Thursday, June 6, 2013

Tips Penyusuan Untuk Ibu Baru dan Bakal Ibu

Hmmm musim cuti sekolah ni banyak sungguh jemputan kenduri kahwin dan ramai juga yang baru dapat permata hati si comel kesayangan. Seronok tengok gelagat ibu dan si comel berposing di muka buku. Tak ketinggalan ayah pun sama, teruja dengan kelahiran permata hati yang ditunggu-tunggu. Subhanallah Maha Suci Allah yang memberikan perasaan kasih sayang... ^^




Jadi, terasa hari ni Mai nak kongsikan sikit tentang tips penyusuan bagi ibu-ibu yang baru je jadi ibu ni atau yang akan bakal bergelar ibu..ibu lama pun boleh jugak baca..hihi perkongsian tips ni berdasarkan pengalaman sendiri je, pengalaman dengan dua orang anak yang super dooper aktif ni..insyaAllah..

Tips Penyusuan Susu Ibu - Jom Realisasikan Impian dan Amalkan Sunnah! ^^


# Tips 1

♥ Lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Penyusuan susu ibu ni sangat mudah dan nampak mudah, tetapi mempunyai cabaran yang sangat sangat sangat besar. Baca, gali dan faham konsep penyusuan dan cabarannya. Nanti Mai kongsikan tentang cabaran penyusuan ni di entry yang lain..

# Tips 2

♥ Mulakan penyusuan seawalnya selepas kelahiran. Kalau boleh dalam masa sejam selepas bayi lahir terus susukan dia. Bayi ni Allah dah ciptakan naluri dan terus pandai menyusu sendiri.

 TIPS jika ibu-ibu bersalin di hospital swasta, maklumkan DENGAN TEGAS pada bidan, nurse atau doktor yang membantu ibu bersalin bahawa anda MAHU menyusukan bayi anda dengan susu ibu SAHAJA, dan jangan benarkan mereka bagi susu formula tanpa kebenaran anda! Sebab kadang2 hospital bersalin swasta ni tak sokong penyusuan susu ibu sangat dan dia akan kata risau baby hypo jadi kena bagi susu formula..NO! NO! NO! Baby takkan hypo, ibu jangan risau..kecuali kalau dalam situasi yang serius dan perlukan baby menerima rawatan..other than that, don't worry..so take note ok..

# Tips 3

Kapasiti perut bayi baru lahir
♥ Tanam dalam fikiran bahawa susu ibu cukup untuk bayi. Tahu tak, saiz perut bayi yang baru lahir hanya sebesar kacang je..perut dia hanya boleh muat 5 - 7 mililiter cecair..sebab tu susu awal ibu (cecair emas kolostrum) tu dalam kuantiti yang sikit je sebab memang perut bayi boleh tampung banyak tu..kesian kat baby kalau awal-awal lagi kita dah sumbat susu formula sampai 30 mililiter!! Huhu nanges!! Jadi, tanam dalam fikiran, "Susu saya cukup untuk bayi saya!"

# Tips 4

Bayi menyusu ibu adalah bayi yang ceria.. :)


♥ Ibu kena ingat, bayi menangis bukan sebab tak cukup susu..banyak faktor yang menyebabkan bayi menangis, bukan sebab lapar je..yang PALING UTAMA bayi selalu dan kerap menangis di awal kelahiran ialah dia sangat perlukan PELUKAN dan KASIH SAYANG ibu..pelukan dan kehangatan badan ibu yang membuatkan dia rasa selesa dan tenang..cuba bayangkan perpindahan dari alam rahim ke dunia, ke alam baru yang asing dan dia masih belum kenal sesiapa, sudah pasti bayi memerlukan seseorang untuk dia menaruh kepercayaan dan tempat perlindungan..dalam rahim yang selesa, sempit dan gelap, lalu lahir ke dunia yang luas, lapang dan terang bercahaya..sudah pasti ia sesuatu yang janggal dan asing bagi bayi..

Penyusuan susu ibu mengeratkan hubungan ibu dan anak


Tempoh penyusuan adalah tempoh membina ikatan antara ibu dan anak, tempoh membina emosi ibu dan bayi yang tenang dan stabil, tempoh membina kepercayaan dan kasih sayang bayi kepada ibunya serta tempoh yang Allah kurniakan khusus untuk insan bergelar ibu.. nikmatilah dan bersyukur..subhanallah Alhamdulillah.. ^^

# Tips 5


♥ INGAT!! Konsep penyusuan yang paling penting - semakin kerap payudara dikosongkan, semakin cepat susu ibu akan terhasil. Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu ibu  akan terhasil. Semakin kerap susu dikeluarkan dari payudara sama ada guna pam susu atau bayi menyusu, semakin kerap susu akan dihasilkan..  Ini kerana berdasarkan konsep DEMAND VS SUPPLY..

Pam susu boleh membantu ibu mengosongkan payudara sekiranya bayi sedang tidur.
Gambar hiasan: Pam Medela Freestyle


Susu ibu akan terhasil dengan banyak dan kerap jika payudara dikosongkan sekerapnya. Susukan bayi anda dengan susu ibu sekurang-kurangnya dua jam sekali. Jika bayi tidur, kosongkan payudara dengan mengepam keluar semua susu sehingga benar-benar kosong. Ini supaya payudara tidak bengkak dan bekalan susu ibu akan terus dihasilkan oleh kilang susu ibu. Apabila payudara kosong, otak akan menerima signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan oleh bayi. Maka, kilang susu akan beroperasi dan menghasilkan lebih banyak susu ibu.

AMARAN!!

Jangan tunggu dan biarkan sehingga payudara ibu bengkak baru dikosongkan. Ini untuk mengelakkan berlakunya bengkak susu atau saluran susu tersumbat yang boleh membahayakan ibu.


Rasanya tu dulu buat masa ni..nanti kalau ada masa Mai akan tambah ye.. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua..

Happy Breastfeeding, mommies!!


Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

No comments: