Sunday, October 21, 2012

Pengidap kencing manis boleh minum ESP??

ESP juga boleh dinikmati oleh pesakit kencing manis....kenapa?

Ini kerana...

kandungan Indeks Glisemik (G.I) bagi ESP adalah rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai untuk pengidap kencing manis.

*****
Apa itu Indeks Glisemik/Glycemic Index (G.I)?
Glycemic Index merupakan tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas 50g karbohidrat tersebut un
tuk menaikkan paras glukosa dalam darah. Kadang-kadang, ia juga merujuk kepada berapa pantas insulin yang akan dirembeskan (oleh pancreas) sebagai tindak balas oleh karbohidrat tersebut, dan berapa pantas karbohidrat tersebut dicernakan. Nilai rujukan untuk G.I ialah 100 (iaitu nilai G.I untuk glukosa).

Adakah G.I juga terdapat kelasnya yang tersendiri?
Makanan berkarbohidrat secara umum dibahagikan kepada 3 kelompok, iaitu
> G.I Tinggi (melebihi paras 70),
> G.I Sederhana (antara 55 – 70), dan
> G.I rendah (di bawah paras 55).


Siapa yg memerlukan index glisemik yg rendah?

1. pesakit diabetes
2. mereka yang ingin berdiet.
3. mereka yang mempunyai tahap kolestrol tinggi

Manfaat indeks glisemik rendah:
1. Mencegah dan mengawal diabetes. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition (Juli 2002) menyimpulkan bahwa makanan ber-indeks glikemik tinggi meningkatkan risiko terkena diabetes type 2.

2. Mencegah kanser. Artikel lain dalam jurnal yang sama menyebutkan adanya korelasi antara makanan tinggi indeks glikemik dengan kenaikan risiko kanser kolorektal, kanser payudara dan mungkin juga kanser ovarium dan prostat. Dr Atkins dalam New Diet Revolution menyebut hubungan antara kanser dengan indeks glikemik yang didasari oleh fakta bahwa sel kanser “mendapatkan makanan dari gula.” Buku itu juga menyebutkan bahwa penderita kanser payudara lebih mungkin untuk selamat dan kurang mengalami kekambuhan jika tingkat insulin tubuh mereka lebih rendah.

3. Mengurangkan risiko penyakit jantung. Risiko penyakit jantung meningkat selari dengan jumlah kolesterol tubuh Anda. American Journal of Clinical Nutrition juga melaporkan bahwa diet rendah indeks glikemik mengurangi kolesterol jahat dan trigliserida dalam waktu satu bulan.

4. Menurunkan obesiti. Makanan dengan indeks glikemik rendah menciptakan rasa kenyang yang lebih besar dan bertahan lebih lama. (sebab itu makan ESP semasa perut kosong menyebabkan kita akan rasa kenyang yang berpanjangan)



No comments: