Tuesday, January 8, 2013

Rahsia Banyakkan Susu Badan

Nak banyakkan susu badan?
Susah hati kerana susu tiba-tiba merudum?
Nak kerja esok tapi stok susu tak cukup!!
Dah makan macam-macam milk booster tapi susu badan macam tu jugak, tak banyak pun macam orang lain!?

Saya pasti...ni adalah antara dilema seorang ibu yang memang berhasrat sepenuh jiwa dan raga mahu memberikan susu yang terbaik dan termahal di dunia..namu adakalanya semuanya tak seindah dan semudah yang diimpikan dan dibayangkan di fikiran..dah macam-macam cara yang dibuat, masih lagi tiada perubahan...ada yang mudah mengalah, perjalanan penyusuan terhenti setelah berhabis membeli segala peralatan mengepam dan sebagainya...saya faham perasaan itu kerana saya juga begitu semasa anak pertama!

Jangan gundah..riangkan hati...hilangkan stress kerana stress juga boleh menyebabkan susu 'malu-malu' nak keluar.. senyum selalu...


Rahsia Banyakkan Susu Badan


Tiada rahsia yang khusus dalam usaha kita nak banyakkan susu badan ni...di sini saya nak kongsikan tips yang berguna untuk anda mencapai impian menyusukan permata hati dengan mutiara berharga ini...jika anda istiqamah dan sabar, insyaAllah tips ni mampu membanyakkan susu badan.

1. Banyakkan susu dengan mengepam atau mengosongkan payudara secara konsisten setiap hari.      

Banyakkan sesi mengosongkan payudara dengan kerapkan direct feeding atau sesi pengepaman. Ibu-ibu perlu tau, kunci banyakkan susu badan ialah kekerapan breast dikosongkan., lebih kerap susu akan dihasilkan. Apabila permintaan tinggi, otak akan menghantar isyarat kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk menampung keperluan bayi.

Sebab itulah sekiranya ibu-ibu berhasrat untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ibu-ibu perlu mula menyimpan stok seawal 2 minggu selepas kelahiran bayi! Ini supaya, keperluan bayi akan dapat dipenuhi sekiranya ibu pergi bekerja atau terpaksa outstation beberapa hari atau sekiranya bekalan susu merudum akibat ibu sakit.

Persediaan rapi sangat penting supaya hasrat ibu menyusukan tidah terkubur begitu sahaja. Dengan disiplin dan azam yang tinggi, ibu-ibu pasti boleh berjaya. Peningkatan sesi pengepaman boleh membantu membanyakkan susu badan.

2. Banyakkan susu dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat setiap hari tanpa gagal

Ibu-ibu perlu mengamalkan diet yang seimbang dan makan hanya makanan yang sihat. Pastikan diet ibu-ibu mengandungi semua jenis zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Badan yang sihat dapat membantu menampung keperluan bayi dan ibu tidak mudah merasa letih dan lesu terutamanya setiap kali bayi habis menyusu atau sesi mengepam selesai.

Sekiranya ibu-ibu tidak pasti makanan yang diambil mencukupi zat dan nutrisi, ibu-ibu boleh mengambil vitamin khas untuk ibu menyusu. Ini supaya susu badan yang diberikan kepada bayi benar-benar berkualiti dan mencukupi zat dan nutrien untuk tumbesaran minda dan fizikal bayi yang sihat. Ibu sihat, anak ceria!

3. Banyakkan susu dengan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari

Ibu-ibu kena banyak minum air supaya dapat menggantikan air yang keluar dari tubuh. Jika tidak, badan akan mudah rasa letih dan lesu.

Berapa banyak yang ibu kena minum?

Ibu-ibu menyusu perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Cari cara bagaimana untuk memastikan air yang ibu-ibu minum benar-benar cukup. Memadai sekiranya mempunyai beberapa bekas air yang patut dihabiskan setiap hari. Sekiranya tak habis, maknanya air yang diminum belum cukup!

4. Banyakkan susu dengan berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT

Jika anda seorang Muslim, tentu sangat pasti percaya bahawa rezeki di tangan Allah...percaya dan yakin bahawa Allah akan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk bati anda. Jangan berputus asa dan teruskan berdoa dan bertawakkal kepadaNya.

Jika anda bukan seorang Muslim, anda juga patut percaya begitu..

Kunci kejayaan penyusuan = DOA + USAHA + ISTIQAMAH + TAWAKKAL

Berdoalah dengan sabar dan solat..mohonlah kepada Allah agar dipermudahkan perjalanan penyusuan anda. Setiap anak berbeza rezekinya...mintalah kepada Yang Maha Memberi Rezeki, insyaAllah anda pasti berjaya.


Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms@whatsapp             016-5519641      
nur.rumaizah@gmail.com
Fb page: My Health Store



No comments: