Pengedar Shaklee Batu Gajah, Siputeh, Pusing, Tronoh, Seri Iskandar, dan kawasan sekitarnya
Saturday, July 20, 2013
Jom Tambahkan Amal Ibadah Sepanjang Ramadhan
Seronok nak sharing dengan semua tentang bulan Ramadhan ni sebab dalam bulan ni Allah janjikan macam-macam hadiah untuk hambaNya yang bertaqwa...buat amal sedikit pun dah dapat pahala berlipat kali ganda..bulan-bulan biasa Allah tak janji macam tu pun..betapa Allah sayang pada kita...bulan Ramadhan ni macam Year End Sale tu...kalau YES sale tu berduyun-duyun manusia serbu shopping complex..yang YES sale pahala yang tak perlu bayar dan Allah janji syurga ni tak nak grab...huuuuuuu betapa ruginya kita... T_T
Amalan di bulan Ramadhan ni macam-macam yang kita boleh buat sepanjang 24 jam sehari tu..malah tidur di bulan Ramadhan pun dikira ibadah..eiii best giler...tapi bukan tidur sepanjang hari ye...kang ada yang tidur dari sahur sampai buka pulak, bangun nak solat je, alasan sebab tidur pun ibadah...toing!!
Jom kita buat checklist untuk amalan kita sepanjang Ramadhan ni..:
1. Banyakkan baca Al-Quran dan maknanya...kalau dapat khatam lagi bagus, Subhanallah...kalau tak sempat sangat baca la sikit pun takpe...TAPI kalau kita luangkan masa untuk Allah, Allah akan gantikan dan berkati masa yang kita ada..insyaAllah...janji Allah itu pasti...
2. Banyakkan solat-solat sunat...tambah solat rawatib sebelum dan selepas solat...solat rawatib yang afdhal kita buat:
- sebelum solat Subuh
- sebelum dan selepas solat Zuhur
- selepas solat Maghrib
- selepas solat Isyak
Bukan banyak..2 rakaat je untuk permulaan..nak tambah lagi, MasyaAllah laaaaagi boleh...
3. Banyakkan berzikir mengingati Allah..jadikan setiap saat dalam kehidupan kita ni ingat kepada Allah..rindu pada Allah..sebab bila kita dekat dengan Allah, Allah akan lebih dekat dengan kita..rezeki kita dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayangNya MasyaAllah...jadikan tiap detik Ramadhan ni berharga dengan ungkapan-ungkapan cinta kepada Allah..rebut dan raih cinta Allah dengan berzikir mengingatiNya...
4. Banyakkan bersedekah...Allah akan ganjaran pahala yang banyak dan kembalikan semula rezeki kita dengan berlipat kali ganda, insyaAllah..
5. Banyakkan solat malam dan qiamullail..Allah offer pahala banyak, jom kita grab! Alangkah ruginya kita kalau tak rebut peluang yang setahun sekali ni..dan kita tak tahu adakah kita berpeluang bertemu dengan Ramadhan yang akan datang... T_T Niat dan doa sebelum tidur, minta Allah kejutkan kita untuk bangun qiam...kita buat solat tahajjud, solat taubat, solat hajat dan witir...zikrullah sebanyaknya...baca al-Quran...
6. Masak dan beri orang berpuasa makan untuk berbuka....masyaAllah masak pun dapat pahala..masaklah dengan niat kerana Allah, insyaAllah berkat apa yang kita masak..sebab tu masa bulan Ramadhan banyak moreh...waa sana sini moreh..kalau ada peluang nak menyumbang untuk moreh, lakukan..insyaAllah besar ganjaran yang Allah bagi..
7. Banyakkan senyum..senyum kan sedeksh paling mudah...dan sebarkan salam..
Ada lagi...tapi nanti kita sambung ye..teruskan amal ibadah di bulan berkat ni ye..kini Ramadhan dah masuk fasa kedua..malam ni dah malam ke-12...
Ya Allah...cepatnya Ramadhan berlalu...jangan Kau biarkan kami lalai dan leka..ampunkan dosa-dosa kami, rahmatilah seluruh kehidupan kami..kami tak layak untuk syurgaMu ya Allah..tapi kami tak sanggup untuk ke nerakaMu..... T_T
Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/ whatsapp: 016-5519641
Wednesday, July 17, 2013
Sihat Semasa Berpantang Untuk Kesihatan Sepanjang Hayat
Pemakanan....kesihatan bermula dari perut!
Memang sangat betul...tapi kalau ikut doktor, makan je semua..hehe sebab semua pun ada khasiat..ya betul juga...ibu-ibu moden sekarang ni memang susah nak dengar cakap orang tua-tua, renyah! Tapi kena ingat, kalau kita sayangkan suami dan keluarga, ikutlah pesanan orang-orang lama dan berpengalaman ni..kalau tak, terima la akibatnya nanti.. Mai yang baru anak dua ni pun dah terasa, itu yang ikut pantang orang tua..kalau tak ikut rasanya lagi teruk kot..
Macamana kita nak tahu yang sesuatu makanan tu kita boleh makan ke tak?
Prinsip Mai senang....kalau kita makan, lepas tu badan rasa bisa-bisa, seram sejuk macam nak demam, pening ke camtu..haaaa tu maknanya makanan tu kita takleh makan la..tunggu la sampai anak umur setahun ke, baru cuba makan...kalau tak...huuu merana kome...
Cuma....kalau kita tengok menu ibu berpantang biasanya sangat kurang sayur dan buah...sebab kebanyakan sayur dan buah ni sejuk-sejuk belaka...haa cari la sayur dan buah yang boleh dimakan, yang tak sejuk supaya badan kita sihat dan bertenaga, cukup nutrisi untuk jalani hidup dalam suasana yang baru.. kalau rasa nak lengkapkan nutrisi masa berpantang tu, boleh cuba vitamin Shaklee yang sesuai untuk ibu berpantang..
Kat dalam Set Berpantang ni, insyaAllah cukup lengkap dengan semua vitamin dan mineral di samping membantu ibu melancarkan perjalanan darah dan membantu melawaskan sembelit. Pendek kata, insyaAllah memang sangat best dan dalam masa yang sama juga boleh bantu membanyakkan susu ibu..
Penjagaan Diri
- Pakai stokin....ni untuk mengelakkan badan mudah dimasuki angin..lagipun kita jalan-jalan dalam rumah, lantai kan sejuk..boleh buat bisa-bisa badan nanti..nanti badan berangin, sakit sana sini, pening sana sini..
- Pakai la baju lengan panjang..elakkan liang-liang roma terdedah dengan persekitaran...juga untuk menghindarkan dari badan masuk angin.
- Pakai bengkung...sekarang ni dah moden ramai yang tak nak pakai bengkung tradisional...takpe, pakai je bengkung moden macam Premium Beautiful ke, Elken ke....dah macam-macam dah sekarang ni...nak yang murah ke, yang mahal ke...semua ada..pilih je mana pilihan kalbu...
- Pakai la bedak param, pilis semua..boleh didapati di toko-toko jamu..ni untuk buang angin dan membantu memanaskan badan.
- Makan jamu...haa tapi jamu ni makan lepas anak dah bebas jaundice ye..supplement Shaklee untuk ibu berpantang je boleh makan dari hari pertama kelahiran..
- Elakkan minum ais...kalau boleh biar sampai anak dah setahun ke...
Tuesday, July 16, 2013
Pulihkan Kesihatan Selepas Melahirkan Dengan Set Berpantang Shaklee
- memulihkan tenaga ibu,
- membantu mengecutkan rahim,
- membantu memulihkan luka selepas bersalin
- mengawal emosi dan stress
- meningkatkan imunisasi ibu dan anak
- memberikan tenaga berpanjangan
- membantu memberikan nutrien yang cukup untuk ibu menyusu
- membantu membanyakkan susu (sekiranya ibu mengambil bersama ESP dan Vitamin untuk ibu menyusu)
Alhamdulillah.....
Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641
Kekal Cergas Berpuasa Dengan Set Mighty Tripple Gems
Adakah anda..
♡ ibu menyusu?
♡ ibu hamil?
♡ ada anak baru belajar puasa?
♡ suami yang risaukan kesihatan isteri?
♡ bekerja di bawah terik mentari?
Kalau YA....,
Apa yang penting bagi anda untuk berpuasa sepanjang Ramadhan?
Ya....TENAGA...mahu KEKAL BERTENAGA hingga berbuka..!
****************
TESTIMONI PENGGUNA SET BERPUASA
✎✎ KISAH IBU MENYUSU YANG BERPUASA
Tahun lepas, first time isteri saya puasa sambil menyusukan anak sulung kami.
Sangat mencabar!
Jam 4 petang dah tak larat nak buat apa². Ada beberapa kali tu, saya balik kerja, isteri dah terbaring atas lantai depan pintu.
Memang kesian sangat...9 hari tak dapat nak puasa sebab memang tak larat!
Itu kisah tahun lepas...
Tahun nih isteri kena ganti puasa. 9 hari tu!
Masa mengandung aritu lupa nak ganti puasa. Terpaksa lah ganti puasa walaupun tengah menyusukan anak kedua. Sambil² tu kena layan anak sulung kami yang suka main kat luar.
Alhamdulillah tahun nih isteri saya mengamalkan Shaklee untuk berpuasa. Sahur simple jer. Performance Drink + Energizing Soy Protein + Kurma.
Hari pertama puasa ganti, saya terkejut tengok isteri saya!
Jam 7 petang masih mampu dukung anak jalan² depan rumah padahal waktu siang teman anak sulung main di luar. Kadang² main tengah panas terik.
Terima kasih Shaklee!
Alhamdulillah isteri saya boleh berpuasa sambil terus bertenaga dari sahur sampai ke berbuka!
- Firdaus Azizi, Terengganu
*******************
Set Mighty Tripple Gems insyaAllah juga boleh membantu anda..
Set Mighty Tripple Gems mengandungi:
(1) ESP
(2) Meal Shakes
(3) Performance drink
Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan..
RUMAIZAH ZALKORNAIN
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641
TESTIMONIAL Ibu Mengandung, Berpantang dan Menyusu Dengan Shaklee
"Alhamdulillah.... selama mkn nie x de masalah lgsn... malah rasa lebih cergas berbanding bersalin 3 org yg lps2... nurse pun heran peranakan cepat kecut... dlm masa seminggu je... dah kecil betul... akak pun x de sakit2 pinggang... siap boleh mengemas n memasak ag..."
![]() |
| Testimoni Pn Azlinda |
![]() |
| Luka lekas baik |
![]() |
| Bayi cepat kenyang dengan ESP |
![]() |
| Berpantang dengan Shaklee |
![]() |
| Set Berpantang Shaklee |
![]() |
| Shaklee menyediakan rangkaian produk terbaik dari hamil sehingga berpantang. |
Haaa best kan semua testimoni ni...ada banyak lagi testimoni ibu-ibu yang berpuas hati...alhamdulillah...
Bukan sahaja ibu sihat, malah anak pun turut sama sihat, insyaAllah..
Jika anda mahu mencuba supplement untuk berpantang, menyusu ataupun hamil, boleh hubungi saya ye. ^^
Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/ whatsapp: 016-5519641
Sunday, July 7, 2013
Membantu Ibu Menyusu, Ibu Hamil dan Seluruh Keluarga Berpuasa Dengan Set MIGHTY TRIPPLE GEMS
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
InsyaAllah dengan izin Allah seluruh umat Islam akan bertemu dengan bulan yang dirindui, bulan yang ada satu malam di dalamnya yang lebih baik dari seribu bulan, bulan di mana Allah hadiahkan pelbagai hadiah untuk insan-insan kesayanganNya..jom kita rebut dan ambil hadiah pemberian Allah dengan ikhlas dan semoga Allah nilai puasa kita sepertimana puasa golobgan mukhlisin, insyaAllah..
Namun, di sebalik kegembiraan menyambut bulan penuh barokah ini, pasti ada sedikit kegusaran dalam hati si ibu menyusu, ibu hamil atau ibu-ibu yang ada anak baru mahu belajar berpuasa.
Bagi ibu menyusu, pasti merisaukan stok susu buat si anak..
Bagi ibu hamil, pasti merisaukan si anak yang sedang membesar di dalam rahimnya..
Bagi ibu yang anak baru nak belajar puasa, pasti risau anak tak dapat tahan puasa..
Biarpun ada rukhsah (keringanan) dalam Islam yang membolehkan ibu menyusu dan ibu hamil untuk berbuka puasa jika risaukan si anak, namun sebolehnya ibu-ibu pasti mahu meneruskan puasa sebulan di bulan Ramadhan..pastinya pengorbanan dan kesukaran yang ibu-ibu hadapi akan Allah beri ganjaran yang terbaik..
Untuk membantu ibu-ibu menghadapi bulan Ramadhan ini, set Mighty Tripple Gems sangat membantu ibu hamil dan ibu menyusu yang berpuasa dan juga membantu ibu-ibu melayan karenah si kecil yang baru belajar berpuasa. InsyaAllah ia dapat membekalkan nutrisi lengkap yang membantu seisi keluarga kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari berpuasa.
Set Mighty Tripple Gems mengandungi:
(1) ESP
♥ membekalkan kesemua 9 asid amino yang penting tapi tidak dapat dihasilkan oleh tubuh
♥ membantu membekalkan tenaga sehingga berjam-jam lamanya (kerana setin ESP dihasilkan daripada 30kg soya bukan GMO!)
♥ membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
♥ membantu membekalkan protein terbaik kepada tubuh
(2) Meal Shakes
♥ membekalkan vitamin dan mineral yang lengkap untuk tubuh
♥ sesuai untuk individu yang sukar menelan pil multivitamin
♥ mengandungi lysine yang membantu meningkatkan selera makan
(3) Performance
♥ minuman isotonik yang unggul
♥ membantu mengekalkan bendalir di dalam tubuh
♥ memberikan tenaga dan menyegarkan badan
RUMAIZAH ZALKORNAIN
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641
Saturday, July 6, 2013
Merawat Kesuburan Perlukan Kerjasama Suami dan Isteri
GLA Complex
♥ mengawal selia perjalanan hormon dalam tubuh kita..
♥ membantu kitar haid menjadi normal..
♥ meredakan sakit senggugut
Zinc Complex
♥ Meningkatkan kualiti sperma yang terhasil dengan tiga cara:
- meningkatkan bilangan sperma
- memperbaiki bentuk sperma supaya lurus dan tidak bengkok
- meningkatkan keupayaan untuk sperma berenang dengan laju menghala ke depan
Vitamin E
♥ Membantu menguatkan rahim
♥ Membantu merembeskan hormon 'cinta' ^^
♥ Meningkatkan 'mood' untuk bersama
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641
Friday, July 5, 2013
GLA Complex Shaklee...bukan sekadar EPO!
Jika anda pengamal tegar EPO, anda pasti sangat sukakan khasiat GLA Complex..
Saturday, June 15, 2013
Keistimewaan Alfalfa Complex Shaklee
Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Signature Shaklee yang mula diformulasikan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an..
- Ditanam secara organik - tanpa pestisid, herbasid - menggunakan baja kompos tanpa bahan kimia
- Medicago Sativa memiliki gred paling tinggi dalam kalangan tumbuhan alfalfa - alfalfa dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan"
- Mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi
Proses Penghasilan Alfalfa Complex Shaklee
- Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila benar-benar telah matang - daun yang matang kaya dengan klorofil
- Daun alfalfa dikeringkan dalam udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi di dalamnya
- Bahagian lain yang tidak penting dilupuskan
- Daun alfalfa yang telah kering akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompress menjadi tablet...pergh memang ORI!
- Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa
Semua proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan kualiti Shaklee yang sangat ketat dan teliti.
Manfaat Utama:
Alfalfa adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi.
Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia - membekalkan nutrisi yang kebanyakannya tiada pada buah dan sayuran.
Alfalfa telah digunakan sejak lebih 2500 tahun dahulu.
- Mencuci hati, darah dan usus - bersifat alkali, mampu meneutralkan keasidan tubuh, menyahkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot
- Melawan alahan - memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan
- Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit
- Menyingkirkan lemak dan kolesterol - kajian klinikal membuktikan bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
- Melawan tumor - mengalkalikan badan, memperbaiki sel dan membuang tumor
- Melegakan keletihan
- Mencegah dan merawat athritis
**Pesakit SLE tidak dibenarkan mengambil alfalfa
Rumaizah Zalkornain
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641
Thursday, June 6, 2013
Tips Penyusuan Untuk Ibu Baru dan Bakal Ibu
Tips Penyusuan Susu Ibu - Jom Realisasikan Impian dan Amalkan Sunnah! ^^
# Tips 1
♥ Lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Penyusuan susu ibu ni sangat mudah dan nampak mudah, tetapi mempunyai cabaran yang sangat sangat sangat besar. Baca, gali dan faham konsep penyusuan dan cabarannya. Nanti Mai kongsikan tentang cabaran penyusuan ni di entry yang lain..# Tips 2
♥ Mulakan penyusuan seawalnya selepas kelahiran. Kalau boleh dalam masa sejam selepas bayi lahir terus susukan dia. Bayi ni Allah dah ciptakan naluri dan terus pandai menyusu sendiri.TIPS jika ibu-ibu bersalin di hospital swasta, maklumkan DENGAN TEGAS pada bidan, nurse atau doktor yang membantu ibu bersalin bahawa anda MAHU menyusukan bayi anda dengan susu ibu SAHAJA, dan jangan benarkan mereka bagi susu formula tanpa kebenaran anda! Sebab kadang2 hospital bersalin swasta ni tak sokong penyusuan susu ibu sangat dan dia akan kata risau baby hypo jadi kena bagi susu formula..NO! NO! NO! Baby takkan hypo, ibu jangan risau..kecuali kalau dalam situasi yang serius dan perlukan baby menerima rawatan..other than that, don't worry..so take note ok..
# Tips 3
![]() |
| Kapasiti perut bayi baru lahir |
# Tips 4
![]() |
| Bayi menyusu ibu adalah bayi yang ceria.. :) |
♥ Ibu kena ingat, bayi menangis bukan sebab tak cukup susu..banyak faktor yang menyebabkan bayi menangis, bukan sebab lapar je..yang PALING UTAMA bayi selalu dan kerap menangis di awal kelahiran ialah dia sangat perlukan PELUKAN dan KASIH SAYANG ibu..pelukan dan kehangatan badan ibu yang membuatkan dia rasa selesa dan tenang..cuba bayangkan perpindahan dari alam rahim ke dunia, ke alam baru yang asing dan dia masih belum kenal sesiapa, sudah pasti bayi memerlukan seseorang untuk dia menaruh kepercayaan dan tempat perlindungan..dalam rahim yang selesa, sempit dan gelap, lalu lahir ke dunia yang luas, lapang dan terang bercahaya..sudah pasti ia sesuatu yang janggal dan asing bagi bayi..
![]() |
| Penyusuan susu ibu mengeratkan hubungan ibu dan anak |
# Tips 5
♥ INGAT!! Konsep penyusuan yang paling penting - semakin kerap payudara dikosongkan, semakin cepat susu ibu akan terhasil. Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu ibu akan terhasil. Semakin kerap susu dikeluarkan dari payudara sama ada guna pam susu atau bayi menyusu, semakin kerap susu akan dihasilkan.. Ini kerana berdasarkan konsep DEMAND VS SUPPLY..
![]() |
| Pam susu boleh membantu ibu mengosongkan payudara sekiranya bayi sedang tidur. Gambar hiasan: Pam Medela Freestyle |
Jangan tunggu dan biarkan sehingga payudara ibu bengkak baru dikosongkan. Ini untuk mengelakkan berlakunya bengkak susu atau saluran susu tersumbat yang boleh membahayakan ibu.
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641
Ibu Puas Hati MEAL SHAKES Bantu Selesaikan Masalah Anak
Meh meh dok dekat sikit...hari ni Mai nak kongsi beberapa testimonial dari ibu2 yang puas hati dengan Meal Shakes sebab dah bantu selesaikan masalah yang diorang hadapi dengan anak2, alhamdulillah..
Kalau ibu2 kat luar sana pun memang ada alami pengalaman yang sama, tapi dah buntu idea tak tau nak buat apa, mungkin apa yang Mai nak kongsikan ni boleh membantu sedikit sebanyak, insyaAllah..
Masalah yang biasa ibu2 hadapi:
- Anak susah nak makan..makan pun memilih je..sayur pun tak nak..padahal masa baby dah ajar, suka sangat makan sayur...tapi...bila dah besar ni, ada je alasan tak nak makan sayur...kalau dulu,mak Mai selalu pujuk, "kalau nak kuat macam Popeye kena makan sayur"...^^ hehe...tapi budak sekarang mana tengok Popeye dah! Hmmmm....
- Anak sembelit...susah nor nak keluar poo poo dia tu...meneran bagai nak rak, tapi tak keluar pun...kesian sangat tengok, kadang tu sampai berpeluh-peluh meneran..keluar peluh jantan..hihi
- Anak kerap je demam dan selsema..lebih-lebih lagi kalau hantar anak di nurseri..memang tahan sabar je la...imun badan tak kuat, mudah sangat kena jangkitan...
Apa yang ada dalam Meal Shakes yang membantu ibu-ibu ni?
Serat : kadang2 anak2 tak nak makan sebab fobia untuk berak kerana poo poo yang keras. Tak nak makan sayur atau buah mengeruhkan lagi keadaan. Jadi ibu-ibu perlu tambah serat dalam pemakanan anak-anak. Kalau anak tak nak makan, hanya minum susu je, tiada sumber serat. Jadi serat dalam Meal Shakes membantu atasi masalah sembelit.
Zink, B Complex, Zat Besi, Lysine: membantu dalam menghasilkan tenaga dan memperbaiki selera makan. Lysine memang terkenal dapat mengembalikan selera makan anak. Bila anak mahu makan, itu sudah cukup melegakan hati ibu.
Protein, kalsium : Bantu tumbesaran dan pembinaan sel & tulang yg sihat. Sel badan kita dibina dari asid amino dari sumber protein. Meal Shakes mengandungi kesemua 9 jenis asid amino perlu dan asid amino tak perlu yang sangat diperlukan oleh tubuh.
Pengalaman Mai Menghadapi Sembelit Anak
Tuesday, June 4, 2013
MEAL SHAKES Yang Sedap dan Berkhasiat untuk Seisi Keluarga
- anak memilih makan
- anak kerap sembelit dan susah nak buang air besar
- anak kerap demam, selsema atau batuk
- anak susah nak telan pil vitamin...bancuh Meal Shakes sekali sehari dan khasiatnya cukup untuk anak menempuh hari aktifnya..
- penyusuan susu ibu...Meal Shakes juga dapat membantu ibu dalam menjayakan penyusuan..mengandungi protein, kalsium dan khasiat seimbang untuk ibu dan bayi...
- ketika hamil...kaya dengan rasa vanilla yang harum dan enak..
Kelebihan Penyusuan Susu Ibu
Hari ni Mai nak sembang2 tentang kelebihan penyusuan susu ibu, sama ada kepada ibu ataupun kepada bayi...dua2 dapat khasiat, insyaAllah...khasiat yang tak mungkin dapat ditandingi oleh mana2 jenama susu di dunia ini.. Subhanallah sangat istimewa dan ajaibnya susu ibu yang Allah kurniakan hanya kepada insan bertuah bergelar ibu sahaja..
Jom-jom kita tengok kat sini apa kelebihan menyusukan sendiri bayi kita..
Kelebihan kepada ibu
- Penyusuan susu ibu sepenuhnya secara eksklusif dapat melewatkan kedatangan haid dan ini boleh mengelakkan dari mengandung...namun, jika rezeki anda telah tertulis untuk mengandung lagi terimalah dengan hati terbuka hadiah daripada Allah..
- Penyusuan susu ibu boleh melangsingkan badan..lebih cepat nampak kesan jika senaman turut dilakukan..senaman ringkas je dalam 15-30 minit sehari sudah memadai..
- Penyusuan susu ibu dapat membantu rahim kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan berlebihan..
- Penyusuan susu ibu juga dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari..dua jenis kanser ni memang sangat2 ditakuti oleh mana2 wanita di seluruh dunia..semoga Allah memberi ibu-ibu kesihatan yang baik dan berpanjangan..insyaAllah..
- dan yang paling best, penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa pun..senang kalau nak berjalan mana-mana tak perlu runsing lagi nak bancuh susu, nak bawak flusk air panas, bersih, selamat dan mudah..
Kelebihan kepada anak
- Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang kian membesar..malah susu ibu juga mampu berubah mengikut keadaan cuaca..sekiranya cuaca panas, susu ibu akan kelihatan cair kerana mengandungi lebih susu awal (foremilk) yang berfungsi untuk menghilangkan dahaga bayi...jika cuaca sejuk, susu ibu akan kelihatan pekat, kerana mengandungi susu akhir (hindmilk) yang mengenyangkan bayi...Ajaib kan? Subhanallah..
- Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang mampu melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru..
- Susu ibu mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi..
- Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak..sebab itulah bayi yang menyusu dengan susu ibu akan lebih bijak dan cerdik, serta perkembangan fizikal dan minda yang berbeza dengan bayi yang tidak menyusu dengan susu ibu..
- Susu ibu mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan yang lain..malah puting payudara ibu bersifat antibiotik secara semulajadi, menjadi pelindung pertama bayi dari sebarang jangkitan kuman dan virus...MasyaAllah..Subhanallah...
- Susu ibu boleh diperoleh dengan mudah diperolehi pada bila-bila masa...kalau tengah malam bayi bangun untuk menyusu, tak perlu bangun untuk membancuh susu...ayah juga boleh tidur dengan lenanya..
- Menyusukan bayi dengan susu ibu dapat memberikan ketenangan dan keselesaan kepada bayi...bayi memperoleh ketenangan emosi saat didakap dan dipeluk oleh ibu semasa disusukan..bayi merasa lebih selamat dan dilindungi...ikatan antara ibu dan anak juga akan bertambah rapat dan erat...
Tuesday, May 28, 2013
Mengapa Ibu Wajib Berikan Susu Ibu Sejurus Melahirkan?
Shaklee ID 868610
Tel: 016-5519641
Friday, May 24, 2013
Vivix - Tonik Ajaib
Kenapa Vivix?
Vivix ni ialah tonik ajaib yang dihasilkan dari 4 tumbuhan hebat ciptaan Allah yang berjaya menyelesaikan masalah kesihatan ramai orang, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global...
Macam2 testimonial yang kita boleh jumpa berkaitan vivix yang menakjubkan ni, subhanallah - diabetes,buah pinggang,jantung,luka operation cepat baik,luka kencing manis yang xbaik2 jadi sembuh,perokok tegar,masalah kulit,bagi tenaga,kaum adam tahan lebih lama,SLE,sakit lutut sendi dan pinggang,kanser,dan banyak lagi...subhanallah alhamdulillah...
Malah Shaklee beri jaminan - dengan Vivix, anda rasa 25 tahun lebih muda dan hidup 25 tahun lebih lama.. ^^
Jangan salah tafsir tagline tu ye..semua dengan izin Allah..Allah ciptakan 4 tumbuhan hebat tu bukan saja2..manusia kaji dan ambil kebaikannya..saintis Shaklee buat kajian bertahun-tahun dan kaji beratus malah beribu mungkin,semua tumbuhan dan jumpa ramuan kombinasi 4 tumbuhan yang hebat ni - mengandungi 10 kali ganda resveratrol dan nilai ORAC sehingga bacaan 6000! Subhanallah..
Jom amalkan Vivix!!
*Tidak disarankan untuk ibu menyusu dan ibu hamil..
RUMAIZAH ZALKORNAIN
ID 868610
SMS/WHATSAPP 016-5519641
Sunday, May 12, 2013
Anti-Penuaan
Kenapa banyak sangat produk anti-penuaan ni?
Takut jadi tua ke?
Perlu ke nak melawan fitrah?dah bertambah usia mestilah menua!!
Kita mesti memahami konsep ini...menjadi tua dan penuaan ada 2 perkara yang berbeza...
Menjadi tua ialah secara fitrahnya berdasarkan usia..semakin meningkat usia semakin tua lah kita..tiada siapa dapat menghalangnya kecuali jika meninggal di usia muda...penuaan berlaku seiring dengan faktor usia, sel-sel menjadi semakin lemah dan menyebabkan banyak penyakit. Malah,kebanyakan penyakit yang kronik adalah disebabkan faktor penuaan seperti kanser, osteoporosis, penyakit kardiovaskular dan banyak lagi.
Penuaan pula disebabkan oleh perkara berikut:
- DNA yang tidak normal
- Kerosakan sel akibat dari kesan radikal bebas
- Katabolisme protein yang tidak efisien
- Faktor lain
Salah satu faktor utama terjadinya penuaan sel adalah kerana terdapat terlalu banyak radikal bebas di dalam tubuh kita.. setiap aktiviti metabolisme tubuh akan menghasilkan radikal bebas.. dengan adanya mekanisme antioksidan tubuh kita mampu meneutralkan radikal bebas ini sehingga ia tidak dapat memberi kesan kepada kesihatan kita..
Namun begitu, penggunaan bahan kimia dalam setiap objek kegunaan kita seperti makanan, sayur2an, buah2an, ikan ayam, persekitaran kini menjadikan terlalu banyak radikal bebas berada dalam tubuh kita. Ini kerana penggunaan bahan kimia semasa pemprosesan, pengawetan contohnya...
Menjaga kesihatan bukan sahaja melalui pemakanan kita tetapi juga merangkumi pakaian, peralatan rumah, bahan pencuci dsbg..pastikan kita meminimakan penggunaan bahan kimia di kediaman kita..
Bahan yang murah menggunakan bahan kimia yang banyak kerana mudah didapati..
Kenapa yang semulajadi lebih mahal?
Kerana ia sangat susah untuk dihasilkan..
Gunakan dan fikirkan kesan jangka panjang setiap produk yang ada di kediaman kita.
Penuaan...biarkan ia berlaku semulajadi..bukan menjadi tua sebelum usia...
Dipetik dan diubahsuai daripada vitaminsemulajadi.com
Kelebihan Vivix
Mai share sikitbalik perkongsian Mai tentang Vivix ni...
InsyaAllah...
Alhamdulillah Vivix dah membantu memulihkan dan meningkatkan kesihatan untuk ramai orang di SELURUH DUNIA..bukan Malaysia je tau...INTERNATIONAL....
Namun, ia bukanlah penawar dan menjanjikan kesembuhan...ia membantu melambatkan dan memulihkan dari tahap sellular dan DNA....
Kanser tahap kritikal, masalah jantung, buah pinggang...dsbg...
Membantu meningkatkan kesihatan pesakit SLE...
Mengandungi antioksidan ORAC= 6000 ORAC...paling tinggi antioksidan...
Kalau untuk sesiapa yang sihat dan belum berpenyakit, insyaAllah boleh bantu prevent daripada semua penyakit ni..insyaAllah...
Takkan kita nak tunggu dapat sakit baru nak cari penawar kan?
Bila dah kena penyakit, rawatan alternatif dah jadi lambat sebab sel dah tak sihat..
Masa sihat la perlukan supplement dan vitamin...sebab masa sakit dah kena makan ubat...
Jangan tunggu dah kena, baru nak cari vitamin dan supplement..
Mencegah tu kan lebih baik dari merawat?
Saturday, May 11, 2013
VIVIX Satu Revolusi Anti Penuaan
Kenali VIVIX
Vivix merupakan supplemen anti-penuaan TERBAIK di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan selama bertahun-tahun oleh Shaklee...ia merupakan satu produk supplemen revolusi anti-penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular..
Di dalam satu kajian makmal menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular..
Bagaimana VIVIX bertindak?
- Kerosakan DNA
- Pengawalan Genetik
- Pengeluaran Tenaga Yang Semakin Menurun Oleh Sel-sel
- Penimbunan Protein AGE
Wednesday, May 1, 2013
Testimonial SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER
Harga Runcit:
WM RM460.00
EM RM483.00
Mahu harga lebih menarik??
Hubungi saya...
Shaklee ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641
Shaklee Get Clean Water Pitcher...Jag Penapis Air Unik dari Shaklee
YA...mesti anda beli air botol mineral kat kedai kan?kan?kan?
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol..cuba anda bayangkan sebotol air minuman (drinking water) yang tiada mineral, bersumberkan air paip, dikilang dan dibotolkan, anda beli dengan harga RM1.00 sebotol manakala air mineral dengan harga RM1.50 sebotol...sekiranya anda jenis yang kuat minum air dan gemar berjalan, cuba bayangkan berapa banyak yang perlu dikeluarkan hanya untuk membeli air...jika anda membawa anak berjalan?sudah pasti perlukan air yang dimasak..bagaimana jika air yang dibawa dari rumah habis??tak minum air pulak anak kita nanti...sudah pasti anda gantikan dengan air berperisa yang banyak pewarna, pengawet yang pastinya tak elok untuk kesihatan anak...
BANYAK!!!!dan sangat bermanfaat...jika anda dah biasa minum air bertapis di rumah, sudah pasti anda tekak anda tak lalu nak minum air masak yang tidak ditapis...hehe terasa sungguh klorin dalam air tu,betul kan??Shaklee Get Clean Water Pitcher dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya...hebat2....
1. Bila berhenti di Hentian R&R PLUS highway, bukankah lebih menjimatkan jika kita tapis air paip daripada beli air botol minuman?? wah..jimat2...
Nak dapatkan satu?jom hubungi saya...
Anda sangat berminat untuk dapatkan seunit?
Tak sabar lagi??
Hubungi saya untuk dapatkan Jag penapis ni dengan SEGERA..
Jom order cepat..!! ^^
KLIK untuk ORDER...
.
Mudah dan cepat!!
Rumaizah Zalkornain
ID 868610
Sms/whatsapp: 016-5519641























