Sunday, August 25, 2013

Hebatnya ESP, Buat Kulit Cantik dan Licin Bak Kulit Bayi

Salam semua...
Apa khabar hari ni?
Semoga semua sihat selalu...

Hari ni Mai nak citer tentang produk evergreen Shaklee yang best tu, yang selalu sold out di gudang Shaklee..wuwuwu produk yang buat hati tak senang kalau sehari tak minum...hehe

Huish hebat penangan produk ni!!

Produk tu ialah ESP...Dulu dikenali sebagai Energising Soy Protein..sekarang pada canister ditulis ESP Soy Protein Isolate Powder...

Jadi, kalau ESP dan Energising Soy Protein adalah produk yang sama..hanya dari Shaklee...

Apa istimewanya ESP berbanding produk soya lain di pasaran?


Kerana ESP telah memenuhi kesemua 7 kriteria penting yang anda mesti kaji sebelum memilih sebarang jenama produk soya di pasaran.

7 kriteria itu ialah:

1. Kacang soya mesti tumbuh dan membesar secara organik
2. Kacang soya itu mestilah non-GMO - iaitu ia tidak dihasilkan secara genetik
3. Protein kacang soya itu mesti mengandungi 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan
4. Dalam proses menghasilkan soy isolate, soyflakes mesti dicuci dengan air bukan alkohol..alkohol akan mengakibatkan kemusnahan isoflavone yang terdapat dalam protein soya sehingga 88%..isoflavone sangat penting untuk mengurangkan risiko kanser dan berfungsi untuk menyeimbangkan hormon.
5. Bahan anti-thyroid / anti-growth substance mesti disingkirkan
6. Pemprosesan kacang soya juga sebaiknya tanpa pemanasan
7. Kacang soya mesti ditambah dengan unsur kalsium..ini untuk mengelakkan kacang soya menjadi berasid sehingga boleh menyebabkan kerapuhan tulang..ee ngeri!

Haa...sangat penting untuk kita semak jenis dan kandungan kacang soya dari jenama yang anda pilih..
Mai pun pernah bincang tentang ESP ni dalam entry lama, tentang kacang soya menyebabkan kanser..boleh klik untuk bacaan lanjut k..

Hari ni Mai nak cerita macamana ESP boleh buat kulit cantik sehalus dan selembut kulit bayi...waaaah..bestnya!! Ada juga yang kata kulit cantik bak telur yang dikupas...hehe apa-apa pun ESP memang boleh buat kulit cantik menawan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia berbahaya yang sangat memberi kesan dalam jangka masa panjang..

Macamana ESP boleh berikan kulit cantik gebu halus dan menawan?

Ok..sekarang kita kena faham bagaimana ESP bertindak untuk berikan kulit cantik menawan dari dalam..

ESP adalah protein..yang diambil dari protein kacang soya..

Badan kita terdiri daripada sel..sel-sel ini memerlukan protein untuk menjalankan fungsinya dengan optimum, membina sel baru, baiki sel rosak dan gantikan sel yang sihat dan baik..

Protein > sel > tisu > organ > sistem > tubuh badan

Jadi kita sangat memerlukan protein untuk memelihari sel badan kita..bila sel badan kita yang dibina adalah sel yang sihat, jadi keseluruhan badan kita juga akan sihat..

Ok, Mai ambil contoh organ terbesar dalam tubuh manusia -- iaitu KULIT...

Apa kaitan protein dengan KULIT CANTIK?

Kulit yang cantik ialah kulit yang sihat..kulit cantik ialah kulit yang tak kusam dan ada tona warna yang sekata..kulit cantik ialah kulit yang halus dan berseri walaupun tanpa mekap..kulit cantik ialah kulit asli berseri yang Allah kurniakan dan dijaga dengan baik tanpa sebarang bahan kimia berbahaya..

Jadi..SEMAK!!  Kulit cantik anda cantik yang bagaimana??

Bagaimana ESP boleh jadikan kulit kita cantik?

Macam tadi Mai bagitau, kulit kita adalah organ terbesar dalam tubuh kita ni..asas kepada organ ialah sel..sel ni dibina daripada protein..dan sel-sel ni akan digantikan dengan sel yang baru..tetapi jika sel yang baru terhasil adalah sel yang tak sihat dek kerana kekurangan protein, jadi sebab tu kulit nampak kusam dan tak bermaya..protein dari ESP akan memberikan tenaga kepada sel dan memelihara sel agar sel yang baru terhasil adalah sel yang sihat dan baik..

Jika sel yang baru terhasil tu adalah sel yang baik, jadi baiklah keseluruhan organ dan sistem tu..jadi untuk kulit, maka cantiklah keseluruhan kulit tu...sel kulit yang rosak dan mati akan digantikan dengan sel kulit yang baru dan cantik..

Haa dapatlah kita kulit yang cantik, halus mulus bak kulit bayi tadi..dengan hanya mengamalkan ESP anda boleh dapat kulit yang sangat cantik di samping kesihatan yang super duper hebat, insyaAllah..

Jom jom dapatkan kulit cantik menawan secara semulajadi..

Hubungi Mai ye..

Rumaizah Zalkornain
ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641



Sunday, August 18, 2013

Kesihatan Sendi Yang Baik Menjamin Kenikmatan Beribadah

Assalamualaikum semua...
Masih lagi dalam mood Syawal biarpun cuti sekolah dah nak berakhir...
Cepat sungguh masa berlalu...
Dah dekat penghujung Ogos dah...

SubhanAllah...
Maha Suci Allah yang memegang dan mengatur masa...

Hari ni Mai nak sembang tentang kesihatan sendi pulak...kesihatan sendi ni kalau yang paling femes ialah berkaitan dengan kesihatan lutut...sebab kalau lutut sakit, ia akan mengehadkan pergerakan..tak boleh jalan, dah duduk payah nak bangun, dah berdiri payah nak duduk...kalau solat susah nak rukuk dan sujud...

Sakit lutut memang kita susah hati, kalau sakit tang sendi lain takpe, sebab kita masih boleh bergerak berjalan ke sana sini, memandu kereta dan sebagainya...tapi kalau sakit lutut dah menyerang, hmmm terus tak dapat nak buat apa dah...

Hebat kan lutut yang Allah bagi pada kita?
SubhanAllah...


Apa yang kita boleh buat untuk memastikan kesihatan sendi sentiasa berada dalam keadaan optimum?


Sebenarnya, tiada ada yang boleh kita lakukan...ia adalah satu proses semulajadi seiring dengan peningkatan usia...kesakitan sendi biasanya diakibatkan oleh kekurangan bahan pelincir atau cecair rawan yang berfungsi untuk melincirkan pergerakan sendi..bila usia dah meningkat semakin berkuranganlah cecair rawan di sendi..

Sebab tu sakit lutut dan sendi ni sangat familiar dalam kalangan warga emas seperti ibu bapa dan opah atuk kita..bila umur dah mencecah 60 ke atas, sakit sendi dan lutut pun mula menyerang..tapi ada juga orang muda yang diserang sakit sendi, sakit lutut ni..

Namun, kita boleh melambatkan proses tersebut dengan mengambil makanan tambahan yang sesuai untuk memastikan sendi kita dapat berfungsi dengan baik..

Ada tak produk Shaklee yang khas untuk meningkatkan kesihatan sendi serta membantu memulihkan kesakitan di sendi?


Produk Shaklee yang fokus kepada kesihatan sendi ialah ADVANCE JOINT HEALTH TABLET...

Kebaikan Advance Joint Health Tablet - dijamin berkesan dalam 5 hari
dengan izin Allah

Berdasarkan ujian klinikal yang telah dijalankan, Shaklee beri jaminan dalam masa 5 hari, AJHT akan memberi kesan positif kepada pengguna..

Ia terbukti dapat:
1. Menggalakkan mobiliti sendi - sendi dapat digerakkan dengan selesa drngan pertambahan cecair rawan secara semulajadi
2. Menggalakkan fleksibiliti sendi
3. Meningkatkan fungsi sendi
4. Menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang

Ramuan AJHT adalah dari sumber semulajadi iaitu daripada ekstrak daun Boswellia dan juga ekstrak jagung... ia memberikan sumber glukosamina secara semulajadi..glukosamina bertindak mengembalikan cecair sendi dan membantu melincirkan pergerakan sendi..

Glukosamina dan kondroitin adalah komponen semulajadi dalam tisu rawan.

Namun, kehadiran kondroitin sulfat dalam supplement glukosamina boleh merencatkan penyerapan glukosamina ke dalam tubuh.. 

AJHT bebas Kondroitin sulfat..

SEMAK!! hati-hati jika supplement yang anda ambil untuk sakit sendi dan lutut mengandungi kondroitin sulfat..
- ia mengganggu penyerapan glukosamina
- ia tidak diserap dengan baik jika diambil secara oral

Buatlah pilihan yang bijak!

Mengubah jenama mampu mengubah seluruh kehidupan anda..
Shaklee pilihan terbaik anda!

Siapa kata isteri di rumah hanya perlu longlai & lembik; sampai nak lipat baju pun habis berbunyi semua sendi jari.


Mahu order?

Hubungi:
RUMAIZAH ZALKORNAIN
ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641



Kurangkan Kolesterol Dengan Cepat dan Berkesan

Hai semua....
Masih dalam mood raya?

Cuti raya dah habis...hmm lepas ni banyak sangat la jemputan rumah terbuka dari kawan-kawan dan saudara mara...cuti Sabtu Ahad boleh la rileks sikit tak perlu nak masak...rumah terbuka banyak, jawabnya dapur pun tak berasap...

Bila dah ziarah rumah terbuka ni, confirm antara juadah yang dihidangkan adalah ketupat, lemang, rendang, lontong, mee, bihun, kuih muih, kek, coklat dan macam-macam juadah lagi...hmm memang sedap dan menyelerakan...

Biarpun kita hadir bagi memenuhi jemputan, bukan bermakna kita juga perlu memenuhkan perut kita dengan semua makanan yang kaya dengan lemak dan kolesterol tu ..makanan orang kita - kalau tak berlemak, bersantan, berminyak tak rock la babe! ^_<

Makan tu boleh tapi pastikan anda ada cara macamana nak buang dan kurangkan kolesterol yang dah masuk ke perut..

Kolesterol ni ada kolesterol baik (HDL) yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat (LDL) ke hati..tapi kalau dah kolesterol LDL ni terlampau banyak, tak mampu dah kolesterol HDL nak singkir ke hati sehinggakan termendap di dinding arteri menjadi plak kolesterol..

Kenapa sangat penting untuk kita kurangkan kolesterol dalam badan?

1. Kolesterol membawa pelbagai implikasi yang tidak baik kepada badan terutamanya kepada jantung. Kolesterol jahat (LDL) tu menyebabkan kolesterol boleh termendap dalam salur darah iaitu pada dinding arteri dan menyempitkan salur darah (arteriosklerosis) hingga menyebabkan kekurangan oksigen ke jantung..akibatnya individu itu akan berdepan dengan risiko serangan jantung atau orang Paghit sebut heart attack... :p semuanya sebab dinding arteri yang dah tersumbat dek kerana kolesterol yang melekat kat dinding salur darah tu..bila oksigen tak sampai ke jantung, otot jantung tidak mendapat cukup oksigen hingga boleh menyebabkan kematian otot jantung iaitu serangan jantung...

Hmm bahaya kan?

2. Kolesterol ni bukan hanya terjadi kepada orang badan besar je..orang kurus pun berisiko juga..kadang-kadang orang yang kurus ni ada kolesterol lagi tinggi dari orang yang berbadan besar..so jangan ingat badan kurus tu tiada kolesterol k..ingat tu!

Apa yang boleh kita buat untuk kawal dan kurangkan kolesterol dalam badan kita?

1. Tahu apa yang kita makan..kenal makanan yang masuk ke perut kita..bila kita tau apa yang kita makan, lebih mudah kita nak kawal..atau mungkin kita terus elakkan diri kita daripada makan makanan yang sarat kolesterol..

2. Makan banyak bijirin yang boleh membantu kurangkan kolesterol...yang paling femes dan familiar dengan kita ialah bijirin oat..sangat berkesan menyerap kolesterol LDL yang berlebihan dan mengimbangkannya dengan kolesterol HDL..

3. Mengambil pati minyak ikan atau omega-3 yang sangat berkesan membantu untuk kurangkan kolesterol dalam darah dan mengimbangkannya agar selamat kepada tubuh.. Ia mampu mencairkan plak kolesterol yang termendap di dinding arteri dan sekaligus melancarkan peredaran darah ke jantung..

Shaklee ada tak produk untuk kurangkan kolesterol?

Sudah tentu dan pasti ada!

Untuk membantu kurangkan kolesterol dalam darah, Shaklee OmegaGuard antara yang paling saya cadangkan..

Ni manfaat Shaklee OmegaGuard dalam membantu individu yang mempunyai bacaan kolesterol tinggi:

■ Menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah
■ Melincirkan saluran darah supaya peredaran darah lebih lancar

■ Membantu mengekalkan tekanan darah normal
■ Membantu mengurangkan ketegangan di leher atau sakit kepala
■ Merendahkan kolesterol
■ Menghindarkan pembekuan darah dalam badan
■ membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL
■ Mengawal masalah obesiti
■ Mencegah arteriosclerosis dan myocardial infarction
■ Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung



Jangan tangguh lagi untuk kurangkan kolesterol anda...

Mahu order?

Hubungi saya..
RUMAIZAH ZALKORNAIN
ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

Saturday, August 17, 2013

Salam Lebaran 1434H

Assalamualaikum semua...
Salam 10 Syawal 1434H...
^_<

Lama dah rasa tak update blog ni...macam2 perkara yang berlaku dalam hidup Mai antaranya pemergian tok sebelah suami pada 2 Syawal lepas...

Takde apa pun nak cerita..cuma nak share gambar family Mai sempena Syawal tahun ni...alhamdulillah semua dapat berkumpul di rumah mak Mai tahun ni...kami semua 7 beradik, 4 dah kahwin dan 3 lagi masih belajar..

Seronok bila semua ada..riuh rendah dengan anak masing-masing...cucu mak abah Mai pun dah 7 orang..

Jom layan gambar... ^^

Along, Hajar (adik bongsu) dan Mai

Kami 7 beradik

Abah dengan anak, menantu dan cucu lelaki

Mai dan suami tersayang ^_^ ♥♥

Buah hati Mai - Maisarah dan Muaz

Mak Abah bersama anak bujang

Mak Abah dengan keluarga Syuib

Mak Abah dengan keluarga Fadhli

Mak Abah dengan keluarga Mai

Mak Abah dengan keluarga Along (Hawa)

Kami sekeluarga ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin



Ok sampai jumpa lagi...
Nanti Mai update tentang Shaklee ok...

Saturday, August 3, 2013

Anak-anak Pengarang Jantung

Hai semua...
Apa khabar?

Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah..

Hari ni saja nak kongsi telatah anak-anak Mai..kita tengok gambor je la ye..

Jom layann...