Sunday, May 12, 2013

Anti-Penuaan

ANTI-PENUAAN

Kenapa banyak sangat produk anti-penuaan ni?
Takut jadi tua ke?
Perlu ke nak melawan fitrah?dah bertambah usia mestilah menua!!

Kita mesti memahami konsep ini...menjadi tua dan penuaan ada 2 perkara yang berbeza...

Menjadi tua ialah secara fitrahnya berdasarkan usia..semakin meningkat usia semakin tua lah kita..tiada siapa dapat menghalangnya kecuali jika meninggal di usia muda...penuaan berlaku seiring dengan faktor usia, sel-sel menjadi semakin lemah dan menyebabkan banyak penyakit. Malah,kebanyakan penyakit yang kronik adalah disebabkan faktor penuaan seperti kanser, osteoporosis, penyakit kardiovaskular dan banyak lagi.

Penuaan pula disebabkan oleh perkara berikut:
- DNA yang tidak normal
- Kerosakan sel akibat dari kesan radikal bebas
- Katabolisme protein yang tidak efisien
- Faktor lain

Salah satu faktor utama terjadinya penuaan sel adalah kerana terdapat terlalu banyak radikal bebas di dalam tubuh kita.. setiap aktiviti metabolisme tubuh akan menghasilkan radikal bebas.. dengan adanya mekanisme antioksidan tubuh kita mampu meneutralkan radikal bebas ini sehingga ia tidak dapat memberi kesan kepada kesihatan kita..

Namun begitu, penggunaan bahan kimia dalam setiap objek kegunaan kita seperti makanan, sayur2an, buah2an, ikan ayam, persekitaran kini menjadikan terlalu banyak radikal bebas berada dalam tubuh kita. Ini kerana penggunaan bahan kimia semasa pemprosesan, pengawetan contohnya...

Menjaga kesihatan bukan sahaja melalui pemakanan kita tetapi juga merangkumi pakaian, peralatan rumah, bahan pencuci dsbg..pastikan kita meminimakan penggunaan bahan kimia di kediaman kita..

Bahan yang murah menggunakan bahan kimia yang banyak kerana mudah didapati..
Kenapa yang semulajadi lebih mahal?
Kerana ia sangat susah untuk dihasilkan..

Gunakan dan fikirkan kesan jangka panjang setiap produk yang ada di kediaman kita.
Penuaan...biarkan ia berlaku semulajadi..bukan menjadi tua sebelum usia...

Dipetik dan diubahsuai daripada vitaminsemulajadi.com

No comments: