Tuesday, May 28, 2013

Mengapa Ibu Wajib Berikan Susu Ibu Sejurus Melahirkan?

Penyusuan susu ibu bukan sahaja bagus untuk bayi malah sangat bagus untuk ibu juga. Manfaat yang Allah kurniakan buat ibu dan bayi sememangnya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana produk susu di dunia. Ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu telah berjaya mengambil langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat.

Susu ibu adalah bersih, mengandungi nutrisi paling seimbang, selamat dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul, malah menurut satu kajian yang dibuat, susu ibu mempunyai lebih 300 nutrisi dan ada yang tidak dapat dikenalpasti oleh saintis! Subhanallah..masyaAllah.. Selain kandungan nutrisi yang lengkap, susu ibu juga turut mengandungi enzim dan antibodi yang bagus untuk pencernaan dan imunisasi kelas pertama untuk bayi.

Susu pertama (kolostrum) mengandungi khasiat yang menakjubkan yang diperlukan oleh bayi untuk hari-hari pertama selepas dilahirkan. Cecair emas yang berwarna kekuningan ini bukanlah nanah yang perlu dibuang. TIDAK! Ia adalah mutiara berharga untuk bayi yang kaya dengan antibodi, enzim dan nutrisi untuk bayi. Kolostrum hanya keluar di awal kelahiran (1-4 hari selepas kelahiran) iaitu sebelum susu matang yang berwarna putih keluar. Kuantiti kolostrum tidak banyak, namun cukup untuk mengenyangkan bayi di awal kelahiran. Tiada istilah ibu tidak cukup susu!

Susu ibu juga mengandungi kandungan gula yang tinggi berbanding susu formula. Tapi, jangan risau. Gula dalam susu ibu adalah terdiri dari gula ringkas yang sangat mudah dicerna oleh badan berbanding kandungan gula dalam susu formula yang merupakan gula kompleks! Jadi, tak hairanlah kenapa bayi menyusu susu ibu cepat lapar berbanding bayi susu formula. Susu ibu sangat mudah dicerna dan dihadam oleh sistem pencernaan bayi yang masih muda. ^_^ Jangan bebankan perut bayi anda dengan susu formula ye!

Agar ibu-ibu dapat menyusukan dengan baik, pastikan ibu mengamalkan pemakanan yang seimbang agar nutrisi badan cukup dan ibu cukup tenaga. Sangat disarankan agar amalan pemakanan yang sihat diamalkan sejak sebelum hamil jika ibu berhasrat untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Pengambilan vitamin untuk ibu juga sangat digalakkan jika ibu mempunyai gaya hidup yang sibuk.


Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Tel: 016-5519641

No comments: