Tuesday, January 31, 2017

Vivix Terbaik Untuk Kencing Manis

1 daripada 5 rakyat Malaysia berisiko mendapat diabetes?? 😱😱😱
.
Kita pun sebenarnya tak terlepas daripada risiko tu..mungkin boleh jadi kita termasuk dalam golongan berisiko tambah tambah lagi, keluarga kita memang ada history penyakit diabetes atau kencing manis ni..dan biasanya penyakit diabetes ni akan berkait dengan 2 lagi geng dia iaitu penyakit darah tinggi dan jantung..orang sebut penyakit 3 serangkai..

.
Kenapa rakyat Malaysia sangat beriso kepada penyakit 3 serangkai ni?
.
Hmmm tengok saja apa yang kita makan setiap hari..roti canai nasi lemak mee goreng mamak teh tarik milo ais big cup..aihhhhhh semua tu memang pantang...pantang nampak!!
😬😬😬
.
Cegah sebelum terlambat..
Cegah sebelum parah...
.
Vivix terbukti mampu melambatkan kesan diabetes dalam badan kita..Vivix melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan diabetes..



Supplement ni bukan ubat..sebagai ikhtiar...namun Shaklee memang terbukti dengan kajian klinikal mampu membantu pesakit kronik mendapat kesihatan yang lebih baik..terutama Vivix..



Rumaizah Zalkornain
ID868610
016.551.9641

#tsunamishaklee
#shakleewarrior
#shakleeclans

Pilih Vivix Untuk Kesihatan Anti-Penuaan

Baaaaanyak sangat jus nak sihat di pasaran sekarang..semua bagus, semua mantop..ikut pilihan yang mana satu idaman kalbu memikat hati...
.
Tapi...
.
Kenapa mesti pilih Vivix dan bukan yang lain?
.
Vivix sangat berbeza dengan yang lain..kandungan resveratrol dalam Vivix jauh lebih powerful berbanding yang lain..Vivix juga kaya dengan polifenol yang berfungsi sebagai agen anti-penuaan dan anti-radang..
.
Bila sebut Vivix untuk anti-penuaan, ia bukan setakat penuaan biasa, tapi peringkat penuaan sel..apa itu penuaan sel?nak mudah cerita, Vivix bagi sel kita sihat, kuat dan lambat mati..kalau banyak sel kita mati, kulit (luaran) nampak kusam tak bermaya je kan? Vivix diuji secara klinikal dan terbukti dapat melambatkan proses penuaan sel tu sendiri..
.
Sel-sel badan kita ni berduplikasi..mudah kata, macam beranak la..tapi, dia bukan beranak macam manusia ye..sel berkembang dengan duplikasi sel yang sedia ada..dari satu sel, duplicate jadi dua sel..sel kedua tu dia tiru bulat-bulat je sel pertama tadi..sel pertama tadi kita sebut mother cell (sel induk)..
.
Sebab sel berkembang dengan meniru (duplicate) bulat-bulat je sel induk tu, makanya kalau sel induk tu sel yang sihat cantik bergaya, sihat la semua sel yang berkembang tu..tapi kalau sel induk tu dah rosak tak sihat, jadi semua sel yang berkembang duplicate tu akan jadi sel yang rosak juga..ditambah dengan faktor luaran dan radikal bebas, makin rosak la badan kita nanti..
.
Faham tak camne Vivix berfungsi?
.
Satu sel berduplikasi bentuk satu otot..banyak otot jadi organ..beberapa organ jadi sistem..unit asas sistem badan kita adalah dari sel..Vivix baiki sel, sel yang baik bentuk sistem yang baik..sebab tu Vivix boleh jadikan kita 25 tahun lebih muda..sebab sel kita lambat tua, sihat macam sel orang muda remaja..
.
Vivix terbukti berdasarkan Landmark Study yang Shaklee buat, dapat melambatkan proses pemendekan telomere pada kromosom dalam sel, yang membuktikan Vivix adalah tonik antipenuaan terbaik di dunia..
.
Yang terbaik di dunia pada harga RM475..sangat sangat murah sebenarnya..bandingkan dengan khasiat dan nikmat kesihatan yang diperoleh?
Tidak ternilai!
Priceless!!
.
Hubungi Mai cepat untuk order!
.
Rumaizah Zalkornain
ID868610
016.551.9641

#tsunamishaklee
#shakleewarrior
#shakleeclans
#liveamazing
#vivix

Wednesday, January 25, 2017

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Berpantang

Ramai kawan Mai yang baru melahirkan anak baru-baru ni...bestnya bau baby..doakan Mai pulak lepas ni ye..hikss
.
Ok..untuk ibu berpantang ni, Shaklee ada produk yang super best yang memang sangat membantu memulih, memperbaiki dan memberi tenaga kepada ibu yang baru melahirkan ni..
.
Dalam set berpantang untuk ibu baru bersalin ni, ada:
1) Vivix
- memulih tenaga dan mempercepat baik pulih tenaga dan dalaman ibu

2) Vitalea
- multivitamin lengkap dengan semua vitamin dan mineral

3) B complex
- berfungsi sebagai penenang bila mood swing..ibu lepas bersalin ni kan ada mood swing kan, jadi memang b complex sangat membantu

4) Vita-C
- membantu baik pulih luka ibu, dalaman, kulit nampak segar dan berseri walaupun berpantang

5) Alfalfa
- membantu banyakkan susu ibu, memperbaik dalaman ibu umpama jamu awww

6) Ostematrix
- paling best..kalsium yang lengkap dengan magnesium dan mineral yang boleh membantu pelawasan..elakkan sembelit dan tidur lebih lena

7) ESP
- protein terbaik untuk ibu, memberi tenaga berpanjangan, memekatkan susu ibu dan mencantikkan kulit



Waahh best kan..nak konsultasi terbaik, contact Mai tau!
Bulan Januari ni promosi Vivix ada lagi, jangan lambat, nanti rugi offer dah abis..

Mai
016.551.9641

#tsunamishaklee
#shakleewarrior
#shakleeclans

Sunday, January 22, 2017

Landmark Study : Sebab Wajib Pilih Shaklee

Assalamualaikum dan salam mesra semua..
.
Korang makan vitamin tak?
Kalau makan, apa kriteria vitamin yang korang pilih sebelum beli vitamin?
.
Hihi kenapa Mai dok tanya soalan pasal kriteria apa yang korang tengok sebelum nak beli vitamin ni...saje je tanya, sebab Mai percaya ramai kawan Mai yang makan vitamin dengan bermacam-macam brand kan..tu yang tanya, apa kriteria yang korang tengok tu sebelum pilih...
.
Ada orang pilih vitamin yang murah..
Ada orang pilih vitamin yang iklan kat tivi..
Ada orang pilih vitamin yang femes..
Ada orang main amik je vitamin asalkan vitamin..
.
Macam-macam cara pilih..
.
Tapi, AWAS!!!

.
Mai?
Mai pilih yang halal..
Mai pilih yang dijamin selamat dan diuji secara klinikal ianya selamat..
Mai pilih yang semulajadi..
Mai pilih yang takde pewarna, pengawet dan perasa tiruan..
.
Dan yang paaaling penting,
.
Mai pilih yang ada landmark study!
.
Sebab tu Mai pilih Shaklee..
Sebab Shaklee je yang ada semua kriteria yang Mai nak..
.
Kenapa penting landmark study ni?
Kenapa korang pun kena pilih vitamin yang ada landmark study?
.




.
Sebab landmark study ni dijalankan untuk menguji kesan penggunaan vitamin ke atas pengamalnya untuk jangka masa panjang..kajian landmark study yang Shaklee buat menunjukkan bahawa orang yang makan vitamin Shaklee kurang berisiko mendapat penyakit kronik berbanding orang yang makan supplement jenama lain atau yang tak ambil supplement langsung!
.
Dan yang paling penting, ianya tak membebankan buah pinggang dan untuk jangka panjang, vitamin Shaklee terbukti bagus untuk buah pinggang..
.
Takpela kalau taknak pilih Shaklee, tapi pastikan korang tanya vitamin yang korang pilih tu, ada Landmark Study tau..mesti..wajib! Supaya korang tak terdedah dengan risiko jangka panjang kesan pengambilan vitamin...baru jamin selamat dan berkesan!


Nak bertukar jenama?
Tukar kepada Shaklee tau!
.
Rumaizah Zalkornain
868610
Whatsapp 0165519641

#tsunamishaklee
#shakleewarrior
#shakleeclans

Saturday, January 14, 2017

Bantu Penyusuan Susu Ibu Dengan Shaklee

Tetiba teringat masa lepas bersalinkan Muaz dulu..gigih nak fully bf tapi takde ilmu..beli pam Spectra3 tapi tak dapat fully bf..
.
Masa mengandungkan Maisarah gigih gali ilmu tentang bf, berdoa semoga Allah mudahkan usaha nak fully bf,..
.
Lepas bersalin Sarah, beli produk Shaklee nak bantu banyakkan susu..ingatkan susu jadi melimpah ruah lepas makan Shaklee, tapi rupanya cam tu jugak..tapi alhamdulillah badan rasa bertenaga, cepat rasa pulih, susu pekat walaupun tak banyak..
.
Apa yang Mai nak cerita ni sebenarnya?
Hehe
.
Set menyusu Shaklee mungkin membantu banyakkan susu bagi sesetengah orang, tapi bukan Mai..produk ni membantu meningkatkan kesihatan Mai selaku ibu menyusu, meningkatkan kualiti susu sebab kadang-kadang ibu makan tak cukup zat nutrisi, serta membantu memberikan tenaga ibu menyusu..
.
Perjalanan penyusuan Mai tak mudah..alhamdulillah Allah bantu dengan produk Shaklee untuk mengiringi Mai sepanjang tempoh penyusuan Maisarah dan Muna..
.
Jika ada ibu menyusu yang hampir putus asa untuk menyusukan bayi, boleh berikhtiar dengan set menyusu Shaklee..insyaAllah Mai boleh bantu 😊
.
.
Mai
016.551.9641

Friday, January 6, 2017

Manfaat Vivix Untuk Semua

Assalamualaikum dan hai semua..

Semoga semuanya sihat selalu..

Vivix Yang Istimewa

Hari ni Mai nak cerita sikit pasal satu kriteria istimewa Vivix yang memang Mai kagum..kagum dengan betapa indahnya ciptaan Allah, dalam tumbuh tumbuhan yang diciptaNya..
.
Vivix di ramuannya terdiri daripada 4 tumbuhan yang kaya dengan polifenol dan resveratrol iaitu anggur muscadine, purple carrot, elderberi eropah dan polyganum caspidatum..

Ramuan Vivix dan khasiatnya

Vivix dan Telomere

Kesemua ramuan Vivix ni mampu memberikan impak anti penuaan yang superb kepada pengamalnya, insyaAllah..ia mampu memberi kesan untuk melambatkan telomere yang berada pada kromosom kita..kromosom ni yang menyimpan semua data genetik diri kita..telomere ni fungsinya untuk melindungi kromosom kita..
.
Setiap tahun bila kita meningkat usia, telomere ni akan semakin memendek atas banyak faktor..ia akan memberi kesan kepada kesihatan, kesan penuaan dalam badan kita..Ramuan Vivix terbukti dapat melambatkan proses pemendekan telomere ni..


.
MasyaAllah hebatnya ciptaan Allah..para saintis Shaklee menemui hasil kajian ini berdasarkan tindakbalas ramuan ekstrak 4 tumbuhan tadi...subhanaAllah memang rasa kagum sangat dengan ciptaan Allah ni...
.
Alhamdulillah banyak penyakit kronik dapat dihindari dan melindungi diri kita dengan antioksidan yang berada dalam ramuan Vivix..antara testimoni daripada pengguna Vivix...





Alhamdulillah ala kulli ni'mah
Alhamdulillah dengan semua nikmat Allah
.
Semoga lebih ramai yang dapat merasai khasiat Vivix, insyaAllah..
.
.
.
Salam sayang,
Mai
ID 868610
016.551.9641

#tsunamiShaklee
#liveamazing
#shakleeEffect
#shakleewarrior
#shakleeclans

Monday, January 2, 2017

Vivix : Harapan Baru Kepada Pesakit Kanser

Shaklee Malaysia mula memasarkan Vivix di Malaysia bermula pada Disember 2012, dan bermula dari tarikh Vivix dipasarkan ia telah memberikan harapan baru kepada pesakit yang menghadapi penyakit kronik terutamanya kanser.

Cara Vivix Bertindak


Kandungan Vivix


Vivix mengandungi ramuan 4 tumbuhan polifenol yang kaya dengan resveratrol dan polifenol. Ramuan ini membuatkan Vivix berkuasa 10 kali ganda berbanding resveratrol sahaja.

Apa itu Resveratrol?


Kajian menunjukkan resveratrol mampu menghalang pembesaran kebanyakan kanser dalam tubuh manusia termasuk kanser payudaraprostatperutkolonpankreas dan tiroid.  


Resveratrol juga mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser, melindungi jantung, melindungi paru-paru dari kerosakan DNA dan kematian sel, melindungi dari kerosakan pada bahagian otak dan melindungi saraf  serta berfungsi sebagai agen anti penuaan dan banyak lagi.


Manfaat RESVERATROL

Fungsi Vivix
Vivix mampu memberikan kebaikan kepada tubuh badan berdasarkan 4 fungsi kepada sel iaitu  :
1. Mempertahankan sel
2. Memberikan tenaga kepada sel
3. Memperbaiki sel
4. Meningkatkan prestasi sel

Secara asasnya, badan kita terdiri daripada sel..unit asas badan kita ialah sel..jika sel kita yang terbina adalah baik dari keseluruhannya, maka baiklah keseluruhan anggota badan..tingkatkan prestasi sel dengan Vivix, untuk menjamin kesihatan yang berkualiti..insyaAllah..

Testimonial Pengguna Vivix

Berikut ialah testimoni pengguna Vivix daripada ribuan yang anda boleh cari di alam maya..semoga bermanfaat.















Salam sayang,
Rumaizah Zalkornain
ID 868610
Whatsapp: 016-5519641

Vivix Murah Berbanding Khasiatnya

"Alamak Mai...mahal juga Vivix ye..ingat harga RM100 - RM200 je..", ujar seorang kawan Mai bila Mai suggest Vivix yang osem tu..
.
Vivix memang mahal..bukan 100, bukan 200..tapi RM475 (tak termasuk GST)...
.
Ok..meh Mai nak buat perbandingan sikit dengan handbag kulit original macam Bonia, Prada, Chanel, dll yang lebih mahal...kenapa handbag yang kualiti dia baik, ternama harganya mahal?malahan ada handbag yang handmade harganya mencecah ribuan ringgit...itu pun ada yang kata murah 😱
.
Begitu juga set pinggan mangkuk macam Corelle..Pyrex...mahal kan?sebab apa mahal?sebab kualitinya..bahan yang digunakan..dll lagi...
.
Kenapa Mai bandingkan Vivix dengan handbag dan pinggan mangkuk? Haha sebab orang pompuan ni handbag dan pinggan tak dapat dipisahkan..kihkihkih cair wooo...mahal pun rasa tak mahal you...gila tengok handbag!!
.
Vivix ni semua menggunakan bahan premium seperti Muscadine Grape yang saiznya sebesar bola golf...sedang dalam proses dipatenkan untuk Shaklee..diuji dengan kos jutaan Dollars...kalau nak ikutkan kualitinya, harganya patut lebih mahal...setuju tak?
.
Khasiat yang pengguna Vivix dapat ialah di luar jangkaan...Shaklee menguji dan membuktikan bahawa Vivix mampu memberikan tenaga kepada sel, dari peringkat dalam sel iaitu mitokondria..mitokondria ni berfungsi sebagai enjin tenaga kepada sel..bahan Vivix memberikan extra tenaga kepada mitokondria supaya sel dapat berfungsi dengan lebih baik..masyaAllah hebat sebenarnya bahan yang Allah cipta yang Shaklee gunakan..
.
Tak rugi anda spend RM475 untuk Vivix, berbanding perlu spend RM10k untuk bayaran bil hospital...sihat itu ibarat mahkota bagi orang yang sakit..ingat 5 sebelum 5, sihat sebelum sakit..ambil supplement sebelum sakit, insyaAllah...
.
Pm Mai untuk order Vivix...
.
Salam sayang,
Mai
ID 868610
016.551.9641

#tsunamiShaklee
#ShakleeEffect
#shakleewarrior
#shakleeclans
#liveamazing


Sunday, November 27, 2016

Shaklee dan Landmark Study

Lama rasanya Mai tak kongsi pasal Shaklee dgn kawan2..
.
Meh la kongsi kenapa Mai setia dgn Shaklee dan nak bagitau dengan kawan-kawan yg belum rasa kebaikan Shaklee ni..
.
Kalau tanya kenapa Shaklee?
..sebab Mai percaya dengan kualitinya
..sebab Mai percaya tiada kesan sampingan yang memudaratkan
..sebab Shaklee satu2nya yang ada landmark study..ulang suara ye..SATU-SATU nya..oghang paghit kata THE ONLY ONE..eheh..
.
Jadi kenapa pulak tak percaya?
.
Landmark study? Apa tu??
.
Landmark study ni satu kajian tentang keberkesanan vitamin Shaklee ni untuk jangka masa panjang..result dia semua dipublish tak kira sama ada keputusannya berpihak kepada Shaklee ataupun tidak..
.

.
Kalau korang nak tau, Shaklee je syarikat supplement yang berani buat Landmark Study ni..jadi rasanya takde sebab untuk kita tak percaya pada keberkesanan produk Shaklee..
.

Haa tengok Professor ni..dia ahli akademik yang percaya dengan keberkesanan dan keselamatan semua produk Shaklee sebabkan Landmark Study ni..dia setia dengan Shaklee dan tidak akan bertukar ke jenama lain..
.
.
So..takde sebab lagi untuk ragu-ragu dengan Shaklee kan?
.
Nanti contact Mai ye..kita sembang-sembang.. 😉
.
.
.
#tsunamiShaklee
#liveamazing
#ShakleeEffect
.
Rumaizah Zalkornain
ID868610
016-5519641

Saturday, February 7, 2015

Kursus VLE Frog SMK Pusing...LET'S HOP IN!!

Assalamualaikum semua..

Haih...lama sungguh tak ngupdate belog ni...berabuk sakan aih...hehe takdan bebenor nak online ye..

Tahun 2015 dah masuk ke Februari..
Cepat betul masa berlalu..

Tahun ni anak2 Mai, Muaz teruskan ke tadika, 6 tahun...Maisarah pulak baru mulakan sesi persekolahan di tadika yang sama dengan Muaz...hehe macam2 hal si Maisarah...nanti2 la Mai crita kisah Maisarah ye..

Hari ni, LADAP kedua sekolah Mai...kursus VLE Frog...hop in hop out la..
hahaha VLE Frog ni setahun sekali je bukak...hehe takleh nak fully utilize penggunaan VLE Frog yang sangat bermanfaat ni..

Anak2 semua tinggal rumah pengasuh..

Oklah...Mai berkursus dulu..
Jumpa lagi...

Daaa.....!!!

Sunday, December 28, 2014

Susu Formula Paling Terbaik Untuk Bayi di Waktu Bencana

Assalamualaikum dan hai mummies semua..

Sekarang seluruh Malaysia sedang bersatu padu menghadapi bencana banjir yang teruk melanda di beberapa negeri di pantai timur dan barat Malaysia..rakyat negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan ada lagi negeri yang terjejas kerana banjir..

Mai doakan semoga semua mangsa dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi ujian dari Allah ini..semoga musibah yang melanda ni terselit hikmah yang besar buat kita insyaAllah..

Lebih sedih dan pilu hati melihat kanak-kanak dan warga emas..tak kurang juga ibu hamil, ibu menyusu, ibu berpantang dan juga yang bersalin serta menunggu hari untuk menyambut kehadiran permata hati dalam keadaan begitu..moga Allah beri ganjaran besar untuk mereka yang bersabar..insyaAllah

Entry kali ni Mai nak kongsikan poster Fakta & Mitos Penyusuan Ibu semasa bencana..

Haa tengok tajuk entry ni...susu formula terbaik???

Erk...

Yeke?

Sebenarnya, susu ibu la yang paling selamat untuk bayi terutama ketika waktu kritikal dan bencana seperti banjir ni..penyusuan ibu paling selamat dan hampir tiada risiko langsung walaupun ketika anak sakit..ketika ini, penyusuan ibu yang terrrrbaik!

Meh meh dekat sikit...kita baca poster kt bawah ni..untuk panduan ibu-ibu menyusu sekiranya kita berada dalam situasi bencana..

Positifkan minda dan bertenang..penyusuan ibu adalah pilihan terbaik yang kita ada..


Ok mommies..sampai sini dulu ye..nanti kita sharing lagi ye..

Salam sayang,
Rumaizah Zalkornain
Shaklee Independent Distributor 
ID 868610
Hp: 016-5519641

Wednesday, November 19, 2014

Shaklee & Saya : Saat Jatuh Cinta

Assalamualaikum....hai semua...

Dah lama rasanya Mai tak sharing sharing..huhu sejak beranak 3 ni hidup Mai memang agak kelam kabut...sekarang masih lagi dalam proses nak menyesuaikan diri dan meng'adjust' balik rutin harian dan aktiviti dengan anak-anak..alhamdulillah Abang Muaz dan Kakak Sarah sangat membantu Mai dalam menjalankan aktiviti seharian, terutama kalau nak minta tolong tengokkan adik Muna yang tidur..tapi bila datang angin tak nak, buat deeekkkk juga...hihihi anak-anak syurga Mai.. ^_^

Ok la..dalam entry kali ni, Mai nak kongsi pengalaman Mai menggunakan produk Shaklee..ala-ala review produk la gitu..hehe

Sebenarnya dah lama nak sharing, tapi tak ter'share2'..hehe kali ni Mai share macamana Mai boleh jatuh cinta dengan produk Shaklee dan sampai sekarang masih menggunakannya..

Saat Aku Jatuh Cinta

Heading tak tahan...hahaha sabor je la...

Mai mula menggunakan produk Shaklee ni pada April 2011..masa tu Mai baru lepas bersalin Maisarah..masa dalam pantang tu, Mai rasa Mai perlu cari supplement untuk bantu Mai...azam masa tu nak susukan Maisarah secara ekslusif selama 2 tahun..jadi kena tambah ilmu penyusuan dan cari sesuatu untuk bantu Mai tambahkan susu badan yang berkualiti..

Mai pun godek2 la facebook, google semua..ingat lagi masa tu Mai ada join group Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan di facebook..Mai jadi silent reader je, hehe tak aktif pun..so ada la ibu-ibu yang share tentang review produk Shaklee untuk tambah susu..

Sebenarnya Shaklee ni memang familiar dalam hidup Mai sebab arwah Opah Mai dulu memang pengguna Shaklee juga..so Mai pun macam berminat la nak cuba..jadi Mai mula google, cari pengedar produk Shaklee..kan nak order ni..hehe

Alhamdulillah Mai dipertemukan dengan Kak Ida Khairani Ahmad (www.mysupervitamins.com)..Mai pun tanya la dia tentang produk Shaklee untuk tambah susu, dia pun explain dengan bersabarnya dengan soalan2 Mai..hehe dipendekkan cerita, Mai pun setuju nak cuba try test kehebatan Shaklee ni..masa tu Mai mula dengan trial pack (sekarang dah tak dibenarkan jual trial pack ye)..Mai mula consume masa tu yang pakej basic, Set B - Vitalea, B Complex, Vita-C dan Alfalfa..

Set yang buat Mai jatuh cinta dengan Shaklee


Jadi bermulalah perjalanan penyusuan Mai bersama Shaklee..

Susu Tak Meriah...huhu sedih

Wahhh tengok heading tu...kenapa tak meriah pulak susu? Kata boleh tambah susu...tipu ni!!

Sungguh tak sangka...susu Mai masih macam tu juga, tak de la bila makan Shaklee, Mai perah dari 2 oz tetiba terus jadi 10 oz sekali pam..orang lain mungkin ada, tapi tidak pada Mai..tapi Mai dapat side effect yang lain yang mana membuatkan Mai lebih suka dan gembira dan bahagia dan sewaktu dengannya..hehe

Mai jadi bertenaga!
Mai bersemnagat!
Mai dah tak cepat letih, walaupun penat urus rumahtangga dan anak-anak!
Mai pulih cepat semasa berpantang!
Mai dah bebas dari keputihan yang gatal! sikit-sikit tu adala..
Mai RASA SIHAT!!

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..

Mai yakin side effect yang Mai dapat ni lebih hebat dari dapat susu meriah dan banyak sebab bila ibu sihat, keluarga dapat diuruskan dengan baik...nak pam susu pun rasa happy..tak stress dan rasa gembira..alhamdulillah syukur pada Allah..

Mai dapat simpulkan, supplement Shaklee bukan untuk tambah susu je..tapi ia bantu beri nilai tambah dalam kehidupan kita..badan rasa sihat dan segar sepanjang hari..kalau badan sihat, barula susu yang keluar berkualiti..jika ibu tak sihat, nak pam susu pun letih..nak urus keluarga pun tak larat..kan kan?

Sharing is Caring

So bila kawan-kawan di tempat kerja lihat perubahan positif Mai - nampak bertenga, sihat dan aktif - dengan aktiviti di rumah dan sekolah, ada yang mula bertanya apa yang Mai amalkan..jadi bila bercerita mengenai kebaikan yang Mai dapat hasil dari produk Shaklee, ada dalam kalangan kawan-kawan yang nak cuba dan alhamdulillah mereka juga rasa apa yang Mai dah rasakan..ia beri satu kepuasan!

Dari situlah bermulanya Mai menjadi pengedar dan berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan ibu-ibu dan kawan-kawan semua..alhamdulillah ramai yang menerima manfaat dan semoga Allah berkati setiap usaha yang kita lakukan untuk menjaga amanah pinjaman dari Allah ni..

Ini Shaklee Effect Mai dan raaaaaaaaamai lagi...Anda?

 Ini antara kesan hebat yang Mai dapat sepanjang mengamalkan produk Shaklee..Alhamdulillah syukur pada Allah...dan bukan Mai saja, ramai lagi yang telah merasa kesan hebat produk Shaklee dalam memberi kesihatan yang optimum..

meh Mai kongsikan satu video...



Anda nak jadi sebahagian dari #ShakleeEffect?

Jangan lupa hubungi Mai ye...

Ok..sampai sini je dulu Mai share ye..
Nanti kita story mory lagi k!

Daa....


Salam sayang,
Mai

Shaklee Independent Distributor
ID 868610
016-5519641

Saturday, October 25, 2014

Tips Rawat Selsema Bayi

Assalamualaikum semua...

Salam Maal Hijrah..semoga permulaan tahun baru Hijrah ni membawa permulaan yang baik dan perubahan yang positif dalam diri kita..insyaAllah

Semoga anda semua berada dalam keadaan kesihatan paling terbaik dan sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah..

Yang dah jadi ibu tu mesti susah hati kalau anak tak sihat kan..demam,selsema dan batuk tu yang merisaukan ibu-ibu..sebab jika dibiarkan berlarutan dan tidak diberi rawatan segera yang sewajarnya, boleh menyebabkan penyakit lain yang lebih teruk..

Untuk anak-anak yang masih kecil berusia 2 tahun ke bawah, kita tidak digalakkan untuk memberi ubat selsema tau..jangan ibu-ibu sesekali bagi ubat selsema pada anak-anak yang usianya bawah 2 tahun, terutama sekali bayi..

Aritu masa Mai bawa Muna pergi klinik untuk cucuk setahun, Muna adalah selsema sikit, macam tersumbat sikit hidung dia..doktor cuma beri ubat titik untuk bantu keringkan hingus je..sebab doktor kata ubat makan boleh beri kesan kepada otak baby kalau diberi pada baby bawah umur 2 tahun...huhuhu ngeri sey...alat sedut hingus tu pun doktor tak bagi guna, sebab katanya risau boleh lukakan hidung baby...ok, maknanya penyedut hingus yang Babah baru beli tu kena simpan dalam lemari ye..hehe

Ok..kat sini Mai nak kongsi tips sikit camne nak atasi dan rawat selsema yang Mai dah cuba..ibu-ibu boleh la cuba ye..memang lambat sikit tapi insyaAllah membantu untuk keringkan hingus dan legakan hidung tersumbat..

1. Ambil kunyit hidup dan gosok2 sikit pada anak lesung batu..ambil minyak sikit (sebaiknya minyak zaitun, kalo takde minyak masak pun boleh)..campurkan kunyit yang dah hancur pada anak batu tadi dengan minyak.. sapukan pada hidung baby sambil berselawat ke atas Nabi..

2. Ibu-ibu juga boleh cuba letakkan bawang dalan stokin baby..kalau risau panas, pakaikan stokin kemudian lapiskan sepasang lagi stokin yang diletakkan bawang.. (tips yang ni Mai belum cuba lagi, dikongsi oleh seorang rakan)

3. Sapukan Vicks di tapak kaki baby..yang ni Mai memang selalu buat..insyaAllah membantu..

4. Teknik percussion.. boleh cuba tepuk belakang baby secara cupping.. ni untuk bantu kahak turun serta elakkan kahak berkumpul di paru-paru dan seterusnya keluar melalui najis..

5. Mai juga amalkan Vitamin C untuk kuatkan imun baby..masa baby Muna selsema ni, memang kerap la Mai telan Vitamin C Shaklee tu..sehari 5-6 biji..ye la,apa yang ibu makan insyaAllah dapat juga pada baby melalui susu ibu..

Ok itu saja tips yang Mai tahu..kalau ibu-ibu ada tips lain yang Mai tak tahu, boleh la kongsi sama-sama ye..

Semoga Allah sentiasa beri kesihatan yang baik untuk anak-anak kita, insyaAllah..

Ok...semoga jumpa lagi!

Monday, October 20, 2014

Pengedar Shaklee Siputeh dan Batu Gajah Terhebat

Assalamualaikum semua..
.
semoga semuanya berada dalam tahap kesihatan paling mantap..
insyaAllah bi iznillah!
.
Haaa sekiranya anda orang Perak dan berada di kawasan berdekatan Siputeh, Batu Gajah, Bemban dan yang sewaktu dengannya, boleh la contact Mai untuk dapatkan produk Shaklee yang best dan superb ni.. 
.
Mai adalah pengedar bebas Shaklee untuk kawasan Siputeh, Batu Gajah dan yang berdekatan.
.
Boleh hubungi Mai melalui talian 016-5519641, menggunakan medium sms atau aplikasi Whatsapp..atau boleh datang terus ke teratak comel Mai di Taman Siputeh Permai, Siputeh, Perak..
.
Haa kalau nak datang sembang2 tentang produk Shaklee pun boleh..nak daftar jadi ahli Shaklee pun boleh..tapi hubungi Mai dulu ye untuk pastikan Mai ada di rumah dan produk Shaklee yang anda nak tu ada dalam stok simpanan Mai..Mai taknak la nanti anda kecewa, dah sampai tapi stok habis..kalau tetiba jadi camtu, kita sembang2 minum teh cicah biskut cream crackers la nampaknya..hehe ^_^
.
Ok..semoga bertemu lagi!

Mai
Shaklee Independent Distributor
ID 868610
016-5519641

Friday, October 17, 2014

30 Days and Counting...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah hari ni genap Muna Khadeejah 30 hari...
Tadi gi timbang dan cucuk Hep B 2nd dose di klinik...alhamdulillah sihat anak mama dengan berat 3.67kg...lahir aritu Muna Khadeejah 3.01kg...

Sebelum keluar rumah tadi, ofkos la kena breakfast dulu kan...breakfast ni sangat2 penting untuk kita ye..sebab perut dah kosong lama semasa kita tidur..jadi nak mulakan hari kita yang hectic ni, kena mulakan dengan breakfast k..

Pagi ni Mai breakfast bihun goreng, 3 biji kurma dan minum Tamar Cocoa..mmmm yummylicious la..alhamdulillah dah 30 hari berpantang secara sihat di bawah jagaan mak Mai yang tersayang...tengkiu mak! ♥♥

Lepas tu ofkos juga 3 vitamin terpenting untuk ibu berpantang iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C Plus..memang bertenaga sepanjang hari..alhamdulillah!

Semoga terus ceria ye!
Jumpa lagi..!

**Catatan 14 Oktober 2014

Saturday, October 11, 2014

Susah Hati Bila Anak Tak Sihat...

Assalamualaikum semua..

Harapnya semua baik2 dan sihat belaka dalam rahmat dan lindungan Allah SWT..InsyaAllah...

Tengok tajuk mesti semua tahu yang anak Mai tak sihat kan...huhu susah hati sangat bila anak tak sihat..Muaz dan Maisarah selsema dan batuk..Muna pun terjangkit juga..mana taknya, dalam sehari berpuluh kali kena cium dengan abang dan kakak..bangun tidur pun mesti cari baby dulu, nak cium...hehe anak....anak... ^_^

Penawar dan penghibur hati mama dan babah...


Doakan anak-anak Mai cepat sembuh ye...

~ Mai ~



Alhamdulillah atas kurniaan Allah

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah Mai dah selamat melahirkan seorang baby girl pada 14 September yang lepas..alhamdulillah hari ni dah 23 hari usianya..

Nama yang Allah ilhamkan pada kami ialah Muna Khadeejah..

Doakan Muna Khadeejah membesar dengan sihat dan kuat, menjadi seorang muslimah yang solehah dan musleh..insyaAllah..

Salam AidilAdha buat semua!

** Sebenarnya post ni Mai tulis pada Isnin, 6 Oktober 2014 bersamaan 11 Zulhijjah...agaknya Mai edit kat draf guna handphone tu dia update guna tarikh draf lama tu..huhu tak terpikir langsung...

Haih...! -_-"

~ Mak tang ~
Mai

Monday, June 9, 2014

Orang Gastrik Boleh Makan Vitamin C Shaklee??

Kebaikan dan keistimewaan menggunakan Vitamin C Shaklee

  1. time released..semulajadi tanpa bahan pengawet..sesuai utk org yg gastrik.
  2. Bio flavonoid dlm vitamin C membantu vit c jd lg aktif..klau vit e kena ade selenium...vit c perlukan Bio flavonoid...
  3. klu demam atau selsema x perlu mkn ubat doktor. Patahkan 2 bj VITC dan telan...
  4. Maksud Sustained release tu,vit c tu akan di 'release' utk bdn scr berperingkat..let say vit tu 500mg,so,stiap 1 jam,100mg vit c akan direlease utk kegunaan bdn...
  5. Knp susah2 je shaklee cipta time release?

    Sbb vitamin c dapat diserap dgn baik oleh badan pada dos yang rendah. Semakin tinggi dos semakin sedikit yang dapat diserap.

  6. Vitamin C ini dihasilkan bersama-sama bioflavonoids complex! Bioflavonoid ini adalah antioksidan yang sangat superb yang hanya boleh didapati dari buah-buahan asli. Jadi, tak ade dalam vitamin C sintetik. Bahan ini mempunyai fungsi yang spesifik untuk meningkatkan kesihatan badan dari pelbagai sudut. Bahan ini menyokong pertumbuhan sel yang sangat baik, untuk kesihatan jantung, dan juga untuk alzheimer.
  7. Pelepasan dalam masa 5 jam tp maintain vit c dalam darah for 12 jam. Walaupun ia larut air tp bkn masuk terus keluar, dia akan bekerja dulu dgn sel badan sebelum dia keluar. Satu fakta ttg vit C ialah badan kita xboleh simpan vit C tapi ia digunapakai dlu sblm dibuang, in this case bersamaan kita makan orn selama 5 jam, tp bkn masa tu je kita ada bekalan vit C sbb td dia kuar perlahan2
Info kredit: group LadyBoss

Rumaizah Zalkornain
ID 868610

Tuesday, June 3, 2014

Kisah Doa Termakbul

KISAH DOA TERMAKBUL.

KISAH SEORANG ABANG DAN ADIK.

KEDUA-DUANYA ANAK YATIM MISKIN.

MEREKA MENGINAP DI RUMAH PUSAKA PENINGGALAN. KEDUA IBU BAPA MEREKA ADALAH HAMBA ALLAH YANG SOLEH.

SI ABANG, SABAN HARI BERDOA AGAR ALLAH MENGUBAH NASIB HIDUPNYA.

DIA MEMINTA DIPERTEMUKAN DENGAN ISTERI YANG CANTIK LAGI KAYA.

DAN MEMINTA KEPADA ALLAH AGAR DIRINYA KAYA RAYA HIDUP MEWAH.

SI ADIK PULA,

BUTA HURUF. TIDAK SEPERTI ABANGNYA,

DIA MEMBACA DOA PUN DENGAN MELIHAT KERTAS TERINSUT-INSUT MEMBACA.

SEBELUM BAPANYA MATI, DIA PERNAH MEMINTA BAPANYA MENULIS SESUATU DI ATAS KERTAS,

DAN KERTAS ITU SERING DIPEGANGNYA SETIAP KALI BERDOA.

DIPENDEKKAN CERITA, AKHIRNYA,

ALLAH MEMPERTEMUKAN SEORANG PEREMPUAN YANG CANTIK LAGI KAYA DENGAN ABANGNYA,

LANTAS BERKAHWIN.

SI ABANG SEPERTI MENDAPAT DURIAN RUNTUH DAN KEHIDUPANNYA TERUS BERUBAH.

DIA KELUAR DARI RUMAH PUSAKA,

DAN MENINGGALKAN ADIKNYA.

SI ABANG AKHIRNYA KAYA RAYA, MALAH TERUS KAYA APABILA DIA MEMASUKI MEDAN BISNES.

DIA SUDAH MULA ALPA DENGAN ALLAH,

MELEWAT-LEWATKAN SOLAH, JARANG MEMBACA AL-QURAN, TAPI TIDAK PERNAH LALAI UNTUK MEMINTA KEKAYAAN DARIPADA ALLAH.

KALAU MASUK DALAM BAB PERNIAGAAN, KEKAYAAN DUNIA, MAKA BERBONDONG-BONDONG DOANYA KEPADA ALLAH.

DAN AJAIBNYA, ALLAH BERI APA YANG DIA MINTA.

SI ABANG RASA DIA ISTIMEWA.

SI ADIK PULA, HIDUPNYA TIDAK BERUBAH.

DIA MASIH SEORANG SEDERHANA,

DENGAN KELEMAHANNYA SEBAGAI SEORANG BUTA HURUF,

DIA HANYA MENDAPAT KERJAYA SEDERHANA,

TERUS MENJAGA RUMAH PUSAKA.

SI ADIK, JUGA RAJIN BERDOA.

SI ABANG TAHU, SI ADIK RAJIN BERDOA.

TAPI SI ABANG MELIHAT, HIDUP ADIKNYA TIDAK BERUBAH-UBAH.

LANTAS SATU HARI, KETIKA SI ABANG MENZIARAHI ADIKNYA,

SI ABANG BERKATA DENGAN RIAK:

“KAU KENA BERDOA KUAT LAGI.
TENGOK AKU, BERDOA JE ALLAH MAKBULKAN.
KAU NI TAK CUKUP HAMPIR DENGAN ALLAH NI.
BERDOA PUN MASIH TENGOK-TENGOK KERTAS. TAK CUKUP HEBAT.”

SI ADIK TERSENYUM SAHAJA.

SUKA ABANGNYA MENEGUR KERANA PADANYA,

TEGURAN ABANG AMAT BERMAKNA.

SI ADIK TERUS HIDUP SEDERHANA,

DI DALAM RUMAH PUSAKA, DENGAN DOA MELIHAT KERTAS SABAN HARI,

DAN KEHIDUPANNYA TETAP TIDAK BERUBAH.

TIDAK MENJADI KAYA SEPERTI ABANG.

DITAKDIRKAN,

SI ADIK MENINGGAL DUNIA. KETIKA SI ABANG MENGEMAS-KEMAS RUMAH PUSAKA,

DIA BERJUMPA SATU KERTAS. KERTAS ITU ADALAH KERTAS YANG ADIKNYA SERING PEGANG KETIKA BERDOA.

SI ABANG MENANGIS TERESAK-ESAK APABILA MEMBACA KERTAS KECIL ITU.

KERTAS ITU TERTULIS:

“YA ALLAH, MAKBULKAN LAH SEGALA DOA ABANG AKU”

MASYAALLAH… KEBESARAN ILLAHI.

SI ABANG MULA MEMBANDINGKAN DIRINYA DENGAN ADIKNYA.

ADIKNYA KEKAL TAAT KEPADA ALLAH DAN TIDAK MERINGAN-RINGANKAN URUSANNYA DENGAN ALLAH SWT.

ADIKNYA, SEDIKIT PUN TIDAK MEMINTA DUNIA KEPADA ALLAH,

MALAH TIDAK MEMINTA APA-APA UNTUK DIRINYA.

TETAPI ADIKNYA MEMINTA AGAR SEGALA DOA SI ABANG DIMAKBULKAN.

SI ABANG, TIDAK PERNAH SEDIKIT PUN MENDOAKAN SI ADIK.

SI ABANG MULA TERSEDAR,

RUPANYA,

BUKAN DOA DIA YANG MAKBUL. TETAPI DOA ADIKNYA TELAH DITERIMA DAN DI MAKBUL OLEH ALLAH SWT.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
CERITA INI MERUNTUN HATI SAYA,

DAN BUAT SAYA SENTIASA BERFIKIR PANJANG.

KADANG-KADANG KITA, BILA ALLAH REALISASIKAN HAJAT KITA,

KITA SUKA MENGIMBAU USAHA-USAHA KITA.

"AKU BUAT BEGINILAH YANG JADI BEGINI."

"DOA AKU MAKBUL!"

"AKU NI MEMANG ALLAH SAYANG. TENGOK, SEMUA BENDA ALLAH BAGI. AKU MINTA APA2 PUN."

TANPA SEDAR KITA BONGKAK. TAKABBUR.

SEDANGKAN,

KITA TAK TAHU, MUNGKIN YANG MAKBUL ITU ADALAH DOA IBU BAPA KITA, DOA ISTERI ATAU SUAMI KITA,

DOA ADIK BERADIK KITA,

DOA SAHABAT-SAHABAT KITA.

BUKANNYA DOA KITA.

CERITA ITU SANGAT MENYENTUH HATI SAYA.

MEMBUATKAN SETIAP KALI SAYA BERDOA,

SAYA TIDAK LUPA MENDOAKAN IBU BAPA SAYA, ISTERI ATAU SUAMI SAYA,

GURU-GURU SAYA, KELUARGA SAYA,

ADIK BERADIK SAYA, SAHABAT-SAHABAT KARIB SAYA,

YANG TERAMAT AKRAB.

SAYA SEBUTKAN NAMANYA AGAR LEBIH MERASAI BAHAWA SAYA MEMERLUKAN MEREKA MENDOAKAN SAYA JUGA.

KITA INI BANYAK DOSA. TERHIJAB.

MUNGKIN DOA ORANG LAIN YANG LEBIH BERSIH HATINYA,

LEBIH SUCI JIWANYA YANG MAKBUL,

MENYEBABKAN RAHMAT ALLAH TUMPAH PADA DIRI KITA.

SEBAB ITU JANGANLAH BERLAGAK.

JANGAN TINGGI DIRI.

JANGAN RASA DOA KITALAH YANG MAKBUL.

PULANGKAN SEMUANYA KEPADA ALLAH.

Hadis Terunggul Rasulullah

- HADIS TERUNGGUL -

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Maka tugas anta sekelian yang seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi SAW ini dengan orang lain, moga ianya memberikan manfaat kepada semua. Insyallah...

Syukran Jazilan.
Wassalammualaik.