Kadangkala aspek kehalalan sesuatu produk dianggap remeh oleh sesetengah pihak, wal hal ianya adalah sesuatu yang sangat penting. Pastikan sumber kolagen ada adalah halal, iaitu tidak mengandungi sebarang porcine. Jika ianya mengandungi 'bovine', pastikan anda telah pun melihat pengesahan halal dari pihak berkuasa. Ini kerana, ianya datang dari sumber bovine, lembu yang digunakan perlu disembelih dan disahkan halal supaya kita tidak merasa tertipu di kemudian hari.



Shaklee Collagen Powder bukan sekadar kolagen. Ia mengandungi sumber premium kolagen iaitu diekstrak daripada sisik ikan Red Snapper yang tinggal di laut dalam dan ditambah dengan 7 bahan aktif yang mampu menyerap secara unggul ke dalam kulit dan terbukti berkesan.

Tekanan yang tinggi di dasar laut menghasilkan sisik yang bergred premium, tahan lasak dan elastik. Ini sekaligus menyumbang kepada kolagen yang berkualiti tinggi.

Memang puas hati insyaAllah..


Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor
ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641
Email

ISI BORANG ORDER dan DAFTAR KEAHLIAN
Mari Bersama Kami!

Friday, October 18, 2013

Pengendalian dan Penyimpanan Hasil Perahan Susu Ibu

Alhamdulillah...seronok kan dapat memberikan yang terbaik untuk permata hati..tapi jika kita ibu bekerjaya, sudah pasti si comel tidak akan bersama kita lagi di siang hari apabila tempoh cuti bersalin dah berakhir..sama ada kita mahu menghantar baby ke rumah pengasuh atau taska, buat pilihan yang terbaik..

Macamana nak pastikan ibu dapat berikan susu ibu sahaja kepada bayi senasa ibu keluar bekerja?

Apabila ibu telah mula bekerja, ibu perlu menyediakan susu ibu perahan (Express Breast Milk, EBM) kepada bayi. Ibu boleh mula menyediakan stok EBM seawal 2 minggu selepas bersalin sehingga tempoh cuti bersalin tamat. Ini untuk memastikan bekalan EBM untuk bayi mencukupi dan ibu dapat bekerja dengan tenang, dan meneruskan sesi pemerahan susu ibu di tempat kerja.

Berapa lama EBM boleh disimpan?


EBM mempunyai tempoh ketahanan tertentu bergantung kepada suhu dan masa yang tertentu. Jom baca!

Suhu bilik : 3-4 jam
Peti sejuk 1 pintu, bahagian bawah : 24 jam
Peti sejuk 1 pintu, bahagian chiller: 3-4 hari
Peti sejuk 1 pintu, bahagian beku: 2 minggu
Peti sejuk 2 pintu, bahagian bawah: 24 jam
Peti sejuk 2 pintu, bahagian chiller: 4-5 hari
Peti sejuk 2 pintu, bahagian beku: 3 bulan
Deep freezer: 6 bulan

Panduan penyimpanan susu ibu perahan


Selepas sesi pemerahan, elakkan dari terus meletakkan EBM ke dalam freezer. Susu ibu terdiri dari sel-sel hidup dan enzim yang sangat sensitif kepada perubahan suhu.

Langkah yang perlu dilakukan untuk menyimpan stok EBM ibu:


1. Labelkan pada bekas simpanan EBM ibu. Labelkan dengan tarikh, masa dan kuantiti dalam setiap bekas. Bekas yang digunakan perlulah selamat dan bersih. Ibu-ibu tidak semestinya menggunakan bekas, botol atau plastik yang berjenama dan mahal untuk menyimpan stok EBM. Cukup sekadar bekas makanan atau plastik makanan yang bersih dan selamat. Bekas dadih dan plastik ais krim pasti dapat membantu ibu untuk berjimat!
- kuantiti EBM yang disimpan juga perlu sesuai untuk mengelakkan pembaziran EBM..sayang jika EBM yang berlebihan perlu dibuang.
- lihat dan pantau berapa kuantiti susu (oz) yang dapat baby habiskan dalam satu sesi penyusuan..maka,sebanyak itu juga kuantiti yang ibu perlu simpan dalam setiap bekas - contohnya jika baby hanya boleh habiskan 2 oz, maka ibu simpan EBM dengan kuantiti 2 oz setiap satu..
- Tapi perlu ingat, apabila cuti bersalin tamat, baby telah berusia 2 @ 3 bulan. Simpanlah dalam kuantiti yang sesuai. Saya cadangkan ibu simpan 2 @ 3 oz dalam setiap bekas, untuk setiap kali penyusuan baby..kuantitinya boleh ditingkatkan kepada 4 oz seiring dengan usia bayi..
- Bayi tidak akan minum banyak pada setiap sesi. Bayi minum sedikit tetapi kerap. Oleh itu, ibu perlu pantau dan maklumkan kepada pengasuh.


Labelkan mengikut tarikh dan masa perahan


2. Selepas dilabelkan, biar EBM berada dalam suhu bilik seketika, lebih kurang 2-3 jam. Ini supaya suhu EBM dapat disejukkan sedikit mengikut suhu bilik. Jika ibu perasan, susu perahan yang keluar semasa pemerahan adalah suam, sebab tu baby suka menyusu terus dengan ibu berbanding botol. Susu yang keluar adalah segar dan bersuhu sederhana.

3. Selepas berada dalam suhu bilik, ibu boleh meletakkan EBM di bahagian bawah peti ais. Di sini, EBM tahan selama 24 jam.

4. Pindahkan ke bahagian chiller selepas 24 jam. EBM ibu boleh berada di bahagian chiller selama 4-5 hari. Chiller ialah bahagian laci atas dalam peti sejuk.

5. Sekiranya dalam masa 4-5 hari EBM tidak diberikan kepada bayi, pindahkan semua EBM ke bahagian beku (freezer). Di sini EBM tahan selama 3 bulan.

6. Jika selepas 3 bulan EBM masih belum digunakan (atau freezer dah penuh!), ibu boleh memindahkan EBM ke deep freezer supaya tahan lebih lama.Deep freezer boleh menyimpan EBM beku sehingga 6 bulan ke setahun mengikut suhu yang digunakan. Sebaik-baiknya habiskan EBM dengan yang lebih lama dengan segera.

## EBM perlu dibuang jika telah tamat tempoh..

Rasanya sampai sini dulu perkongsian Mai  tentang pengendalian dan penyimpanan EBM. Mai harap sedikit sebanyak dapat membantu, insyaAllah. Nanti kita sharing2 lagi k!



Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

Tuesday, October 15, 2013

Tingkatkan Kecergasan Dengan Pati Minyak Ikan Terunggul

Keletihan selalu je membantutkan aktiviti seharian kita, membuat kita lesu dan tak bermaya je..Kerja banyak, tapi badan dah tak mampu nak teruskan lagi.. Kadangkala kita ambil langkah tak sihat seperti mengambil minuman berkafein seperti kopi untuk menyegarkan badan..

Kandungan kafein yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan kemampuan badan untuk menyerap nutrisi dalam makanan berkurangan..malah ia sebenarnya memberikan perasaan 'palsu' buat anda, kesegaran sementara walaupun badan sudah tidak mampu bertahan lagi..

Tingkatkan Kecergasan Dengan Vitamin




Gabungan Vitalea Iron Formula dan Omega Guard dapat meningkatkan kecergasan dan meningkatkan kadar metabolisme badan. Ia mampu memberikan tenaga kepada badan dan mengurangkan keletihan. Ia membekalkan nutrisi dan vitamin yang lengkap untuk keperluan tubuh. Pati minyak ikan asli mampu menjana tenaga dan meningkatkan potensi jantung yang sihat.

Vitalea Iron Formula - Multivitamin Tertua di Dunia


Dr. Shaklee mula memformulasikan Vitalea dengan menggunakan nama 'Vitalised Minerals' pada tahun 1915. Vitalea telah berada di pasaran selama 98 tahun dan masih unggul sehingga hari ini.

Lengkap dengan kesemua 24 jenis vitamin dan mineral mengikut keperluan badan berdasarkan RDA. Ia turut dilengkapi dengan zat besi untuk membantu pembentukan hemoglobin dalam darah. Hemoglobin yang secukupnya dapat membekalkan oksigen yang cukup untuk kesemua organ berfungsi dengan baik.

Omega Guard Melancarkan Perjalanan Darah


Kenapa pentingnya peredaran darah yang lancar?

Ini kerana dalam darah kita terkandungnya sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Sel darah merah mengandungi hemoglobin yang berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh sistem badan. Tanpa peredaran darah yang lancar, oksigen tidak dapat diangkut dengan efisien sehingga menyebabkan organ dan sistem badan kekurangan oksigen. Bila oksigen kurang, sistem badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan menyebabkan keletihan.

Omega Guard diproses dari pati minyak ikan terunggul yang merupakan pati minyak ikan terbaik di dunis. Menjalani proses trimolekular agar pati minyak ikan yang terhasil tidak tercemar dengan logam berat seperti merkuri, serta menghasilkan pati minyak ikan yang asli dan terbaik.

Omega Guard mampu mencairkan kolesterol yang terkumpul dalam salur darah sekaligus melancarkan perjalanan darah dan membuatkan badan terus bertenaga kerana mendapat bekalan oksigen secukupnya.

ESP Beri Tenaga Berpanjangan


ESP diproses daripada 30 kg kacang soya bukan GMO bagi setiap satu tin. Kandungan protein soya berkualiti tinggi ini memberikan tenaga kepada sel untuk berjam-jam lamanya.

****************

Tak rugi menjaga kesihatan..
Sihat itu sunnah..
Sihat itu jihad..

KLIK SINI untuk isi borang order.


Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor
ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

Monday, October 14, 2013

Cara Atasi Kulit Kusam, Jerawat dan Jeragat Dengan Bantuan Supplement

Bila cakap tentang kulit cantik dan berseri, bebas jerawat dan jeragat, mesti sangat sinonim dengan orang perempuan kan, tak kira muda atau tua..menjadi cantik dan berseri walaupun hanya di mata suami, pasti menjadi igauan setiap wanita..

Namun, nak kulit cantik ni bukan sekadar kita mencuci kulit muka dengan sabun pencuci muka berjenama, tapi penjagaan dalaman juga sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua lelaki dan wanita.

Pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk mendapatkan kulit cantik berseri dan bebas dari jerawat dan jeragat.. Seperti yang Mai bagitau tadi, nak kulit cantik bukan sekadar dari luaran je, tapi dalaman juga sangat sangat penting..

Sebab itu, pemakanan supplement sangat membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri dan bebas jerawat dan jeragat.. Ini kerana saban hari kita terdedah dengan pancaran sinaran matahati, pelbagai pencemaran dan toksik sehingga menyebabkan badan bertoksik dan tinggi radikal bebas yang mengakibatkan kulit kusam dan tidak bermaya..

Maka sebab itu, pemakanan supplement sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri dan menawan.


B Complex Bantu Cantikkan Kulit


'B' is for BEAUTY..tagline yang sangat sinonim dengan Vitamin B Complex..B Complex sangat membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, mengurangkan stress, menceriakan emosi dan turut bersama-sama membantu meneutralkan radikal bebas di dalam tubuh.

Vitamin C dan Vitamin E dengan Selenium


Kedua-dua vitamin C dan E adalah vitamin antioksidan yang kuat dan berkuasa untuk meneutralkan radikal bebas yang terdapat di dalam tubuh. Vitamin C adalah komponen penting yang menyokong pembentukan kolagen pada kulit dan membantu menjadikan kulit tegang dan awet muda. Vitamin E yang dilengkapi dengan Selenium mampu memaksimumkan fungsi Vitamin E dalam menjalankan fungsinya di dalam tubuh.

Protein


Protein sangat penting dalam pembentukan sel. Protein berkualiti akan membantu penghasilan unit sel baru yang sihat dan cantik. Ia sangat penting untuk menggantikan sel kulit mati dan lama pada kulit, sekaligus membina sel kulit baru yang cantik.

Supplement Shaklee Bantu Atasi Kulit Kusam dan Tak Bermaya - Bebas Jerawat dan Jeragat


Set D, set kecantikan sentiasa mendapag sambutan hangat dari pengguna.. Gabungan Vit B Complex, vitamin C dan vitamin E, dapat memperbaiki tekstur kulit dan mengembalian keserian pada wajah, insyaAllah..

Protein terbaik dari sumber kacang soya, ESP, dapat membantu membina sel-sel baru agar kulit yang kusam dapat diperbaharui.

GLA Complex pula membantu mengimbangkan hormon dalan badan sekaligus dapat mengawal penghasilan jerawat dan memberikan kulit yang cantik.





********************



Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor
ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641
nur.rumaizah@gmail.com




























Tuesday, October 1, 2013

Faedah Jadi Ahli Shaklee

Salam semua...

Hari ni Mai nak cerita pulak apa faedah yang anda boleh dapat jika mendaftar sebagai ahli Shaklee...nak jadi ahli Shaklee ni mudah je, daftar dan bayar yuran keahlian seumur hidup, dah jadi ahli Shaklee...nak baca dengan lebih detail, KLIK SINI k...

Haaa dah tau macamana nak jadi ahli Shaklee kan?
Kali ni kita kongsi-kongsi pulak faedah jadi ahli Shaklee yang anda boleh dapat..


Faedah Jadi Ahli Shaklee


  1. Anda telah bergelar Shaklee Independent Distribuitor dan layak mendapat penjimatan sebanyak 25% ke atas semua produk Shaklee tanpa limit...oh wow!! Menarik sangat...bayangkan anda boleh dapat penjimatan yang sangat banyak.. Sebagai contoh: Sekotak Shaklee Collagen Powder berharga RM298..tetapi dengan menjadi ahli Shaklee, kini anda boleh mendapatkan Collagen Powder tersohor ni dengan harga ahli RM238...pergh jimat RM60!!!! Patut la ramai distributor Shaklee cantik comel sihat belaka..hehe
  2. Anda tak perlu kumpul point atau maintain sebarang point pun untuk mendapatkan produk Shaklee pada harga ahli..anda boleh beli pada bila-bila masa yang anda suka.
  3. Bermula 2 Oktober 2013, Shaklee akan memulakan langkah menuju sistem online...semua hanya di hujung jari sahaja!! Dari order, beli, bayar, pilih-pilih barang, klik2 dan tunggu barang sampai! Mudah kan?? Tetapi, hanya sesiapa yang ada ID sahaja boleh order secara online ni...jadi, best kan?tak perlu nak order kat sape-sape lagi...dah boleh order sendiri...tak perlu walk in lagi!! Tak de alasan branch Shaklee jauh nak gi...semuanya sekarang berada di hujung jari je!
  4. Jika pembelian anda dalam sebulan mencapai 150 uv (lebih kurang RM650), anda dah layak untuk mendapat bonus bulanan! Alhamdulillah...kumpul2 order dari kawan-kawan dan ahli keluarga, cukup 150 uv, pertengahan bulan berikutnya Shaklee akan bayar bonus bulanan kepada anda! Best kan? Kalau nak jadikan Shaklee ni satu perniagaan sampingan anda lagi lah boleh..!

Mahu jadikan perniagaan Shaklee sebagai punca pendapatan anda?


Boleh...ini faedah yang anda boleh dapat:
  1. Dibimbing oleh Master Coordinators dan leaders yang hebat dari Empayar Jutawan.. Anda telah membuat pilihan yang sangat bijak jika memilih untuk berada dalam Empayar Jutawan..
  2. Dibimbing dan berpotensi untuk menjana pendapatan sehingga 6 angka sebulan! Tak mustahil kerana memang tidak mustahil..
  3. Berpeluang untuk menimba ilmu dalam Secret Group Empayar Jutawan - di mana semua tips dan petua dikongsikan tanpa batasan untuk memastikan kejayaan semua!
  4. Anda tak perlu simpan stok ribu-ribu RM...hanya modal RM75 @ RM85 je..
  5. Mendapat akses ke laman web online Shaklee yang baru beroperasi 2 Oktober 2013.. Kini segala-galanya mudah, semua di hujung jari je! Best, best!!


Bersedia menyahut cabaran mendaki puncak Jutawan?
-----> Isi BORANG KEAHLIAN di sini  <-------

Kejayaan milik semua...
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..


Salam mesra,

Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor
ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641