Saturday, February 18, 2017

Bahaya Meroyan : Ibu Boleh Hilang Kewarasanv

Baru-baru ni negara dikejutkan dengan berita baby umur 3 bulan dikelar sehingga mati oleh ibunya sendiri... Allahuu sedihnya...
.
Bagaimana tergamaknya hati si ibu sanggup membunuh anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari?
Kejamnya maknya!
Memang kejam!
Takde hati perut ke...
.
Itu kata-kata lemparan masyarakat bila baca berita tu..sangat cepat masyarakat melatah bila kejadian itu berlaku sehingga sanggup melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati...
.
Si ibu mengalami postpartum depression yang agak teruk sehingga menyebabkan dia tidak waras dan membunuh si anak..kalau orang melayu kata meroyan la..
.
Punca meroyan ni banyak..yang paling utama adalah kerana stress...
Stress sebab apa?
.
Stress anak asyik menangis..
Stress anak yang besar dok buat adik baby yang kecik..
Stress rumah huru hara macam tongkang pecah..
Stress suami tak bantu..
Stress susu merudum..
Stress sebab penampilan diri dah tak menarik, asyik hanyir bau susu je 😟..
Stress..stress...stress...
Sehingga si ibu menjadi tidak waras..
.
Aduhai rahmatilah si ibu Ya Allah..
.
Sepanjang berpantang dan lepas berpantang, ibu-ibu kena kawal emosi jangan terlalu sedih..suami kena bantu isteri semasa berpantang supaya emosi isteri sentiasa ceria dan stabil..isteri ni bukan minta intan berlian segunung harta, cukup dengan perhatian dari suami..bantu urus anak yang dah besar..bantu urusan rumah dan sebagainya..
.
Ibu berpantang pun boleh stabilkan mood sendiri dengan makan makanan seimbang..ambil supplement seperti Vitalea Multivitamin supaya badan cepat pulih dan rasa sihat sepanjang tempoh tersebut, sebab kadang-kadang makanan kita tak cukup nutrisi yang diperlukan oleh badan, jadi supplement sangat penting nak tampung kerongakan vitamin tu..
.
B complex sangat sangat penting untuk bantu kawal emosi ibu yang swing swang sentiasa tu..amalkan b complex supaya kita lebih tenang dan tak cepat rasa nak marah..
.
Vitamin C, ESP dan Vivix untuk bantu pulihkan badan dengan cepat serta rawat luka dari dalam..
.
Sayangi diri kita dan keluarga kita..elakkan dari mengalami tekanan selepas bersalin..banyakkan zikrullah dan pasangkan ayat-ayat suci alQuran di dalam bilik tidur sepanjang berpantang supaya kita lebih tenang..
.
.
Salam sayang,
Mai

#tsunamishaklee
#shakleewarrior
#shakleeclans