Tuesday, April 16, 2013

Hidup Sihat Dengan Diabetes

Sehingga kini, bilangan kes diabetes di Malaysia telah meningkat sehingga 80% dalam tempoh 10 tahun (1996-2006) iaitu 1.4 juta kes telah dilaporkan. Punca utama terjadinya diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia adalah kerana gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Apa itu Diabetes?

Diabetes atau lebih dikenali dengan nama kencing manis ialah satu penyakit metabolisme yang menyebabkan paras gula dalam darah meningkat, sama ada disebabkan oleh:
  • kekurangan penghasilan insulin oleh badan (Diabetes Jenis 1) secara semulajadi. 
  • sel badan yang tidak bertindak balas dengan insulin (Diabetes Jenis 2)
Apa itu insulin?
Insulin ialah hormon yang diperlukan untuk penyerapan glukosa oleh sel untuk menghasilkan tenaga.

Pesakit Diabetes Jenis 1 terpaksa bergantung kepada suntikan insulin seumur hidupnya kerana ketidakmampuan badan untuk menghasilkan insulin secara semulajadi.

Pesakit Diabetes Jenis 2 memerlukan pemantauan rapi dan perlu pengawalan yang ketat terhadap kandungan glukosa (gula) dalam darah supaya sentiasa dalam paras yang normal dan terkawal. Pesakit perlu bergantung kepada ubat-ubatan untuk membantu mengawal kandungan gula di samping menjaga pemakanan yang sihat.

Punca Diabetes

Penyakit diabetes atau kencing manis diakibatkan oleh gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. 

Makanan yang tinggi kandungan karbohidrat (gula) seperti nasi, roti putih, minuman berkarbonat, kopi, dan mee boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah yang tinggi. Diet yang tidak terkawal terhadap semua makanan tersebut boleh menyebabkan diabetes.

Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti stress, kurang bersenam, rehat yang tidak cukup dan merokok akan meningkatkan risiko mendapat diabetes.

Kesan Diabetes

Diabetes adalah penyakit yang kronik yang memerlukan kepada pemantauan yang teliti. Ini kerana, tanpa pengawalan dan pemantauan terhadap penyakit, ia boleh mengakibatkan komplikasi penyakit yang lain seperti:
  • penyakit kardiovaskular
  • penyakit mata
  • ulser
  • kehilangan anggota badan

Nutrisi untuk Pesakit Diabetes

Sekiranya anda didiagnosis mempunyai penyakit diabetes atau kencing manis, janganlah berasa sedih dan gundah gulana. Ini kerana ia bukanlah suatu pengakhiran dalam hidup anda. Teruskan kehidupan seperti biasa dan jalani hidup yang lebih sihat dengan mengamalkan diet pemakanan yang disyorkan oleh doktor dan amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam. Penyakit diabetes boleh dikawal dengan baik dan pesakit boleh menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain.

Pesakit diabetes juga boleh mengambil makanan tambahan yang sesuai dan terbaik untuk menampung keperluan badan. Shaklee mempunyai rangkaian produk terbaik khas untuk anda mengekalkan paras gula dalam darah yang sihat.

  1. Resveratrol - Resveratrol ialah polifenol tumbuhan yang kaya dengan antioksidan. Kajian membuktikan bahawa resveratrol membantu dalam mengurangkan resistan insulin (penentangan insulin) bagi pesakit diabetes.
  2. Protein soya - Kandungan isoflavon di dalam protein membantu mengurangkan risiko diabetes. Protein soya adalah makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah dan tidak mengandungi kanji. Ini dapat membantu pesakit diabetes mengawal kandungan gula di dalam darah.
  3. Alfalfa - Alfalfa mengandungi kandungan mineral yang tinggi, yang boleh membantu menstabilkan paras gula dalam darah.
  4. Gamma Linolenic Acid (GLA) - GLA merupakan asid lemak perlu dan agen anti radang. Ia membantu mengurangkan simptom sakit saraf bagi pesakit.
  5. Vitamin dan mineral - Vitamin C dan Zink adalah nutrisi yang penting untuk penyembuhan luka terutama bagi pesakit diabetes yang menghadapi ulser atau kehilangan anggota badan. Kromium pula penting dalam mengekalkan kandungan gula dalam darah yang sihat.

Supplement Shaklee Untuk Pesakit Diabetes

  1. Vivix - Tinggi kandungan resveratrol
  2. Sugar Control Set yang mengandungi:
  • ESP Soy Protein Isolate Powder - tinggi kandungan protein soya dan makanan GI yang rendah
  • Vita-Lea Iron Formula - membekalkan 28 vitamin dan mineral penting termasuk kromium
  • GLA Complex - menstabilkan tubuh badan
  • Alfalfa Complex - sumber alfalfa semulajadi
  • Sustain Release Vita-C Plus
  • Zinc Complex

No comments: