Monday, November 26, 2012

Meraikan Perbezaan Personaliti Anak

Tips Mudah Meraikan Personaliti Anak

Di sini saya kongsikan 4 tips yang membolehkan kita meraikan perasaan dan personaliti anak-amak kita...setiap manusia yang Allah cipta di dunia ni adalah unik termasuklah juga sifatnya. Jadi sebagai ibu bapa kita harus bijak menangani setiap karenah yang ditimbulkan oleh si kecil. Mereka sebenarnya sedang menghantar mesej halus iaitu memerlukan perhatian dari kita lebih-lebih lagi seawalnya menerima kehadiran adik baru dalam hidupnya.

Jom baca...semoga bermanfaat...

# Tips 1

Elakkan membandingkan dengan anak yang lain. Katakan kepada mereka bahawa anda sangat menyayangi mereka.

# Tips 2

Beli permainan yang membolehkan mereka bermain bersama-sama seperti bermain bola. Dengan ini mereka dapat menonjolkan sikap kerjasama ketika bermain.

# Tips 3

Bawa mereka keluar bersiar bersama-sama untuk berseronok. Cara ini dapat mengeratkan hubungan mereka adik-beradik.

# Tips 4

Puji apabila mereka bermain bersama-sama dan katakan anda suka sikap mereka yang sentiasa bersikap baik ini. Sikap ini amat penting untuk keharmonian dalam sesebuah keluarga.

Sumber: Majalah Pa&Ma (Jan 2010)

No comments: