Wednesday, August 23, 2017

Cara Ibu Menyusu Kuruskan Badan Dengan Selamat

Satu perkara yang pasti ada dalam perancangan seorang wanita lepas bersalin ialah nak turunkan berat badan! Betul kan? Haha..pastinya itu impian setiap wanita selepas bersalin.

Namun begitu, lepas bersalin tu impian yang lebih besar, semestinya nak menyusukan bayi sepenuhnya selama 2 tahun penuh. Impian nak kurus tu tiba-tiba jadi misi mustahil.

Haha..sebabnya ibu menyusu tak boleh nak berdiet sakan, kalau diet nanti effect pulak susu badan..huhu itu lebih mengerikan daripada menjadi gemuk!

So, macamana ibu menyusu nak kurus dengan selamat, tanpa jejaskan penghasilan susu ibu?

Petua Untuk Ibu Menyusu Kuruskan Badan Dengan Selamat


  1. Susukan anak sekerapnya mengikut permintaan. Bila anak menyusu, ia turut bantu bakar kalori dalam badan.
  2. Makan makanan seimbang, kurangkan lemak dalam pemakanan. Lebihkan protein dan sayur serta buah yang boleh menggalakkan penghasilan susu. Boleh tambah multivitamin yang lengkap seperti Shaklee VitaLea Iron, B Complex dan Vitamin C serta protein ESP yang menyokong nutrisi ibu menyusu. 
  3. Minum air kosong secukupnya. Kurangkan minuman yang manis dan berlemak. Pastikan cukup 3 liter air sehari, ini supaya dapat mengekalkan penghasilan susu ibu. Jangan minum berdiri, ini akan menyebabkan perut buncit! Lagipun tak manis orang perempuan minum berdiri..hehe anak Mai kata, sape minum berdiri kawan dengan setan hihi 😅
  4. Makan snek berkhasiat antara waktu makan utama. Contohnya makan buah atau salad segar. Buah dan sayur ni makam banyak-banyak-banyak pun takpe!
  5. Untuk pastikan lemak-lemak kita dikeluarkan dari badan dengan lebih efisien, pengambilan Lecithin dan OmegaGuard sangat membantu. Lecithin bertindak sebagai penggumpal lemak dan dapat mengelakkan pengumpulan lemak. OmegaGuard pula dapat membantu mencairkan lemak yang termendap di dinding salur darah. Plus, anak juga akan jadi bijak seperti ibunya kerana kandungan kolina dalam Lecithin serta OmegaGuard mampu membantu merangsang perkembangan otak bayi, hebat kan!
  6. Senaman ringan juga boleh diamalkan oleh ibu menyusu seperti brisk walk, jogging atau berenang. Terpulang mengikut keselesaan ibu.

Ok itu saja sharing Mai kali ni ye.
Jangan lupa share ye jika rasakan bermanfaat!
Happy breastfeeding mommies!

Salam sayang,
Mai

No comments: