Tuesday, January 29, 2013

Tips Jika Susu Badan Tiba-tiba Merudum

Susu badan merudum.....??!!
Argh...camane ni....esok nak kerja..baru dapat 3oz je ni..huhu nak nanges.....huhuhu
Dah la stok beku pun dah habis...
Nak nanges....

Pernah mengalami situasi di atas?

Jika ya..jangan risau, Allah sentiasa ada dengan kita...kita kena percaya yang Allah akan bantu kita..teruskan berdoa..teruskan percaya...letakkan keyakinan hanya pada Allah...dan pada masa tu miracles will happen...
Tapi doa dan tawakkal perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh...apa yang boleh anda buat jika tiba-tiba susu merudum?

Jom saya kongsikan tips untuk tingkatkan semula penghasilan susu ibu tatkala mengalami kemuruduman pengeluaran susu ibu..

1. Senyum dan bertenang menghadapi situasi ini. Percaya dan yakin bahawa Allah sentiasa ada di sisi kita dan akan sentiasa membantu kita.

2. Teruskan sesi mengepam dan kerapkan penyusuan bayi secara terus. Ikut jadual mengepam yang konsisten setiap hari. Boleh tambah sesi pengepaman sekiranya ada waktu terluang. Sela masa 2-3 jam tempoh antara satu sesi adalah yang terbaik.

3. Elakkan beri bayi susu perahan sekiranya ibu ada di sisi bayi. Teruskan penyusuan secara terus walaupun bayi mahu menyusu selepas sesi pengepaman. INGAT!! Semakin kerap susu dikeluarkan, lebih banyak susu akan terhasil!

4. Cuba kaedah untuk memperbanyak pengeluaran susu ibu, seperti power pumping.

5. Mengepam di antara waktu 12.00 pagi - 6.00 pagi. MENGAPA? Ini kerana hormon oksitoksin yang meransang pengeluaran susu ibu paling banyak dirembeskan pada waktu ini. Cuba bangun sekurang-kurangnya sekali untuk mengepam susu. Jika ibu bersungguh-sungguh, ibu boleh dapat 3 sesi mengepam sepanjang waktu ini, iaitu pada 12am, 3am dan 6am. Ibu akan dapat lihat perubahan pada kuantiti susu ibu yang diperah.

6. Mengamalkan ayat al-Quran dan zikir semasa sesi mengepam dan penyusuan bayi. Amalkan ayat 60 surah Al-Baqarah serta zikir Ya Matiin, Ya Wahhab. Berdoalah supaya Allah membantu niat murni kita untuk menyusukan bayi sehingga usianya 2 tahun.

7. Makan makanan yang berkhasiat dan makanan yang boleh menambah kualiti dan kuantiti susu ibu. Jika ibu merasakan diet seharian tidak mencukupi, ibu bolehlah mengambil vitamin untuk ibu menyusu agar ibu kekal sihat dan bertenaga.

Namun...ingat...kita hanya mampu berusaha sedaya upaya, mintalah pada Yang Maha Memberi..insyaAllah pengalaman penyusuan adalah sesuatu yang indah dan kenangan terhebat yang dianugerahkan oleh Allah kepada insan yang bergelar ibu. Sabar dan senyumlah, sentiasa berprasangka baik terhadap Allah, insyaAllah ada kemanisan selepas segala kepayahan.

Enjoy the moments!!


Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor ID 868610
019-6336341 / 016-5519641

No comments: