Friday, October 18, 2013

Pengendalian dan Penyimpanan Hasil Perahan Susu Ibu

Alhamdulillah...seronok kan dapat memberikan yang terbaik untuk permata hati..tapi jika kita ibu bekerjaya, sudah pasti si comel tidak akan bersama kita lagi di siang hari apabila tempoh cuti bersalin dah berakhir..sama ada kita mahu menghantar baby ke rumah pengasuh atau taska, buat pilihan yang terbaik..

Macamana nak pastikan ibu dapat berikan susu ibu sahaja kepada bayi senasa ibu keluar bekerja?

Apabila ibu telah mula bekerja, ibu perlu menyediakan susu ibu perahan (Express Breast Milk, EBM) kepada bayi. Ibu boleh mula menyediakan stok EBM seawal 2 minggu selepas bersalin sehingga tempoh cuti bersalin tamat. Ini untuk memastikan bekalan EBM untuk bayi mencukupi dan ibu dapat bekerja dengan tenang, dan meneruskan sesi pemerahan susu ibu di tempat kerja.

Berapa lama EBM boleh disimpan?


EBM mempunyai tempoh ketahanan tertentu bergantung kepada suhu dan masa yang tertentu. Jom baca!

Suhu bilik : 3-4 jam
Peti sejuk 1 pintu, bahagian bawah : 24 jam
Peti sejuk 1 pintu, bahagian chiller: 3-4 hari
Peti sejuk 1 pintu, bahagian beku: 2 minggu
Peti sejuk 2 pintu, bahagian bawah: 24 jam
Peti sejuk 2 pintu, bahagian chiller: 4-5 hari
Peti sejuk 2 pintu, bahagian beku: 3 bulan
Deep freezer: 6 bulan

Panduan penyimpanan susu ibu perahan


Selepas sesi pemerahan, elakkan dari terus meletakkan EBM ke dalam freezer. Susu ibu terdiri dari sel-sel hidup dan enzim yang sangat sensitif kepada perubahan suhu.

Langkah yang perlu dilakukan untuk menyimpan stok EBM ibu:


1. Labelkan pada bekas simpanan EBM ibu. Labelkan dengan tarikh, masa dan kuantiti dalam setiap bekas. Bekas yang digunakan perlulah selamat dan bersih. Ibu-ibu tidak semestinya menggunakan bekas, botol atau plastik yang berjenama dan mahal untuk menyimpan stok EBM. Cukup sekadar bekas makanan atau plastik makanan yang bersih dan selamat. Bekas dadih dan plastik ais krim pasti dapat membantu ibu untuk berjimat!
- kuantiti EBM yang disimpan juga perlu sesuai untuk mengelakkan pembaziran EBM..sayang jika EBM yang berlebihan perlu dibuang.
- lihat dan pantau berapa kuantiti susu (oz) yang dapat baby habiskan dalam satu sesi penyusuan..maka,sebanyak itu juga kuantiti yang ibu perlu simpan dalam setiap bekas - contohnya jika baby hanya boleh habiskan 2 oz, maka ibu simpan EBM dengan kuantiti 2 oz setiap satu..
- Tapi perlu ingat, apabila cuti bersalin tamat, baby telah berusia 2 @ 3 bulan. Simpanlah dalam kuantiti yang sesuai. Saya cadangkan ibu simpan 2 @ 3 oz dalam setiap bekas, untuk setiap kali penyusuan baby..kuantitinya boleh ditingkatkan kepada 4 oz seiring dengan usia bayi..
- Bayi tidak akan minum banyak pada setiap sesi. Bayi minum sedikit tetapi kerap. Oleh itu, ibu perlu pantau dan maklumkan kepada pengasuh.


Labelkan mengikut tarikh dan masa perahan


2. Selepas dilabelkan, biar EBM berada dalam suhu bilik seketika, lebih kurang 2-3 jam. Ini supaya suhu EBM dapat disejukkan sedikit mengikut suhu bilik. Jika ibu perasan, susu perahan yang keluar semasa pemerahan adalah suam, sebab tu baby suka menyusu terus dengan ibu berbanding botol. Susu yang keluar adalah segar dan bersuhu sederhana.

3. Selepas berada dalam suhu bilik, ibu boleh meletakkan EBM di bahagian bawah peti ais. Di sini, EBM tahan selama 24 jam.

4. Pindahkan ke bahagian chiller selepas 24 jam. EBM ibu boleh berada di bahagian chiller selama 4-5 hari. Chiller ialah bahagian laci atas dalam peti sejuk.

5. Sekiranya dalam masa 4-5 hari EBM tidak diberikan kepada bayi, pindahkan semua EBM ke bahagian beku (freezer). Di sini EBM tahan selama 3 bulan.

6. Jika selepas 3 bulan EBM masih belum digunakan (atau freezer dah penuh!), ibu boleh memindahkan EBM ke deep freezer supaya tahan lebih lama.Deep freezer boleh menyimpan EBM beku sehingga 6 bulan ke setahun mengikut suhu yang digunakan. Sebaik-baiknya habiskan EBM dengan yang lebih lama dengan segera.

## EBM perlu dibuang jika telah tamat tempoh..

Rasanya sampai sini dulu perkongsian Mai  tentang pengendalian dan penyimpanan EBM. Mai harap sedikit sebanyak dapat membantu, insyaAllah. Nanti kita sharing2 lagi k!



Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

No comments: