Wednesday, August 9, 2017

Cara Rawat Bengkak Susu Untuk Ibu Yang Menyusukan Bayi

Seronoknya bila tengok kawan-kawan Mai yang baru dapat bayi..wangi je bau anak syurga ni kan..untuk yang kali pertama jadi ibu dan bapa, mesti sangat teruja dan sangat happy dengan kelahiran cahaya mata penyejuk jiwa kan..berika yang terbaik untuk mreka ye, terutama sekali berikan bayi dengan susu ibu..itu yang paling terbaik kan..

Menyusukan bayi ni kena ikut rules "supply vs demand"..jangan risau jika permulaan susu tak banyak sebaik  bayi dilahirkan sebab yang keluar pada mulanya adalah kolostrum yang kaya dengan khasiat dan antibodi terbaik untuk bayi..nanti dah abis kolostrum keluar, baru la susu akan keluar..hmm bila dah mula keluar, nanti sampai bengkak payudara sebab susu yang banyak..ataupun biasa kita sebut bengkak susu..

Bila cerita tentang bengkak susu, Mai teringat seorang kawan Mai baru-baru ni kena jalani satu pembedahan akibat dari jangkitan kuman di payudara..semuanya bermula daripada bengkak susu..ada ketulan susu yang tersumbat dan menyebabkan radang di payudara..keradangan ini dinamakan "mastitis"..so kalau ibu-ibu yang mengalami bengkak susu ni, jangan stress, rileks dan pastikan ianya tidak berlarutan..teruskan menyusu bayi sebab nanti bengkak susu akan reda, insyaAllah..

Apa itu mastitis?


Mastitis ialah satu keadaan payudara mengalami keradangan yang boleh menjadi jangkitan dengan cepat..ia membuatkan payudara mungkin menjadi merah, keras, sakit, panas ataupun bengkak..

Biasanya bila keaadaan ini berlaku, kita akan rasa ketulan atau benjolan di sekitar payudara. Ini disebabkan oleh susu yang masuk ke dalam tisu payudara dan bukannya ke dalam duktus susu. Benjolan ini biasanya dirujuk sebagai 'duktus tersumbat'.

Biasanya ibu yang terkena mastitis, akan mengalami simptom seperti seram sejuk, sakit kepala, demam ringan  (melebihi 38.5 C) dan keletihan.

Adakah bengkak susu itu dianggap sebagai mastitis?


Oh..tidak..bengkak susu cuma bersifat sementara sahaja. Mastitis adalah keradangan yang berlarutan sehingga menyebabkan jangkitan. Mastitis disebabkan oleh stasis susu iaitu berlaku sekiranya payudara tidak dikosongkan sepenuhnya semasa bayi menyusu. Ia juga boleh berlaku akibat daripada bengkak susu yang tidak kembali kepada normal. Kecederaan pada payudara dan menyusu mengikut rutin yang ketat juga boleh menyebabkan mastitis.

Jadi, sekiranya ibu-ibu mengalami gejala bengkak susu, digalakkan mengosongkan payudara sepenuhnya supaya tiada susu yang tersumbat dan boleh menyebabkan mastitis. Jika mastitis berlarutan, dapatkan nasihat doktor dan jika perlu, doktor akan memberi antibiotik untuk mengawal jangkitan.

Bagaimana Untuk Mengatasi Bengkak Susu?


Macam yang Mai ada bagitau tadi, teruskan menyusu bayi walaupun anda mengalami bengkak susu. Ini akan melegakan ibu kerana susu dapat dikeluarkan dengan lancar. Jika bayi tidak ada bersama, kosongkan payudara dengan cara mengepam susu sama ada menggunakan pam atau dengan tangan menggunakan kaedah Marmet.

Tapi ibu-ibu, bengkak susu adalah tanda yang positif. Ia berlaku pada minggu-minggu awal kelahiran, sehinggalah payudara dapat mengeluarkan dan menghasilkan susu yang sesuai dengan keperluan bayi. Jadi, jika mengalami bengkak susu, berikut ialah tips yang mungkin dapat membantu..

  1. Pakai coli yang sesuai. Seeloknya yang padan dan tidak mempunyai besi serta tidak terlalu ketat. Pakailah sepanjang masa termasuk pada waktu malam. Ini untuk menyokong payudara.
  2. Susukan bayi dengan kerap. Ingat, semakin kerap payudara dikosongkan sepenuhnya, susu akan dihasilkan dengan baik dan dapat mengelakkan payudara menjadi bengkak
  3. Pastikan lekapan bayi betul supaya bayi dapat menyusu dengan baik. Untuk memastikan payudara dikosongkan, ibu boleh pam atau perah lepas bayi menyusu
  4. Pam atau perah susu yang berlebihan jika payudara terlalu penuh. Kadangkala bayi tiada bersama ibu atau bayi dah kenyang, jadi ibu kena pastikan kosongkan payudara dengan mengepam susu. Ini akan mengelakkan bengkak susu berlaku.
  5. Letak tuala panas jika payudara terasa sakit kerana bengkak susu atau mandi air suam juga dapat membantu melegakan bengkak susu. Air suam akan membantu melancarkan aliran susu, dan susu akan mengalir keluar sendiri dari payudara.
  6. Jika tak tahan, ambil parasetamol untuk membantu melegakan bengkak susu. Tapi perlu preskripsi dari doktor ye, dapatkan nasihat pakar terlebih dulu.

Petua orang tua-tua
  1. Tekap daun kobis pada payudara. Kobis bersifat menyejukkan dan ini dapat melegakan payudara yang sakit kerana bengkak susu.
  2. Sikat payudara perlahan-lahan menggunakan sikat rambut untuk mengurangkan ketulan dan melancarkan aliran susu.

Supplemen Shaklee Untuk Membantu Melegakan Bengkak Susu


  1. Lecithin
  2. Omega Guard
Dua supplemen ni sangat membantu melegakan bengkak susu. Jika nak cuba, boleh hubungi Mai untuk order ye, atau whatsapp terus Mai.

Salam sayang,
Mai


No comments: