Friday, November 22, 2013

Sustained Release Vita-C Plus Shaklee Dah Kembali..!!

Alhamdulillah..lega sangat hati bila Vita-C Plus dah kembali di pasaran selepas setahun..

Vita-C Plus kembali menemui peminat..

Memang kehadirannya sangat ditunggu oleh peminat Vitamin C, terutama pengguna tegar Shaklee..

Kepentingan Vitamin C


Vitamin C terlalu banyak kebaikannya kepada tubuh kita. Ia merupakan antioksidan yang terbaik kepada tubuh yang mempunyai pelbagai fungsi yang baik.

Badan kita memerlukan vitamin C untuk memastikan dan menyokong kesihatan kulit, kolagen, tulang, gigi, gusi, otot, kapilari darah, kulit dan tisu rawan.

Vitamin C juga membantu melindungi sel daripada rosak akibat daripada pencemaran, tekanan (stress), asap dan tabiat pemakanan yang tidak baik.

Kenapa kita perlukan vitamin C?


Sebab....badan kita tidak mampu untuk menghasilkan vitamin C...kita perlu ambil vitamin C dari sumber makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran...badan kita juga tak mampu menyimpan vitamin C...

Ini kerana, vitamin C akan hilang semasa kita menjalankan aktiviti seharian kita..sebab itu ia sentiasa perlu digantikan.

Namun begitu, buah-buahan sitrus yang kita ambil setiap hari tidak mampu membekalkan vitamin C yang secukupnya oleh tubuh kita.. Jika kita makan buah-buahan sitrus setiaphari, ia cuma menyumbang sedikit sahaja jumlah vitamin C ke dalam tubuh.


Sebiji oren bersaiz sederhana cuma memberikan 66 mg sahaja vitamin C..
Setengah biji limau (grapefruit) cuma memberikan 37 mg vitamin C..

Tapi jangan risau, Sustained Released Vita-C Plus mampu membantu anda mendapatkan vitamin C yang mencukupi untuk tubuh.

Kehebatan Shaklee SR Vita-C Plus


Shaklee Vita-C Plus mengandungi 500mg vitamin C yang diproses dari sumber vitamin C yang semulajadi dan berkualiti tinggi. Shaklee menggunakan sumber vitamin C yang diambil dari ekstrak jagung (merupakan sumber asli vitamin C) untuk menghasilkan vitamin C. Vitamin C yang terhasil menyerupai vitamin C yang terdapat dalam buah-buahan sitrus.

Vita-C Plus merupakan produk unggul dan unik dari Shaklee di mana ia mengandungi fungsi 'Sustained Release' iaitu 500mg vitamin C yang terkandung di dalamnya dilepaskan secara berperingkat ke dalam badan. Setiap 100mg vitamin C dilepaskan bagi setiap satu jam supaya kesemua 500mg vitamin C dapat diserap sempurna oleh badan.

Vita-C Plus turut mengandungi 120 mg kompleks sitrus bioflavonoid yang sama-sama berfungsi dengan vitamin C untuk meningkatkan fungsi vitamin C itu sendiri. Bioflavonoid dapat meningkatkan penyerapan vitamin C ke dalam badan dan membantu memanjangkan tempoh keberkesanannya.

Sebiji tablet Vita-C Plus mengandungi khasiat vitamin C yang sama dengan 7 setengah biji buah oren..sangat semulajadi dan asli..pada setiap jam, anda akan mendapat khasiat yang sama seperti memakan 1.5 biji buah oren berterusan untuk 5 jam!



Apa itu Bioflavonoid?

Bioflavonoid bertingdak bersama-sama vitamin C untuk membantu mengekalkan dinding kepilari darah yang nipis, sekaligus mengelakkan berlakunya pendarahan.

Kebaikan bioflavonoid kepada manusia:
1. Memberikan kesan antibakteriakepada tubuh
2. Merangsang penghasilan hempedu
3. Menggalakkan peredaran darah yang baik
4. Mengekalkan paras kolesterol yang sihat
5. Menjaga kesihatan mata
6. Melawan kesan alergik dan asma (lelah)
7. Berkesan dalam rawatan sukan kerana mampu melegakan kesakitan
8. Melegakan sakit otot dan sakit belakang

Tanda Kekurangan Vitamin C




Kebaikan Yang Anda Bakal Perolehi Dengan Shaklee SR Vita-C Plus


♥ Kulit cantik, tegang dan menawan
♥ Bebas jerawat dan jeragat
♥ Imun badan meningkat
♥ Luka cepat sembuh
♥ Gusi yang kuat


Berminat untuk mendapatkan SR Vita-C Plus?

Hubungi Mai k..


Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor
016-5519641




No comments: