Friday, May 12, 2017

Vivix Shaklee Bantu Turunkan Paras Gula Dalam Darah Dengan Berkesan

Assalamualaikum dan salam hormat semua..

Hari ni Mai nak cerita tentang Vivix...bagaiman Vivix membantu untuk turunkan paras gula dalam darah dengan berkesan..ye lah, kadang-kadang pesakit diabetes ni, walaupun dah kontrol makan pun, paras gula masih lagi tak turun-turun...sampai ada yang tak nak makan langsung sebab takut gula naik..haaa hati-hati, jangan kurang sangat gula dalam darah..pun tak bagus juga tau!

Bila tengok statistik tentang pesakit diabetes atau kencing manis kat Malaysia ni memang menyeramkan tau..anda tahu tak, 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia, adalah pesakit kencing manis.. bukan sahaja orang tua je yang ada kencing manis, yang muda-muda seawal 20-an pun dah ada kencing manis..

Puncanya?? -->> Tak kawal pemakanan, ambil gula berlebihan, lebih berat badan, tak de aktiviti keluarkan peluh, stress dan lain-lain..

Bila cerita pasal punca ni semua orang pun pandai senaraikan..semua pandai sebut je, tapi segelintir je yang amalkan..jom sama-sama kita ubah gaya hidup kita kepada gaya hidup yang lebih sihat...supaya kita dapat mewarisi negara sebagai rakyat yang sihat..

Sebenarnya kan, 90% orang yang ada kencing manis biasanya type II, asalnya normal tetapi disebabkan diet yang tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat ----> insulin tidak dapat berfungsi dengan baik..jadi tak dapat nak kawal paras gula dalam darah tu..

Bagaimana Kencing Manis Boleh Terjadi?


Apabila kita makan, karbohidrat akan di cernakan menjadi glukosa, glukosa seterusnya akan masuk ke salur darah untuk diagihkan kepada sel organ yang memerlukan, iaitu ia akan jadi sumber tenaga kepada badan kita.

Hormon Insulin secara automatik akan dihasilkan oleh pankreas untuk membenarkan glukosa masuk ke dalam sel organ.

Insulin berperanan macam gatekeeper atau kunci antara salur darah dan sel organ.

Apabila insulin buka pintu, glukosa akan masuk ke dalam sel, bekalkan tenaga untuk jalankan fungsi sel.

Diabetes atau kencing manis terjadi apabila insulin tak dapat buka pintu antara sel organ dan salur darah,

Glukosa akhirnya terkumpul dalam darah...haa ni yang membuatkan paras glukosa yang tinggi dalam darah maka menyebabkan penyakit kencing manis ataupun diabetes.

Cara Turunkan Gula Dalam Darah Dengan Vivix

Vivix kaya dengan kandungan resveratrol .



Mengikut kajian, ada 5 mekanisme bagaimana resveratrol dapat bantu untuk mengurangkan metabolik sindrom akibat kencing manis dalam badan.

#1. Resveratrol bantu memperbaiki keseimbangan glukosa dalam darah.
       - Maka ia akan jadi elok balik ikut sistem yang betul macam badan kita sepatutnya buat.

#2. Resveratrol Bantu Kurangkan rintangan insulin 
       - Vivix membantu untuk membetulkan fungsi "kunci dan mangga" tadi supaya glukosa boleh masuk dalam sel dan tak terkumpul di salur darah sahaja.

#3. Resveratrol Bantu Melindungi pankreas
      - kita nak perbaiki balik pankreas yang dah rosak dan terbeban tadi, supaya boleh berfungsi semula dengan baik. Kita tak nak cucuk insulin tiruan. Kita nak hasilkan sendiri insulin oleh pankreas kita.

Vivix akan bantu kurangkan radang di pankreas --> lindungi sel di pankreas --> supaya insulin akan meningkat ke normal semula.

#4. Resveratrol Bantu Membaiki rembesan insulin
        --> bila sel pankreas dah normal, insulin akan dihasilkan secara normal oleh badan kita.

#5. Resveratrol Bantu Membaguskan Keseimbangan Metabolisme
       - bila badan kita mendapat keseimbangan metabolisme, maka badan kita dapat menjalankan fungsinya dengan baik..maka kita dapat mengelakkan berlakunya penyebab kepada penyakit-penyakit kronik seumpama kencing manis.

InsyaAllah, dengan pengambilan Vivix yang konsisten, pesakit kencing manis boleh kembali tersenyum..kat sini Mai kongsikan testimoni pengguna ye.

Testimoni Pengguna Vivix






Anda perlukan Vivix?

>>>>   ORDER SEKARANG DI SINI   <<<<



Your Shaklee Health Consultant & Business Leader,

Mai

Shaklee ID |868610

Whatsapp | 016-5519641

Pengedar Shaklee Batu Gajah, Perak

Nasihat kesihatan percuma untuk pelanggan saya

Pengeposan ke seluruh Malaysia.
Jom Jadi Ahli Shaklee 
dan bersama keluarga besar iReach dan HMs
"Kenapa bayar lebih sedangkan anda boleh jimat banyak?"

No comments: