Tuesday, January 29, 2013

Tips Jika Susu Badan Tiba-tiba Merudum

Susu badan merudum.....??!!
Argh...camane ni....esok nak kerja..baru dapat 3oz je ni..huhu nak nanges.....huhuhu
Dah la stok beku pun dah habis...
Nak nanges....

Pernah mengalami situasi di atas?

Jika ya..jangan risau, Allah sentiasa ada dengan kita...kita kena percaya yang Allah akan bantu kita..teruskan berdoa..teruskan percaya...letakkan keyakinan hanya pada Allah...dan pada masa tu miracles will happen...
Tapi doa dan tawakkal perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh...apa yang boleh anda buat jika tiba-tiba susu merudum?

Jom saya kongsikan tips untuk tingkatkan semula penghasilan susu ibu tatkala mengalami kemuruduman pengeluaran susu ibu..

1. Senyum dan bertenang menghadapi situasi ini. Percaya dan yakin bahawa Allah sentiasa ada di sisi kita dan akan sentiasa membantu kita.

2. Teruskan sesi mengepam dan kerapkan penyusuan bayi secara terus. Ikut jadual mengepam yang konsisten setiap hari. Boleh tambah sesi pengepaman sekiranya ada waktu terluang. Sela masa 2-3 jam tempoh antara satu sesi adalah yang terbaik.

3. Elakkan beri bayi susu perahan sekiranya ibu ada di sisi bayi. Teruskan penyusuan secara terus walaupun bayi mahu menyusu selepas sesi pengepaman. INGAT!! Semakin kerap susu dikeluarkan, lebih banyak susu akan terhasil!

4. Cuba kaedah untuk memperbanyak pengeluaran susu ibu, seperti power pumping.

5. Mengepam di antara waktu 12.00 pagi - 6.00 pagi. MENGAPA? Ini kerana hormon oksitoksin yang meransang pengeluaran susu ibu paling banyak dirembeskan pada waktu ini. Cuba bangun sekurang-kurangnya sekali untuk mengepam susu. Jika ibu bersungguh-sungguh, ibu boleh dapat 3 sesi mengepam sepanjang waktu ini, iaitu pada 12am, 3am dan 6am. Ibu akan dapat lihat perubahan pada kuantiti susu ibu yang diperah.

6. Mengamalkan ayat al-Quran dan zikir semasa sesi mengepam dan penyusuan bayi. Amalkan ayat 60 surah Al-Baqarah serta zikir Ya Matiin, Ya Wahhab. Berdoalah supaya Allah membantu niat murni kita untuk menyusukan bayi sehingga usianya 2 tahun.

7. Makan makanan yang berkhasiat dan makanan yang boleh menambah kualiti dan kuantiti susu ibu. Jika ibu merasakan diet seharian tidak mencukupi, ibu bolehlah mengambil vitamin untuk ibu menyusu agar ibu kekal sihat dan bertenaga.

Namun...ingat...kita hanya mampu berusaha sedaya upaya, mintalah pada Yang Maha Memberi..insyaAllah pengalaman penyusuan adalah sesuatu yang indah dan kenangan terhebat yang dianugerahkan oleh Allah kepada insan yang bergelar ibu. Sabar dan senyumlah, sentiasa berprasangka baik terhadap Allah, insyaAllah ada kemanisan selepas segala kepayahan.

Enjoy the moments!!


Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor ID 868610
019-6336341 / 016-5519641

Tuesday, January 8, 2013

Rahsia Banyakkan Susu Badan

Nak banyakkan susu badan?
Susah hati kerana susu tiba-tiba merudum?
Nak kerja esok tapi stok susu tak cukup!!
Dah makan macam-macam milk booster tapi susu badan macam tu jugak, tak banyak pun macam orang lain!?

Saya pasti...ni adalah antara dilema seorang ibu yang memang berhasrat sepenuh jiwa dan raga mahu memberikan susu yang terbaik dan termahal di dunia..namu adakalanya semuanya tak seindah dan semudah yang diimpikan dan dibayangkan di fikiran..dah macam-macam cara yang dibuat, masih lagi tiada perubahan...ada yang mudah mengalah, perjalanan penyusuan terhenti setelah berhabis membeli segala peralatan mengepam dan sebagainya...saya faham perasaan itu kerana saya juga begitu semasa anak pertama!

Jangan gundah..riangkan hati...hilangkan stress kerana stress juga boleh menyebabkan susu 'malu-malu' nak keluar.. senyum selalu...


Rahsia Banyakkan Susu Badan


Tiada rahsia yang khusus dalam usaha kita nak banyakkan susu badan ni...di sini saya nak kongsikan tips yang berguna untuk anda mencapai impian menyusukan permata hati dengan mutiara berharga ini...jika anda istiqamah dan sabar, insyaAllah tips ni mampu membanyakkan susu badan.

1. Banyakkan susu dengan mengepam atau mengosongkan payudara secara konsisten setiap hari.      

Banyakkan sesi mengosongkan payudara dengan kerapkan direct feeding atau sesi pengepaman. Ibu-ibu perlu tau, kunci banyakkan susu badan ialah kekerapan breast dikosongkan., lebih kerap susu akan dihasilkan. Apabila permintaan tinggi, otak akan menghantar isyarat kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk menampung keperluan bayi.

Sebab itulah sekiranya ibu-ibu berhasrat untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ibu-ibu perlu mula menyimpan stok seawal 2 minggu selepas kelahiran bayi! Ini supaya, keperluan bayi akan dapat dipenuhi sekiranya ibu pergi bekerja atau terpaksa outstation beberapa hari atau sekiranya bekalan susu merudum akibat ibu sakit.

Persediaan rapi sangat penting supaya hasrat ibu menyusukan tidah terkubur begitu sahaja. Dengan disiplin dan azam yang tinggi, ibu-ibu pasti boleh berjaya. Peningkatan sesi pengepaman boleh membantu membanyakkan susu badan.

2. Banyakkan susu dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat setiap hari tanpa gagal

Ibu-ibu perlu mengamalkan diet yang seimbang dan makan hanya makanan yang sihat. Pastikan diet ibu-ibu mengandungi semua jenis zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Badan yang sihat dapat membantu menampung keperluan bayi dan ibu tidak mudah merasa letih dan lesu terutamanya setiap kali bayi habis menyusu atau sesi mengepam selesai.

Sekiranya ibu-ibu tidak pasti makanan yang diambil mencukupi zat dan nutrisi, ibu-ibu boleh mengambil vitamin khas untuk ibu menyusu. Ini supaya susu badan yang diberikan kepada bayi benar-benar berkualiti dan mencukupi zat dan nutrien untuk tumbesaran minda dan fizikal bayi yang sihat. Ibu sihat, anak ceria!

3. Banyakkan susu dengan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari

Ibu-ibu kena banyak minum air supaya dapat menggantikan air yang keluar dari tubuh. Jika tidak, badan akan mudah rasa letih dan lesu.

Berapa banyak yang ibu kena minum?

Ibu-ibu menyusu perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Cari cara bagaimana untuk memastikan air yang ibu-ibu minum benar-benar cukup. Memadai sekiranya mempunyai beberapa bekas air yang patut dihabiskan setiap hari. Sekiranya tak habis, maknanya air yang diminum belum cukup!

4. Banyakkan susu dengan berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT

Jika anda seorang Muslim, tentu sangat pasti percaya bahawa rezeki di tangan Allah...percaya dan yakin bahawa Allah akan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk bati anda. Jangan berputus asa dan teruskan berdoa dan bertawakkal kepadaNya.

Jika anda bukan seorang Muslim, anda juga patut percaya begitu..

Kunci kejayaan penyusuan = DOA + USAHA + ISTIQAMAH + TAWAKKAL

Berdoalah dengan sabar dan solat..mohonlah kepada Allah agar dipermudahkan perjalanan penyusuan anda. Setiap anak berbeza rezekinya...mintalah kepada Yang Maha Memberi Rezeki, insyaAllah anda pasti berjaya.


Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms@whatsapp             016-5519641      
nur.rumaizah@gmail.com
Fb page: My Health Store



Sunday, January 6, 2013

Kalau Hebat Sangat, Kenapa Takde Jual di Farmasi, Tesco, Giant Sume?

Kenapa Produk Shaklee tiada dijual di farmasi dan kedai ubat?


Sebab produk Shaklee TERLALU EKSKLUSIF dan sangat BERKUALITI...
hanya boleh didapati melalui pengedar berdaftar dan cawangan Shaklee sahaja!!



Anda memang takkan jumpa di mana-mana toko jamu ke, kedai ubat ke, farmasi ke melainkan jika tauke kedai atau farmasi tu adalah pengedar Shaklee...haa baru boleh beli...tak seperti jenama vitamin tambahan yang anda boleh jumpa di pasaran, anda boleh beli dengan mudah...hanya pilih di rak-rak dan bayar...senang!

Tetapi...mudahkah anda membuat pilihan terBAIK?
Adakah sekiranya sesuatu jenama vitamin tambahan itu mahal, maka produknya juga berkualiti?

Sama sekali TIDAK!!

Mengapa saya katakan begitu??

Cuba anda fikirkan...sebelum sesuatu produk itu berada di pasaran sama ada di kedai atau farmasi atau pasaraya, dah berapa kali ia berpindah tangan?

              Pengeluar > Pengedar > Pemborong > Peruncit > Pengguna

4 KALI menyebabkan harga kos juga naik 4 kali ganda!
Mungkin harga sebenar produk cuma separuh atau suku daripada harga yang telah anda bayar...
Sangat merugikan, bukan?
Kenapa bayar lebih jika sebenarnya anda boleh dapat vitamin tambahan yang berkualiti pada harga yang sangat berpatutan?

Tiada Kos Tersembunyi

Chewah...macam iklan kad kredit pulak...hehe

Jika anda memilih produk Shaklee, tiada kos tersembunyi...produk dijual terus kepada anda..BEST kan?

               Pengeluar (Shaklee) > Pengedar Shaklee > Pengguna (ANDA!!)

Tiada sebarang kos tambahan seperti pengangkutan, pengiklanan, pemasaran dan lain-lain lagi yang boleh membuatkan harga produk meningkat berkali-kali ganda berbanding harga kos sebenar. Sebab itulah anda takkan pernah nampak sebarang iklan Shaklee sama ada di tepi jalan, tepi highway, tepi flyover malah iklan di media massa seperti pesaing-pesaing rapatnya..

Bukankan kos pengiklanan semua tu memakan kos yang sangat tinggi, yang sebenarnya dibayar oleh anda!

Kenapa anda perlu bayar lebih untuk semua tu?
Jangan menzalimi diri sendiri...
Anda layak menerima yang terbaik...

Sekiranya produk Shaklee terpaksa melalui pelan pemasaran sebegitu, saya jamin hanya golongan kelas atasan yang mampu membelinya..

Kualiti sangat penting...bukan jenama..

Biar namanya diharumkan kerana kualitinya, bukan kerana harganya...



Shaklee...Sentiasa Selamat, Berkesan dan Mesra Alam...
Dijamin halal dan gunakan tanpa was-was..
InsyaAllah...

Jadi, cepat hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee idaman anda..semua hanya di hujung jari saja!!

Meh isi je borang order.. KLIK SINI

Hubungi saya k..

Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms@whatsapp 016-5519641
nur.rumaizah@gmail.com
Fb page: My Health Store

Anak Bijak..Ibu Percaya Khasiat Omega-3 dan DHA

Jadi bijak dengan DHA

Kalau kita tengok kat iklan tv hari-hari mesti ada keluar iklan susu untuk membesar kanak-kanak kan?pastu setiap brand susu tu mesti sebut ada DHA..EPA..

Kenapa?

Sebab ibu-ibu percaya,kalau minum susu ada tinggi DHA, nanti anak jadi bijak pandai..

Memang betul...DHA sangat menggalakkan perkembangan minda yang cerdas yang membuatkan anak sentiasa aktif dan kreatif..DHA dan EPA sangat membantu dalam perkembangan memori anak-anak..Kandungannya menyebabkan anak tidak mudah lupa dalam pembelajaran selain dari meningkatkan kesihatan supaya anak cerdas dan cergas belajar.

Shaklee OmegaGuard...bukan sekadar DHA

FAKTA TENTANG SHAKLEE OMEGA GUARD YANG ANDA PERLU TAHU


  • Shaklee OmegaGuard diekstrak daripada ikan laut air sejuk di perairan laut negara Jepun. 
  • Mempunyai 3 kali lebih ketumpatan dari ketumpatan minyak hati ikan.
  • Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia (berbanding produk di pasaran)
  • Mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
  • Satu sajian Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.
  • Dihasilkan menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini - melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi
  • Bebas bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) iaitu bahan kimia industri yang paling toksik.


Memang sangat banyak suplemen Omega-3 yang dijual di pasaran, tetapi para ibu perlu memastikan ianya bebas dari bahan kimia berbahaya dan bertoksik. Adakalanya pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, di mana boleh memusnahkan sesetengah nutrien namun tidak mampu menapis kandungan logam berbahaya yang mengancam kesihatan.



Jangan hanya mencari suplemen murah, tetapi berbahaya kepada kesihatan!

Manfaat Utama Omega Guard

  • Asid lemak Omega-3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, oleh itu kita perlu mengambilnya melalui makanan
  • Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly
  • Membantu tumbesaran dan dan perkembangan otak janin
  • Membantu perkembangan memori
  • Meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
  • Mencegah penyakit Alzheimer (nyanyuk)
  • Memelihara penglihatan dan pendengaran
  • Mencegah migrain
  • Mengimbangi perubahan dalam hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah
  • Melincirkan saluran darah supaya peredaran darah lebih lancar
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Membantu mengurangkan ketegangan di leher atau sakit kepala
  • Merendahkan kolesterol
  • Menghindarkan pembekuan darah dalam badan
  • membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mencegah arteriosclerosis dan myocardial infarction
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menyihatkan paru-paru
  • Menentang kanser seperti kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon
  • Merangsang kesihatan hati selepas pembedahan
  • Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih efektif
  • Memelihara fungsi sendi (athritis) - mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan
  • Mencegah insomnia
  • Membantu mengurangkan tekanan


Waaahhh...banyak betul manfaat yang anda boleh dapat dari Omega Guard...dah ada yang terbaik, kenapa tidak pilih je?

Nak anak bijak pandai? Ibu kena mulakan dari dalam kandungan lagi. Kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega-3 dalam trimester ketiga kandungan dapat meningkatkan kemampuan dan perkembangan otak bayi dengan berkesan.

Kalau ibu hamil, makan OmegaGuard masa kandungan 6 bulan ke atas..
Kalau ibu menyusu, makan OmegaGuard supaya khasiat Omega-3 disalurkan melalui susu ibu...
Kalau anak 1 tahun ke atas, boleh pecahkan minyaknya dan campur dalam susu..
Kalau anak 4 tahun, bagi sebiji sehari...
Hasilnya...anak bijak, cerdas dan cergas belajar!!

Harga pun berpatutan...sangat2 berbaloi...

Kalau ibu-ibu nak berikan pada anak OmegaGuard ni, jangan segan-segan hubungi Mai k...untuk pengetahuan semua, Mai pun memang bagi pada anak-anak Mai..hasilnya memang best, Alhamdulillah...boleh baca dalam entry Mai yang ni...

Ok, semoga bertemu lagi!!

Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms@whatsapp 016-5519641
nur.rumaizah@gmail.com
Fb page: My Health Store

Saturday, January 5, 2013

Nak Jadi Ahli Shaklee? Meh, saya tunjukkan caranya!!

Nak jadi ahli Shaklee?

Kenali latar belakang Shaklee Malaysia...tak kenal maka tak cinta kan?banyak maklumat yang anda boleh perolehi mengenai syarikat.

Berbalik kepada soalan anda tadi kan...camno den nak jadi ahli Shaklee yang famous dan tersohor ni?hehe

Sonang ajo jang...meh den cerito...

Anda boleh menjadi ahli dengan dua cara..

Cara 1:
Keahlian dengan pendaftaran.

Anda boleh mendaftar jadi ahli Shaklee dengan hanya membayar yuran keahlian sebanyak RM65. Kos pengeposan kit ahli, semenanjung Malaysia RM10 dan Sabah Sarawak RM20..dengan ini anda secara rasminya bergelar Shaklee Independent Distributor!!

Bermakna....
Jika anda di Semenanjung Malaysia, anda bayar RM75, anda dah layak menjadi ahli Shaklee.
Jika anda di Sabah atau Sarawak, anda bayar RM85, dan layak menjadi ahli Shaklee.

Taknak bayar yuran ahli?
Orang Parit kata...never mind...hihi

Cara 2:
Keahlian PERCUMA dengan pembelian

Anda layak mendaftar sebagai ahli Shaklee secara percuma sekiranya anda...

~ membuat pembelian bernilai 200uv (sekitar RM650 Semenanjung atau RM700 Sabah/Sarawak)
ATAU
~ membeli 2 botol Vivix
ATAU
~ membeli 3 kotak Collagen Powder

Dah beli? Anda berhak mendapat keahlian PERCUMA dari Shaklee...

Berita baik!!!!
Kini, anda tak perlu lagi memperbaharui keahlian anda setiap tahun...
Bermula Januari 2013, tiada lagi yuran pembaharuan akan dikenanakan...ini kerana majalah Shaklee Today yang terbit setiap 2 bulan, akan berada di atas talian di website Shaklee...
Weee...maknanya yuran keahlian Shaklee sekarang adalah untuk seumur hidup!!
Best..best...best!!

Nak jadi ahli Shaklee?
Hubungi saya...
Anda akan dibimbing untuk menjana pendapatan 3-4-5-6 angka sebulan!!
Tak percaya?
Percayalah...!!

Anda juga boleh mengisi maklumat anda di sini untuk Pendaftaran Ahli Baru Shaklee dan bersama-sama kita menuju puncak kejayaan..insyaAllah..

Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms@whatsapp 016-5519641
nur.rumaizah@gmail.com
Fb page: My Health Store

Nutrisi Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusu

Saya gembira kerana secara rasminya Shaklee telah menyokong keperluan nutrisi untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Kini para ibu dah tak perlu bimbang dan ragu dengan produk Shaklee lagi.


Berminat...sila hubungi saya.
^_^

Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms@whatsapp 016-5519641
nur.rumaizah@gmail.com
Fb page: My Health Store

Mengimpikan Anak Cerdik dan Pintar

Setiap ibu bapa memang teringin anak yang cerdik dan pintar. Kalau boleh, lahir-lahir celik mata dah boleh panggil mama..hihi....

Kecerdikan dan kepintaran anak perlu diransang sejak dari anak dalam kandungan lagi. macam-macam cara yang boleh dilakukan untuk meransang perkembangan minda anak. Meransang anak sejak dari dalam kandungan sangat2 memerlukan kesungguhan bagi setiap ibu bapa. Nak anak cerdik? Kena buat sungguh-sungguh ye...bukan hari ni buat, lepas tu seminggu tak buat, sambung pulak...kena berterusan dan konsisten.

Fahami Perkembangan Saraf Anak

Sistem saraf pusat di peringkat janin bermula dari minggu ke-4 kandungan dan terus berkembang selaras dengan perkembangan deria-deria lain seperti deria pendengaran, penglihatan, bau dan juga perkembangan motor dan fizikal.

Sebab tu...selepas melepasi trimester pertama, ada ibu yang sudah mula merasakan pergerakan bayi (biasanya minggu ke-20 dan ke atas)..bayi dah boleh respon terhadap cahaya, bunyi dan sentuhan dari ibu...wah...sangat teruja bila bayi bergerak dan berpusing dalam dunianya...

Kajian mendapati bayi yang terdedah kepada sesuatu irama, contohnya muzik klasik, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan sebagainya secara berulang-ulang semasa dalam kandungan, mereka boleh mengingati bunyi dan irama tersebut sekiranya dimainkan ketika usia mereka 12 bulan!! Subhanallah Maha Suci Allah...

Jadi...kalau ibu-ibu nak anak jadi hafiz hafizah kena selalu bacakan dan perdengarkan ayat-ayat cinta dari Allah supaya tersimpan di memori anak sejak dari dalam kandungan

Adalah sangat digalakkan agar ibu bapa berinteraksi dengan bayi dalam kandungan sekurang-kurangnya 5 hingga 10 minit setiap hari untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dengan bayi.

Elak Stress Sepanjang Tempoh Kehamilan

Tahukah anda, ketidakstabilan atau gangguan emosi boleh mempengaruhi perkembangan minda bayi dan boleh menyebabkan impian mendapat anak cerdik dan pintar semakin nipis..

Kajian menunjukkan tekanan di kalangan ibu hamil, boleh mengurangkan IQ anak dan meningkatkan risiko anak untuk mengalami masalah tekanan seperti kemurungan, anxiety dan Attention Deficit Hyperactive Disorder(ADHD).

Ibu-ibu perlu bijak mengawal emosi dan cuba meringankan emosi dengan melakukan aktiviti yang menghiburkan. Antara aktiviti yang menenangkan ialah berzikir, senaman, berenang atau berbual dengan ibu.. Kajian menunjukkan berbual-bual dengan ibu boleh menurunkan stress! Jadi, jika stress, hubungi ibu anda ok..?

Kesihatan Ibu Menyumbang Kepada Anak Cerdik dan Pintar

Nak anak cerdik dan pintar...bermakna ibu mengandung sangat perlu menjaga kesihatan. Ini kerana sekiranya tidak, kemungkinan mendapat anak yang tidak cerdas lebih tinggi. Ibu perlu meningkatkan daya ketahanan tubuh supaya bayi tidak mudah dijangkiti penyakit. Pemakanan yang seimbang perlu diambil kira supaya mengandungi kesemua zat dan vitamin yang mencukupi.

Asid folik adalah amat penting pada trimester pertama untuk memastikan pembentukan sistem saraf bayi. Kekurangan asid folik terutamanya pada peringkat awal kandungan boleh menyebabkan masalah neural tube seperti spina bifida atau yang lebih serius anencephaly.

Pastikan zat pemakanan anda mempunyai asid folik. Sekiranya anda ragu-ragu, sangat digalakkan untuk mengambil sebarang supplement yang mengandungi asid folik. Vitamin untuk ibu mengandung sangat perlu supaya dapat menampung keperluan ibu dan bayi.

Dipetik dan diubahsuai dari Majalah Pa&Ma.


RUMAIZAH ZALKORNAIN
ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641

Saturday, December 29, 2012

Hilangkan dan Merawat Ketuat Dengan Nutriferon...BERKESAN!!

Beberapa minggu lepas, saya ada cerita tentang ketuat kan? Saya bereksperimen dengan diri sendiri, merawat dan hilangkan ketuat di jari dengan hanya mengambil Nutriferon.

Alhamdulillah dalam masa 2 minggu,ketuat saya gugur!!


Cara merawat ketuat yang saya amalkan..
1. Ambil Nutriferon selama 3 hari berturut-turut.
2. Kemudian ambil selang 3 hari..
3. Hari ke-4 tempat ketuat dah tak rasa sakit.
4. Lepas seminggu nampak tompok2 darah pada ketuat (warna hitam) - menunjukkan akar dah tak dapat bekalan darah,jadi sel mula mati..
5. Lepas 2 minggu ketuat dah mula lekang dan gugur dari jari saya!!



Sangat lega sebab dah tak sakit lagi..
Tak perlu sapu asid yang sangat menyakitkan lagi..




Jika anda nak hilangkan dan merawat ketuat dengan Nutriferon, boleh cuba cara saya..

Jangan biarkan kesakitan pada ketuat menyelubungi hidup anda lagi!

Hubungi saya untuk order dan pertanyaan.


Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp/call: 016-5519641

Kenapa kita kena makan vitamin untuk sihat?

Kita sihat..kenapa nak kena makan vitamin tambahan?

Masa sihatlah kena makan vitamin sebab masa kita sihat, semua sel kita sedang bekerja dalam keadaan paling baik dengan optimum. Semua nutrisi dan zat galian dalam makanan dan suplemen yang kita ambil akan diserap sempurna.

Kalau sakit, kena la makan ubat..kalau kita makan vitamin tambahan masa sakit, masa tu semua sel dah lemah, menyebabkan penyerapan vitamin tak efisien..kena lawan penyakit dulu, baru efisien bila makan vitamin.

Kita makan vitamin tambahan sebab kita nak kuatkan sel..supaya sel sihat dan dapat bekerja dengan baik dan optimum..barulah badan cergas, otak cerdas!!

Mencegah kan lebih baik dari merawat..
^_^

Saturday, December 22, 2012

ESP - Meningkatkan Kualiti Hidup Saya

Produk Shaklee favourite saya adalah ESP..Alhamdulillah sejak saya amalkan ESP secara berterusan, saya rasa berbeza..


Saya rasa berbeza..
Saya rasa lebih sihat..
Saya rasa lebih berkeyakinan..
Saya rasa bersemangat..
Saya rasa lebih bahagia..
Saya rasa lebih bersyukur...


Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana Allah banyak membantu saya meningkatkan kualiti hidup saya. Semuanya hanya dengan izinNya dan iradatNya...


Apa manfaat ESP yang sangat best yang anda juga boleh dapat?
♥ memberikan tenaga, badan rasa segar dan lebih kuat
♥ kurang rasa letih dan mengantuk
♥ menegangkan dan memperbaiki tekstur kulit
♥ menganjalkan kulit
♥ menghilangkan parut jerawat
♥ menghilangkan stretch marks
♥ membantu melembapkan kulit
♥ membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
♥ memekatkan susu ibu
♥ membantu menguatkan rahim
♥ memberikan rasa kenyang lebih lama
♥ membina otot


 ESP dihasilkan dari soya bukan GMO dan dipantau sejak dari proses soya ditanam. 850g ESP dihasilkan dari 30 kg kacang soya dan diproses menggunakan air untuk mengekalkan kandungan isoflavones.yang dipercayai dapat mencegah kanser.

Wednesday, December 19, 2012

FAQ ESP


Soalan Lazim ESP Shaklee:

ESP Shaklee Perisa Apa?
ESP Shaklee berperasa Vanila, tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna mahupun pengawet.

Boleh Minum Dengan Apa?
Boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan minuman kegemaran, rasanya pun sedap.

Bagaimana Cara Minum ESP Shaklee?
Bancuh satu sudu ESP Shaklee dengan satu gelas air suam atau sejuk (JANGAN guna air panas), kacau atau shake hingga sebati, minum.

Selain Minum, Apa Lagi Boleh Dibuat Dengan ESP Shaklee?
ESP Shaklee boleh dibuat masker dengan mencampurkan ESP Shaklee dengan yogurt.

Ada Pantang Tak?
ESP Shaklee tidak boleh diambil bersama minuman berkafein dan teh, sila jarakkan masa pengambilan antara keduanya.

Satu Bekas 850g Tahan Berapa Lama?
Penggunaan normal biasanya tahan dua bulan.

Apakah Sukatan Harian ESP Shaklee Untuk Dewasa?
Sekali sehari sudah mencukupi untuk penjimatan, boleh ditambah kepada dua atau tiga kali mengikut keperluan individu.

Bolehkah Diminum Oleh Kanak-Kanak?
ESP Shaklee sangat sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak yang sempurna.

Bagaimana Pula Dengan Orang Tua, Ibu Hamil, Ibu Menyusu, Bayi?
Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tidak digalakkan untuk bayi di bawah 12 bulan. Juga sesuai untuk alergik atau alahan.

Saya Ada Gastrik, Bolehkah Minum ESP Shaklee?
Sangat bagus dalam membantu menyembuhkan gastrik. ESP Shaklee juga boleh memberi kekenyangan dengan cara yang paling selesa, sesuai untuk diet menguruskan badan.

Selepas Pembedahan, Dalam Tempoh Berpantang, Gout, Diabetes (Kencing Manis)?
Juga boleh minum tanpa sebarang masalah.



Ada soalan lain?
Ajukan terus kepada saya..

Hubungi saya.

Rumaizah Zalkornain
ID 868610
Sms/whatsapp 016-5519641

INFO PRODUK: ESP- Soy Protein Isolate Powder


Protein Bukan GMO Lengkap Dengan Semua Asid Amino Utama

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP Shaklee menyediakan 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP Shaklee adalah rendah lemak dan bebas laktosa serta bebas kolesterol.

ESP Shaklee:

  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Mengandungi protein soya yang sangat membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Manfaat & Kebaikan ESP Shaklee

Energizing Soy Protein (ESP) dari Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap 1kg ESP Shaklee berasal dari 30kg kacang soya dan ia adalah "booster" tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.

Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan sembilan asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atau muda.

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, tiada kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Faedah ESP Shaklee Termasuklah:

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki – genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

"Milk Booster" Untuk Ibu Menyusu – Susu ibu lebih cepat dihasilkan dan semakin banyak. Susu menjadi lemak berkrim, sangat digemari oleh bayi anda dan mudah kenyang serta kurang meragam.

Membantu Menghilangkan "Stretch Mark" Sewaktu Mengandung – ESP Shaklee bertindak memperbaharui sel-sel kulit dan menghasilkan kulit baru yang lebih cantik dan tegang.

Mengurangkan Alahan Ibu Hamil (Morning Sickness)

Membantu Menurunkan Berat Badan

Meningkatkan Kesuburan
...dan banyak lagi!


Mahukan harga menarik?
Hubungi saya sementara stok masih ada.

Rumaizah Zalkornain
ID 868610
Sms/whatsapp 016-5519641

Thursday, December 13, 2012

Merawat Ketuat Dengan Shaklee Nutriferon

Nutriferon dan Ketuat

Terdapat beberapa kaedah perubatan untuk merawat ketuat, dan salah satu yang saya nak tekankan adalah..

Kaedah Interferon & asid trichloracetic

Interferon & asid trichloracetic merupakan rawatan membuang ketuat dengan menggunakan suntikan Interferon secara langsung kepada kawasan yang dijangkiti, manakala ubat TCA akan disapu pada permukaan ketuat.

Bagaimana Shaklee Nutriferon boleh membantu menghilangkan ketuat?

Berdasarkan kaedah yang disebutkan di atas, pesakit akan disuntik dengan interferon ke kawasan yang dijangkiti. Ketuat disebabkan oleh jangkitan virus Humanpapiloma (HPV). Dengan meningkatkan sistem imunisasi tubuh melalui interferon, ketuat dapat dirawat dengan berkesan. Ketuat akan hilang secara semulajadi.

Apa itu interferon?

Menurut En. Wiki,
"Interferons (IFNs) are proteins made and released by host cells in response to the presence of pathogens such as viruses, bacteria, parasites or tumor cells. They allow for communication between cells to trigger the protective defenses of the immune system that eradicate pathogens or tumors."

Dalam bahasa yang lebih mudah, interferon ni dihasilkan oleh sel apabila terdapat kehadiran patogen seperti virus, bakteria, parasit atau sel tumor. Ia adalah kunci kepada sistem imunisasi untuk melawan semua patogen atau tumor..

MasyaAllah..hebat kan?

Tetapi, interferon di dalam badan perlu diaktifkan.

Shaklee Nutriferon adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia hasil kajian selama 40 tahun oleh Dr. Yasuhiko Kojima dan menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mrmpunyai daya kebolehan untuk mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan dipatenkan oleh Shaklee.

Manfaat utama Shaklee Nutriferon:
◆ Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
◆ Melawan kanser dan tumor
◆ Melindungi tubuh dari influenza, virus, mikrob
◆ Meringankan stress dan kelesuan
◆ Melambatkan penuaan
◆ Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B dan C
◆ Membantu menangani tempoh menopaus
◆ Mengurangkan simptom PMS

Tingkatkan daya imunisasi tubuh badan dengan pengaktifan interferon melalui Shaklee Nutriferon.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Tuesday, December 11, 2012

Cara Mengawal Penyakit Gout


Gout disebabkan pengumpulan asid urik dalam darah; yang terhasil daripada proses pemecahan makanan. Buah pinggang akan menapis darah dan menyingkirkan asid urik melalui air kencing.

Bagaimanapun bagi pesakit gout, asid urik tidak dapat disingkirkan sepenuhnya dan lama kelamaan paras asid urik dalam darah akan meningkat. Asid urik ini kemudian akan mendap di sendi, terutama pada sendi besar. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Asid urik boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan ketika inilah serangan gout berlaku. Pesakit akan berasa sakit sehingga tidak boleh menggerakkan sendi terbabit. Malah ada pesakit terpaksa mengambil cuti sakit setiap kali mengalami serangan gout.

Gout adalah satu daripada penyakit sendi dan serangan pertama biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun. Bagaimanapun, gout boleh menyerang semua peringkat umur, termasuk remaja.

Gout juga boleh disebabkan oleh gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang, penghasilan terlalu banyak asid urik, terlalu sedikit penyingkiran asid urik, kesan sampingan ubat diuretik dan akibat penyakit lain seperti tekan darah tinggi serta kebuluran.

Serangan berlaku secara mengejut dan cepat, tidak seperti artritis lain yang menyerang perlahan-lahan. Sendi terbabit terasa sangat sakit sehingga jika ditindih dengan kain nipis pun dirasa boleh menambah kesakitan.

Serangan gout berlaku pada satu sendi dan tanpa rawatan, setiap serangan boleh berlanjutan antara satu hingga dua minggu. Manakala serangan kedua biasanya mengambil masa lama (bulan atau tahun) untuk berlaku dan serangan ini boleh berulang dari semasa ke semasa pada sendi sama.

Dianggarkan 60 peratus pesakit mengalami serangan kedua dalam masa setahun dan 78 peratus mendapat serangan kedua dalam masa dua tahun. Hanya tujuh peratus pesakit tidak mengalami serangan berulang dalam tempoh 10 tahun.

Serangan gout boleh dicetuskan oleh beberapa faktor seperti pengambilan minuman beralkohol berlebihan, terlalu banyak makan terutama makanan yang kaya purin, kecederaan kecil pada sendi, tidak cukup minum air, badan mengalami kekurangan air disebabkan pengambilan sesetengah jenis ubat dan mengamalkan diet melampau.

Jika tidak diberi rawatan, serangan boleh berlaku dengan lebih kerap, lama dan mungkin membabitkan sendi lain. Satu perkara penting yang perlu diketahui ialah, serangan gout yang terlalu kerap boleh merosakkan sendi dan kerosakan ini adalah kekal, tidak boleh dipulihkan dan akan menyebabkan pesakit menjadi cacat.

Untuk mengelak kesakitan dan kecacatan inilah, selain pengambilan ubat, pesakit gout diingatkan berulang kali untuk minum banyak air sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter air masak sehari.

Apabila mendengar saranan ini, ramai pesakit gout, terutama yang sudah berumur, berasa kurang senang kerana ia akan membuatkan mereka kerap buang air kecil dan perkara ini dianggap sangat menyusahkan.

Sebenarnya ini antara kaedah kawalan dan pengurusan penyakit gout. Apabila pesakit minum banyak, air kencing akan menjadi cair dan setiap kali mereka berulang ke tandas, sebahagian daripada asid urik dikeluarkan daripada badan.

Antara langkah lain yang perlu dilakukan pesakit ialah:
  • Kawal makan dengan mengehadkan pengambilan protein daripada sumber haiwan — sesetengah pesakit beranggapan tidak mengapa makan ikut selera kerana ubat gout yang ada sekarang berkesan dan boleh menghilangkan kesakitan akibat keradangan dalam masa beberapa jam. Betul, tetapi kawalan penyakit gout lebih berkesan dengan menjaga pemakanan.

    Ini bukan bermakna pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangkan pengambilan jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatkan paras asid urik seperti organ dalaman (otak, hati, buah pinggang, limpa, jantung), daging angsa, ikan bilis, sardin, ikan kembung dan makanan laut bercengkerang.

    Kajian menunjukkan diet bebas purin hanya dapat mengurangkan 15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil.

    Sebaliknya gantikan dengan sumber protein daripada tumbuh-tumbuhan seperti kacang dan kekacang. Ia juga dapat membantu pesakit mengurangkan pengambilan lemak yang boleh mengakibatkan pertambahan berat badan. Lemak tepu juga dikenal pasti antara penyumbang tidak langsung kepada masalah gout.
  • Kawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, mulakan bersenam dan kawal pengambilan makanan supaya berat badan dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Diet keterlaluan dan mendadak boleh menyebabkan serangan gout.
  • Jika anda minum minuman beralkohol, hadkan kepada segelas wain atau satu tin bir saja sehari. Alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah dan meninggikan risiko mendapat keradangan (serangan gout). Jika anda mengalami serangan, jangan minum minuman beralkohol.
  • Minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya dua liter sehari. Tidak mengapa jika anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali kerana ia petanda baik. Semakin kerap anda ke tandas, semakin banyak asid urik dibuang.
  • Pilih produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak. Ada kajian menunjukkan pengambilan produk tenusu rendah lemak dapat membantu mengurangkan risiko gout.
  • Ambil karbohidrat kompleks — sasarkan untuk makan lebih banyak bijirin, sayur dan buah. Kurangkan makanan mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
  • Hadkan pengambilan gula — terlalu banyak gula akan membuatkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang banyak gula juga banyak kalori yang akan membuatkan anda lebih senang mengalami pertambahan berat badan.
  • Monday, December 10, 2012

    Rahsia Awet Muda Shaklee Collagen Powder

    Kalau sebut tentang awet muda, wah....semua nak muda terutama sekali orang perempuan. Pantang cakap nampak tua, atau sangat pantang kalau dipanggil makcik, boleh meroyan tau...haha

    Apa rahsia awet muda yang saya nak kongsikan?

    Anda boleh tampil lebih muda dan menawan dengan mengambil kolagen.



    Apa itu kolagen?

    Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat dalam badan manusia. Ia menyumbangkan kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Paras kolagen yang tinggi akan menyerlahkan tubuh yang sihat dan menampilkan wajah yang lebih muda.

    Tetapi....

    Tahukah anda?

    1. Sedari usia 25 tahun ke atas, kolagen di dalam badan akan mula berkurangan.
    2. Stress akan meningkatkan kadar pengurangan kolagen dalam tubuh
    3. Pengambilan makanan manis secara berlebihan juga boleh menyebabkan kolagen di dalam badan akan berkurangan
    Ini akan menyebabkan kulit dan wajah nampak kusam, mula menampakkan kedutan sebelum masanya. Ia juga boleh menyebabkan wajah nampak berusia berbanding umur sebenar.


    Maka...
    Pengambilan makanan tambahan boleh memulihkan kemerosotan kolagen secara semulajadi ini. Ia mampu...
    > menyegarkan semula kulit sihat
    > mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan
    > menguatkan kuku
    > menyuburkan rambut


    Pulihkan kemerosotan kolagen dengan Shaklee Collagen Powder...


    Kenapa Shaklee Collagen Powder?

    1. Mengandungi 4000mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen - kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah
    2. Memiliki molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton
    - membolehkan serapan ke dalam tubuh dengan mudah
    - membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan
    3. Sisik ikan merah merupakan sumber kolagen premium dengan kadar penyerapan lebih tinggi dan tahap pencemaran yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan





    Keistimewaan Shaklee Collagen Powder.

    Terdiri daripada 7 bahan utama:
    1. Ekstrak biji benih Camelia japonica
    2. Ekstrak Pfaffia
    3. Kolagen ikan
    4. Ekstrak kerang-kerangan
    5. Lactobacillus acidophillus
    6. Vitamin C
    7. Vitamin B

    Ketujuh-tujuh bahan ini digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luar.




    Faedah Penggunaan Shaklee Collagen Powder

    1. Anti-penuaan - mengurangkan liang pori, kedutan dan garis-garis halus
    2. Menghidratkan - melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan mengelupas pada wajah
    3. Mengembalikan keanjalan kulit - meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
    4. Melicinkan - meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit
    5. Menyubur - menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang lebat dan bersinar
    6. Mencerahkan - mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
    7. Menegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara
    8. Faedah tambahan - menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.


    Berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi dengan Shaklee Collagen Powder, pilihan bijak!!

    Dikongsikan testimonial pengguna Shaklee Collagen Powder yang berpuas hati dengan kesan yang dialami.



    Memang awet muda!



    RUMAIZAH ZALKORNAIN
    SHAKLEE ID 868610
    Sms/whatsapp: 016-5519641 || 019-6336341
    nur.rumaizah@gmail.com



    Sunday, December 9, 2012

    Keperluan Nutrien Ibu Menyusu

    Menjadi seorang ibu adalah impian setiap wanita yang telah berkahwin. Anak adalah lambang cinta sejati dan murni hasil perkongsian hidup suami isteri. Dan pastinya ibu-ibu hanya yang terbaik buat si permata hati. Makanan yang terbaik bagi bayi adalah susu ibu.

    Susu ibu dapat memberikan khasiat pemakanan paling seimbang untuk tumbesaran bayi. Ia mempunyai antibodi semulajadi yang mampu melindungi bayi dari sebarang serangan dan jangkitan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya mempunyai daya tahan penyakit dan antibodi yang lebih kuat berbanding bayi yang menyusu susu formula.

    Penyusuan susu ibu secara eksklusif ialah bayi hanya diberikan susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berusia 6 bulan tanpa air masak atau makanan pejal lain. Penyusuan perlu diteruskan sehingga bayi berusia dua tahun atau lebih. Bayi perlu diperkenalkan dengan makanan pejal selepas usia 6 bulan secara beransur-ansur.

    Ibu menyusu juga mendapat banyak manfaat dari penyusuan susu ibu secara eksklusif, antaranya
    > mengurangkan risiko penyakit kanser seperti kanser payudara dan ovari
    > membantu ibu mengurangkan berat badan
    > membantu menjarakkan kehamilan
    > merapatkan hubungan antara ibu dan anak

    Apakah persediaan ibu menyusu untuk menyusukan bayi? Ibu menyusu perlu memastikan diet yang seimbang menjadi keutamaan bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu ibu di samping mengekalkan kesihatan ibu menyusu.

    Berikut adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh ibu menyusu bagi memastikan kesihatan bayi dan ibu menyusu itu sendiri.

    1. MULTIVITAMIN
    > Menyediakan vitamin dan mineral penting yang tidak boleh diperoleh daripada diet harian
    > Membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat
    > Menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh

    2. PROTEIN
    > Penting untuk tumbesaran bayi yang sempurna
    > Sumber protein yang baik seperti protein soya amat penting untuk pengeluaran susu ibu
    > Membantu membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh
    > Ibu menyusu disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein setiap hari

    3. VITAMIN C
    > Kajian menunjukkan ibu menyusu yang mengambil vitamin C,  khasiat vitamin C tersebut tertumpu kepada bayi
    > Membantu melindungi bayi daripada kekurangan vitamin C
    > Penting untuk menguatkan sistem imun ibu menyusu dan bayi
    > Membantu membina kulit, gigi dan gusi yang sihat

    4. VITAMIN B KOMPLEKS
    > Menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat
    > Membantu pengeluaran hormon
    > Membantu pembentukan sel-sel darah merah
    > Membantu penghasilan tenaga untuk sel
    > Membantu mengekalkan saraf serta kulit yang sihat
    > Penting untuk ibu menyusu agar khasiat vitamin B kompleks dapat disalurkan kepada bayi melalui susu ibu

    5. KALSIUM
    > 40% komposisi susu ibu adalah kalsium
    > Penting untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi bagi bayi
    > Ibu menyusu disarankan mengambil 1300mg kalsium setiap hari

    6. ASID LEMAK OMEGA 3
    > Menggalakkan perkembangan otak dan mata anak
    > Menggalakkan perhubungan neuron apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak
    > Menggalakkan kesihatan jantung
    > Membantu mengurangkan kolesterol dan lemak tepu

    7. ALFALFA
    > Mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, Kalsium, Zink dan Zat besi.
    > Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang sihat
    > Membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu


    RUMAIZAH ZALKORNAIN
    SHAKLEE ID 868610
    Sms/whatsapp: 016-5519641 || 019-6336341

    Wednesday, December 5, 2012

    Mengatasi Masalah Resdung dengan Vitamin

    Hidung berair ketika bangun pagi?
    Kerap bersin terutama di waktu sejuk?
    Mudah diserang selsema?
    Gatal hidung apabila makan makanan yang mengandungi belacan??

    Semua di atas adalam simptom-simptom resdung yang biasa dialami. Banyak cara yang boleh digunakan untuk merawat resdung. Ada yang memilih cara tradisional atau cara moden. Tetapi hilang sekejap selepas rawatan dan kemudian kembali pula menyerang, malah ada yang lebih teruk lagi.

    Merawat resdung secara semulajadi?
    Mengatasi masalah resdung dengan vitamin?

    Hmm boleh ke?

    Sudah tentu...bagaimana mengatasi masalah resdung hanya dengan pengambilan vitamin Shaklee sebagai tambahan dalam diet seharian anda?

    Bagi penghidap resdung, anda disarankan untuk mengambil beberapa supplement, iaitu:

    1. Sustained Release Vitamin C
    - meningkatkan sistem imunisasi badan.

    2. B Complex

    3. Alfalfa Complex
    - untuk detoksifikasi tubuh badan

    Rumaizah Zalkornain
    Shaklee ID: 868610
    Tel/sms/whatsapp: 016-5519641
    E-mail: nur.rumaizah@gmail.com
    Fb page: My Health Store




    Tuesday, December 4, 2012

    Set B - Vitamin Ibu Menyusu

    Ibu menyusu sangat memerlukan nutrisi tambahan untuk turut diberikan kepada bayi. Jika ibu tidak makan makanan yang berkhasiat, bayi turut akan mendapat kesannya.
    Ibu menyusu perlu sihat dan bertenaga untuk menempuh aktiviti seharian yang memenatkan. 

    Set penyusuan Shaklee Set B amat membantu ibu menyusu memperoleh kesihatan yang optimum dan bertenaga.

    Set Vitamin Untuk Ibu Menyusu yang paling optimum mengandungi:
    1. Vitalea @ multivitamin dengan formula zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah dan juga sel sendiri. Vitalea juga sangat membantu untuk mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari akar ke hujung, membantu mencegah penyakit tiroid@beguk yang terjadi akibat kekurangan iodin dalam badan. Vitalea juga mampu memberikan rasa bertenaga, mengilangkan kelesuan badan dan menjadikan kulit sentiasa tegang. Ibu-ibu menyusu tak perlu lagi mengambil obimin jika mengamalkan Vitalea. Vitalea mengandungi 30 nutrisi lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral pentig yang lengkap dan terbaik di pasaran.

     2. Shaklee B complex dilengkapi dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh tetapi sukar diperoleh dari makanan secara lengkap. Ia membantu tubuh badan lebih bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan menampilkan wajah yang lebih berseri. Ia juga membantu menukarkan gula dalam darah kepada tenaga, mengelakkan stress, membantu mengurangkan sembelit dan membantu melancarkan urat saraf...rahsia kulit cantik juga ada pada B Complex...'B for Beauty'

    3. Sustained Release Vita-C sebagai antioksidan tubuh yang sangat berkesan untuk meningkatkan imunisasi tubuh, mencantikkan kulit, membantu penyerapan zat besi, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan dan menstabilkan bahan kimia dalam badan. Sangat bagus sekiranya ibu-ibu mengalami selsema atau bayi selsema, SR Vita-C dapat meningkatkan ketahanan tubuh melawan virus selsema.

    4. Alfalfa Complex - Alfalfa adalah raja segala tumbuhan, telah digunakan secara tradisional berkurun lamanya untuk meningkatkan kualiti kesihatan. Dilengkapi dengan 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan kaya dengan protein. Alfalfa mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya untuk membantu pencernaan bagi kesemua kelas makanan. Ia juga dapat membantu mengatasi sakit sendi, gout dan Alfalfa sangat membantu meningkatkan imunisasi tubuh. Ia juga mengandungi kalsium dan sangat membantu ibu menyusu kerana Alfalfa dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu dan membanyakkan susu badan.

    5. Ostematrix  membekalkan keperluan kalsium yang diperlukan oleh ibu menyusu. Kalsium merupakan komponen yang penting dalam susu ibu. Kalsium penting untuk pembinaan darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Pengambilan kalsium dalam kalangan ibu menyusu tidak boleh dipandang remeh. Sekiranya keperluan kalsium bagi ibu menyusu tidak mencukupi untuk disalurkan kepada bayi, kalsium akan diserap dari tubuh ibu untuk disalurkan kepada bayi. Ini menyebabkan ibu sering letih dan lesu, gigi cepat rosak, kerap sakit belakang serta lenguh dan kebas badan. Ia juga membantu mencegah osteoporosis yang sangat mudah menyerang wanita terutama apabila berusia 40 tahun ke atas. Ini kerana ibu-ibu tidak mengambil kalsium yang secukupnya semasa menyusu. Ostematrix mampu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan menambah komposisi kalsiumnya. Susu merudim ketika datang bulan? ini kerana kalsium berkurangan secara kritikal untuk mengeluarkan darah kotor dari tubuh.

    6. ESP

    7. OmegaGuard


    Terdapat beberapa variasi set vitamin ibu menyusu yang boleh dipilih mengikut budget.

    1. Set B
    Vitamin Ibu Menyusu (SET B)

    2. Set E
    Vitamin Ibu Menyusu (SET E)

    3. Set 3 M
    Vitamin Ibu Menyusu (SET 3M)

    4. Set 3M Plus
    Vitamin Ibu Menyusu (SET 3M Plus)

    5. Eu Four Pack
    Vitamin Ibu Menyusu (SET EU FOUR PACK)

    HUBUNGI:
    Rumaizah Zalkornain
    Shaklee ID 868610
    SMS/ Whatsapp: 016-5519641
    Like saya di Fb: My Health Store