Tuesday, June 4, 2013

Kelebihan Penyusuan Susu Ibu

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni Mai nak sembang2 tentang kelebihan penyusuan susu ibu, sama ada kepada ibu ataupun kepada bayi...dua2 dapat khasiat, insyaAllah...khasiat yang tak mungkin dapat ditandingi oleh mana2 jenama susu di dunia ini.. Subhanallah sangat istimewa dan ajaibnya susu ibu yang Allah kurniakan hanya kepada insan bertuah bergelar ibu sahaja..

Jom-jom kita tengok kat sini apa kelebihan menyusukan sendiri bayi kita..

Kelebihan kepada ibu

  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya secara eksklusif dapat melewatkan kedatangan haid dan ini boleh mengelakkan dari mengandung...namun, jika rezeki anda telah tertulis untuk mengandung lagi terimalah dengan hati terbuka hadiah daripada Allah..
  • Penyusuan susu ibu boleh melangsingkan badan..lebih cepat nampak kesan jika senaman turut dilakukan..senaman ringkas je dalam 15-30 minit sehari sudah memadai..
  • Penyusuan susu ibu dapat membantu rahim kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan berlebihan..
  • Penyusuan susu ibu juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari..dua jenis kanser ni memang sangat2 ditakuti oleh mana2 wanita di seluruh dunia..semoga Allah memberi ibu-ibu kesihatan yang baik dan berpanjangan..insyaAllah..


  • dan yang paling best, penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa pun..senang kalau nak berjalan mana-mana tak perlu runsing lagi nak bancuh susu, nak bawak flusk air panas, bersih, selamat dan mudah..

Kelebihan kepada anak




  • Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang kian membesar..malah susu ibu juga mampu berubah mengikut keadaan cuaca..sekiranya cuaca panas, susu ibu akan kelihatan cair kerana mengandungi lebih susu awal (foremilk) yang berfungsi untuk menghilangkan dahaga bayi...jika cuaca sejuk, susu ibu akan kelihatan pekat, kerana mengandungi susu akhir (hindmilk) yang mengenyangkan bayi...Ajaib kan? Subhanallah..
  • Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang mampu melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru..
  • Susu ibu mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi..
  • Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak..sebab itulah bayi yang menyusu dengan susu ibu akan lebih bijak dan cerdik, serta perkembangan fizikal dan minda yang berbeza dengan bayi yang tidak menyusu dengan susu ibu..
  • Susu ibu mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan yang lain..malah puting payudara ibu bersifat antibiotik secara semulajadi, menjadi pelindung pertama bayi dari sebarang jangkitan kuman dan virus...MasyaAllah..Subhanallah...
  • Susu ibu boleh diperoleh dengan mudah diperolehi pada bila-bila masa...kalau tengah malam bayi bangun untuk menyusu, tak perlu bangun untuk membancuh susu...ayah juga boleh tidur dengan lenanya.. 


  • Menyusukan bayi dengan susu ibu dapat memberikan ketenangan dan keselesaan kepada bayi...bayi memperoleh ketenangan emosi saat didakap dan dipeluk oleh ibu semasa disusukan..bayi merasa lebih selamat dan dilindungi...ikatan antara ibu dan anak juga akan bertambah rapat dan erat...



Haaa....banyak kan kelebihan susu ibu ni...bukan pada anak je, mak pun dapat sekali...semua ibu mampu menyusukan bayi dengan susu ibu, rezeki setiap anak yang lahir ke dunia ini telah Allah tentukan...ibu-ibu perlu cekal dan berusaha untuk memberikan bayi dengan susu yang terbaik di dunia, iaitu susu ibu...tiada alasan lagi untuk tidak menyusukan bayi..

Berikan anak anda yang terbaik...
Semoga Allah ganjari dengan balasan syurga tertinggi..amin..


Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Tel: 016-5519641 (sms/whatsapp)




No comments: