Sunday, August 13, 2017

Punca Rambut Gugur Dengan Banyak Selepas Bersalin

Pernah tak suami tegur tentang rambut bersepah merata-rata dalam rumah? Hihi memang tak larat nak sapu, memang merata-rata rambut gugur. Kalau masa mandi, basah rambut, jangan cerita la. Memang banyak sangat rambut gugur masa mandi. Kadang-kadang terpikir sakit ke aku ni, rambut abis gugur. Dari rambut tebal cantik berkilat masa mengandung, tinggal nipis dan kuncup je, haha.

Orang tua-tua kata, bila anak dah start main air liur, sembur-sembur air liur, abisla gugur rambut maknya. Haha ada benarnya kan. Tapi kenapa agaknya ye? 🤔

Punca Rambut Gugur Dengan Banyak


1. Perubahan hormon

Bila mengandung, paras hormon estrogen dan progesteron meningkat menggalakkan pertumbuhan rambut. Rambut jadi cantik dan tebal. Hmm no wonder la ibu mengandung tu nampak cantik dan berseri-seri. Pembawakan budak, orang kata. Tapi sebenarnya ada kaitan dengan hormon.

Selepas bersalin, paras hormon akan turun mendadak untuk kembali ke paraa normal. Ini akan turut menyebabkan rambut gugur dengan banyak. Kebiasaannya ia mengambil masa lebih kurang 6 bulan selepas bersalin untuk semuanya kembali normal.

So rileks je ibu-ibu, hadapi dengan tenang je bila rambut gugur tu ye. Hihi

2. Stres
Stres juga menjadi antara punca rambut gugur. Kawal stres dengan melakukan aktiviti ringan seperti berbasikal atau berjalan-jalan di taman pada waktu petang.

3. Berusia dan mempunyai ramai anak

Semakin meningkat usia, badan juga tidak dapat menyerap nutrisi secukupnya daripada makanan. Metabolisme badan juga semakin menurun.

Ibu-ibu yang mempunyai anak ramai juga tidak dapat menumpukan kepada penjagaan rambut. Penjagaan rmbut yang tidak terurus jug boleh menjadi punca rambut gugur.

4. Pola pemakanan tidak sihat

Pemakanan tidak sihat menyebabkan badan tidak dapat membekalkan nutrien yang cukup untuk rambut. Ini akan menyebabkan akar rambut tidak kuat dan mudah gugur.

5. Faktor usia

Bila usia meningkat, kadar penyerapan nutrisi pun dah semakin berkurang. Sebab tu sangat disarankan untuk mengamalkan diet seimbang dan pengambilan suplemen dari awal.

Tips Untuk Atasi Masalah Rambut Gugur


1. Sikat rambut dengan lembut
2. Guna shampu yang diperkaya dengan vitamin B
3. Tingkatkan pengambilan protein
4. Makan makanan seimbang dan kaya nutrisi
5. Amalkan gaya hidup sihat untuk mengawal stres

Suplemen Shaklee Untuk Atasi Masalah Rambut Gugur 

1. ESP
2. Vita-Lea Iron Multivitamin
3. B Complex
4. Sustain-released Vita-C Plus
3. Vivix

Suplemen Shaklee telah banyak membantu ramai ibu untuk mengatasi masalah rambut gugur. Ingin mendapatkan suplemen Shaklee untuk mengatasi masalah rambut gugur, boleh hubungi atau whatsapp pengedar Shaklee ini.

Rumaizah Zalkornain
|| Id 868610 || 016-5519641 ||

No comments: