Sunday, April 14, 2013

Power Pumping

Apa itu power pumping?

Power pumping adalah salah satu kaedah meningkatkan pengeluaran susu ibu. Kaedah ini sangat berkesan dilakukan di saat ibu menghadapi masalah kemeruduman pengeluaran susu ibu dan juga untuk memastikan pengeluaran susu ibu dapat dikekalkan di tahap yang dikehendaki..

Bila masa yang sesuai untuk melakukan power pumping?

Power pumping boleh dilakukan pada bila-bila masa sekiranya ibu mempunyai kelapangan waktu..namun, sangat disarankan juga untuk dilakukan dari tempoh waktu tengah malam hingga subuh (12.00am - 6.00am)..ini kerana dalam tempoh tersebut hormon oksitoksin dihasilkan pada kadar paling tinggi dan ibu-ibu pasti sangat teruja kerana mendapat let down reflex yang kerap...wow, bestnya!!

Apa itu let down reflex?

Let down reflex ialah satu keadaan bila susu ibu memancut keluar dengan laju untuk jangka masa tertentu..tempoh waktu ia terjadi berbeza mengikut individu..namun melihat dan merasa susu ibu yang memancut keluar itu membuatkan perasaan menjadi sangat membahagiakan..

Teknik Power Pumping

A. Menggunakan Double Pump
Jika anda menggunakan double pump,
1. Pam kedua-dua belah cik b serentak selama 10 minit..
2. Rehat selama 10 minit..
3. Ulang langkah di atas selama satu jam..
Ini bermakna, untuk setiap cik b, ibu dapat mengepam selama 30 minit..

B. Menggunakan Single Pump
Jika anda menggunakan single pump,
1. Pam sebelah kanan cik b selama 10 minit..
2. Kemudian, pam sebelah kiri cik b untuk 10 minit juga..
3. Ulang langkah di atas selama 1 jam..
Ini bermakna, ibu dapat mengepam setiap cik b untuk 30 minit..

Tetapi..untuk mendapatkan hasil yang diidamkan, ibu perlu konsisten melakukan teknik power pumping..hasilnya tidak akan dapat dilihat sehari dua..namun, dalam masa dua minggu, insyaAllah ibu pasti dapat melihat peningkatan kuantiti susu ibu dan ia pasti sangat menggembirakan!

Jangan lupa, sambil ber'power pumping', ibu-ibu teruskan berzikir dan berdoa kepada Allah SWT untuk menambahkan susu ibu dan melapangkan rezeki untuk si comel kesayangan..
Dengan usaha dan doa yang istiqamah, insyaAllah ibu-ibu akan berjaya..

Happy power pumping, mommies!! ^^


Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor ID 868610
016-5519641 / 019-6336341

No comments: