Thursday, August 17, 2017

Resepi Daging Masak Asam Yang Cepat dan Mudah

Hai semua...hari ni Mai nak kongsikan satu resepi yang Mai belajar daripada ibu mertua Mai..resepi ni orang utara pandai dah, tapi kalau korang bukan orang utara, memang wajib cuba resepi ni..sangat mudah dan cepat terutama sekali bila anak dah kelaparan nak makan! Haha

Tapi resepi ni Mai ada modified sikit, iaitu ada tumis bawang sebelum masuk daging..kalau resepi asal, terus masukkan daging ke dalam minyak.

Jom check it out!!

Daging Masak Asam Ibu Mertuaku

Bahan-bahan:

1/2 kg daging dihiris nipis
2 biji kentang sederhana besar
2 ulas bawang besar dipotong bulat
1 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah dihiris serong nipis
1/2 inci halia dihiris nipis
Air asam jawa secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Air sesukupnya
Garam, gula dan kicap secukup rasa

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan kuali dan tuangkan minyak masak untuk menumis. Apabila minyak dah panas, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. (ni Mai tambah, mak mertua Mai tak tumis hihi)
  2. Bila dah naik bau, masukkan daging yang telah dihiris nipis. Biarkan sampai keluar air daging, masukkan air asam jawa dan tambahkan air sehingga separas daging. Biarkan daging masak hingga empuk.
  3. Selepas beberapa minit, masukkan kicap ke dalam kuah daging.
  4. Bila daging dah nak empuk, masukkan kentang yang dihiris.
  5. Apabila paras air dah sampai ke tahap yang dimahukan (ada orang suka kuah banyak, ada yang tak suka kuah), masukkan potongan bawang besar dan cili. Biarkan seketika. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas.

Nota Mai:

Resepi ni boleh juga nak gantikan daging dengan ayam, udang, sotong ataupun ketam. Memang sedap, anak-anak Mai memang suka. Nak sediakan pun tak ambil banyak masa. Memang cepat dan mudah!

Kuah pulak, kalau Mai memang buat berkuah, sebab anak-anak dan suami nak makan kuah. Kalau suka kering je, masak sampai kering baru masukkan potongan bawang besar dan cili ye.

Nanti Mai ada kesempatan, Mai share gambar ye.

Ok selamat mencuba!

No comments: